BERKAT KORBAN AEON 2022 – KEMBALI UNTUK TAHUN KE 3

BERKAT KORBAN AEON 2022 – DARI MASJID KE MALL

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji hanya bagi Allah swt serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Alhamdulillah, tinggal beberapa minggu saja lagi kita semua, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Aidiladha atau Hari Raya Korban dan jika Allah masih berikan umur yang panjang, maka dapatlah kita juga meraikan kehadiran hari raya korban tahun ini.

Seperti yang kita semua dah sedia maklum, bermula 1 Syawal hingga terbit fajar 10 Zulhijjah, umat Islam dari seluruh dunia akan mengerjakan rukun Islam ke 5 iaitu ibadah Haji dan pada 10 Zulhijjah juga ibadah Korban akan dilaksanakan. 

Program Berkat Korban AEON

Kak Ti yakin, korang semua mesti dah tau kenapa ibadah Korban dilaksanakan kan? Tapi kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan kepentingan ibadah Korban ni, korang bolehlah rujuk kat SINI. Informasi informasi yang disediakan sangat lengkap dan ada disertakan dengan dalil dalinya sekali. 

Cerita pasal ibadah korban ni kan, korang tau tak yang pusat membeli belah AEON telah mengadakan Program “Berkat Korban 2020” pada 27 Jun 2020 yang lepas. Ini merupakan satu Inovasi kerana untuk julung julung kalinya program seumpama ini diadakan di pusat membeli belah.

AEON Memudahkan Pelanggan Yang Ingin Melaksanakan Ibadah Korban

Kita semua pun sedia maklum kan, masa PKP hari tu, banyak perkara terpaksa dilaksanak dengan kaedah dan SOP yang sangat ketat termasuklah ibadah korban. ia bertujuan bagi menjaga dari berlakunya penyebaran virus covid-19 yang lebih teruk.

Dengan adanya program Korban seumpama ini, ia dapat memberi peluang yang lebih banyak dan sekaligus memudahkan urusan orang ramai yang ingin melaksanakan ibadah korban kerana segalanya akan diuruskan oleh pihak AEON secara sistematik dan telus.

Melihat kepada sambutan yang amat baik yang diterima 2 tahun sebelum ini maka pada tahun ini sekali lagi pihak AEON akan melaksanakan program “Berkat Korban 2022” dengan tag line “Dari Masjid ke Mall” dan telah melantik Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai ikon Berkat Korban 2022.

Program Berkat Korban 2022 Dilaksanakan diseluruh Cawangan AEON

Menurut Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON, Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, 2022 merupakan tahun ketiga AEON melaksanakan program Berkat Korban yang telah mendapat sambutan baik daripada pelbagai pihak sebelum ini dan untuk tahun 2022 ini, pihak AEON akan bekerjasama dengan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (Koperasi GTR) dan Townfarm.

Tambah beliau, Program ini akan memudahkan urusan orang ramai untuk melaksanakan ibadah korban di mana mereka hanya perlu melakukan tempahan daging korban melalui panggilan telefon atau pun secara online. AEON merupakan cawangan pusat beli belah pertama di Malaysia yang memperkenal program seumpama ini. Bagi Program Berkat Korban 2022, ia akan dilaksanakan di seluruh cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu.

Program Berkat Korban Patuh Syariah

Dr. Kasuma Satria Mat Jadi dalam kenyataan beliau bersempena majlis pelancaran Berkat Korban 2022 di AEON Taman Maluri Cheras, Kuala Lumpur juga ada menerangkan bahawa kesemua daging korban akan melalui proses SOP yang ketat dan patuh Syariah bagi memastikan umat Islam yang mengambil bahagian dapat melakukan ibadah tersebut dengan sempurna.

Program Berkat Korban 2022 menyediakan dua kategori haiwan korban iaitu lembu dan kambing. Seekor lembu seberat 210kg hingga 250kg dan akan dibahagi kepada tujuh (7) bahagian di mana harga yang ditetapkan bagi satu bahagian adalah sebanyak RM880 manakala harga seekor kambing seberat 28kg hingga 30kg adalah sebanyak RM1,200.

Daging Korban Untuk Diri Sendiri Atau Diinfaqkan

Untuk korang yang berhajat untuk menyertai Program Berkat Korban 2022 ni, korang ada dua pilihan iaitu samaada korang nak ambil 1 bahagian untuk diri sendiri atau korang boleh pilih 1 untuk mengninfaqkan satu bahagian mereka kepada golongan Asnaf. Bagi korang yang berhajat untuk berinfaq bahagian korban korang kepada golongan Asnaf, harga yang ditetapkan adalah sama. Bagi Program Berkat Korban 2022 ini, AEON mengunujurkan sebanyak 1,000 ekor lembu dan 200 ekor kambing untuk program ini.

Bagi memudahkan urusan sumbangan daging korban kepada golongan Asnaf, ianya akan diuruskan oleh pihak AEON berdasarkan kepada senarai golongan Asnaf yang ada pada pihak AEON. Walaubagaimanapun juga, sekiranya korang berhajat nak menyumbangkan kepada golongan Asnaf pilihan sendiri, maka urusan pemberian tersebut perlulah korang lakukan sendiri dan Korang perlu datang untuk mengambil daging tersebut di AEON.

Tiga Cara Untuk Mendaftar Program Berkat Korban AEON 2022

Untuk makluman buat korang yang berhajat nak join Program Berkat Ramadan 2022, Ada 3 cara yang korang boleh pilih untuk mendaftar. Korang boleh datang terus ke AEON Mall dan pergi ke kaunter-kaunter khas di seluruh cawangan AEON di seluruh negara untuk pendaftaran Program Berkat Korban 2022.

Okay korang, untuk daftar korang boleh ke kaunter-kaunter yang dibuka khas di semua cawangan AEON di seluruh negara atau boleh juga menghubungi Suebaidah Sidek di talian 012-7591816 atau online di www.myberkatkorban.com.my Tarikh akhir untuk mendaftar : 5 Julai 2022.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari:
website: https://fresh.myaeon.com.my/microsite/berkat-korban
Facebook: https://facebook.com/berkatkorbanofficial

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.