Sport Massage Bukan Sekadar Untuk Atlit

PENGALAMAN PERTAMA MENCUBA SPORT MASSAGE DI PRO MMR SPORT MASSAGE

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Urutan sukan atau sport massage.. Korang pernah dengar tak pasal ni.. Takpun korang tau tak apa tu sport massage. Alaa kak Ti ni.. Urutan untuk orang yang main sukan lah kan.. Haaa.. Betullah tu.. Tapi kurang tepat ya anak-anak sekelian. Sebenarnya sport massage untuk semua orang tau. Bukan khas untuk orang yang main sukan sahaja.

Kak Ti dapat tau pasal sport massage ni daripada founder kami kat KBBA9.. Siapa lagi kalau bukan Aben (Ben Ashaari).. Tak lama lepas tu baca pulak pengalaman Hanani Mama Kembar Tiga yang hilang lenguh-lenguh bahunya lepas buat urutan sukan dan juga pengalaman Kak Azni yang pertama kali cuba sport massage dengan suami dia…

Kak Ti kalau bab urut mengurut memang suka sangat. Boleh di kata agak rutin jugaklah kak Ti dengan urut mengurut ni. Tak kiralah berurut dengan mak cik-mak cik ataupun berurut kat spa. Bila baca pengalaman kawan-kawan yang dah cuba urutan ni.. Hati ni memang meronta-ronta sangat nak cuba sendiri sport massage ni, Apatah lagi bila kak Ti dah start aktif bersukan sejak join Jom Kurus 1 Malaysia bersama team Kapten Black  dan juga aktif ber ‘hiking’ balik. Hari tu pulak ter ‘injured’ lutut masa trail run menyebabkan kak Ti kadang-kadang sakit lutut bila turun gunung.

Pro MMR Sport Massage

Setelah lama merancang nak pergi tapi asik tertangguh sebab sibuk dengan macam-macam hal dan aktiviti, akhirnya lebih kurang 2 minggu sebelum ekspedisi Gunung Kinabalu kak Ti dan rakan-rakan, barulah ka Ti dapat pergi ke Pro MMR Sport Massage ni. Mujurlah proses nak booking slot tak ada masalah dan terus dapat slot yang kak Ti mintak.

Pro MMR Sport massage ni lokasinya kat Bandar Tasik Selatan. Kalau nak diikutkan memang dekat sangatlah dengan rumah kak Ti.. Dalam 2o minit je dah boleh sampai. Oh ya.. Kak Ti bukan berurut sorang tau. Tn SOSAB pun berurut sekali. Alang-alang dah pegi kan baiklah dua-dua sekali buat. Lagipun kat sini masseur (tukang urut) nya terdiri dari lelaki dan perempuan. Jadi klien lelaki berurut dengan masseur lelaki dan perempuan dengan perempuan lah.

Kalau orang nak tau.. Semua masseur-masseur kat sini bukan masseur asal boleh je tau. Mereka semua adalah masseur-masseur terlatih dan professionl. Kalau tak, takdelah mereka-mereka ni dipanggil untuk terlibat sama dalam even-even antarabangsa dalam dan luar negara kan. Biasanya kalau ada even-even marathon, lumba basikal dan even-even lain, masseur-masseur dari Pro MMR Sport Massage akan dipanggil untuk menyediakan perkhidmatan urutan kepada atlit-atlit yang memerlukan bantuan urutan.

Pengalaman di Pro MMR Sport Massage

Tiba hari yang dijanjikan, kak Ti dan Tn SOSAB pun datanglah ke Pro MMR Sport Massage. Kami sampai lebih kurang pukul 8.30 malam. Bila kami sampai, bukan terus masuk bilik dan terus berurut ya.. Mula-mula kita akan diinterview dulu. Diorang akan dapatkan history dari kita macam ada sakit kat mana, pernah accident ke, ada bahagian badan yang patah ke dan lain lain.. Ini  untuk memudahkan proses mengurut dan juga untuk mengelakkan kecederaan semasa berurut. Korang kena jujur tau.. Jangan sembunyi-sembunyi..

Dah selesai sesi interview barulah kita akan di bawa ke dalam bilik untuk proses sport massage. Korang jangan risau, bilik urutan adalah private, sorang satu bilik. Oh ya, kat Pro MMR Sport Massage ni korang boleh pilih samaada nak urut bahagian tertentu sahaja ataupun buat urutan seluruh badan. Kak Ti dan Tn SOSAB pilih untuk buat ‘full body’. Alang-alang dah datang kan..

Masseur Berpengetahuan dan Profesional

Macam yang kak Ti bagitau sebelum ni, masseur-masseur kat Pro MMR Sport Massage ni semuanya terlatih. Kalau tengok secara seimbas lalu, sport massage ni nampak macam sama je dengan sesi urut mengurut kat tempat lain. Tapi.. Bila sebenarnya sangat berbeza. Sepanjang sesi berurut, macam-macam soalan yang kak Ti tanyakan pada Nurul yang jadi masseur kak Ti malam tu dapat di jawab dengan jawapan yang memuaskan hati dan berlandaskan fakta sains.

Mananya tidak, bukan calang-calang tau yang mengurut kak Ti malam tu. Nurul ni ada Degree dalam Medical Science dan sekarang tengah sambung Master, tapi disebabkan sukakan cabaran dan minat, dia ambik kursus untuk belajar urutan sukan. Sebab tulah bila tanya dia macam-macam soalan berkenaan sistem badan kita dia dapat jawab. Menurut Nurul, berbanding dengan urutan biasa, sport massage ni lebih memfokuskan kepada ‘muscle’ dan ‘deep tissue’. Sebab tu, ada teknik urutan yang tertentu yang digunakan untuk bantu legakan bahagian-bahagian yang bermasalah.

Yang bestnya semasa sesi urutan dijalankan, Nurul akan tanya kak Ti samaada tekanan yang dikenakan pada bahagian tertentu tu terlalu kuat ataupun terlalu perlahan. Jadi, kalau korang jenis yang tak tahan sakit, bolehla informkan kat masseur korang pasal tu. Banyak sebenarnya yang kak Ti sembangkan dengan Nurul sepanjang sesi berurut tu. Banyak info-info baru yang kat pelajari. Terima kasih Nurul..

 

Berbaloi ke Buat Sport Massage?

Kalau ikut pengalaman kak Ti, memang berbaloi sangat dan yang pastinya kak Ti akan repeat lagi datang ke Pro MMR Sport Massage ni. Ehh! Lupa pulak dengan Tn SOSAB yang sama-sama buat sesi urutan. Ayat pertama yang keluar dari mulut dia lepas sesi berurut tu adalah “Kesian abang kena dera tadi”.. Alamak.. Teruk ke masseur yang dia dapat?

Rupanya, dera maksud dia tu dera yang melegakan. Bila dah lama tak berurut otot semua jadi keras.. Jadi bila berurut tu memang akan rasa sakit sikit. Tapi dia puas hati sangat buat sport massage ni. Bila kak Ti tanya nak datang lagi ke tak.. Dia jawab.. Of coslah nak datang lagi kalau ada kesempatan.

Sport Massage Sesuai Untuk Siapa?

Sport massage ni walaupun nama dia berkait dengan sport, tapi dia sebenarnya sesuai untuk semua orang. tak kiralah kita ni yang bersukan ataupun tak bersukan. Antara manfaat yang boleh didapatkan bila buat urutan sukan ni adalah:

  • Melegakan kelesuan
  • Mengurangkan tekanan
  • Mengembalikan tenaga
  • Membantu fleksibiliti otot
  • Mengekalkan kecergasan
  • Meningkatkan prestasi tenaga
  • Mencegah dan merawat kecederaan

Nampak tak betapa banyaknya manfaat dia. Untuk korang yang bukan atlit ni, mengikut kata Nurul memadailah kalau dapat buat urutan ni 2 kali sebulan berbanding dengan atlit yang biasanya perlu buat sebelum even, selepas even dan juga maintenance. Untuk korang yang nak cuba urutan sukan ni, korang boleh tengok info yang kak Ti bagi kat bawah ni pastu korang bolehla pergi dan cuba sendiri.

Pro MMR Sport Massage

Facebook: facebook.com/promsportmassage
Instagram: instagram.com/pro_m.sportmassageandtreatment
Alamat: No 20-4 jalan 3/146, Metro centre, Bandar Tasik Selatan
Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: 012-3992109

Waktu Operasi:

Isnin hingga Sabtu dari jam 10 pagi hingga 10 malam

 

Facebook Comments Box

2 thoughts on “Sport Massage Bukan Sekadar Untuk Atlit

Leave a Reply

Your email address will not be published.