Azymacare Clay Soap-Free Purifying Gel-Pembersih Muka Yang Lembut dan Sesuai Untuk Kulit Sensitif

AZYMACARE CLAY SOAP-FREE PURIFYING GEL – PEMBERSIH MUKA BERASASKAN TANAH LIAT DAN EKSTRAK BOTANIKAL

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Ya Allah! Makin hari kes makin naik korang. Nak salah kan siapa? Haippp.. Tak perlu salahkan sesiapa. Kita jalankan tanggungjawab kita dengan mengikuti semua saranan kerajaan dan KKM. Jaga jarak, pakai pelitup mulut double, Pakai pelindung muka dan elakkan berada ditempat sesak.

InsyaAllah kita akan terpelihara. Alhamdulilah ‘Ala Kulli Hal. Tawakkaltu Alallah. Mintak perlindungan dari Allah. Semua orang berhadapan dengan situasi yang sama walau mungkin ujian yang dihadapi berbeza beza. InsyaAllah, pasti ada hikmahNya.

Ok, sebenarnya kak Ti nak share pasal satu produk baru keluaran Azymacare iaitu Azymacare Clay Soap-Free Purifying Gel ni, yang berasaskan tanah liat dan ekstrak BOTANIKAL. Yang paling best dengan produk ni ianya 100 peratus diluluskan oleh pakar kulit tau.

AzymaCare Clay Soap-Free Purifying Gel

Duduk Rumah Tak Perlulah Nak Jaga Muka – Betul ke?

Lately ni kak Ti perasan yang kulit muka kak Ti nampak makin kusam. Aduh! Agaknya sebab sejak PKP dilaksanakan kak Ti memang banyak habiskan masa kat rumah sahaja jadi agak alpa tentang penjagaan muka.

Ialah, duduk rumah je kan. Buat kerja pun dari rumah. Konon-kononya bila duduk rumah ni buat apa nak jaga muka sangat. Hmmm.. Big mistake! Sebenarnya, walaupun kita banyak menghabiskan masa kat rumah, selain dari penjagaan kesihatan, penjagaan muka juga tetap perlu dititik beratkan.

Apa nak buat. Akibat kelalaian sendiri maka kulit muka sendirilah yang jadi mangsa. Bila nampak dah mula kusam dan penjagaan muka sedia ada tak dapat menbantu, barulah menggelabah kan. Korang jangan jadi macam kak Ti tau.

Azymacare Clay Soap-Free Purifying Gel

So apa kak Ti buat bila dah jadi macam tu? Daripada duduk bersedih je kat tepi bucu katil tanpa buat apa apa, kak Ti kenalah buat sesuatu. Kebetulan, lalu lalang pulak kat wall media sosial kak Ti tentang Azymacare Clay Soap-Free Purifying Gel.

Kak Ti tau, produk Azymacare memang bagus. Macam mana kak Ti tau? Kan ke sebelum ni kak Ti pernah cuba Azymacare body wash. Jadi kak Ti taulah produk keluaran Azymacare ni memang bagus. Tapi sebelum kak Ti decide nak cuba pembersih muka Azymacare ni kak Ti buat jugak sedikit bacaan berkenaan produk ni.

Pencuci muka Azymacare adalah pencuci muka yang lembut dan bebas sabun serta sesuai digunakan untuk lelaki dan perempuan. Ia sangat lembut sehingga boleh dipakai di kulit bayi. Selain dari itu, ia juga telah mendapat “Hypoallergenic Tested” maka sesuai juga digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif.

AzymaCare Clay Soap-Free Purifying Gel

Kekalkan 5 Bahan Utama Dengan Tambahan 2 Bonus Istimewa

Untuk produk pembersih muka ni, pihak Azymacare masih mengekalkan penggunaan lima bahan utama iaitu Koalin Clay, Lavender, Aloe Vera, Cucumber dan Chamomile. Korang boleh baca dengan lebih lengkap berkenaan kelima lima bahan utama ni kat website Azymacare ni.

Kak Ti yakin, ramai yang dah tau tentang kebaikan tanah liat Kaolin kan. Kaolin tanah liat yang wujud secara semulajadi dapat membantu membersihkan kulit dari kotoran yang menyumbat liang seperti kotoran, minyak dan sisa solekan.

Selain dari mengekalkan lima bahan utama tersebut untuk produk ini, terdapat bonus iaitu dua lagi bahan aktif semulajadi Royal Jelly dan Bee Propolis yang merupakan bahan aktif semulajadi tambahan yang istimewa khas untuk kulit wajah.

AzymaCare Clay Soap-Free Purifying Gel

Royal Jelly dan Bee Propolis

Ada ke yang belum tau Royal Jelly dan Bee Propolis yang digunakan dalam Azymacare Clay Soap-Free Purifying Gel tu apa? Mesti semua dah tau kan. Tapi takpelah kak Ti kongsikan juga. Royal jelly ialah susu yang dihasilkan oleh para koleni lebah madu sebagai makanan untuk ratu lebah. Ia kaya dengan nutrisi untuk menyokong tumbesaran & kesihatan ratu lebah.

AzymaCare Clay Soap-Free Purifying Gel

Di dalam kosmetik, Royal Jelly digunakan untuk membantu menyihatkan kulit dan menjadikannya lebih berseri kerana kandungan nutrisinya yang kaya dengan asid amino, vitamin dan mineral. Royal Jelly juga dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Propolis pula ialah bahan yg digunakan oleh lebah untuk mengukuh, membaiki dan mengisi rekahan pada sarang lebah. Ia mempunyai fungsi anti-bakteria utk melindung jangkitan. Di dalam kosmetik, propolis dapat melembab dan melembutkan kulit. Ia juga mempunyai ciri anti-bakteria dan anti-oksida untuk melindungi kulit.

AzymaCare Clay Soap-Free Purifying Gel

Pengalaman Sebagai Pengguna

Lepas dah baca semua info berkenaan Azymacare Clay Soap-Free Purifying Gel, kak Ti akhirnya decide untuk cuba sendiri. Kak Ti dah dapat dan dah guna dah pun. Segalanya dihujung jari je kan sekarang ni. Order je online nanti abang atau akak courier hantarkan. Meh kak Ti sharekan pengalaman kak Ti sendiri sebagai pengguna.

Walaupun packaging yang digunakan untuk Azymacare Clay Soap-Free Purifying Gel sama macam kebanyakan pembersih muka lain yang ada kat pasaran, teksturnya yang didatangkan dalam tiub 50lml sangat berbeza tau.

Kebanyakan pembersih muka yang kak Ti gunakan sebelum ini mempunyai konsistensi yang pekat tapi Azymacare Clay Soap-Free Purifying Gel konsistensinya agak cair dan halus.

Cara penggunaannya sama je macam kita guna pembersih muka lain. Picit sikit kat tapak tangan, gosokkan sampai berbuih pastu gosokkan kat muka. Gosok, bukan tonyoh atau tenyeh tau.

Bezanya, pencuci muka dari Azymacare bila kita gosok kat tapak tangan tu, dia tak akan berbuih dengan banyak. Tapi yang bestnya, walaupun tak berbuih banyak, lepas bersihkan muka dengan Azymacare Clay Soap-Free Purifying Gel ni, kak Ti boleh rasa kulit muka kak Ti bersih, segar dan lembut je lepas basuh tu.

AzymaCare Clay Soap-Free Purifying Gel

So far, Alhamdulillah kak Ti tak ada rasa apa apa masalah bila gunakan pembersih muka Azymacare ni. InsyaAllah dengan penggunaan yang konsisten dan berterusan pasti nanti akan nampak kesan ketara kebaikan penggunaan pembersih muka dari Azymacare ni.

Nak Tau Lebih Lagi Atau Nak Beli Azymacare Clay Soap-Free Purifying Gel

Korang yang nak cuba pembersih muka ni, boleh tengok info kat website AzymacareFb Azymacare HQ . Oh ya! sekarang ni Azymacare Clay Soap-Free Purifying Gel masih dijual dengan harga pengenalan RM29 (Harga biasa RM34). Haa. Apa lagi cepat beli sebelum tempoh tawaran ni tamat.

Facebook Comments Box

2 thoughts on “Azymacare Clay Soap-Free Purifying Gel-Pembersih Muka Yang Lembut dan Sesuai Untuk Kulit Sensitif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *