Menawan Puncak Gunung Nuang – Satu Pendakian Penuh Pengajaran

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Untuk yang dah pernah baca entry-entry kak Ti sebelum ni mesti tau yang kak Ti ni peminat aktiviti outdoor especially hiking. Untuk yang first time sampai ke blog kesayangan kak Ti ni selamat berkenalan. Hiking ni memang passion kak Ti sejak dari zaman remaja lagi tapi sempat terhenti seketika disebabkan tanggunjawab yang lebih penting. dan memerlukan lebih perhatian.

KEMBALI AKTIF 

Alhamdulillah, sejak 3 tahun kebelakangan ni kak Ti dengan perlahan-lahan aktif semula dengan aktiviti-aktiviti hiking tapi kali ni melibatkan anak-anak bujang kak Ti sekali yang semakin membesar. Bermula awal tahun ni, kak Ti Alhamdulilah menjadi lebih aktif lagi lepas berjumpa dengan kawan-kawan yang sama-sama berminat dengan aktiviti outdoor. Yang kelakarnya, rupanya BFF kak Ti merangkap college mate, merangkap housemate zaman bujang rupanya minat jugak dengan aktiviti outdoor.

Biasalah, bila dah ada geng, makin ligat lah jadinya dan hampir setiap bulan kami akan ada aktiviti outdoor bersama. Kak Ti pernah share pengalaman Eksplorasi air Terjun Sungai Lepoh bersama dengan sahabat-sahabat gorgeous kak Ti dan satu lagi yang sempat kak Ti sharekan dalam ni adalah Pengalaman Mendaki Bukit tabur West.

Banyak lagi sebenarnya aktiviti yang kami dah lakukan bersama termasuklah mendaki Gunung Datuk, Bukit Kutu dan beberapa bukit dan gunung yang dah berjaya kami daki.. Tapi, dalam banyak-banyak bukit dan gunung yang dah kami daki bersama sepanjang tahun 2017 lepas, pendakian ke Gunung Nuang merupakan pendakian  yang paling banyak menyimpan memori pada kak Ti .

GUNUNG NUANG

Walaupun pengalaman gunumg-gunung lain tak dan nak share lagi, kak Ti nak share dulu pengalaman kak Ti mendaki Gunung Nuang. Kenapa? Entahlah, mungkin  sebab Gunung Nuang ni sangat tak peramah pada kak Ti. Tapi walaumacam manapaun tak peramahnya dia,  takdelah sampai buat kak Ti patah semangat dan berfikir nak patah balik. Apa pun,  yang pasti Gunung Nuang berjaya membuat mental kak Ti koyak. Hahaha…

Ok.. macam biasa, sebelum kak Ti cerita lebih lanjut lagi, meh kak Ti sharekan pasal Gunung Nuang sikit. Gunung Nuang adalah gunung tertinggi di Selangor dengan ketinggian 1,493m (4,898 kaki). Terdapat tiga pintu masuk untuk mendaki Gunung Nuang iaitu melalui Hulu Langat (Pangsoon), melalui Janda Baik dan juga mealalui Kemensah (Gombak). Tapi yang popular dan yang selalu kak Ti dengar  Pangsoon dan Janda Baik.

Pintu masuk Gunung Nuang via Pangsoon(Gambar dari: http://mchiker.blogspot.my)

Bagi pendaki-pendaki hard core, mereka biasanya akan memulakan pendakian dari Pangsoon kerana ia bermula betul-betul dari kaki gunung manakala bagi pendaki-pendaki newbie macam kami ni hah, guide kami memilih alternatif kedua iaitu melalui Janda Baik yang menurut kebanyakan hikers adalah lebih mudah berbanding pendakian melalui Pangsoon. Mudah ke?? Hmmmm…

Parking di Pintu masuk melalui Janda Baik

AL KISAH

Pendakian ke Gunung Nuang ni bukanlah kali pertama untuk kak Ti. Percubaan pertama kak Ti untuk mendaki Gunung Nuang adalah beberapa belas tahun yang lalu bersama beberapa orang rakan kak Ti tapi malangnya faktor cuaca memadamkan hasrat kami untuk sampai ke puncak dan hanya mampu bermalam di Dataran Pacat sahaja. Sejak itu, menawan puncak Gunung Nuang memang sentiasa menjadi  impian kak Ti.

Tarikh 28hb Oktober 2017 menjadi tarikh pilihan untuk mendaki Gunung Nuang kali ni. Awalnya kami menjangkakan tak ramai yang akan dapat turut serta dalam pendakian kali ni memandangkan kami baru sangat mendaki Bukit Kutu 2 minggu sebelumnya, sakit betis , peha jari-jemari ni pun tak hilang lagi.. But I was totally wrong. Penyertaan demi penyertaan diterima dan akhirnya menjadikan jumlah yang terlibat adalah seramai 39 orang termasuk 4 orang guide.

Untuk pendakian kali ni juga, kami masih lagi menggunakan khidmat guide sayam kami iaitu Amirul Azaha aka Mondok (ate ngapela nama yang lawo tu jadi Mondok pun teman tak tahulah) dan 3 orang lagi guide-guide sado yang turut serta dalam pendakian kali ni adalah Abam Rashid si sweeper agung yang kesabarannya sangat menggumkan, Hilmi the gagah dan juga Ucop aka Beto yang sentiasa nampak cool.

Yang mana siapa?

Seperti aktiviti-aktiviti sebelum ni, Whatsapp group menjadi perantara untuk kami berhubung. Perbincangan, tips, itinerary dan segala maklumat-maklumat lain semuanya disalurkan di dalam Whatsapp group tersebut. Memang excited sangat nak mendaki Gunung Nuang ni. Walaupun kalau nak diikutkan kak Ti ni umpama ‘cari pasal’ sebab keesokannya tu kak Ti ada ‘Nivea Care Run’ yang kak Ti dah kongsikan kisahnya kat SINI.

28/10/17 – HARI PENDAKIAN 

Berkumpul Di RNR Genting Sempah

Seperti yang telah dirancangkan oleh guide kami, seawal jam 5.00 pagi kami perlu berada di meeting point yang pertama iaitu di PJ dan 15 minit kemudian akan sama-sama bergerak menuju ke RNR Genting Sempah. Seperti aktiviti-aktiviti sebelum ini jugak, kami digalakkan untuk ‘carpool’ dan biasanya PJ akan menjadi tempat untuk ber ‘carpool’ tersebut.

Memandangkan salah sorang rakan yang akan menaiki  kereta kak Ti tu dok dekat je dengan rumah kami, kami decide untuk jemput dia kat rumah dia je instead of berjumpa kat PJ, lepas tu terus shoot ke Gombak untuk berjumpa dengan Uni BFF  kak Ti yang akan turut serta dalam pendakian kali ni. Kami sampai kat Shell Gombak tu lebih kurang pukul 5.30 pagi dan tak lama lepas tu kawan kak Ti  sampai.

Kalau ikutkan plan asalnya, meeting point kedua kami adalah RNR Genting Sempah. Kat situ kami akan bersarapan dan solat Subuh dan selepas itu kami akan terus ke Janda Baik. Memandangkan masa kami kat Shell lagi dah masuk waktu Subuh, kami decide untuk solat Subuh dulu sebelum ke Genting Sempah. Kami juga beli air mineral dan makanan untuk makan tengah hari kat Shell tu dan selepas tu kami terus ke RNR Genting Sempah.

Dari RNR Ke Janda Baik

Setelah selesai semua urusan kat RNR dan semua peserta dahpun ada, kecuali sebuah lagi kereta yang masih on da way, Lebih kurang pukul 7.00 kami pun bergerak ke Janda Baik dan Alhamdulillah selamat sampai lebih kurang pukul 7.30 pagi. Untuk yang pertama kali nak mendaki Gunung Nuang ni via janda Baik, korang janga risau.. Waze je “Starting Point Gunung Nuang via Janda Baik” InsyaAllah mesti sampai.

Oh ya, nak bagitau gak ni, kat tempat parking ni ada disediakan tandas dan juga tempat mandi. Jadi sebarang urusan memerut dan yang sewaktu dengannya bolehla dilakukan kat sini sebelum mula mendaki. Lagi satu parking space yang ada kat sini limited, sebab tu kalau korang datang dalam grup yang besar, sangat digalakkan untuk ‘carpool’.

Sebelum memulakan pendakian, sesi briefing dan sesi memanaskan badan yang dilead oleh  Rashid  telah dijalankan. Tak lupa juga sesi selfie, wefie dan group photo (sementara muka masing-masing masih lagi ayu dan ensem).

Sesi wajib sebelum mulakan pendakian.. Sesi memanaskan badan..
Ni pun sesi wajib jugak..

Mula Mendaki 

Sebelum pendakian bermula, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan.. Kumpulan jalan laju, jalan sederhana dan jalan slow. Kali ni kak Ti pilih untuk bersama kumpulan ke 3 atas beberapa faktor. Kalau nak diikutkan, sebelum-sebelum ni kak Ti akan memilih untuk berada dalam  kumpulan ke 2, sebab potensi masuk kumpulan ke 3 bila dah separuh jalan tu sangat besar. Jadi bayangkan kalau awal-awal lagi dah berada dalam kumpulan ke 3.. Hahaha.

Lebih kurang 8.25 pagi, kumpulan pertama dan kedua mula bergerak diikuti oleh kami kumpulan ke tiga. Untuk memulakan pendakian Nuang ni,  dari parking tu kami perlu melintas anak sungai. Mujurlah masa kami nak lintas tu, paras air tak tinggi sangat. Jadi bolehlah nak jengket dari satu batu ke satu batu untuk elakkan kasut basah. Bayangkan kalau awal-awal kaki dah basah…. Sojuk la kaki jawabnya sepanjang mendaki tu.

Selesai sesi melintas anak sungai perjalanan diteruskan dengan melalui kebun yang dipenuhi dengan tanaman markisa. Geram je tengok markisa yang segar-segar bergayutan kat kebun tu.. Terus terbayang kesegaran rasa ai markisa.. Mujurlah semuanya masih hijau.. Kalau tak, lagilah terliur nengoknya.

Laluan Kebun
Kumpulan Pertama

Check Point Pertama – Air Terjun Chemperoh

Lebih kurang 30 minit berjalan di jalan yang agak landai, kami sampai ke bukit yang pertama. Cabaran yang kami hadapai di awal perjalanan antaranya adalah matahari yang semakin bersinar terang. Keadaaan jalan yang ‘open trek’ menyebabkan bahang matahari memang terasa sangat. Terpaksa kak Ti guna kain batik yang kak Ti bawak untuk menutup kepala.

Setelah lebih kurang sejam perjalanan baru kami memasuki jalan hutan. Alhamdulillah, kurang sikit kepanasan yang dirasa. Risau jugak sebenarnya kalau-kalau migrain kak Ti datang sebab masa mula-mula tu kepala dah rasa lain macam.. Kak Ti ni ada masalah rabun dan silau yang tinggi, bila cuaca panasa sangat, memang potensi untuk migrain meyerang tu tinggi. Tapi Alhamdulillah.. lepas beberapa ketika jalan dalam kawasan hutan, sakit kepala beransur reda.

Lebih kurang 2 jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke check point yang pertama iaitu air terjun Chemperoh. Ehh.. Lamanya kak Ti. Orang lain buat tak sampai sejam pun.. Paling lambat pun sejam setengah. Huhuhu… Nak buek camno, kami redha dengan hakikat tu. Untuk Kami yang dalam grup ke tiga ni itulah hakikatnya.. Kami mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke air terjun ni. Setelah berehat seketika, kami teruskan lagi perjalanan.

Wajah-wajah ceria rakan-rakan yang dah sampai check point pertama.. Kak Ti masa ni masih jauh kat belakang..huhuhu..

Dari entrance sampai ke air terjun ni memang tak ada sign board tapi korang jangan risau, korang perhatikan tali plastik yang diikat kat pokok atau ranting yang korang boleh nampak sepanjang perjalanan. Ada beberapa simpang yang agak mengelirukan dan sebab tu kalau korang nak daki Nuang ni better korang engage dengan guide dan jangan memandai nak pegi sendiri unless korang memang dah otai dalam hiking ni.

Pendakian Sebenar Bermula

Walaupun untuk sampai ke air terjun kami mengambil masa 2 jam, tapi bagi kak Ti la kan, pendakian sebenar bermula bila dah lepas air terjun tu. Lepas je air terjun pendakian akan menjadi lebih sukar dan banyak halangan dan rintangan yang terpaksa di lalui. Bukit demi bukit yang perlu di daki, berjalan melalui semak yang agak tebal, melangkah beberapa batang balak yang tumbang dan menghalang laluan dan beberapa kali jugak terpaksa berjalan menunduk di bawah pokok-pokok buluh.

Antara laluan yang perlu ditempuhi..
Berenti untuk ambek nafas sekejap

Sepanjang perjalanan, kami terpaksa berhenti rehat beberapa kali untuk beberapa minit untuk merecharge tenaga. Terima kasih Amir yang setia memberi kata-kata semangat pada kami sepanjang pendakian.. Kalau nak ikutkan, dari awal lagi kami dah diberikan cut off time iaitu mesti sampai ke puncak paling lambat pukul 1.30 petang bagi mengelakkan kami sampai semula ke parking malam. Namun apakan daya stamina beberapa diantara kami termasuk kak Ti yang memang out pada hari tersebut menyebabkan kami sampai sejam lewat dari waktu sepatutnya.

Walaupun kita dalam hutan, sebagai wanita penampilan tetap perlu di jaga tau… hehehe

Pendakian Yang Seakan Tiada Penghujung

Sejam terakhir perjalanan memang merupakan saat yang paling menggetirkan bagi kak Ti. Bayangkan berjalan di laluan landai, mendaki bukit, menuruni bukit, berjalan di laluan landai lagi, mendaki bukit lagi menuruni bukit dan begitulah seterusnya seakan tiada penghujungnya. tiap kali ternampak bukit yang perlu di daki lagi, dalam hati berharap itu akan jadi bukit terakhir dan berharap lepas tu dapatlah dengar suara kawan-kawan yang dah sampai. Tapi hakikatnya hampa. Masih ada lagi bukit yang perlu didaki dan masih tak terdengar lagi suara dari puncak.

Lebih melonglaikan lagi bila terserempak dengan sekumpulan uncle dan aunty yang on the way turun dah. Bila tanya kat depa berapa jauh lagi ke puncak, kami diberitahu masih ada lebih kurang 45 minit ke satu jam perjalanan. Aduh! ingatkan tinggal lebih kurang 10 minit pendakian je.. Yang buat semangat kembali berkobar bila tak lama lepas tu berjumpa pulak dengan beberapa orang brother yang dah on the way turun jugak bagitau kat kami yang pendakian berbaki lebih kurang 15 minit lagi untuk sampai ke puncak.

Walaupun hakikatnya kami tau, kami dah melepasi cut off time, tapi berbekalkan kata-kata semangat dari sweeeper kami yang sangat ohsem untuk meneruskan perjalanan ke puncak, kami teruskan juga. Alhamdulillah, tak lama kemudian terdengar suara-suara rakan-rakan yang dah berada di puncak. Dan akhirnya sampai jugak kak Ti ke puncak Nuang walau lewat sejam dari cut off time.

Pendaki cilik yang sangat kental semangatnya.. Well done Eisya!!
Wajah-wajah ceria yang berjaya menawan puncak Nuang..
Hei si gadis yang manis.. Senyum dibibir terlukis… Gabungan anak dara dan mak dara..

Kukira Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan di Perjalanan Pulang 

Setelah puas mengabadikan kenangan di puncak Nuang, kami akhirnya mula bergerak turun. Kami memulakan perjalanan lebih kurang 15 minit sebelum pukul 4.00 petang. Perjalanan turun yang pada mulanya berjalan lancar, menjadi perlahan sebab ada rakan kak Ti yang mengalami luka kat kaki. Alhamdulillah dengan bantuan abam sweeper ohsem kami, masalah berjaya di atasi dan kami meneruskan perjalanan semula.

Disebabkan masalah kaki dan stamina yang semakin kurang, perjalanan menjadi semakin perlahan dan akhirnya tinggallah kak Ti bertiga dengan my Daling BFF dan abam sweeper yang tetap sabar mengiringi kami. My Daling BFF yang semakin letih dan disebabkan oleh kecederaan lamanya yang mula memberi kesan semula padanya menyebabkan perjalanan kami menjadi semakin perlahan.

Target untuk sampai ke air terjun semula sebelum hari gelap nampaknya terpaksa dilupakan. Kami terpaksa menggunakan headlight dan meredah hujan yang tiba-tiba turun dan semakin lama menjadi semakin lebat. Dah macam dalam drama swasta pulak rasanya. Dengan gelapnya, dengan bermacam-macam bunyinya tambah pulak dengan hujan, perghh memang rasa macam drama korang.

Alhamdulillah, lebih kurang pukul 8 malam, kami akhirnya sampai ke air terjun. Ya Allah leganya rasa. Sebelum sampai tu kan, kak Ti nampaklah banyak cahaya kat situ. Dalam fikiran kak Ti mesti ada a few dari kawan-kawan yang dah sampai awal patah balik ke air terjun untuk buat rescue mission sebab lama sangat kami tak sampai-sampai lagi ke parking. Tapi rupanya.. Ya Allah terharu sangat.. Rupanya sebahagian kawan-kawan yaang sampai awal setia menunggu kami kat air terjun tu dalam kebasahan dan kedinginan disirami hujan. Memang satu pengorbanan yang amat kami hargai.

Antara yang menunggu kami kat air terjun..

Pendakian kali ni memang betul-betul menguji semangat TEAM WORKS kami semua. Dan kak Ti  bangga sangat sebab mereka telah membuktikan semangat kerja sama tu. Bayangkan dua jam menunggu bukanlah waktu yang sekejap. Tambah pulak dalam keadaan hujan dan ada budak kecik sedangkan mereka ada pilihan untuk menunggu kat parking atau lebih selesa lagi dalam kereta. Terharu dan bangga kak Ti dengan mereka ni.

From the very bottom of my heart thank you guys (You guys knows who you are). Untuk rakan-rakan yang tak dapat bersama-sama menunggu kami, please don’t feel bad. Kak Ti faham yang mesti mereka ada keperluan urgent yang memerlukan mereka untuk cepat sampai ke kereta semula. Kalau tak pastilalh mereka pun akan memilih untuk menuggu kami.

LALUAN YANG LICIN DAN AIR SUNGAI YANG DERAS

Setelah kami berehat seketika, kami akhirnya meneruskan perjalanan lagi. Perjalanan yang berbaki lebih kurang 1 jama setengah untuk sampai ke parking semula. Hujan dan keadaan jalan yang menjadi sangat licin menyebabkan kami terpaksa berjalan dengan perlahan. Tapi yang kelakarnya kan.. tengah kami struggle nak turun bukit yang licin amat tu, tiba-tiba ada seorang mak cik ni kan selamba je dia jalan dengan pakai selipar dan siap potong kitorang lagi.. Hahaha…

Setelah puas bertatih dalam keadaan yang licin, akhirnya kami sampai juga ke kawasan landai dan kawasan kebun-kebun markisa. Lega sangat rasanya dapat berjalan dengan normal semula. Tak sabar nak sampai ke parking semula dan paling tak sabar nak pegi makan lepas tu. Perut dah lapar sangat rasanya. Perasaan lega bertukar menjadi risau bila sampai ke anak sungai dan kami nampak arus sangat deras dan air sungai pula makin lama makin naik. Alhamdulillah, berkat kerjasama semua, walaupun sangat sukar, akhirnya kami semua selamat sampai ke starting point iaitu kawasan parking lebih kurang pukul 9.30 malam.

SELESAILAH SUDAH

Alhadulillah, walaupun bermacam cabaran dan rintangan yang terpaksa di lalui untuk menawan puncak Gunung Nuang, namun kami semua berjaya melaluinya. Kami sampai ke kawasan parking semula dalam keadaan kebasahan dan kesejukan tapi dengan hati yang puas. Selesai membersihkan diri lebih kurang dan salin baju, kami pun akhirnya bergerak menuju ke kedai makan dan setelah itu beranjak pulang ke rumah masing-masing.

Terima kasih yang tak terhingga kak Ti ucapkan pada team guide terutamanya Mondok, Rashid, Hilmi, Ucop dan juga rakan-rakan lain yang bersama-sama dalam pendakian ini. Banyak pengalaman dan pengajaran yang kak Ti dapatkan dari perjalanan kali ini.

Based on pengalaman kak Ti, Kak Ti nak share sikit tips yang mungkin boleh korang aplikasikan dalam pendakian korang..

  1. Jangan sesekali mengabaikan sarapan sebelum beraktiviti sebab bila tak bersarapan, kita akan kehilangan tenaga, longlai dan seterusnya boleh menyebabkan kita rasa down; Bila down, emosi akan menjadi tidak stabil dan bila emosi tak stabil, kesannya akan terasa pada keseluruhan tubuh badan kita..
  2. Bila membeli kasut hiking baru, sebelum mendaki gunung sebenar yang nak didaki, please make sure yang korang dah try kasut tu terlebih dahulu kat bukit yang lebih rendah untuk dapatkan feel dia;
  3. Walaupun mendaki dari awal pagi, please make sure yang headlight sentiasa bawak sebab kita tak tau what might happen semasa pendakian tu;
  4. Bila menjalankan aktiviti outdoor, TEAM WORK sangat penting sebab I might depend on you on certain situation and you might need to depend on me on other situation. Most importantly, never ever leave any of your team members without making sure that somebody else is with him/her. Always practice buddy-buddy system..

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah, semuanya selamat dan semua berjaya menawan puncak GUNUNG NUANG…

P/s: 1. Beberapa hari yang lalu terjadi tragedi di Gunung Nuang yang mengorbankan seorang pendaki. Salam takziah kepada keluarga Allayarham. Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan hamba-hambaNya yang beriman.

2. Kredit gambar kepada rakan-rakan sependakian..

Facebook Comments Box

6 thoughts on “Menawan Puncak Gunung Nuang – Satu Pendakian Penuh Pengajaran

  1. IQ pernah naik nuang tahun 2010 atau 2011, ok, dah lupa. huhu. naik ikut pangsun. Ikut sana perjalanan naik dan turun 10 jam semuanya. keluar pun malam even bermalam di kawasan air terjun. nuang org kata keras sikit sebab ada trip lain pergi lepas tu terbawak balik ‘sorang budak’ plak.

    dulu IQ hiking pakai kasut getah je, cuma stoking wajib tebal, mungkin lepas ni kalau ditiup semangat nak mendaki balik, boleh beli kasut yg proper sikit utk mendaki.

    apa2 pun, kak ti memang power!

  2. perasaan yg sama setiap kali hikign. oh no.. ada lagi ke? sikit je lagi ni. pastu what? ada lagi ke nak panjat. arghhhhhhhhhh.. good luck kinabalu nt. inshaa Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published.