Kekal Cergas Masa Travel Dengan Amalkan Joint Wellness dan Bowel Wellness Himalaya

TIPS CERGAS WAKTU TRAVEL: AMALKAN JOINT WELLNESS DAN BOWEL WELLNESS UNTUK KEKAL CERGAS DAN FIT SEPANJANG MASA

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

“Ya Allah! Susahnya nak luruskan kaki lepas duduk lama. Lutut sakit yang amat”..

“Aduh! Sakitnya sendi-sendi jari-jari ni tiap kali bangun pagi”..

Korang mesti ingat itu keluhan-keluhan yang keluar dari mulut warga emas kan? Huhuhu.. Malangnya.. Itulah keluh kesah yang selalu terpacul dari mukut kak Ti sejak akhir-akhir ni. Bila difikir-fikirkan semula.. Macam ngeri pulak rasa.. Ialah.. Umur baru je masuk 4 series dah mengeluh macam tu..

Misi Mencari Supplement

Tak boleh jadi ni. Dahlah sekarang ni kerjaya sebagai Tour Leader memerlukan kak Ti untuk agak kerap travel. Bila travel pulak kak Ti bukan hanya bertanggungjawab pada diri sendiri tapi kak Ti juga bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, keselesaan dan kegembiraan setiap peserta yang travel bersama-sama kak Ti.

Dah tu.. Kalau masa travel tu kak Ti tak fit sebab sakit-sakit badan terutamanya sendi-sendi.. Macam mana kak Ti nak pastikan yang peserta kak Ti akan dapat kepuasan maksimum bila travel dengan kak Ti. Sebab tulah kak Ti memang rajin jugaklah usha-usha suppliment kat farmasi sebelum ni tapi belum ada yang berkenan di hati.

Lama juga dok keluar masuk keluar masuk farmasi sambil belek – belek suppliment yang ada dalam tu. Bukan apa.. Bagi kak Ti lah kan.. Alang-alang nak makan suppliment biarlah yang berkualiti.. Tapi masalahnya.. Suppliment yang berkualiti pulak.. Harganya pun boleh tahan lah jugak. Being the typical consumers.. Dah tentulah kak Ti nakkan yang harganya murah tapi barang mesti kualiti tip top.. Hahahaha..

Alaaa.. Bab bayar murah kualiti tip top tu kak Ti gurau je lah.. Kak Ti takdelah cheapskate macam tu. I don’t mind paying as long as the quality is as good as it claims. Bukan untuk orang lain.. Untuk diri sendiri juga kan.. Apa salahnya kita invest untuk diri sendiri. Tapi kalau dapat yang berkualiti dengan harga yang berbaloi takkanlah nak pandang sahaja ya dak.

Amalkan Joint Wellness Sebelum Travel

Dalam pada dok belek-belek suppliment yang ada tu.. Satu hari tu kawan kak Ti di Dila offer untuk cuba produk dari jenama Himalaya iaitu Joint Wellness. Kak Ti sebelum ni memang pernah share pasal kebaikan produk Himalaya tapi tak terfikir pulak nak cuba produk suppliment dia. Padahal bukan kak Ti tak tau yang jenama Himalaya ni dah lama kat pasaran. Bahan-bahan yang digunakan dalam semua produknya pula adalah dari bahan – bahan semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia.

Jadi al kisahnya.. Lepas baca dan cari produk yang sesuai.. Kak Ti pun cubalah produk Joint Wellness dari Himalaya ni. Kak Ti mula ambik Joint Wellness ni lebih kurang 2 minggu sebelum kak Ti bertolak ke London untuk bawa pelanggan Europe Trip kami seramai 6 orang selama lebih kurang 3 minggu.

In Amsterdam.. One of the best client That I’ve ever come across

Ialah.. Walaupun bukan kak Ti yang akan drive masa kat sana nanti, tapi kak Ti perlu banyak berjalan untuk temankan client. So untuk elakkan sakit-sakit sendi kak Ti pun amalkanlah Joint Wellness Himalaya ni. Tapi bukan tu je. Selain dari tu kak Ti juga cuba amalkan Bowel Wellnes. Nak tau apa kelebihan dua-dua supplement dari Himalaya ni, korang teruskan baca ya..

Joint Wellness Himalaya – Shallaki Joint Wellness

First and foremost kak Ti nak inform kat sini yang Shallaki Joint wellness Himalaya ni bukanlah sejenis ubat-ubatan. Ia adalah dalam kategori supplement atau pun makanan tambahan semata-mata. Dengan kata lain ia bukanlah untuk menyembuhkan tapi sebagai langkah berjaga-jaga untuk menjaga sendi-sendi kita.

Salah satu sebab yang buat kak Ti yakin untuk cuba produk Himalaya ni sebab kak Ti memang tau yang kesemua produk HImalaya adalah produk yang tidak menggunakan bahan-bahan kimia. Kesemua produk-produk Himalaya menggunakan bahan-bahan semulajadi. Jadi, takdelah risau sangat bila makan. Tapi, walau macam mana pun juga.. Kita masih perlu mengamalkan pengambilan air yang mencukupi. Karang tak pasal-pasal sihat yang dicari, sakit pulak yang dapat.

So.. Untuk korang yang ada masalah sakit-sakit sendi atau tengah usaha nak bantu mak pak yang ada masalah sendi, bolehla cuba amalkan Joint Wellness Himalaya ni. Untuk kak Ti sendiri, Alhamdulillah.. Sepanjang 3 minggu trip Europe baru-baru ni, kak Ti mampu kekal cergas walau sehari suntuk berjalan ke sana ke mari. Sampaikan satu hari tu anak client kak Ti tanya.. “Aunty makan apa.. Kenapa Aunty nampak cergas je?”.. Well anak, sekarang dah taulah jawapannya kan.

Bowell Wellness Himalaya

Pernah tak korang alami masalah sembelit atau masalah membuang air besar? To be honest, Kak Ti pernah alami kedua duanya sekali. Terutamanya bila pola makan kak Ti berubah dan makan makanan yang tak sesuai dengan perut. Dia punya tak selesalah.. Susah nak gambarkan dengan kata-kata. Macam ada something je dalam perut ni.

Walaupun masalah kak Ti ni takdelah kerap atau pun kronik, tapi taknaklah biar dia berpanjangan. Kata orang lama, ‘Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati‘. Sebab tulah kak Ti cuba amalkan Himalaya Bowel Wellness ni. Selain untuk masalah yang kak Ti sebutkan tadi, Bowel Wellness ni jugak boleh membantu proses detoksifikasi perut kita. Detoksifikasi yang tak betul juga boleh jadi punya badan tak sihat tau.

Antara manfaat-manfaat yang badan kita akan perolehi bila amalkan Bowel Wellness Himalaya ni adalah:

  • Menyokong detoksifikasi biasa usus dan membantu pergerakan usus biasa.
  • Menyediakan kesan Pro-Kinetik lembut pada usus dan membantu melegakan sembelit yang berpanjangan namun dalam masa yang sama tak menyebabkan kebergantungan.
  • Bahan-bahan aktif yang diperolehi daripada tiga jenis buah memberikan kesan antioksidan yang kuat dan menggalakkan kesihatan usu.
  • Melegakan dan menenangkan dinding usus, melegakan perut kembung dan bersendawa.

Satu lagi info penting yang kak Ti nak share dengan korang adalah.. Semua produk Himalaya ada sijil HALAL ya.. So tak perlu rasa was-was untuk consume. Untuk info lanjut, korang boleh klik link-link yang kak ti bagi kat bawah ni.

Facebook: https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/himalayamalaysia

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *