Festival Kahwin 2019 di Hotel Regency Kuala Lumpur

FESTIVAL KAHWIN 2019 DI HOTEL REGENCY KL BANTU BAKAL PENGANTIN 

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

“Wah!! Cantiknya pengantin tu. Baju sanding pun cantik”.. “Meriahnya majlis anak awak Limah”…

Kenangan 17 Tahun Yang Lalu

Seronokkan bila tetamu yang datang ke majlis perkahwinan kita penuh dengan kata-kata pujian. Tapi kan.. Hanya yang pernah melaluinya sahaja yang akan tau betapa stressnya proses merancang sesebuah majlis perkahwinan.

Itulah yang kak Ti alami 17 tahun yang lalu. Selesai je majlis bertunang terus kak Ti kena bergegas uruskan majlis kahwin pula. Al maklumlah… Kami bertunang enam bulan je. Phewww.. Dia punya stress tu.. Tapi Alhamdulillah.. Stress cuma masa uruskan majlis je. Kini kami bahagia dengan empat orang hero-hero Malaya kami.

Festival Kahwin 2019 di Hotel Regency KL

Amboi.. Kemain jauh lagi lempar belakang kan.. Bukan apa.. Baru-baru ni kak Ti ada attend sidang media berkenaan denganFestival Kahwin 2019 yang akan diadakan oleh Hotel Regency Kuala Lumpur. Sidang media yang juga sekaligus acara menandatangani MOU antara Hotel Regency Kuala Lumpur dan juga pengusaha-pengusaha bridal yang terlibat. Itu yang tiba-tiba teringat majlis sendiri.

Untuk pengetahuan korang Festival Kahwin 2019 kat Hotel Regency Kuala Lumpur ni akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 16 hb Ogos sampai 18 hb Ogos 2019. Tujuan pihak Hotel Regency mengadakan Festival Kahwin 2019 adalah bertujuan untuk membantu bakal-bakal pengantin untuk mencari keperluan bagi mengadakan majlis bersejarah mereka di bawah satu bumbung. Kan senang bila semuanya berada bawah satu bumbung je.

Acara Festival Kahwin 2019 ni juga merupakan sebahagian dari program CSR pihak hotel dalam membantu usahawan IKS (Industri Kecil dan Sederhana). Sebab itulah pengusaha-pengusaha butik perkahwinan yang terlibat dapat mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dengan PERCUMA kat Festival Kahwin 2019 ni.

Warisan di Bandaraya

The Hotel Regency Kuala Lumpur telah telah dirasmikan pembukaanmya pada 10hb Ogos 2009 oleh Yang Berhormat Tan Sri Mahyuddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa tersebut dan sekarang sebagai Menteri Dalam Negeri. Sepanjang tempoh hampir 10 tahun, mereka berbangga dengan tagline mereka sebagai hotel “Heritage of the Urban City” atau “Warisan di Bandaraya”.

Dengan mengekalkan tagline yang sama, pihak hotel sedang berusaha pula kearah mencorakkannya sebagai “Hotel Budaya Nombor 1 Malaysia” (Malaysia’s No. 1 Cultural Hotel) menjelang TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020 dan pengistiharaan KUALA LUMPUR sebagai WORLD BOOK CAPITAL 2020 oleh UNESCO.

Program Bercorak Kebudayaan di Hujung Minggu

Kearah menjayakan hasrat ini The Hotel Regency Kuala Lumpur telah pun memulakannya dengan menjalankan program bercorak kebudayaan di hujung minggu dengan menyediakan tempat latihan tarian tradisional secara PERCUMA kepada persatuan dan kumpulan tarian.

Festival perkahwinan yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti merupakan sebahagian daripada usaha kearah membudayakan hotel ini. Selain dariFestival Kahwin 2019, Hotel Regency juga berhasrat untuk mengadakan majlis makan malam dihujung minggu untuk pelancong dan pengemar seni di mana dalam majlis teraebut selain dari menghidangkan makanan tradisi Malaysia ianya akan disulami dengan persembahan kebudayaan semua kaum dan etnik negara ini.

Seterusnya, Regency Hotel Kuala Lumpur akan menambah lagi pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan budaya agar ianya akan menjadi tarikan pelancong seiring dengan pengistiharaan oleh kerajaan baru-baru ini iaitu tahun 2020 sebagai TAHUN MELAWAT MALAYSIA.

Hotel Hub Budaya Malaysia

Tranformasi ini akan dilakukan secara teratur agar ianya dapat dirasai oleh masyarakat umum dan akan sampai ke kemuncaknya pada tahun 2020 apabila TAHUN MELAWAT MALAYSIA dimulakan. Pada masa itu hasrat Hotel Regency Kuala Lumpur agar ianya dikenali sebagai “Hotel Hub Budaya Malaysia” yang lengkap sebagai hotel rujukan pelancong didalam dan luar negara.serta mereka yang mencintai dan mengemari kebudayaan Malaysia.

Haa.. Bagus sungguh usaha Hotel Regency Kuala Lumpur ni untuk memartabatkan Kebudayaan Malaysia. Oklah.. Untuk korang yang bakal jadi raja dan ratu sehari.. Memang rugi sungguh kalau korang tak datang ke Festival Kahwin 2019 ni. Bukan kena bayar pun kalau korang datang. Yang senang dan tak stress korang jugak kan. Majlis bersejarah sekali seumur hidup biarlah berjalan dengan sempurna ya dak…

Informasi Lanjut Festival Kahwin 2019

Nak tau info lanjut tentang Festival Kahwin 2019 kat Hotel Regency Kuala Lumpur ni, korang tengok info-info yang kak Ti share kat bawah ni.

Alamat:

Hotel Regency Kuala Lumpur

3, Jln. Raja Alang,

50300, Kuala Lumpur

Phone:

03 22622000

Website:

https://theregencyhotel.my/

www.regencybridalshowcase.com

Facebook:

The Regency International Hotel Group

Instagram:

The Regency Hotel

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.