Part 2: Day 2 Eco Tourism – Package Update Visit UTM Visit My Campus 2018-2021

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Malam itu kak Ti tidur dengan nyenyaknya. Sedar-sedar alarm dah berbunyi suruh bangun. Tak sabar rasanya nak mulakan hari kedua dengan aktiviti-aktiviti yang dah disediakan untuk kami. Oh ya! Korang yang terus sampai kat Part 2 ni, jemputlah baca PArt 1 dulu ya. Ada kisah tragic berlaku kepada salah seorang peserta masa buat salah satu aktiviti.

KHAMIS 28/9/17 – HARI KEDUA

SESI BERMESRA DENGAN KUDA – UTM EQUINE PARK

Setelah mendapatkan rehat yang secukupnya malam tu kat Scholars Inn yang memang sangat selesa dan mempunya fasiliti yang lengkap, kak Ti dah bersedia untuk hari kedua. Banyak aktiviti-aktiviti menarik telah diaturkan untuk kami pada hari kedua ini yang juga merupakan hari terakhir kami kat UTM Skudai ni… Sebelum memulakan aktiviti, kami check out siap-siap dan kemudian kami bersarapan dengan penuh berselaranya kat bilik bankuet. Sarapan yang dihidangkan memang sedap ‘gila’ sampai kak Ti dengan tak relanya bertambah.. Huhuhu..

Nasi lemak terbaik!
Sedap sey..

Destinasi pertama kami setelah bergendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati adalah melawat ke Equine Park UTM. Kat sini kami akan berpeluang untuk belajar serba sedikit tentang kuda, horse feeding dan juga menunggang kuda. Untuk sesi kat Equine Park ni, the person in charge yang akan guide kami adalah En Mohd Aswad Anuar yang juga merupakan Manager di Equine Park UTM.

Sesi Briefing

Sebelum melakukan aktiviti bersama kuda, En Aswad telah berkongsi sedikit informasi tentang equine park, tentang penjagaan kuda-kuda yang ada di situ dan lain-lain.  Setelah selesai sesi sharing dari En Aswad, kami semua telah diberikan peluang untuk bermesra dengan kuda-kuda yang ada kat sini. Eh! Korang jangan fikir ke lain pulak tau.. Bermesra tu maksud kak Ti bagi makan pastu boleh pegang dan belai-belai kuda tu.

Bermesara dengan kuda
Belajar cara-cara untuk bermesra dengan kuda.. Hehehehe

Kalau nak diikutkan, lepas sesi bermesra tu, ada sesi menunggang kuda. Apakan daya, disebabkan hujan, pastu rain coat pulak tertinggal kat bag, hancurlah harapan nak berkuda. Tapi kan, ada jugak tau beberapa peserta yang sempat menungang kuda. Walaupun tak dapat menunggang kuda, tapi pengalaman bersama kuda ni memang satu pengalaman yang menyeronokkan bagi kak Ti.

Group foto

UTM ECO HOME

Dari Equine Park kami teruskan lawatan ke destinasi seterusnya iaitu UTM Eco Home. UTM Eco Home hasil dari gabungan sekumpulan penyelidik dan pelajar yang telah berjaya membina sebuah rumah pintar lestari yang dikenali sebagai Eco-Home. Dengan keluasan 1,450 kaki persegi Eco Home mengambil masa selama setahun untuk dibina dan kos untuk pembinaannya pula adalah hampir RM500, 000.

UTM Eco Home

Apa yang istimewa sangat Eco Home ni? Kalau korang nak tau, banyak keistimewaan Eco Home ni tau. Baik dari segi binaan mahupun dari segi ciri-cirinya. Eco Home adalah sebuat prototaip rumah pintar lestari yang dilengkapi dengan sisten tenaga diperbaharui dan menggunkan struktur binaan daripada bahan mesra alam. Reka bentuk dalamannya pun fleksibel dengan sistem pencahayaan dan pengudaraan semula jadi menjadikan penggunaan ruang dapt dioptimumkan mengikut peranan yang dikehendaki.

Prof. Dr. Muhd Zaimi

Seriusly kak Ti memang kagum sangat dengan Eco Home ni. Korang pernah tak tengok movie Hollywood yang dalam movie tu ada rumah yang peralatan dan kemudahan dalam rumah tu boleh control pakai handphone. Masa tengok tu mesti korang rasa Wow! Cool gila. Segala benda boleh control pakai aplikasi kat Handphone je. Misal kata kita tingglkan rumah, pastu lupa nak kunci atau lupa nak matikan aircond, kita taj yah risau dah.. Semua tu boleh buat guna aplikasi yang kita dah dowload kat HP kita. Hah! Macam tu lah canggihnya Eco Home ni..

Prof. menerangkan tentang cara mengawal peralatan menggunakan HP

TAMAN TROPIKA/RUMAH TROPIKA

Dari Eco Home UTM kami bergerak pula ke Taman Tropika. Taman Tropika telah dirsamikan oleh Sultanah Zanariah (kini Tunku Puan Zanariah) pada tahun 2001. Terdapat 4 zon dalam Taman Tropika ni iaitu zon Laman Bistari, zon Laman Seni, zon Laman Menanti dan zon Laman Riadah. Setiap zon di dalam Taman Tropika ini mempunyai keitimewaannya yang tersendiri yang mampu menjadi tarikan.

Taman Tropika terkenal dengan koleksi tumbuh tumbuhan Helikonia, Zingiber Zerumbet, Etlingera Elator dan Costus Curvibracteatus. Nak nyebut nama-nama tumbuhan ni pun berbelit lidah kan. Tapi itulah gunanya kita datang ke sini. Jadi bolehlah kita belajar dan mengenal tumbuhan-tumbuhan ni secara langsung.

Semasa berada di Taman Tropika ni, kami juga telah dihiburkan dengan persembahan tarin zapin yang telah dipersembahkan oleh penari-penari dari Unit Kebudayaan UTM. Memang cantik, memang hebat  dan sangat menghiburkan tarian zapin yang dipersembahkan. Lebih menghiburkan dan meriah  lagi apabila para peserta turut dipelawa untuk menari tarian zapin ini bersama-sama mereka.

INNOVATION AND COMMERCIALISATION CENTRE (ICC UTM) 

Destinasi lawatan kami seterusnya adalah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UTM. Sesuai dengan namanya iaitu pusat inovasi dan pengkomersilan, di sinilah tempat para penyelidik merealisasikan inovasi-inovasi mereka menjadi satu kenyataan. Dengan kepakaran dan pengalaman ICC dalam bidang inovasi dan pengkpomersilan, ramai penyelidik-penyelidik UTM telah dibantu untuk membangunkan dan mengkomersilkan hasil penyelidikan mereka menjadi produk yang diterima oleh industri dan pasaran global. Semasa berada kat ICC ni, kami berpeluang melihat sendiri hasil-hasil penyelidikan yang telah berjaya dibangunkan dan dikomersilkan.

INSTITUTE OF BIO PRODUCT DEVELOPMENT (IBD)

Sebelum kami di bawa ke destinasi seterusnya iaitu Institut Pembangunan Bio Produk, kami di bawa terlebih dahulu untuk mengisi perut yang mula berlagu keroncong ni. Kami di bawa ke CAfe Mak Jah untuk menikmati makan tengah hari yang sangat menyelerakan. Selesai mengisi perut, kami pun terus ke IBD.

IBD merupakan Pusat Kecemerlangan (CoE) telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan pada tahun 2017 CoE telah dianugerahkan status Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi menerajui bidang nic “Pemanfaatan Biodeversiti untuk Kesejerahteraan Manusia”.

IBD memfokuskan dan menumpukan kepada pembangunan bioproduk yang dijalankan yang merangkumi skop kosmesiutikal, nutrasiutikal, bioproses, pemprosesan herba serta bio baja. Kat sini kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan kami akan menjalankan dua aktiviti. Setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti yang berbeza dalam satu masa dan kemudian kami akan bertukar aktiviti.

Aktiviti pertama yang kumpulan kak Ti buat adalah belajar dan memproses sendiri essential oil dan massage oil. Yang paling best kan.. essential oil dengan massage oil yang kami buat tu boleh bawak balik. Selain dari itu, kami juga di tunjukkan cara pnyediaan sabun. Tapi bukan sabun yang macam Lux atau Palmolive tu tau. Yang tu cara penyediaan dia lebih comlicated dan memerlukan alat khas.

Seterusnya kami perlu bertukar aktiviti dengan kumpulan satu lagi dan buat aktiviti yang diorang dah buat dan diorang akan buat pulak aktiviti yang kumpulan kak Ti dan buat. Untuk aktiviti kedua, kami telah di bawa ke makmal penyeilidikan bioprodok makanan. Kat sini kan, kami telah di jamu dengan muffin yang diperbuat daripada minyak kelapa dara.

MEDIA AND GAME INNOVATION CENTRE OF EXCELLECNCE (MaGICX)

Selesai bereksperimen dan menghasilkan minyak essential dan minyak urut sendiri kami ke destinasi terakhir kami untuk lawatan kali ini Pusat Kecemerlangan Media dan Inovasi Permainan Digital. Sob sob sob.. Dah nak balik KL dah. Macam tak puas je lagi rasanya. Kak Ti tak berkesempatan masuk ke dalam MaGiCX tapi mengikut kawan-kawan yang berkesempatan masuk, memang happening sangat MaGICX tu.

Sumber: Facebook UTM Campus Edu Tourism
Sumber: Facebook UTM Campus Edu Tourism

MaGICX dengan kerjasama Cisco System Malaysia telah melancarkan konsep bilik kuliah masa hadapan atau dikenali juga sebagai class room of future. Yang menariknya pasal bilik kuliah masa hadapan ni kan, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih ineteraktif sebab ia menggunakan teknologi Realiti Maya (VR)  dan Cisco Spark. 

Sumber : Facebook UTM Campus Edu Tourism

Dengan adanya teknologi yang digunakan dalam bilik kuliah tu, student dapat merasai sendiri pengalaman seolah-olah berada dalam situasi sebenar yang mana membolehkan mereka untuk berinteraksi dengan pensyarah ataupun pakar yang berada kat tempat lain dalam masa nyata. Hmmmm.. Korang rasa menarik ke tak menarik kalau macam tu.. Canggih tu..

SAYONARA

Sebelum kami semua meninggalkan UTM Skudai satu sesi minum petang diadakan di Bilik Pameran UPMU dimana di disitu juga turut diadakan pameran-pameran dari fakulti-fakulti tertentu. Semasa sesi minum petang itu juga, sesi soal jawab antara wakil-wakil syarikat pelancongan dan juga pihak UTM turut diadakan. Dari maklumbalas yang diberikan oleh wakil-wakil syarikat pelancongan, ketara bahawa Eko pelancongan di UTM memang sangat menarik dan potensi untuk menarik pelancong datang memang sangat besar.

Sumber: Facebook UTM Campus Edu Tourism

Sesi lawatan “Package Update Visit’ kami di UTM berakhir petang itu dengan sesi penyampaian cenderahati dari pihak UTM kepada kami semua. dengan berakhirnya sesi penyampaian cenderamata, maka berakhirlah sesi lawatan kami ke UTM yang sangat menyeronokkan. Dua hari satu malan tu memang tak cukup tapi apa kan daya itu lah masa yang diperuntukkan untuk kami.

walau bagaimana pun, semoga Eko Pelancongan UTM Skudai akan mendapat sambutan yang menggalakkan dan akan lebih maju lagi di tahun 2018 ini dan juga tahun-tahun seterusnya. Semoga akan ada kesempatan lagi untuk kak Ti datang ke UTM di masa akan datang…

Facebook Comments Box

2 thoughts on “Part 2: Day 2 Eco Tourism – Package Update Visit UTM Visit My Campus 2018-2021

Leave a Reply

Your email address will not be published.