Aplikasi NGO Negaraku Perkenal Program Terbaru Untuk Bantu Ahli-Ahli NGO

APLIKASI NGO NEGARAKU PERKENAL INISIATIF TERBARU UNTUK BANTU PELAJAR IPTA & IPTS BERBELANJA BIJAK DAN JIMAT MELALUI PROGRAM BUY & SAVE, CSR, SMART PARTNERSHIP

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Ingat lagi tak dengan entry kak Ti berkenaan NGO Negaraku sebelum ni.. Alah yang entry Majlis Penyerahan Kad Digital NGO Negaraku tu lah.. Kalau tak tau bolehlah menjenguk sekejap ke entry tu untuk tau kisah dari awal.

Bertempat di The Royal Widad Residence @UTM KL pada 26 April 2019 yang lepas, NGO Negaraku telah mengadakan Majlis Pengenalan “Student Buy & Save” yang mana ianya merupakan satu inisiatif terbaru dari pihak NGO Negaraku yang bertujuan untuk membantu pelajar khususnya di IPTA dan IPTS untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih menjimatkan.

Aplikasi NGO Negaraku

Sebelum tu meh kak Ti cerita dulu apa itu Aplikasi NGO Negaraku. Aplikasi NGO Negaraku merupakan sebuah apllikasi talian pintar (mobile) dan ianya merupakan inisiatif NGO yang bekerjasama dengan pihak swasta yang berurusan sebagai Syarikat Social Enterprise ke arah melebarkan kesepakatan dan kerjasama antara badan-badan bukan kerajaan seperti NGO, Koperasi dan Yayasan.

Gabungan ini dibuat menerusi kecanggihan teknologi dan ianya dijayakan secara tertutup dan khusus untuk ahli-ahli NGO yang berdaftar di bawah Apikasi NGO Negaraku. Dengan kata lain, Aplikasi ni bukan semua orang boleh muat turun dan guna tau.

Satu lagi fakta menarik tentang Aplikasi ni adalah ianya ditawarkan secara percuma bagi memastikan semua NGO akan dapat berfungsi dan bergerak maju kehadapan mengikut keperluan dan situasi semasa.

Pelbagai Program Dalam Satu Aplikasi

Manerusi aplikasi ini pelbagai program diperkenalkan dan induk kepada program ini adalah Buy & Save. Membeli sambil Berjimat. Haaa.. Menarik kan.. Siapa yang tak suka berbelanja sambil berjimat. tambah-tambah lagi yang bergelar student. Lagi boleh jimat, lagi bagus.

Macam yang kak Ti sebut kat atas tadi, Buy & Save, CSR, Smart Partnership merupakan inisiatif terbaru yang diperkenalkan untuk membantu pelajar khususnya pelajar IPTA dan IPTS bagi mendapatkan produk dan barangan keperluan dengan harga jimat.

Program ini sedang mengumpul penyertaan syarikat-syarikat pembekal termasuk GLC untuk bersama-sama menjayakan pelaksanaan aplikasi ini melalui penawaran produk dan barangan yang sesuai dengan harga penjimatan sebenar.

Produk dan barangan yang diperolehi dari pembekal melalui belian pukal atau jaminan belian akan ditawarkan kepada pelajar dan keuntungan dari hasil jualan tersebut akan dikongsi. Melalui kaedah ini pelajar akan dapat berjimat dan pihak NGO Negaraku akan dapat menyelia platform ini secara berterusan.

Untuk manfaat berganda, lebihan dari hasil yang diperolehi oleh pihak NGO Negaraku dari penjualan produk-produk tersebut akan dikembalikan kepada pelajar melalui sumbangan CSR dan ini bagi memastikan pelajar yang tidak berkemampuan akan turut memperolehi manfaat dari program ini.

Secara kseluruhannya kak Ti dapat simpulkan Program Aplikasi NGO Negaraku ini kepada tiga iaitu:

  • Aplikasi NGO Negaraku dapat membantu dan memastikan NGO dan ahli-ahlinya bergerak selari dan seiring dengan teknologi terkini.
  • Penglibatan dan penyertaan syarikat pembekan termasuk GLC adalah kunci bagi menjayakan program ini.
  • Pulangan dan Perkongsian dari belian pukal akan memastikan pembeli dapat berjimat dan program CSR dapat diperluaskan.

Secara peribadi kak Ti berharap program ini akan dapat dijalankan dengan jayanya kerana ini merupakan satu berita baik khasnya kepada para pelajar yang mana diketahui bukan semuanya datang dari golongan yang berkemampuan.

Dengan adanya program seumpama ini, sedikit sebanyak pasti ianya akan dapat meringankan beban mereka. Yang paling penting lagi, melalui program ini mereka juga telah secara tidak langsung membantu rakan-rakan lain yang juga memerlukan.

Untuk sebarang pertanyaan dan informasi lanjut:

WebsiteKelab Sahabat Persaudaraan

Facebook: Kelab Sahabat Persaudaraan @kspmalaysia

 

Facebook Comments Box

1 thought on “Aplikasi NGO Negaraku Perkenal Program Terbaru Untuk Bantu Ahli-Ahli NGO

Leave a Reply

Your email address will not be published.