Book Swiss Garden Beach Resort Kuantan Online – Satu Percutian Yang Menjanjikan Keseronokan

BOOK SWISS GARDEN BEACH RESORT KUANTAN ONLINE – BERCUTI DI KUANTAN LEBIH MUDAH DAN LEBIH MENYERONOKKAN

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Kalau kak Ti ditanya kemana destinasi percutian dalam negara yang akan jadi pilihan kak Ti kan.. Pantai Timur pasti akan jadi destinasi pertama yang akan terlintas dalam kepala kak Ti. Tak taulah kenapa.. Tapi kak Ti memang tak pernah bosan ke kawasan Pantai Timur ni. Tak kiralah ke Pahang ke, Terengganu ke ataupun ke Kelantan. Kak Ti memang sentiasa ‘look forward’ untuk ke Pantai Timur ni.

Ialah, Pantai Timur ni kan banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Pantai-pantainya yang cantik dan mandamaikan dan membuatkan pengunjung tempatan mahupun pelancong antarabangsa tak jemu datang serta variasi makanannya yang pastinya mampu memikat selera kita.

PAHANG YANG SENTIASA MENGUNDANG UNTUK KEMBALI

Antara tiga negeri yang terdapat di Pantai Timur ni, Pahang, terutamanya Kuantan adalah antara  yang selalu kak Ti ‘missed’ untuk singgahi. Tapi itu tak bermakna kak Ti tak pernah coretkan sesuatu tentang Pahang yang merupakan negeri terbesar di Semenanjung ni tau. Antara entry kak Ti yang mengabadikan kenangan bercuti di Pahang atau lebih tepatnya Cherating adalah Cherating Suria Beach Resort, Cherating Mu Tunggu Aku SampaiSeronoknya di Legend Cherating Beach Resort dan beberapa lagi entry yang menceritakan pengalaman masa family day KBBA9 kat Legend Cherating Beach Resort.

Apa yang best sangat sampai kak Ti selalu rasa nak datang lagi dan lagi ke Pahang ni ek? Haaaa.. Ada banyak faktor sebenarnya yang selalu buat kak Ti rasa nak datang lagi dan lagi ke Negeri Pahang ni, tapi yang paling utama dan selalu menggamit kerinduan untuk kembali adalah pantai dan makanan dia. nak buek camno kan.. Kalau dah namanya ‘food lover’, itulah yang pastinya akan jadi keutamaan. Lagi best sebab satu keluarga ‘food lover’.. Jangan heran kalau percutian kami biasanya akan jadi percutian JJCM aka Jalan-Jalan Cari Makan… Hahahaha.

RANCANG PERCUTIAN, ELAKKAN KEBOSANAN

Perkara yang wajib kak Ti lakukan sebelum kak Ti dan suami bawak anak-anak bercuti adalah membuat perancangan supaya sepanjang percutian tu anak-anak tak akan bosan dan dapat menikmati percutian kami ni. Antara persediaan awal yang biasanya akan kak Ti buat adalah ‘search online’ tempat-tempat penginapan yang menarik dan sesuai untuk percutian keluarga dan juga search kat mana ‘port’ makan yang best kat tempat yang kami nak pergi tu.

Dalam family kecik kami ni, biasanya kak Ti lah yang kena buat segala perancangan tiap kali kami nak bercuti dan kak Ti pulak jenis yang suka ‘prepare’ awal terutamanya bab penginapan. Biasanya sebelum percutian tu, kak Ti dah cari maklumat berkenaan tempat yang kami nak stay dan buat booking awal. Senang bila semua dah buat awal, hati pun tenang dan gembira tunggu hari nak bercuti tu sampai. Tadelah nak risau bila sampai tu takde tempat nak tidur bagai kan.

BOOK SWISS GARDEN BEACH RESORT KUANTAN ONLINE

Sejak pertama kali menjejakkan kaki ke Swiss Garden Beach Resort beberapa tahun yang lalu, Kak Ti memang sentiasa memasang impian nak datang lagi ke resort ni. Memang berkenan sungguh kak Ti masa tu dengan Swiss Garden Beach Resort Kuantan ni. Nak tau tak, masa tu kan.. Punyalah berkenan sampai siap snap gambar setiap penjuru bilik sebab kononnya nak jadikan inspirasi untuk bilik sendiri.

Deluxe Twin, antara jenis bilik yang ditawarkan di bila book Swiss Garden Beach Resort Kuantan online
Executive Deluxe Twin Room, satu lagi jenis bilik yang boleh bila book Swiss Garden Beach Resort Kuantan online.

Setelah hampir 10 tahun berlalu, akhirnya kak Ti akan kembali semula ke Swiss Garden Beach Resort Kuantan ni. Yang membuat kak Ti tambah teruja nak kembali ke Swiss Garden Beach Resort ni adalah sebab kak sini sekarang dah ada macam-macam penambah baikan dari segi fasiliti dan kemudahan yang disediakan untuk tetamu mereka.

Fasiliti paling utama yang akan membuatkan anak-anak tersenyum riang..
Kids club yang dapat membantu mengelakkan kebosanan anak-anak semasa bercuti
Kemudahan gym yang sangat bersesuaian dengan yang suka JJCM. Lepas JJCM jom bakar balik lebihan kalori yang masuk..

Kali ni Kak Ti book Swiss Garden Beach Resort Kuantan Online je. Dengan adanya sistem tempahan online macam ni, kita tak perlu lagi risau terlepas penginapan yang kita idamkan sebab kita boleh buat tempahan awal. Tambah pulak macam Swiss Garden Beach Resort Kuantan ni yang bilik-biliknya selalu je penuh. Kang tak pasal-pasal ada yang gigit jari sebab terlepas tempat yang diidamkan.

KENAPA SWISS GARDEN BEACH RESORT KUANTAN

Macam yang kak Ti cakap sebelum ni, kak Ti ni kiranya memang jatuh cinta pandang pertama dengan Swiss Garden Beach Resort Kuantan. Tapi kan.. Nak tau tak.. Dulu kak Ti tak tau pun yang kita boleh book Swiss Garden Beach Resort Kuantan online. Ehhh.. Ke 10 tahun lepas memang belum ada lagi sistem tempahan online untuk hotel-hotel macam yang Traveloka sediakan sekarang ni. Takpun kak Ti yang tak celik Internet masa tu ek.. Hahaha..

Sejak pertama kali menjejakkan kaki kat Swiss Garden Beach Resort Kuantan hampir 10 tahun lepas, kak Ti tak pernah lupa pengalaman kak Ti yang menyeronokkan kat sana dan sentiasa simpan impian nak ke sana lagi. Poyo je bunyinya kan.. Padahal kat Kuantan je pun.. Tapi tulah… walaupun kat Kuantan je, tapi kesempatan tu tak pernah ada nak bercuti kat Swiss Garden Beach Resort Kuantan ni.

Pantai yang bersih dan cantik di Swiss Garden Beach Resort Kuantan

Lagi satu yang best bila menginap kat Swiss Garden Beach Resort Kuantan ni, kita boleh JJCM sampai ke Kemaman yang jaraknya lebih kurang 30 minit je dari Swiss Garden ni. Bolehla petang-petang ajak anak-anak pekena satar dengan keropok lekor pastu minum pulak kelapa pandan. Ya Allah! Sedapnya. Tak sabar pulak rasanya kak Ti nak tunggu percutian keluarga kak Ti ni.

Ehhhh… Oklah.. Tunggu cerita kak Ti pasal pengalaman bercuti kat Swis Garden Beach Resort Kuantan ni lepas kak Ti balik dari percutian family kak Ti ni pulak ek. Harap-harapnya pengalaman kali sama atau lebih baik lagi dari pengalaman sebelum ni. Nak lagi best, apa kata korang sendiri datang dan rasai pengalaman bercuti kat sini. Sesekali bercuti tenangkan fikiran sambil menghirup udara pantai pasti akan memberikan kesegaran jiwa dan raga pada korang.. Cheewaaahh..

Facebook Comments Box

10 thoughts on “Book Swiss Garden Beach Resort Kuantan Online – Satu Percutian Yang Menjanjikan Keseronokan

  1. bila Kak ti?? Nak jumpa kak ti lah.. ehehehe.. btw,memang best resort ni. Kuantan kaya dengan pantai tau.. 5 pantai ada kat kuantan ni

Leave a Reply

Your email address will not be published.