Marina Island Pangkor Resort-Apa Korang Dah Buat Ni

MENYESAL DATANG KE MARINA ISLAND PANGKOR RESORT

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Bila dengar nama Marina Island Pangkor Resort, korang mesti terbayang yang resort ni berada di Pulau Pangkor dan untuk sampai ke sana kita perlu naik bot. Haaaaa… Ngaku jelah.. Sekurang-kurangnya takdelah kak Ti sorang je yang fikir macam tu. Tapi bila ‘search kat internet, tak ada pulak disebut dalam tu kena seberang laut. Rupa-rupanya untuk ke Marina Island Pangkor Resort ni kita hanya perlu naik kereta je.. Tak payah nak lintas-lintas laut bagai tau.

Al kisahnya, pada 8 November hinggalah 10 November yang lepas, selama 3 hari 2 malam kak Ti mewakili Kelab Blogger Ben Ashaari telah diberikan kesempatan oleh pihak Tourism Malaysia dari Jabatan Komunikasi Korporat untuk bersama-sama mereka dan beberapa orang lagi rakan media dalam Media Fam Trip ke Marina Island Pangkor Resort.. Hmmmm.. Menyesal Kak Ti ikut Fam Trip ni.. Nak Tau kenapa kak Ti menyesal.. Kenalah baca sampai habis… Baru korang tau…

Oh ya! Sebelum ni kak Ti pun pernah ikut Fam Trip Tourism Malaysia tau. Tapi masa tu kak Ti pegi dengan Jabatan Pembangunan Pakej. Trip kak Ti yang terakhir dengan Jabatan Pembangunan Pakej adalah Fam Trip ke Pekan, Pahang. Alahaiii.. Bila sebut Pekan je, kak Ti terus teringat dengan nikmatnya Puding Raja yang dihidangkan oleh cheff di AnCasa Royale, Pekan.

Marina Island Pangkor Resort, Pulau Buatan Manusia

Ok.. Sebelum kak Ti cerita pasal penyesalan kak Ti, meh kak Ti ”share’ kan sikit info berkenaan latar belakang Marina Island ni ya. Kalau korang nak tau, Marina Island ni adalah sebuah pulau buatan manusia. sebelum jadi pulau yang cantik macam sekarang ni, kawasan Marina Island ni sebenarnya adalah laut. Iyaaaa.. Sungguh.. Kalau kita kat Marina Island tu kan.. Kiranya kita tengah berada di tengah-tengah laut.. Hehehehe..

Proses nak bina Marina Island yang berkeluasan 316.9 ekar bermula sejak tahun 2008 lagi. Marina Island Resort adalah hasil dari proses dan kerja-kerja menambak laut di pantai Teluk Muroh, Perak. Sebuah jambatan sepanjang 400 meter pula telah dibina bagi menghubungkan Marina Island dan tanah besar.

Sumber: www.marinaisland.com

Marina Island bukan hanya menempatkan resort dengan bilik-bilik yang sangat selesa malah terdapat juga banglo-banglo mewah, rumah-rumah semi-D dan juga beberapa tempat hiburan yang sememangnya sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga. Kami juga dimaklumkan bahawa ada diantara rumah-rumah yang terdapat di Marina Island ni boleh disewa.. Sesuai la kalau nak datang dengan keluarga dan nak duduk satu rumah kan.

Dari Putrajaya ke Lumut, Perak

Pergerakan kami bermula dari Putrajaya lebih kurang pukul 9.00 pagi dan akhirnya kami semua selamat sampai ke Marina Island Pangkor Resort lebih kurang pukul 1.00 petang. Sesampainya di Marina Pangkor Resort kami telah di sambut oleh Cik Nadiah iaitu Business Development Manager di Marina Island Travel Sdn Bhd dan beliaulah yang akan ‘menjaga’ kami. Selain Cik Nadiah, Kami juga turut dijaga dengan baik oleh Cik Saphien bermula dari Putrajaya lagi.

Selesai mendengar taklimat ringkas dan makan tengah hari, kami diberikan kunci bilik masing-masing dan masa tu baru kak Ti dapat tau yang kak Ti akan dapat satu bilik untuk kak Ti sendiri. Gullppp.. Tapi Masa tu kak Ti juga dapat tau yang Kak Siti dari Tourism Malaysia yang turut mengikuti Fam Trip ni pun duduk sorang-sorang. Awal-awal lagi kak Ti dah mengendeng dengan kak Siti mintak nak duduk sebilik dengan dia. Tapi sebelum tu, pegilah jugak ke bilik yang dah dibagi tu.. Konon-kononya nak tengok dulu macam mana.

Sekali bila dah sampai bilik, tuu diaa.. Besaq gila bak ang.. Korang tau tak macam mana besar dia.. Besar sebijik apartment ok. Bilik yang kak Ti dapat jenis ‘ D’OCEAN DELUXE’. Korang tengoklah gambar yang kak Ti ‘share’ kat bawah ni. Nak berjalan dari pintu masuk ke bilik pun jauh tau.. Apa lagi terus angkut barang, ketuk bilik kak Siti.. Mujurlah kak Siti pun tak nak tidur bersendirian.. Hahaha..

Dari hari pertama sampailah hari kami balik, macm-macam aktiviti yang dah diaturkan untuk kami. Dari ber ‘American Ninja’ versi manja-manja, menikmati fine dining sambil menyaksikan mentari terbenam, sampailah ke berlayar di lautan untuk menyaksikan sang suria melabuhkan tirainya.

Hmmm.. Kak Ti kata menyesal datang ke Marina Island Pangkor Resort. Tapi kalau ikut cerita kak Ti macam best je datang ke Marina Island Pangkor Resort ni.. Memang betulla tu. Kak Ti memang menyesal datang ke Marina Island Pangkor Resort ni. Nak tau tak kenapa. Kak Ti menyesal sebab datang sorang-sorang je tak bawak family. Rasa bersalah sangat bila berseronok sorang-sorang. InsyaAllah ada kesempatan nanti nak ajak satu family bercuti kat sini.

Untuk entry kali ni, kak Ti tak share kat korang aktiviti-aktiviti yang kami buat tu secara ‘detail’. Karang kalau kak Ti ‘share’ semua kat sini, panjang gila jadinya entry kak Ti ni. Lagipun, kami kan 3 hari 2 malam kat sana, mana lah cukup kalau nak diceritakan semua dalam satu entry ya dak. So korang.. Tunggu entry kak Ti seterusnya ek kalau korang nak tau apa yang korang boleh lakukan bila korang kat Marina Island Pangkor Resort.

Akhir kalam.. (Cheewaahh… akhir kalam katanya..) Sekalung penghargaan untuk Tourism Malaysia dan juga Marina Island Pangkor Resort atas jemputan dan juga pengalaman ini. Kalau korang nak info lanjut, klik kat ‘link’ yang kak Ti bagi kat bawah ni ya:

Website Marina Island Pangkor Resort: https://marinaisland.com/

Facebook: www.facebook.com/marinaislandpangkor/

Tourism Malaysia: www.facebook.com/malaysia.travel.my/

Facebook Comments

7 thoughts on “Marina Island Pangkor Resort-Apa Korang Dah Buat Ni

  • November 22, 2018 at 6:01 pm
    Permalink

    alaaa nak pergi tapi jauhhh. sedihnyaaa

    Reply
    • December 10, 2018 at 9:18 pm
      Permalink

      Takpe.. InsyaAllah nanti adalah rezeki untuk sampai ke Marina Island ni.. Tak mo sedih2 K…

      Reply
    • December 10, 2018 at 9:17 pm
      Permalink

      Memang Best Nad.. Mula-mula ingatkan mesti boring datang Lumut tu.. Sekali.. Tak sempat nak boring daa

      Reply
  • November 23, 2018 at 8:47 am
    Permalink

    Wahhh cantiknya bilik dan view dia, nanti kalau bercuti ke Pangkor kena cuba menginap kat sini.

    Reply
    • December 10, 2018 at 9:14 pm
      Permalink

      Best Mas.. Bilik pun besar..Memang selesa sangat kalau bawak anak-anak

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *