JALAN-JALAN KE PEKAN, PAHANG – 9 PERKARA DAPAT DILAKUKAN DI PEKAN

JALAN-JALAN KE PEKAN PAHANG – LAWATAN PRODUK & PEMBANGUNAN PAKEJ EKO PELANCONGAN  

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah, untuk kali yang ke tiga kak Ti telah diberikan kesempatan oleh pihak Tourism Malaysia untuk bersama-sama lagi dengan mereka dalam satu lawatan  pembangunan pakej eko pelancongan bersama-sama dengan wakil-wakil dari pihak agensi-agensi pelancongan, dan kali ini kami ke Pantai Timur pula. Kami di bawa jalan-jalan ke Pekan Pahang.

Kali pertama kak Ti bersama pihak Tourism Malaysia adalah semasa lawatan dan pembangunan pakej produk pelancongan Edu Tourism bersama Universiti Malaya yang kak Ti coretakan dalam entry ‘Edu Tourism- University Malaya Package Development Camp”  dan yang kedua adalah semasa lawatan ke UTM Skudai, Johor untuk program “Package UpdateVvisit UTM Visit My Campus 2018-2021“.

JOM JALAN-JALAN KE PEKAN PAHANG

Bandar Diraja Pekan, Pahang – Sumber https://abunuha.wordpress.com/tag/pekan-pahang/

Lawatan dan pembangunan pakej produk pelancongan kali ini membawa kak Ti selama 3 hari 2 malam ke Pekan, Pahang yang juga dikenali sebagai Bandar Diraja. Korang tau tak selain dikenali sebagai Bandar Diraja, Pekan ni dikenali sebagai bandar apa? Haaa.. Mesti korang tak tau kan. Kalau nak diikutkan, kak Ti pun tak tau jugak. Tapi hasil dari sembang-sembang santai dengan En Fauzi, Sales Manager, AnCasa Royale Pekan, barulah kak Ti tau yang Pekan ni selain dari dikenali sebagai Bandar Diraja, ia juga turut dikenali sebagai Bandar Automotif’ dan juga Bandar Pendidikan.

Oh ya, sebelum kak Ti berceloteh lebih panjang lagi, meh kak Ti nak bagitau dulu, selain dari Tourism Malaysia, Program Lawatan dan pembangunan Pakej Produk Eko Pelancongan Pekan 2018 ini turut dianjurkan oleh Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Timur dengan kerjasama Tourism Pahang, Majlis Daerah Pekan dan juga AnCasa Royale Pekan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membangunkan pakej baru di sekitar Pekan yang merangkumi produk eko pelancongan, warisan dan sejarah serta kraftangan. Ini merupakan salah satu usaha supaya Bandar Pekan ni dapat dipromosikan secara giat kepada pelancong-pelancong tempatan dan seterusnya pelancong antarabangsa. Untuk Entry kali ni kak Ti cerita secara ringkas je tau.. Untuk yang lebih lengkap, nanti kak Ti cerita dalam entry seterusnya ya.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PEKAN PAHANG

AnCasa Royale Pekan, Pahang

Korang tau tak kat Pekan, Pahang sekarang dah ada hotel 4 bintang? Tak tau kan.. kan.. Samalah kita. So untuk pengetahuan korang, sekarang kat bandar diraja Pekan, Pahang ni dah ada hotel gempak. Lepas ni kalau nak jalan-jalan ke Pekan Pahang dah tak perlulah risau nak tido kat mana kan.. Hmmm.. Best ke AnCasa Royale Pekan ni? Nanti kak Ti cerita kat next entry ek. Yang pasti layanan yang kami terima masa kami kat sana masih terpahat dalam memori kami.

Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang
Senja di AnCasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Muzium Sultan Abu Bakar

Nak belajar tentang sejarah Pahang? Inilah tempat yang korang kena datang. Ada macam-macam yang boleh kita pelajari kat muzium ni. Ada pelbagai galeri, artifak, seramik, arkeologi dan juga tentang Islam serta kesenian. Rugi kalau korang jalan-jalan ke Pekan Pahang ni tapi tak menjejakkan kaki ke sini tau.

Muzium Sultan Abu Bakar di Bandar Pekan Pahang yang juga merupakan Muzium Negeri bagi Negeri Pahang

Muzium Masjid Sultan Abdullah

Taj Mahal Malaysia. Itulah gelaran yang diberikan kepada Muzium Masjid Sultan Abdullah ni. Muzium yang asalnya sebuah mesjid ini telah dibuka kepada orang ramai pada pertengahan tahun 2015 dan bekonsepkan muzium dalam taman.

Muzium Masjid Sultan Abdullah – Taj Mahal Malaysia

Black Water Jewel

Menyusuri sungai Black Water Jewel merupakan antara ativiti yang dapat dilakukan bila kita jalan-jalan ke Pekan, Pahang. Seronok tau menyusur sungai sambil menikmati ketenangan dan kedamaian alam sekeliling kita.

Menyusuri sungai Black Water Jewel

Agropolitan Runchang

Agropolitan Runchang adalah pusat ternakan biri-biri yang terletak di Runchang dan merupakan projek di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang melibatkan peserta-peserta yang terdiri dari kalangan orang asli.

Bermesra dengan kambing-kambing di Agropolitan Runchang

Kompleks Budaya Kampung Pulau Keladi

Kompleks Budaya Kampung Keladi ni merupakan Pusat Tenunan Sutera Pahang yang turut menyediakan pelbagai kemudahan lain untuk para pengunjungnya. Kat sini kan, kita bukan sahaja dapat tengok hasil tenunan yang dah siap tau.. Tapi kita juga dapat tengok macam mana proses untuk mendapatkan hasil tenunan tu melalui demonstrasi yang akan ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang ada di pusat tersebut.

Melihat sendiri proses penghasilan kain tenunan sutera Pahang

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI PEKAN PAHANG

Puding Raja

Kalau untuk yang satu ni tak payah cakaplah. Satu Malaysia dah tau kesedapannya. Walapun sekarang ni Puding Raja boleh didapati juga di luar Pekan, Pahang.. Percayalah cakap kak Ti.. Rasa dia takkan sama. Aduh!! Terus terbayang keenakan puding raja yang dihidangkan untuk kami oleh pihak AnCasa Royale Pekan, Pahang. Tak boleh nak ‘move on’.. Betul-betul menghantui keenakan rasanya tu.

Puding Raja yang berjaya membuat hati terpaut dan sentiasa memanggil-manggil untuk kembali ke Pekan, Pahang

Murtabak Mengkasar

Selain dari Puding Raja yang memang dan sinonim dengan Pekan, Pahang, satu lagi makanan yang boleh dianggap sebagai ikon bagi bandar Pekan, Pahang ni adalah Murtabak Mengkasar. Sedap ke? Ehhhh.. Mestilah sedap.. Kalau tak takkanlah ia jadi pilihan YAB  Perdana Menteri kita dan juga jadi pilihan untuk jadi salah satu juadah pada majlis-majlis keraian Sultan Pahang.

Murtabak Mengkasar, satu lagi ikon makanan di Bandar Pekan, Pahang

Medan Ikan Bakar Kuala Pahang

Dah nama pun ke Pantai Timur kan Mestilah tak sah kalau tak menikmati makanan laut terutamanya ikan bakar. Inilah salah satu sebab kenapa kak Ti ni suka sangat jalan-jalan ke Pantai Timur ni. Menariknya kat restoran Medan Ikan Bakar Kuala Pahang tempat kami menikmati makan malam kami adalah Ikan Siakap Stimnya yang lain dari yang lain. Nak tau apa yang lainnya? Sabarlah sayang.. Nanti kak Ti share kat next entry ya…

Hmmm…Siapa kata kat Pekan, Pahang ni takde tempat menarik kannn.. Banyak rupanya yang boleh kita buat bila  jalan-jalan ke Pekan Pahang ni. Bukan saja dapat melawat tempat menarik, sesi isi perut pun dapat dilakukan juga.

So.. Apa lagi jangan lupa masukkan bandar Pekan, Pahang ni sebagai destinasi jalan-jalan korang seterusnya ya. Kalau korang nak tau lebih detail lagi, jangan lupa tunggu entry kak Ti yang selanjutnya tentang bandar Pekan, Pahang ni tau.

Facebook Comments

One thought on “JALAN-JALAN KE PEKAN, PAHANG – 9 PERKARA DAPAT DILAKUKAN DI PEKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *