Pengalaman Kali Pertama Melakukan Rawatan Wajah Dengan Menggunakan Kaedah Laser

RAWATAN WAJAH DI PREMIER CLINIC – PERTAMA KALI MEMBUAT RAWATAN KECANTIKAN DENGAN KAEDAH Q SWITCH BRIGHTENING LASER

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Sedar tak sedar tak lama lagi kak Ti bakal mengucapkan selamat tinggal kepada angka 3 diusia kak Ti. Kak ti tak risau ke bila dah masuk dalam kategori ‘4 series’ ni? Laaa.. Kenapa pulak nak risau kan. Patutnya kenalah bersukur banyak-banyak sebab Allah dah bagi peluang untuk menikmati segala pinjamanNya selama ni.

Walaupun kak Ti menerima dengan hati lapang dan tangan terbuka hakikat bahawa kak Ti bakal join geng ‘4 series’, tak bermakna kak Ti akan biarkan je faktor usia ni mempengaruhi kesehatan tubuh badan kak Ti termasuklah wajah. Sebab tu lah sampai sekarang kak Ti masih aktif join macam-macam aktiviti outdoor termasuklah ‘hiking’ kat beberapa tempat dan antara yang sempat kak Ti tulis adalah pengalaman menawan puncak Gunung Nuang  ‘, ‘fun run’ macam Nivea run, PEKA Save Our Rain Forest Race, dan macam-macam lagi.

Untuk wajah pula, walaupun kak Ti tak pernah buat rawatan wajah kat mana-mana klinik atau spa, kak Ti memang dari dulu lagi agak menitik beratkan penjagaan wajah dengan sentiasa pastikan wajah bersih sebelum tidur dan tak pernah tinggal toner serta pelembap wajah. Sejak kebelakangan ni pula kak Ti memang rutin gunakan serum untuk wajah. Tapi.. Walaumacam mana pun kak Ti jaga, kak Ti perasan yang tompok-tompok hitam dan ‘eyebag’ tetap juga ada. Hmmm.. Nampaknya memang kena jumpa pakar la jawabnya kan.. Kang kalau dibiarkan jadi makin teruk pulak.

Maka al kisahnya selepas menunda dari awal bulan March ke hujung bulan March, Kak Ti pun akhirnya menjejakkan kaki ke Premier Clinic cawangan Megan Avenue Kuala Lumpur untuk membuat rawatan muka. Premier Clinic ni tak susah pun nak cari sebab ia terletak kat ground floor dan betul-betul kat hujung blok Megan Avenue A.

Melangkahan kaki ke dalam klinik, kak Ti disambut mesra oleh staf-staf yang bertugas pada waktu itu  dan selepas sesi mendaftarkan nama, kak Ti diminta menunggu sekejap sebelum berjumpa dengan Doktor untuk sesi konsultasi. Bilik menunggu dia comel je dan yang best tu kan, sementara kita menunggu sesi konsultasi kita akan ditawarkan minuman. Jadi sementara menunggu tu bolehla layan ngopi atau ngeteh.

Kaunter Pendaftaran
Ruang menunggu sebelum sesi konsultasi dan rawatan wajah dilakukan

Tak lama menunggu, kak Ti di bawa ke bilik konsultasi untuk bertemu dengan doktor untuk sesi konsultasi sebeblum memutuskan rawatan wajah yang manakah yang ditawarkan di Premier Clinic ni yang sesuai dengan masalah kulit wajah yang kak Ti alami. Doktor yang merawat kak Ti pada hari tersebut adalah Doktor Nigel Ong. Walaupun Doktor Nigel ni nampak muda, tapi beliau memang profesional dan sangat berpengalaman dalam membantu pelanggan yang membuat rawatan wajah di Premier Clinic ini.

Sesi konsultasi bersama Doktor Nigel

Semasa sesi konsultasi tersebut kak Ti telah diberikan penerangan tentang masalah-masalah yang terdapat di kulit wajah yang kak Ti dan macam yang kak Ti bagitau tadi, kak Ti memang ada sedikit masalah pigmentasi, lingkaran gelap bawah mata, warna kulit tak sekata dan kulit berminyak di bahagian T-Zone yang menyebabkan kulit kelihatan kusam. Selama ni kak Ti ingatkan kulit kak Ti ni jenis berminyak, rupanya kak Ti memiliki jenis kulit wajah kombinasi iaitu berminyak dibahagian T-Zone dan kering dibahagian lain. Setelah melalui sesi konsultasi, Doktor Nigel telah mencadangkan kepada kak Ti untuk menjalani rawatan wajah dengan menggunakan laser iaitu Q Switc Brightening Laser.

Doktor menerangkan tentang masalah kulit wajah yang kak Ti hadapi
Penerangan tentang rawatan wajah yang sesuai untuk masalah kak Ti

HILANGKAN KEKUSAMAN DENGAN RAWATAN WAJAH Q SWITCH BRIGHTENING LASER

Masalah Kulit Kusam

Masalah kulit kusam bukanlah masalah yang baru atau asing untuk wanita. Masalah kulit kusam akan terjadi dengan sendirinya akibat dari proses penuaan. Selain dari itu, kurang mendapat tidur yang nyenyak iaitu kurang dari 7 jam sehari juga merupakan punca yang paling kerapa menyebabkan masalah wajah kusam ni. Ialah kan, hidup di bandar besar ni.. Stress memang kadang tak dapat nak dielakkan. Kesibukan sepanjang hari membuatkan tubuh badan kita tak mendapat rehat yang mencukupi.

Faktor usia, gaya hidup, cara pemakanan yang tak dijaga boleh menyebabkan timbulnya msalah-masalah di wajah seperti lingkaran hitam, kantung lemak dan terbentuknya kedutan-kedutan diwajah yang akhirnya menyebabkan kulit kelihatan kusam, lesu dan tak bermaya. Kulit juga menjadi semakin nipis dan kering menyebabkan sel-sel kulit mati akhirnya bertimbun pada permukaan kulit.

Rawatan Wajah Q Switch Brightening Laser

Macam mana rawatan wajah Q Switch Laser dapat membantu mencantikkan semula kulit wajah? Q Switch Laser memancarkan cahaya bertenaga tinggi pada bahagian yang hendak di rawat untuk membuang sel-sel kulit yang tidak dikehendaki. Ini membolehkan kulit menghasilkan lapisan baru untuk menggantikan yang lama.

Laser ini mampu menembusi jauh ke dalam kulit tanpa merosakkan lapisannya yang teratas sambil mencetuskan penghasilan kolagen dan protein-protein penting yang diperlukan oleh kulit untuk membaiki dirinya. Untuk pengetahuan korang, rawatan laser ni tak menyakitkan dan dapat selesai dengan cepat serta sesuai untuk semua jenis kulit. Hasilnya, kulit akan menjadi lebih cerah dan halus sekaligus membuatkan kulit wajah kita lebih remaja.

Kalau nak diikutkan rawatan Q Switch Brightening Laser banyak sangat fungsinya. Bukan sekadar mampu mengatasai masalah kulit kusam tapi juga membantu menghilangkan masalah-masalah lain seperti yang diterangkan oleh Doktor Nigel daam video yang kak Ti share kat bawah ni.

Rawatan ini tidak sesuai jika:

  • Anda diberi preskripsi Roaccutane dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Ada jangkita atau dermatitis pada bahagian yang hendak dirawat
  • Wanita yang sedang hamil
  • Pernah pulih dari luka dengan cara yang abnormal atau pernah mendapat parut yang membesar, menaik atau tidak sekata (Keloid)
  • Menggunakan ubat yang sensitif terhadap cahaya
  • Mengalami sawan yang tercetus oleh cahaya

PROSEDUR RAWATAN

Sebelum rawatan wajah Q Switch Laser dilakukan, seorang ‘beautician’ di Premier Clinic telah membersihkan wajah kak Ti terlebih dahulu. Memandangkan ini adalah pengalaman pertama kak Ti menggunakan kaedah rawatan laser, sejenis krim untuk membuat kulit wajah jadi kebas (‘numb’) telah disapukan keseluruh wajah kak Ti. Ini kerana dikhuatiri kak Ti akan merasa tak selesa sepanjang proses rawatan wajah berlangsung nanti. Kak Ti kemudian berehat dan menunggu seketika agar krim tersebut dapat menjalankan fungsinya.

Krim yang disapukan di wajah supaya kulit jadi numb

Setelah beberapa minit menunggu wajah kak Ti dibersihkan semula dan akhirnya Doktor Nigel memulakan sesi rawatan. Laser dipancarkan ke wajah dan kak Ti boleh dengar bunyi seakan letupan-letupan kecil ketika rawatan dijalankan namun kak Ti tak merasai sebarang kesakitan atau rasa tak selesa pun di bahagian wajah. Tambahan pula, ketika rawatan laser dijalankan, ‘cooler’ juga sentiasa dihalakan kewajah bagi mengelakkan rasa panas di wajah ketika rawatan sedang dijalankan.

Untuk bagi kak Ti nampak perbezaan kulit yang telah dirawat dengan kulit yang belum dirawat, Doktor Nigel melakukan rawatan wajah kat sebelah bahagian wajah dan sebelah lagi tidak di rawat dahulu. Memang terasa sangat perbezaan bahagian kulit wajah yang telah melalui proses rawatan dengan bahagian wajah yang belum di rawat.

Rawatan wajah kemudian disambung kembali untuk sebelah lagi bahagian muka dan tanpa mengambil masa yang lama akhirnya proses rawatan wajah dengan menggunakan Q Switch Brightening Laser pun selesai.

SELEPAS RAWATAN

Yang paling ketara selepas sesi rawatan wajah kat Premier Clinic ni, kulit wajah kak Ti memang terasa lembut bila disentuh dan pigmentasi kat wajah kak Ti ni pun nampak pudar. Yang bestnya pasal rawatan wajah Q Switch Laser ni adalah kita boleh kembali melakukan rutin harian seperti biasa sejurus selepas sesi rawatan wajah.

Rawatan kecantikan wajah Q Switch Laser ni tak ada tempoh pemulihan sebab proses rawatan tak akan menyebabkan bengkak, parut atau lebam dan juga tiada kesan sampingan yang teruk selepas melakukan rawatan ini. menurut therapist di Premier Clinic, kesan yang berkemungkinan untuk berlaku adalah kesan merah di wajah yang sepatutnya hilang sendiri dalam masa setengah jam. Alhamdulillah, kak Ti tak ada sebarang masalah selepas sesi rawatan wajah tersebut,

Kesimpulannya, kak ti memang berpuashati dengan hasil dari rawatan Q Switch Laser yang kak Ti lakukan di Premier Clinic ini. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum dan kulit wajah yang flawless macam retis, rawatan wajah Q Switch Laser ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebanyak 6 kali. Walaupun kak Ti kata hasilnya dah nampak dengan sekali rawatan sahaja, tapi sudah tentulah hasilnya tak akan sama bila kita buat rawatan ni berulang kali seperti yang disyorkan.

Bersama Doktor Nigel Ong
Bersama Beauatician kak Ti pada hari tersebut

Untuk sebarang pertanyaan ata Info lanjut, korang boleh lawati:

Website Premier Clinic: https://premier-clinic.com/

Facebook Premier Clinic: https://www.facebook.com/Premier.Aesthetic

Instagram Premier Clinic: https://www.instagram.com/premier_clinic/

Atau korang boleh datang sendiri ke cawangan-cawangan Premier Clinic di:

1.Taman Tun Dr Ismail (TTDI) branch

31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 WP Kuala Lumpur.
TTDI Branch GPS coordinates: 3.139242, 101.628448

Clinic hours : Monday 10am – 3pm. Tuesday – Saturday, 10am – 7pm
Closed: Sunday / Public Holiday

Enquiry/ Appointment Booking Phone No.: +60-12-662 5453 (contactable daily from 8am – 10pm)

 

2.TTDI Branch Phone No.: +60-3-7732 5552

Bangsar Branch

40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 WP Kuala Lumpur.
Bangsar Branch GPS coordinates:  3.131138, 101.670436

Clinic hours : Monday,  2 – 7pm. Tuesday – Saturday, 10am – 7pm.
Closed: Sunday / Public Holiday.

Enquiry/ Appointment Booking Phone No.: +60-12-662 4278 (contactable daily from 8am – 10pm)

Bangsar Branch Phone No.: +60-3-2282 2263

 

3.Puchong Branch

G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 4, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor (same row as RHB Bank and Papparich Restaurant).
Puchong Branch GPS coordinates: 3.0455767, 101.6215637

Clinic hours : Monday,  2 – 7pm. Tuesday – Saturday, 10am – 7pm.
Closed: Sunday / Public Holiday.

Enquiry/ Appointment Booking Phone No.: +60-16-706 0101 (contactable daily from 8am – 10pm)

Puchong Branch Phone No.: +60-3-8080 3828

 

4.KL City Branch

A-0-8, Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 KL (same row as 7-Eleven and opposite Maju Cemerlang).
KL City Branch GPS coordinates: 3.1623128,101.71752459999993

Clinic hours : Monday to Sunday 10am – 7pm
Closed: Public Holiday.

Enquiry/ Appointment Booking Phone No.:+60-12-662 5552
KL City Branch Phone No.: +6018-871 9939

Facebook Comments

One thought on “Pengalaman Kali Pertama Melakukan Rawatan Wajah Dengan Menggunakan Kaedah Laser

  • April 9, 2018 at 8:58 pm
    Permalink

    best nya Tati … Makin lawa laaa pasni.
    Eh! Banyak cawangan dia yaa…
    Rasa nak try laa nanti..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *