Aplikasi ReLy Bantu Pelajar Golongan B40 Tuisyen Online

FLY HIGH EDUCATION CENTRE LANCARKAN APLIKASI ReLyTUISYEN ONLINE UNTUK BANTU PELAJAR DARI PELBAGAI GOLONGAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji hanya bagi Allah swt serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

“Asyik mengadap handphone je, cubalah baca buku takpun buat latihan. Ini tidak, asyik mengadap handphone 24 jam”. Biasa dengar ayat ni? Mestilah biasa kan. Kitalah tu, kaum mak-mak yang selalu sangat ulang-ulang ayat kat atas tu. Lagi kita larang, lagi menjadi jadi pulak anak anak ni kan. tak dinafikan kadang memang pening juga jadinya. tapi itulah dilema yang terpaksa kita para ibu bapa hadapi di zaman serba digital ini.

Seiring dengan beredarnya zaman, pelbagai perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan kita telah berlaku. Apatah lagi sejak dunia dilanda wabak Covid-19. Banyak perkara yang perlu kita ubah terutamanya gaya hidup demi menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baru. Jika sebelum wabak Covid melanda kita dah cukup pening dengan anak-anak dan gajetnya apatah lagi bila berlakunya wabak Covid 19 ini di mana kita terpaksa berada di rumah sahaja dan memberikan peluang kepada anak-anak untuk mempunyai lebih masa dengan gajet mereka.

Tak terkecuali turut merasa impaknya adalah sistem pembelajaran anak-anak kita. Walaupun sedikit demi sedikit kita cuba untuk kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala, namun tak dapat dipungkiri bahawa masih ramai diantara kita yang masih lagi dibayangi dengan kebimbangan dan kerisauan kesan dari dahsyatnya wabak Covid 19 yang melanda bukan sahaja negara kita tetapi seluruh dunia. Selama dua tahun anak-anak terpaksa membiasakan diri dengan kelas-kelas yang dijalankan secara online.

Jika dulu menghantar anak anak ke kelas tambahan atau tuisyen secara bersemuka merupakan perkara biasa dalam usaha untuk membantu meningkatkan pelajaran anak anak, kini ianya menjadi satu perkara yang agak sukar untuk dilakukan kerana kebimbangan akan kesehatan anak anak jika berbuat demikian. Maka, kelas-kelas tuisyen online pun bermunculan dan banyaklah ditawarkan kepada ibu bapa yang berhajat untuk membantu pelajaran anak anak mereka. Namun malangnya, tidak ramai ibu bapa yang mampu mendaftarkan anak anak untuk mengikuti tuisyen online ini kerana kekangan kewangan

Baru baru ni kak Ti telah dijemput untuk menghadiri  ‘Grand Launching ReLy’ di De Palma hotel Shah Alam bersama rakan rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Shahruddin bin Sohot, ketua Pengarah Kabatan Kebajikan Masyarakat dan turut dihadiri oleh tetamu tetamu VIP lain.

YBhg. Dato’ Shahruddin bin Sohot, ketua Pengarah Kabatan Kebajikan Masyarakat bersama barisan VIP

Terus terang, pada asalnya kak Ti memang tak ada idea langsung apa itu ReLy. Apa yang kak Ti tau ianya adalah satu produk baru Fly High Education Centre iaitu sebuah pusat tuisyen yang telah beroperasi sejak tahun 2018 lagi. Inspirasi ReLy bermula dari kesepakatan pihak organisasi Fly High Education Centre untuk menaik taraf sistem pengurusan dengan menggunakan sistem aplikasi pada tahun 2021 dan akhirnya aplikasi tersebut siap untuk diguna pakai pada tahun 2022.  

Ok sebelum kak Ti cerita lebih lanjut tentang ReLy, meh kak Ti perkenalkan dulu serba sedikit tentang Fly High Education Centre. Macam yang kak Ti bagitau sebelum ni, Fly High Education Centre telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan telah menjalankan kelas-kelas tuisyen secara bersemuka sehinggalah wabak Covid 19 melanda. 

Apabila Covid 19 melanda, lanskap pembelajaran negara terpaksa diubah di mana anak anak terpaksa belajar melalui pembelajaran secara online. Semua pembelajaran secara bersemuka telah dibatalkan ketika itu termasuklah kelas-kelas tuisyen secara bersemuka. 

Fly High Education Centre telah mengambil inisiatif dengan menjalankan kelas secara online bermula dari bulan Februari tahun 2020dan merupakan antara yang terawal menawarkan sistem tuisyen secara online untuk murid-muridnya. Setelah 2 tahun menjalankan kelas kelas tuisyen secara online, pihak Fly High telah mencipta sejarah dengan kejayaan membina aplikasi ReLy yang siap untuk digunapakai bermula pada bulan Ogos 2022 dan perasmiannya telah dilaksanakan pada 7 September 2022.

Jadi apa itu ReLy sebenarnya? Oklah.. Jom kita tengok. ReLy stands for Revolution of Learning, Electronically Economics, Leverage Approach and Yeoman Service. Secara ringkasnya, ReLy adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan untuk memberikan peluang kepada lebih ramai pelajar sekolah rendah untuk mendapatkan peluang pembelajaran secara interaktif mengikut kesesuaian masa dan tempat pelajar tersebut dengan harga yang mampu milik. 

Dengan adanya aplikasi ReLy ini, lebih ramai pelajar dari pelbagai latar belakang keluarga termasuklah pelajar pelajar dari golongan keluarga B40 akan mendapat manfaatnya dan seterusnya dapat dibantu untuk menigkatkan pelajaran mereka apatah lagi aplikasi ini dapat diakses dengan mudah dari mana-mana sahaja.  

Pelajar juga akan berpeluang untuk memilih sendiri subjek kegemaran dan guru yang mereka sukai. Lebih menarik lagi, nota nota dan set set soalan dapat dimuat turun pada bila bila masa sahaja. Kelas kelas akan dijalankan secara lintas langsung namun pelajar dapat membuat ulangkaji semula melalui rakaman sesi pembelajaran. Dengan adanya sistem pembelajaran yang interaktif dan menarik ini, sudah tentu ianya akan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. 

Zaman telah berubah. Zaman anak anak kita kini adalah zaman digital. Pesan Sayyidina Ali Bin Abu Thalib ra “Didiklah anak sesuai dengan zamannya kerana mereka hidup pada zamannya bukan pada zamanmu”.  Maka dengan itu, mau tak mau sebagai ibu bapa kita kena cakna dan akur dengan perubahan dan peredaran zaman ini. 

Bagi ibu bapa yang masih ragu ragu dengan aplikasi ReLy ni, kak Ti nak bagitau. Bukan calang-calang guru-guru yang menjadi ikon ReLy. Kesemua guru-guru yang terlibat merupakan guru-guru bertauliah dan berpengalaman dalam dunia pendidikan. Pendek kata, tak perlu risau dengan kualiti pembelajaran yang ditawarkan dalam aplikasi ReLy ni.

Selain daripada kelebihan kelebihan sistem aplikasi ReLy yabg kak Ti dah sebutkan kat atas tu, kat bawah ni kak Ti nak kongsikan beberapa keistimewaan ReLy yang akan dapat dinikmati oleh pengguna penggunanya seperti Khairat Kematian, Tabung PIBG, Baucer, Bantuan Peralatan Pendidikan, Insentif Kewangan Permulaan IPT dan Insentif Kecemerlangan Peperiksaan.

Untuk ibu bapa yang masih mih ragu-ragu, ni kak Ti nak kabo. Bermula 16 September 2022, Aplikasi Rely menawarkan kelas secara percuma untuk pelajar sekolah rendah seluruh Malaysia dan kelas percuma ini akan dijlankan selama 2 minggu. Jika berpuas hati, bolehlah sambung dengan kelas berbayar untuk akademik dan KAFA bermula 1 Oktober 2022. So, apa nak risau kan. Jangan lepaskan peluang untuk masuk kelas percuma ni tau. Kalau masih ragu juga cuba tengok apa kata mereka yang dah cuba.

Sebelum kak Ti undur diri (cheewaah), kak Ti nak share dulu pakej-pakej yang boleh dipilih untuk bantu buah hati kita dalam pelajaran mereka. Ada 3 pakej yang boleh dipilih iaitu Pakej Mampu Milik, Pakej Fokus dan Pakej Guru Ikon. Untuk detail setiap pakej boleh tengok kat gambar gambar yang kak Ti share kat bawah ni ya.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari website ni: www.relyedu.com.

Previous Post: HARI KEBANGSAAN KE 65 DISAMBUT PENUH MERIAH DI AEON MALL NILAI

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.