Pegawai Zakat Tak Perdulikan Nasib Asnaf

PEGAWAI ZAKAT LEPAS TANGAN, ASNAF TERBIAR

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Kemana duit zakat kami? Kenapa banyak sangat birokrasi nak dapatkan bantuan? Saya layak dibantu tapi kenapa permohonan saya tak lulus..

Keyboard Warrior

Persoalaan demi persoalan yang seringkali dilemparkan kepada Lembaga Zakat terutamanya kepada pegawai-pegawai lembaga zakat. Biasalah kan.. Dizaman media sosial berleluasa ni.. Memang ramai yang hebat dan jadi hero ‘keyboard’.

Asal ada je berita sensasi yang melibatkan Lembaga Zakat, mulalah laju je post kat media sosial. Tak perlu susah payah untuk pastikan kesahihan berita.. Yang penting dapat banyak like dan share. Maka datanglah mak cik dan pak cik bawang ‘comment’ dan share posting tersebut secara berjemaah.

Begitu mudahnya untuk merosakkan nama baik sesebuah institusi dan juga pegawai-pegawai institusi tersebut. Maka semakin hilanglah kepercayaan masyarakat terhadap institusi tersebut dan antara yang sering manjadi mangsa adalah Lembaga Zakat dan juga pegawai-pegawainya.

Dulu Lain Sekarang Lain

Dari posting-posting kak Ti sebelum ni pun kak Ti pernah bagitau yang kak Ti juga pernah menjadi antara orang-orang yang memandang serong kepada Lemabga Zakat terutamanya kepada pegawai-pegawai Lembaga Zakat. Bagi kak Ti mereka tak telus dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan..

Tapi itu dulu tau. Sejak kak Ti beberapa kali terlibat secara langsung program-program Lembaga Zakat selangor, kak Ti sedar yang selama ni kak Ti salah. Korang baca sendiri dalam posting-posting kak Ti sebelum ni.

Cari, Siasat & Bantu – LZS Turun Padang Jejak Asnaf

Baru-baru ni kak Ti sekali lagi berkesempatan untuk turun padang bersama-sama pegawai-pegawai Lembaga Zakat Selangor dan juga para pembayar zakat dalam satu program bancian ke beberapa rumah penduduk yang telah dikenalpasti sebagai calon penerima bantuan dan diserahkan namanya oleh pegawai-pegawai Amil di kawasan tersebut.

Operasi ini merupakan operasi rutin yang bersifat cari, siasat dan bantu. Ini bertujuan untuk mengenal pasti individu atau keluarga yang memerlukan bantuan dan akan disenaraikan sebagai asnaf fakir, miskin dan mualaf. Matlamat LZS untuk menangani kemiskinan di Selangor, iaitu kepada golongan yang layak namun masih belum disantuni oleh LZS atas beberapa faktor.

Melalui operasi ini siasatan secara terus dari rumah ke rumah dijalankan di lokasi, bagi menyemak keperluan berdasarkan haddul kifayah iaitu garisn penentuan kemiskinan keluarga yang terlibat. Seterusnya keluarga yang layak akan didaftarkan sebagai asnaf dan akan disantuni dengan bantuan zakat. Antara bantuan zakat yang akan diterima adalah seperti bantuan yuran dan kelengkapan persekolahan, bantuan Ramadhan dan Hari Raya serta bantuan lain bergantung kepada keperluan semasa keluarga tersebut.

Operasi kali ini turut disertai oleh beberapa wakil dari syarikat pengeluar zakat dan juga pembayar zakat bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman secara langsung berkaitan gerak kerja pengagihan zakat di Selangor terutama dalam mengenal pasti asnaf fakir miskin.

Demi menjejak asnaf pangsapuri 5 tingkat kami daki..

Kerja Dua Shift Demi Pemohon

Untuk pengetahuan korang.. Pejabat LZS menerima lebih kurang 7000 borang merangkumi pelbagai permohonan bantuan. Sampaikan demi untuk memastikan bahawa setiap permohonan yang diterima diteliti dengan sebaik-baiknya, para pegawai LZS yang terlibat harus bekerja dua shift.

Kala korang berehat bersama keluarga, ada pegawai-pegawai zakat yang masih lagi tekun meneliti borang permohonan. Semuanya demi memastikan setiap pemohon mendapat perhatian sewajarnya. Itulah.. Bila tak nampak sendiri depan mata.. Memang mudah sangat kita nak menjatuhkan hukuman. ‘Malas, makan gaji buta, kerja goyang kaki’.. Itu semua dah lali dilemparkan pada mereka.

Yang kak Ti beria sangat bela diorang kenapa? Heppp! Kak Ti bukan bela tau.. Kak Ti bagitau sebab kak Ti dah bersama-sama mereka. Dah nampak sendiri macam mana mereka jalankan tanggungjawab. Baik yang di kaunter mahupun yang turun padang. Aishh.. Malaslah nak citer panjang-panjang.. Baca sendirilah pengalaman kak Ti bersama Lembaga Zakat Selangor.  Air Mata Tumpah di Lembaga Zakat Selangor Klang Sentral, ZIKRA 2018 – LZS Makan Gaji Buta Je!

Sebak Semasa Sesi Bancian

Untuk program bancian baru-baru ni kak Ti berpeluang untuk melihat sendiri macam mana program bancian dijalankan dari satu rumah ke satu rumah. Kak Ti dan rakan blogger kak Ti dari KBBA9 iaitu Saidila berpeluang untuk melawat 4 buah rumah. Dan secara peribadi, ianya merupakan satu pengalaman yang sangat menginsafkan untuk kak Ti. Setiap satu rumah yang kami lawati memberikan satu pengalaman dan emosi yang berbeza pada diri kak Ti.

Penyerahan sumbangan barang keperluan yang disumbangkan oleh Syarikat Alha Alfa Rich Sdn Bhd

Secara khususnya, dalam 4 buah rumah yang kami lawati ada dua buah rumah yang sangat menarik perhatian kak Ti dan membuat kak Ti rasa sebak. Salah satu rumah tersebut adalah rumah yang didiami oleh sebuah keluarga dimana perbelanjaan dan keperluan harian mereka hanya dari gaji si isteri yang jumlahnya kurang dari RM1000 sebulan.

Allah sebak sungguh rasa. Sebak bukan saja disebabkan oleh jumlah pendapatan isi rumah tersebut tapi disebabkan oleh beberapa perkara. Yang pertama, kesungguhan si isteri untuk menyembunyikan kesusahan mereka supaya sang suami yang mangalami masalah jantung tak bersusah hati. Dalam pada kepayahan hidup mereka, mereka berjaya mendidik anak-anak mereka menjadi HAFIZ.. Allah malunya rasa pada keluarga ni.

Cerita Dari Hati Sampai Ke Hati

Yang kedua pula adalah rumah ketiga yang didiami oleh sebuah keluarga yang pada dasarnya nampak semuanya ok. Tapi bila mendengar cerita mereka tentang macam mana mereka berusaha untuk survive day by day dengan berniaga dan tak hanya berserah dan menunggu keajaiban berlaku. Macam yang kak Ti kata, pada dasarnya keluarga ini nampak ok.. Tapi cerita mereka mampu menyentuh hati. Bukan maksud kak Ti mereka ni pandai bercerita, tapi terasa kejujuran dan kesungguhan dalam nada mereka bercerita dan mampu sampai ke hati yang mendengar.

Ok.. Masa kat rumah ketiga nilah berlaku satu kejadian yang buat kak Ti terpinga-pinga sekejap. Kisahnya macam ni.. Semasa interview tersebut berlangsung, tiba-tiba salah seorang pegawai LZS meminta izin untuk melihat isi di dalam peti sejuk tuan rumah. Asalnya Kak Ti ingatkan pegawai tersebut bergurau. Tapi rupanya itu merupakan salah satu kedah yang dijalankan semasa proses bancian dijalankan.

Alhamdulillah.. Rezeki kami dapat merasa Bobba homemade yang sedap yang amat ni. Abang ni meniaga kat depat Sekolah Melawati.. Secawan RM3 sahaja..

Rahsia Dalam Peti Sejuk

Bila selesai menjenguk dan meneliti isi peti sejuk, barulah pegawai tersebut menerangkan bahawa peti sejuk dalam sesebuah rumah menyimpan pelbagai cerita dan rahsia penghuni rumah tersebut. Mungkin bagi sesetengah orang kedengaran macam kelakar bahkan mungkin akan ada yang berkata “Ala poyo je pegawai LZS tu. Peti sejuk pun nak selongkar”..

Tapi kan.. Untuk pengetahuan korang, berdasarkan pengalaman pegawai-pegawai LZS tersebut, banyak perkara yang dapat diketahui melalui isi peti sejuk rumah tersebut. Pernah ada satu kejadian dimana ketika mereka melakukan pemeriksaan peti sejuk, pegawai menemui botol arak di dalam peti sejuk sedangkan penghuninya adalah keluarga Islam. Nauzubillah Min Zalik. Aterrr.. Kalau dah gitu gayanya.. Korang fikirlah sendiri. Macam manalah Lembaga Zakat nak bantu mereka kalau dok buat perkara yang Allah murka.

Ada juga yang memohon bantuan zakat dengan alasan mereka sekeluarga tak cukup makan sedangkan bila diperiksa isi peti sejuk mereka penuh dengan pelbagai makanan yang mahal harganya. Jadi, itulah salah sebab kenapa pegawai zakat perlu melakukan penyiasatan dan bancian sebelum meluluskan sesuatu bantuan yang dipohon.

Demi Membantu Asnaf

Ingat tak tadi kak Ti kata pengalaman mengikuti program Lembaga Zakat ni satu pengalaman yang menginsafkan pada kak Ti. Bukan hanya disebabkan oleh keluarga yang dibanci, tapi juga kesungguhan pegawai-pegawai LZS dan juga amil-amil yang dilantik bagi memastikan mereka yang layak dibantu mendapat bantuan yang sepatutnya.

Kalaulah korang ada bersama, pasti korang sendiri akan tabik dengan semangat mereka. Walaupun seringkali menjadi mangsa kecaman masyarakat, mereka tetap menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik-baiknya. Bukan mudah ya. Macam program yang kak TI ikuti baru-baru ni.. Kawasan bancian adalah kawasan perumahan pangsapuri yang tak ada lift.

Maka mendakilah kami satu anak tangga ke satu anak tangga.  Walaupun salah seorang amil yang bersama-sama kami waktu itu mengalami masalah sakit kaki tapi demi pemohon, mereka gagahkan juga. Bayangkan terpaksa menaiki tangga hingga ke tingkat paling atas.. Phewww..  Bopoluh dan tocungap jugaklah bila sampai kek atas tu.

Jadi Masyarakat Prihatin Dan Perduli

Ok lah.. Dah panjang sangat dah kak Ti bercerita ni. Kak Ti berharap sangat dengan sedikit perkongsian pengalaman kami yang dapat bersama-sama pegawai LZS dalam program-program mereka terutamanya yang melibatkan bantuan kepada asnaf samaada proses bancian ataupun program menyantuni asnaf akan dapat membuka mata dan minda masyarakat di luar sana tentang hakikat tugas pegawai-pegawai LZS.

Berhentilah menjadi keyboard warrior yang hanya tahu mengecam dan menghentam tanpa usul periksa.  Tapi sebaliknya marilah kita berusaha bersama-sama untuk menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan lebih prihatin. Semoga dengan usaha kita bersama-sama lebih ramai lagi asnaf yang dapat dikenal pasti dan dapat menerima bantuan.

Penyerahan bantuan zakat yang terdiri dari bantuan perubatan, bantuan tunggakan bil, bantuan pembelian karpet surau, bantuan program Aslah Asnaf Fakir Miskin dan bantuan sumbangan P.A Sistem untuk Musollah Sri Baidury Ukay Perdana

Untuk pengetahuan korang lagi, calon-calon asnaf yang dibanci pada hari tersebut bukanlah calon-calon yang mengemukakan permohonan sendiri. Tapi mereka adalah calon-calon yang namanya dicadangkan oleh masyarakat setempat yang sedar dan perihatin tentang keadaan keluarga tersebut. Keluarga yang dibanci pada hari tersebut pula sebenarnya telah pun disiasat secara ringkas oleh amil-amil yang dilantik oleh LZS di kawasan tersebut sebelum sesi siasatan dijalankan oleh pegawai LZS.

So, marilah kita menjadi warga yang perihatin. Tengok-tengoklah kiri kanan kita kerana mungkin ada diantara jiran-jiran kita tersebut yang sebenarnya perlu dibantu. Hentikanlah sifat nafsi-nafsi kita dan mulalah peka dengan sekelililng kita.

Aduan Atau Pertanyaan

Jika korang ada sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan kutipan ataupun agihan zakat, korang boleh hubungi menerusi Borang Online ini. Masukkan jenis pertanyaan korang dengan betul supaya mereka dapat salurkan kepada bahagian berkenaan dengan segera. Atau korang juga boleh mengikut perkembangan, info zakat dan aktivit-aktiviti LZS melalui Facebook mereka.

Website LZS: http://www.zakatselangor.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor/

Facebook Comments Box

2 thoughts on “Pegawai Zakat Tak Perdulikan Nasib Asnaf

Leave a Reply

Your email address will not be published.