Ar Riqab – MAIS Bantu Golongan Bermasalah Untuk Pulih

PEMULIHAN AR RIQAB-BANTUAN ZAKAT BUAT GOLONGAN LGBT,PELACUR, MAKNYAH, PENAGIH DADAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Semakin maju dunia, nampak macam semakin banyak pulak masalah masalah sosial yang timbul kan? Ehh! Tapi ia ke masalah sosial ni disebabkan oleh kemajuan dunia? Ke memang dari sejak zaman dulu lagi sebenarnya dah ada?

Masalah sosial ni kalau nak diikutkan dah berlaku sejak zaman berzaman lagi. Cuma tahap kepekaan kita terhadap masalah dan gejala sosial ni jadi semakin meningkat dengan adanya segala kemudahan komunikasi yang semakin canggih sekarang ni. Pernah dengar kisah kaum Sodom? Tahu kan kenapa Allah menurunkan laknat kepada mereka.

Walau macam mana pun, tak dapat dinafikan, kecanggihan ini turut menjadi penyumbang kepada semakin meningkatnya masalah sosial ini. Hmmm.. Teknologi juga yang disalahkan ya.

Dakwah Dengan Hikmah Bukan Menghukum Dengan Mudah

Bila kita melihat mereka mereka yang dianggap bermasalah ini kebanyakan dari kita biasanya dengan mudahnya menjatuhkan hukuman pada mereka walaupaun pada hakikatnya kita ni tak layak langsung untuk menghukum sesiapa pun. Sudahlah tak mampu nak bantu mereka untuk kembali kepangkal jalan, Kita ada hati pulak nak menghakimi mereka.

Pernah dengar tentang usaha dakwah yang Ustaz Ebit Liew jalankan? Cuba kita tengok macam mana beliau mendekati golongan yang dianggap bermasalah sosial ini. Beliau mendekati mereka dengan penuh hikmah dan kasih sayang kan. Sampaikan ramai dari kalangan mereka yang didekati ini akhirnya ada kesedaran untuk kembali kepada cara dan gaya hidup yang Islam yang benar.

Perlu Ke Bagi Zakat Pada Mereka?

Tapi selain ustaz Ebit Liew tau tak yang MAIS sebenarnya juga ada menjalankan usaha untuk membantu golongan yang bermasalah ini? Alaaa.. kan para netizen pernah kecoh bila pihak zakat memberi bantuan zakat kepada golongan ini. Ramai yang marah marah sebab mereka beranggapan golongan ini tidak layak menerima bantuan zakat.

Bila baca berita tu, Kak Ti takdelah marah marah sebab bila dah terlibat secara langsung dengan program yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor, kak Ti paham bahawa setiap apa yang pihak zakat lakukan pastilah berlandaskan kepada sesuatu yang jelas dan nyata. Tapi atas dasar kekurangan ilmu, kak Ti tak tau apa kriteria yang membuatkan golongan ini layak dibantu.

Ar Riqab-Bantuan Buat Mereka Kembali Ke Jalan Yang DiredhaiNya

Alhamdulillah, akhirnya kak Ti dapat jawapan yang jelas terang dan sahih bila kak Ti mendengar sendiri maklumat dan perkongsian yang diberikan oleh pihak MAIS tentang pemulihan Ar Riqab kenapa golongan ini layak dibantu dan layak menerima zakat. Ya Allah! Malunya rasa. Nampak sangat betapa kurangnya ilmu dan pengetahuan kak Ti berkenaan zakat.

Selama ni bila bercerita tentang zakat kak Ti tahu bahawa terdapat 8 golongan yang termasuk dalam kategori asnaf yang layak untuk menerima zakat dan salah satu golongan asnaf tersebut adalah Ar Riqab. Walaupun tau tentang 8 golongan ni tapi kak Ti tak pernah tau (baca: ambil tahu) siapakah mereka mereka yang termasuk dalam kategori asnaf Ar Riqab ni.

Siapa Yang Tergolonga Dalam Kategori Ar Riqab?

Korang tau tak tentang siapa yang termasuk dalam golongan Ar Riqab ni? Ke korang pun sama je macam kak Ti? Kalau korang juga sama macam kak Ti, marilah kita sama sama belajar hari ini. Tak mengapa. Tak ada istilah terlambat dalam menambah ilmu dan pengetahuan. Lagipun, lebih banyak kita berkongsi lebih ramai lah yang akan tahu.

Jadi, Ar Riqab tu apa/siapa? Ok, definisi Riqab menurut Fatwa Negeri Selangor adalah:

 “Riqab adaalah seseorang yang terbelenggu di bawah satu kuasa yang menghalang kebebasan dirinya”.

Manakala belenggu pula adalah:

“Kuasa luaran atau keadaan yang merampas hak dan menjatuhkan maruah dan kebebasan seorang muslim”.

Ar-riqab adalah salah satu golongan yang berhak menerima zakat. Perkara ini disebut di dalam ayat 60 surah at-Taubah yang bermaksud,

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya (ar-riqab), dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Zakat Untuk Ar Riqab Yang Memenuhi Kriteria

Untuk makluman, bagi melayakkan mereka mereka ini diletakkan di bawah kategori golongan Ar Riqab ni bukan main asal letak je tau. Ada kriteria kriteria yang perlu dipenuhi barulah mereka boleh diletakkan dibawah kategori asnaf Ar Riqab dan layak untuk menerima bantuan zakat.

(a) Kriteria:
(i) Islam
(ii) Tiada sumber kewangan yang cukup dan/atau tidak mendapat bantuan daripada sumber sumber lain; dan
(iii) Seorang yang telah disahan ingin membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi.

(b) Konsep Agihan
(i) Pembayaran adalah berasaskan permohonan dan siasatan dan pengesahan;
(ii) Meringankan bebanan;
(iiii) Pembayaran hanya kepada individu yang bersedia untuk menjalani pemulihan dan pemantauan yang diaturkan untuk mereka; dan
(iv) Usaha memulihakan akhlak dan akidah

(c) Jenis Bantuan
(i) Bantuan pemurnian akidah
(ii) Bantuan pemulihan akhlak
(iii) Tabung pembebsan fi ar raqib.

Perincian Kategori Ar Riqab

Memetik dari laman sesawang MAIS, Fatwa Jenis Penerima Asnaf al-Riqab Negeri Selangor Dan Apa-Apa Yang Berkaitan Dengannya yang telah diwartakan pada 7 Jun 2012 telah memperincikan individu yang layak menerima zakat al-Riqab. Ini termasuklah individu yang terlibat dengan masalah sosial dan akidah seperti berikut:-

1)    Masalah sosial:

(a) Terbelenggu dengan dadah:
(i) Penagih dadah.
(ii) Bekas penagih dadah.

(b) Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah:
(i) Minum arak.
(ii) Zina.
(iii) Judi.
(iv) Khalwat
(v) Buang anak
(vi) Mengandung luar nikah.
(vii) Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.
(viii) Sumbang mahram.

c) Terbelenggu dengan amalan salah Islam:
(i) Tidak solat.
(ii) Tidak puasa.
(iii) Buang anak.
(iv) Usaha ingin bunuh diri.
(v) Hidup bersama pelacur.

(d) Terbelenggu dengan gaya hidup sonsang:
(i) Pelacur.
(ii) Lesbian.
(iii) Mak Nyah (Transexual).
(iv) Gay.
(v) Homoseksual.
(vi) Gigolo.
(vii) Biseksual.
(viii) Pengkid.
(ix) Tomboy.
(x) Bersedudukan dengan orang bukan Islam.

(e) Terbelenggu dengan kes juvana:
(i) Gangster.
(ii) Jenayah melibatkan harta benda.
(iii) Pergaduhan yang melibatkan kecederaan.
(iv) Kes rompak.
(v) Pecah rumah.
(vi) Kes rogol.
(vii) Jenayah yang melibatkan peralatan senjata yang merbahaya
(viii) Ugutan yang melibatkan keganasan.

(f) Terbelenggu dengan penyakit kronik :
(i) Penyakit HIV/AIDS.
(ii) Kanser/barah.
(iii) Tibi.
(iv) Hepatitis.
(v) Dan lan-lain.

(2)    Masalah Akidah:

(a) Terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat:
(i) Doktrin palsu.
(ii) Mengaku menjadi nabi.
(iii) Menghina Islam.
(iv) Pemujaan salah.
(v) Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.

(b) Memurnikan akidah orang Islam yang terpesong
(i) Orang yang ingin/berhasrat murtad.
(ii) Orang yang dalam proses Istitabah.

Dakwah Kecil Kita Bersama

Kalau sebelum ni kita kurang tahu tau mungkin tak tahu langsung tentang golongan asnaf dalam kategori Ar Riqab ni, semoga dengan perkongsian ini makan bertambahlah pengetahuan kita.

Tanggungjawab untuk berdakwah ni bukan hanya terletak pada jabatan jabatan agama mauhupun para ustaz dan para ustazah. Ia adalah tanggungjawab dan amanah kita Bersama sebagai Muslim.

Kalaupun kita tak mampu untuk jadi seperti ustaz Ebit Liew dalam usaha dakwah, maka kita lakukanlah semampu kita. Contoh paling mudah dengan berkongsi tentang kewujudan bantuan zakat untuk golongan ini.

Macam yang kak Ti cakap sebelum ni, bila kita menyaksikan seseorang dengan masalah sosial ini, kita lebih cenderung untuk menghakimi. Sedangkan tanpa kita sedari, mungkin ada diantara mereka yang meronta ronta batinya ingin berubah dan bertaubat. Tapi dek kerana sikap kita, mereka akhirnya terus hilang arah dan hanyut.

Daripada sekadar menghakimi dan menghukum, apa kata kita sama sama jalankan tanggungjawab kita dan berdakwahlah semampu kita. Sama sama kita mklumkan dan war warkan tentang adanya bantuan dari pihak MAIS melalui Lembaga Zakat untuk golongan ini yang mempunyai niat untuk berubah dan kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar.

Bantu Mereka Agar Dapat Membantu Diri Mereka Sendiri

Sekiranya ada dikalangan mereka yang tergolong dalam kategori kategori yang kak Ti dah kongsikan kat atas tu atau kita kenal sesiapa yang termasuk dalam kategori tersebut yang memerlukan bantuan, bolehla maklumkan kepada mereka maklumat tentang saluran saluran yang boleh dihubungi kat bawah ni:

Nombor Telefon Bahagian Pemulihan Ar-Riqab :
03-33614080 / 03-33614000

Website : http://www.mais.gov.my/al-riqab/

Facebook : Majlis Agama Islam Selangor

Instagram : @mais_officialhq

Semoga apa yang kita sampaikan dapat sedikit sebanyak membantu golongan ini  serta mendapat redhaNya dan menjadi ladang pahala untuk kita. Aaamiinn.

Facebook Comments Box

1 thought on “Ar Riqab – MAIS Bantu Golongan Bermasalah Untuk Pulih

Leave a Reply

Your email address will not be published.