Tahniah! Restoran Me’Nate Berjaya Raih Anugerah

RESTORAN ME’NATE  BERJAYA RAIH ANUGERAH BERPRESTIJ BIDANG F&B

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Restoran Me’Nate yang berasal dari perkataan ‘Men Ate’, siapa yang tak kenal kan. Kak Ti rasa semua kenal. Especially peminat steak atau ‘western food’ macam kak Ti ni. (Psssttt.. Sebelum ni kak Ti pernah makan western food yang rasa dia memang best kat Restoran Cheese Banjir, Pandan.. Sedapp sangat weiii..) Kalau tak semua pun majoriti mesti kenal atau paling kurang pun biasa dengar Me’Nate steak.

Alaaa.. Satu masa dulu kan reatoran Me’Nate ni pernah glamer pasal ada sorang artis senior tu yang mengamuk sebab salah faham dengan cadangan salah seorang peminat beliau untuk makan kat restoran Me’Nate ni…

Untuk korang yang dah biasa atau dah tau pasal restoran Me’Nate ni korang mesti ada persepsi yang sama je ngan kak Ti bila dengar nama restoran ni iaitu restoran ni sesuai untuk orang ada-ada je. Hahahaha.. Tapi sebenarnya kan, orang-orang marhaen macam kita ni pun boleh je makan kat Me’Nate tu.. Harga dia reasonable dan sesuai dengan kualiti daging dan makanan lain yang dihidangkan.

Sesi beramah mesra restoran me'nate bersama media
sesi beramah mesra Restoran Me’Nate bersama media

RESTORAN ME’NATE RAIKAN KEJAYAAN BERSAMA MEDIA

Alhamdulillah pada 22 Februari yang lepas kak Ti berkesempatan untuk bersama-sama rakan-rakan blogger KBBA9 memenuhi jemputan untuk menghadiri Sesi Beramah Mesra Me’Nate bersama media sempena meraikan kejayaan mereka merangkul dua anugerah berprestij dalam bidang F&B iaitu:

  1. THE BRANDLAUREATE BEST BRANDS IN F&B – STEAKHOUSE 2017-2018
  2. MALAYSIAN INTERNATIONAL BUSINESS AWARDS 2017- EXCELLENCE IN WESTERN STEAKHOUSE
Bersama rakan-rakan KBBA9 di Restoran Me'Nate
Founder KBBA9 dan rakan-rakan KBBA9 yang turut hadir
Sesi photoshoot di restoran me'nate
Aksi-aksi untuk mendapatkan gambar terbaik di Restoran Me’nate
Hidangan pelbagai yang di hidangkan di restoran me'nate
Pelbagai hidangan dalam satu pinggan
tak sabar nak jamah hidangan yang dihidangkan oleh restoran me'nate
Muka excited nak makan

Tahniah kepada Me’Nate Steakhouse atas kejayaan mereka ini. Based on pengalaman kak Ti dan rakan-rakan menikmati hidangan yang disediakan untuk kami, mereka memang layak untuk merangkul anugerah ini dan secara tidak langsung anugerah ini juga telah membuktikan bahawa restoran Me’nate steak house adalah restoran yang memberikan hidangan dan perkhidmatan terbaik.

Anugerah yang diterima oleh Restoran Me'Nate
Best Brands in F&B Steakhouse 2017 – 2018
Anugerah yang diterima oleh Restoran Me'Nate
Excellence in Western Steakhouse
Anugerah yang diterima oleh Restoran Me'Nate
Anugerah yang diterima

Selain dari berpeluang menikmati hidangan yang amat menyelerakan di restoran, kami juga diberi penerangan tentang jenis-jenis daging dan cara penyimpanan serta penyediaannya. Kami juga dibawa melawat ke dapur restoran serta melawat ke pusat pemotongan dan pembungkusan daging iaitu ‘central ‘butchery’ di mana di sini semua daging akan dipotong dan disediakan untuk diagihkan ke restoran-restoran Me’Nate yang lain. Haa, itulah sebabnya kenapa rasa dan kualiti yang sama dapat dinikmati di semua restoran Me’Nate.

HANYA YANG TERBAIK DI RESTORAN ME’NATE

Sejak Palace Butcher Resources Sdn Bhd mengambil alih Restoran Me’Nate pada tahun 2015, banyak perubahan baru telah dilakukan samaada dari segi rekaan dalaman restoran, peralatan-peralatan memasak yang lebih moden dan yang paling penting adalah pemilihan daging segar yang berkualiti tinggi serta bahan-bahan mentah lainnya yang segar dan berkualiti tinggi.

Selain dari pemilihan daging dan bahan-bahan mentah yang segar, Restoran Me’Nate sedaya upaya berusaha mengelakkan penggunaan bahan-bahan segera dalam hidangan mereka. Mereka memang tak berkompromi dengan mutu dan kualiti daging yang dijual dan oleh sebab itulah daging-daging yang dijual dan dihidangkan kat restoran Me’Nate ni diimport dari Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Rib eye steak yang disediakan di central butchery restoran me'nate
Rib eye steak
Tomahawk restoran Me'Nate
Tomahawk
Cara pembungkusan daging di restoran me'nate
Cara pembungkusan daging-daging di restoran Me’Nate

Oh, ya! Kat restoran Me’Nate ni, bukan saja korang boleh menikmati makanan yang dah dimasak tapi korang boleh juga pilih dan beli daging mentah yang dah siap dipotong untuk korang masak sendiri kat rumah. Tapi kalau kak Ti la kan, baik pilih dan masak kat restoran je, jimat masa dan tenaga. Menariknya kat restoran Me’Nate ni, upah masak adalah free. Bukan tu je, air pun free pastu free flow lagi. Kan dah jimat kat situ.

Oh ya! Untuk korang yang tak suka makan daging, korang tak perlu risau sebab restoran Me’Nate ni turut menyediakan hidangan selain daging macam ikan, ayam pasta dan lain-lain. Pendek kata, kalau korang dating ke Me’Nate ni tak perlu risau. InsyaAllah pasti ada sesuatu yang dapat memenuhi selera korang.

Hidangan pasta di restoran Me'Nate
Creamy chilli pasta yang sangat sedap
hidangan ikan di restoran me'nate
Ikan seabass yang turut dihidangkan di restoran me’nate

CAWANGAN-CAWANGAN RESTORAN ME’NATE

Restoran Me’Nate berpusat di Setapak, Kuala Lumpur tapi selain dari itu ada beberapa lagi cawangan restoran Me’Nate yang lain iaitu Ampang Jaya, Bandar Baru Bangi dan juga kat Shah Alam. Terbaru, pihak pengurusan sedang merangka strategi bersama agensi kerajaan berkaitan untuk membuka lebih banyak lagi cawangan restoran Me’Natedi seluruh negara.

Pihak pengurusan restoran Me’Nate iaitu Palace Butcher Sdn Bhd akan membuka peluang in kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk mengurus dan mengendali rangkaian-rangkaian baru kelak dan beberapa negeri telah dikenalpasti iaitu di Johor, Melaka dan Pulau Pinang. So korang yang kat luar KL dan Selangor, tak payah risau ok. Tak lama lagi korang pun dah boleh menikmati hidangan hebat dari Me’ nate ini.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Me’Nate Steak Hub Setapak

D-02-01 Starpac Point, Jalan Genting Kelang, Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur

FB: Me’Nate Steak Hub, Setapak

Facebook Comments

One thought on “Tahniah! Restoran Me’Nate Berjaya Raih Anugerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *