Travel Sakan Dengan Traveloka Saleabration Dan Matta Fair 2019

JOM RANCANG PERCUTIAN DENGAN MATTA FAIR ATAU TRAVELOKA SALEBRATION

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Siapa suka travel angkat tangan. Mesti ramai yang suka travel macam kak Ti kan.. Tapi kan.. Nak travel ni bukan mudah. Banyak perkara perlu diambil kira. Terutamanya bab kos la. Huhuhuhu.. Bila dah masuk bab kos ni, memang boleh buat terbantut impian nak travel.

Untuk kaki travel, Matta Fair deals memang sangat ditunggu-tunggu. Inilah peluang nak dapatkan tiket dan juga hotel dengan harga yang lebih murah. Tapi faham-faham je lah.. Bila dah namanya Matta Fair, bersiap sedialah nak kena hadap ramai kaki-kaki travel lain yang sama-sama nak dapatkan harga terbaik untuk plan travel diorang.

Tapi… Kalau korang tak sempat nak pegi ke Matta Fair tu, jangan risau, korang tak perlulah sampai nak kena nangis tepi bucu katil sebab terlepas peluang nak grab harga murah kat Matta Fair tu.

Korang sebenarnya boleh dapatkan deals macam kat Matta Fair tu sambil duduk-duduk minum kopi. Tak payah nak bersesak bagai. Cuma perlukan handphone atau komputer dan juga Internet. Lepas tu bolehla korang check tawaran-tawaran yang ditawarkan dalam Traveloka Saleabration.

Traveloka Salebration

Nama Saleabration tu catchy sungguh. Siapa yang tak suka Sale kan. Kena pulak boleh di kata promosi ni merangkumi semua yang diperlukan untuk menjayakan plan travel kita. Yang bestnya pasal Traveloka Saleabration ni bukan setakat buat tempahan hotel, flight + hotel dan airport transfer pun ada jugak. Nak buat tempahan untuk aktiviti yang korang nak buat masa kat destinasi percutian korang nanti pun korang boleh buat menggunakan “Traveloka Experience.”

Rugi Kalau Tak Check Out Traveloka Saleabration

Untuk korang yang dah plan nak bercuti hujung tahun ni memang rugi kalau korang tak check out promosi-promosi yang ditawarkan sempena “Yearly Sale-Abration Deals” Traveloka ni. Bukan calang-calang tawaran tau. Korang boleh jimat sampai RM350 bila buat tempahan kat Traveloka sempena promosi Traveloka Salebration ni.

Nak bagi lagi mudah, meh kak Ti kongsikan apa yang ditawarkan dalam promosi Traveloka Sale-Abration tahun 2019 ni. 

  1. Domestic Flights: Diskaun 5%, penjimatan sehingga RM60
  2. International Flights: Diskaun 5%, penjimatan sehingga RM120
  3. Hotel: Diskaun 10%, Penjimatan sehingga RM80
  4. Experience: Diskaun 20%, Penjimatan sehingga RM100
  5. Airport Transfer: Diskaun 25%, Penjimatan sehingga RM50

Tempah dan Travel Bila-Bila Masa Je

Tapi ni kak Ti nak ingatkan.. Tempoh untuk korang nak buat tempahan sempena promosi Traveloka Salebration ni dari 26 Ogos sampai 27 September 2019. Korang boleh pilih nak travel bila-bila masa je. Agak-agak tak sempat nak travel tahun ni, korang buatlah tempahan untuk travel tahun depan. Tak de masalah pun. Yang masalah tu bila dok mereput kat rumah. Hihihi.

Haaaa.. Menarik kan.. So korang.. Apa tunggu lagi.. Takkan hujung-hujung tahun ni nak dok rumah je. Cuti yang banyak berbaki lagi tu, nak simpan buat apa. Jomlah kita pergi travel. Kita perabiskan baki cuti tu dengan travel. Kalau tak nak travel jauh-jauh.. Destinasi Domestik pun ok kan.

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan

Kata orang tua-tua jauh perjalanan luas pemandangan.Memang betul pun pepatah orang dulu-dulu ni. Kak Ti memang dari dulu suka travel walaupun hanya dalam negara. Kerja kak Ti sebagai tour leader sekarang ni banyak bagi peluang pada kak Ti untuk tengok negara orang pulak. Alhamdulillah.. Kak Ti berpeluang tengok negara maju mahupun negara membangun.

Bosphorus Cruise, Istanbul

Banyak pengajaran dan pelajaran yang kak Ti perolehi sepanjang hampir setahun kak Ti dalam bidang ni. Bila banyak tengok tempat orang, tengok budaya orang.. Semua ni dapat kita aplikasikan dalam hidup. Sebab bila kita travel, selain dari nak dapatkan gambar-gambar gempak untuk upload kat media sosial untuk bagi kawan-kawan lain jeles (hahahaha.. gurau je..).. Pandanglah sekali sekeliling kita dan ambik something positive dari yang kita nampak tu..

Oklah korang.. Cerita panjang-panjang pun tak guna jugak.. Korang pergi lekas tengok promosi Traveloka Saleabration especially flight promotion 2019 tu kat website diorang. Kak Ti? Kak Ti nak menikmati pemandangan sepanjang laluan dari Perancis menghala ke Belgium ni..

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *