Apa Yang Best Di Whip And Whisk Bake Shop & Cafe

WHIP AND WHISK CAFE – MAKANAN ENAK, CAFE SANTAI DAN SELESA

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Lapan hari kat Sabah, Alhamdulillah kak Ti dan Tn SOSAB memang puaslah makan seafood. Bila dah balik semula ke semenanjung ni tekak teringin pulak nak makan makanan barat. Al kisahnya, kebetulan Sabtu lepas kak Ti ada perjumpaan dengan rakan-rakan blogger KBBA9 iaitu Saidila, YB Shehan, Ummi Nani dan juga kak Nina Mirza.

Kami berjumpa kat Whip And Whisk cafe, satu cafe hipster terletak kat Alam Damai yang katanya menghidangkan ‘western food’.. Alhamdulillah.. Pucuk dicita ulam mendatang. Memang kena sangatlah tu. Lebih kurang jam 11.30 pagi kak Ti pun sampai ke Whip And Whisk Cafe. Masa sebelum keluar tu, Tn SOSAB offer suruh breakfast nasi lemak yang dia beli pagi tu. Tapi sebab kononya nak pegi cafe..

Kak Ti pun katalah kat Tn SOSAB.. “Takpalah bang.. Kejap lagi nak makan ‘western food ni.. Ti dah tengok kat online diorang punya menu.. Semunya nampak sedap-sedap.. Kang kalau makan dulu kat rumah.. Rugilah tak dapat nak nikmati makanan kat sana sepenuhnya”.. hehehehe.. Jadi al kisahnya sampailah kak Ti ni ke cafe dgn perut yang agak lapar.. Hahaha

Bersantai di Whip And Whisk Cafe

Whip and Whisk Cafe yang terletak kat Alam Damai Cheras ni adalah 100% milik Bumiputera Muslim dan pemiliknya adalah En Jaafar dan juga Pn Saripah. Whip and Whisk Cafe lahir dari rasa cinta yang mendalam pemilik cafe kepada hidangan ‘home cooking’ dan juga minat mendalam beliau kepada ‘baking’. Patutlah suasana cafe pun ‘homey’ je.

Masa kak Ti sampai dari luar lagi kak Ti dah tercium bau kopi..  Wow! Menarik ni.. Maknanya ada harapan lah kak Ti akan dapat kopi yang sedap.. Bila masuk ke dalam cafe, Kak Ti suka tengok suasananya yang santai dan nampak selesa. Meja-meja yang disusun teratur pastu kat entrance tu siap ada sudut membaca lagi. Kat atas rak-rak roti pula disusun dengan teko dan cawan berukir yang cantik. Nun di satu sudut kak Ti nampak rakan-rakan kak Ti yang lain dah pun sampai dan sedang menikmati minuman masing-masing.

Kak Ti terus join diorang dan terus order minuman kak Ti. Cer teka kak Ti order apa.. Sebagai peminat tegar latte, dah tentulah kak Ti akan order latte. Tapi hari tu kak Ti kasi up sikit, kak Ti order Hazelnut Latte. Lega rasanya tekak bila dapat minum Hazelnut Latte kat Whip And Whisk cafe ni. Untuk korang yang minat latte macam kak Ti, bolehla korang cuba Hazelnut Latte.

Menikmati Western Food di Whip And Whisk Cafe

SALTED EGG PASTA WITH CALAMARI

Untuk hidangan pertama kami kat Whip and Whisk cafe kami mencuba menu ‘Salted Egg Pasta With Calamari’.. Hmmm.. Tak pernah lagi kak Ti nampak menu ni kat mana-mana cafe hipster yang kak Ti pegi sebelum ni. Ingatkan kak Ti sorang je yang tengah kelaparan, rupanya rakan-rakan lain pun tengah lapar..

Tapi kalau dah dasar blogger, tak sah kalau tak ambik gambar dulu makanan yang sampai. Dah puas ambik gambar barulah kami semua ‘mencicipi’  ‘Salted Egg Pasta With Calamari’ tu. Kok bilang mencicipi.. La ialah.. Kan satu piring makannya bareng-bareng berlima. Makanya cuma mencicipi. Hehehehe… Alhamdulillah dapatlah kami merasa sorang sikit. Sotongnya pulak macam tau-tau je kami ni nak share 5 orang. Ada 5 ketul sotong atas tu.

Jujur kak Ti kata, kak Ti memang suka sangat dengan hidangan pertama kami ni. Rasanya ala-ala cabonara tapi lebih berlemak dan salted egg tu memang terasa. Walaupun nampak kat atasnya ada taburan ‘chili flake’ tapi memang tak pedas langsung. Sesuai dinikmati sekeluarga bersama dengan anak-anak.

PARMESAN CHEESE CHICKEN

Untuk hidangan kedua pula, kami mencuba Parmesan Cheese Chicken. Kepingan ayam yang digoreng hingga rangup di luar dihidangakan bersama-sama dengan kentang wedges, salad, jumbo sausage dan juga sweet bun. Melengkapkan hidangan dah tentulah siraman sos cheese parmesan yang sedap sangat dan yang penting tak kedekut.

Kalau tengokkan harga dan ‘portion’ hidangan yang dihidangkan, memang berbaloi sangat. Dengan ‘Portion’ yang besar macam tu, memang sesuai kalau makan share-share. Tapi kalau korang datang berlima tapi ‘order’ Parmesan Cheese Chicken ni saje, InsyaAllah korang akan rasa tak puas makan. So, make sure korang ‘order’ juga menu-menu lain yang ada kat cafe ni ya.

OREO COOKIES SLURPEE

Sebagai penutup hidangan kami pada hari tu adalah minuman Oreo Cookies Slurpee. Tercengang kak Ti tengok masa minuman tu diletakkan kat depan kami. Dia punya seronok bila tengok minuman ni macam kita balik ke zaman kanak-kanak. Kak Ti rasa, kalau anak-anak kak Ti nampak ni .. memang melompatlah diorang.

Mana tidak, minuman ni memang umpama ‘dream come true’ untuk kanak-kanak. Segalanya ada. Aiskrim, marshmallow, cookies, taburan ‘chocolate rice, sos caramel, sos coklat dan airnya pula berperisa coklat. Ya ampun! Patutlah oreo cookies slurpee ni jadi salah satu hidangan hit kat Whip and whisk cafe ni.

Keistimewaan Whip And Whisk Cafe

Kalau korang nak tau.. Istimewanya kat Whip anf Whisk Cafe ni, bahan-bahan yang digunakan semuanya adalah dari pembekal tempatan dan disediakan dari ‘scratch’ di dapur Whip And Whisk Cafe. Mereka sedaya upaya mengelakkan penggunaan bahan-bahan segera atau frozen dan sentiasa memastikan hidangan yang dihidangkan kepada setiap pelanggan adalah menggunakan bahan-bahan segar dan tidak menggunakan bahan pengawet.

Jumbo sausage yang dihidangkan dengan ayam tu pun mereka buat sendiri tau. Lupa kak Ti nak bagitau, kat sini juga ada jual roti, kek dan pastri tau. Yang paling best semuanya disediakan sendiri oleh Kak Pah (Pemilik Cafe) setiap hari. Kalau korang nak delivery atau ada ‘special request’ pun korang boleh hubungi pihak cafe dan mereka akan berusaha untuk sediakan permintaan korang tu.

Tapi ‘make sure’ korang inform diorang awal-awal tau. Nak buat sambutan hari jadi atau ‘small family gathering’ pun sesuai kat sini tau. Ada pakej-pakej katering dan hidangan buffet dengan harga yang sangat berpatututan turut disediakan oleh pihak Whip and Whisk Cafe untuk masyarakat setempat yang nak adakan ‘event’ kat Whip and Whisk Cafe.

Sireh Pinang & Seri Anggerik

Selain dari cafe, pihak whip & whisk juga menyediakan khidmat katering dan juga sewaan dewan untuk pelbagai majlis. Ada dua dewan yang mereka miliki iaitu dewan Sireh Pinang yang terletak di tingkat 9 Cheras Sentral Mall  dan juga dewan Sri Anggerik yang terletak tak jauh dari Whip and Whisk Cafe. Masa kami datang tu kebetulan kat dewan Sireh Pinang tengah ada persiapan untuk majlis kahwin malam tu.

Alang-alang kami dah ada kat situ, kami diajak la untuk tengok-tengok dewan dan juga fasiliti yang disediakan. Ialah kan.. Mana lah tau esok lusa ada saudara mara atau kawan-kawan yang nak adakan majlis, boleh ‘suggestkan’ dewan tu kat diorang. Cantik dan luas dewan Sireh Pinang ni. Terbahagi kepada 3 ruang yang boleh disewa secara berasingan ataupun secara keseluruhan.

Dulu pelamin kita tak lawa macam ni… Hahahaha

Di setiap ruangan yang terlindung dari pentas utama, sebuah monitor disediakan supaya tetamu yang berada dalam ruangan tersebut tak ketinggalan dan tetap dapat mengikuti setiap acara yang sedang berlangsung di dewan utama terutamanya bahagian pentas. Pentas yang disediakan pulak merupakan pentas serbaguna yang boleh diubah suai mengikut keperluan pelanggan dan majlis yang diadakan.

Lokasi Whip And Whisk Cafe Dan Dewan Sireh Pinang

Whip and Whisk Cafe terletak kat Alam Dami Cheras dan kalau korang nak datang sini, korang hanya perlu waze je nama cafe. Selalunya kalau kat tempat lain parking jadi masalah utama, kat sini korang tak perlu risau sebab parking lot memang banyak dan yang paling penting ‘Free” hoccay. Haaa.. Kan dah boleh jimat tak payah bayar duit parking. Ok lah.. Untuk info lanjut korang tengok kat bawah ni.

WHIP AND WHISK BAKE SHOP & CAFE

Alamat: 52-G, Jalan Damai Raya 2, 56000 Alam Damai, Kuala Lumpur

Instagram: instagram.com/whipandwhiskkl

Facebook: facebook.com/whipandwhiskbakeshop

Waktu Perniagaan: 10.00 am – 11.00 pm (Selasa – Ahad) (Tutup setiap hari Isnin)

SIREH PINANG MULTIPURPOSE BANQUET HALL

Alamat: Tingkat 9, Cheras Sentral mall

Instagram: instagram.com/sirehpinanghall

Facebook: facebook.com/sirehpinangbanquethal

Telefon: 019 – 3165566 (Saiful)

Facebook Comments

5 thoughts on “Apa Yang Best Di Whip And Whisk Bake Shop & Cafe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *