Eye Pro Vision Sungei Wang – Cermin Mata Murah dan Berkualiti

Eye Pro Vision Sungei Wang – Cermin Mata Murah dan Berkualiti

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Ingat tak kak Ti pernah cerita pasal cermin mata yang guna Kanta Alpha Blue 420 kat posting kak Ti pasal cermin mata sebelum ni. Panjang berjela kak Ti cerita pasal kelebihan kedai dan kanta Apha Blue 420 kat entry kak Ti tu.. Sebab happy sangat dengan cermin mata pertama yang kak Ti buat kat Eye Pro Vision Sungei Wang tu, kak Ti pun buat lagi cermin mata kat situ.

Eye Vision Pro – Kedai Cermin Mata Murah & Berkualiti

Dulu bila nak buat cermin mata baru kena fikir berpuluh-puluh kali baru boleh buat. Iyalah, mana boleh buat cermin mata baru dengan kerap. Sekali buat cermin mata, tak sah kalau tak habis RM500 lebih sekali buat. Sekarang ni, bila dah tau ada tempat nak buat cermin mata yang murah ditambah pulak berkualiti macam cemin mata mahal, apa lagi.. Kita buatlah cermin mata dengan pelbagai bingkai.

Cermin mata pertama tempah kat Eye Pro Vision

Kalau sebelum ni kak Ti terpaksa buat cermin mata baru sebab power cermin mata lama dah tak sesuai, kali ni kak Ti buat cermin mata baru lagi sebab nak pilih bingkai bentuk lain pulak. Eeewaahh.. Mentang mentanglah harga kat Eye Pro Vision tu murah, bukan main lagi kak Ti ni kan..

Tempah Sun Glasses di Eye Pro Vision Pro

Kalau korang nak tau, bukan cermin mata biasa je yang kak Ti tempah kat situ tau.. Kak Ti pun ada tempah sun glasses kat Eye Pro Vsion jugak tau. “Haaa.. Sun glasses pun nak tempah ke?” Mesti ada yang musykil kan. Bukan sekali, tapi dah dua kali jugak buat sun glasses kat Eye Pro Vision.

Untuk pengetahuan korang, kak Ti ada masalah silau yang agak teruk dan kak Ti pulak jenis yang memang sehari-hari tu pakai contact lenses. Disebabkan kak Ti bukan jenis yang rajin nak kena jaga contact lenses, kak Ti pakailah jenis yang pakai buang.

Bila pakai contact lenses yang pakai buang, dia tak ada silau, Jadinya bila siang tu, kak Ti memang seksa jugaklah dek kerana silau.. Boleh jadi pening kepala. Sebab tu kak Ti kena tempah sun glasses yang ada silau. Kalau beli yang biasa-biasa tu, mana ada silau.. Yang best bila kita tempah ni, kita boleh pilih bingkai yag kita nak dan pilih warna kanta kat sun glasses kita tu.

Pilih Bingkai Biasa Untuk Sun Glasses

Masa mula-mula nak buat tu, kak Ti macam risau jugak, macam manalah nanti end product nya. Ialah, selama ni kalau pilih bingkai tu untuk buat cermin mata biasa je. Kali ni pilih apa sahaja bingkai yang berkenan kat Eye Pro Vision tu untuk buat sun glasses pulak.

Pening jugak sebenarnya nak pilih bingkai. Tak boleh nak bayang macam mana jadinya sun glasses tu. Tapi kan.. Dengan bantuan staff kat kedai tu dan juga dengan mengambil kira cadangan William (baca: boss kedai) akhirnya kak Ti berjaya pilih bingkai dan dalam masa beberapa hari siaplah sun glasses kak Ti.

Masa nak ambik tu kan.. Berdebar jugak tau.. Risau macam manalah jadinya sun glasses tu. Bantai tak sesuai dengan muka kak Ti.. Aduhaii.. Mesti kecewa kalau jadi macam tu. Tapi kan.. Alhamdulillah.. Hasilnya memang sangat puas hati. Kak Ti memang happy sangat. terus jatuh cinta dengan sun glasses tu. Cinta pandang pertama uolls.. hahaha

Sun glasses pertama

Bukan takat kak Ti je yang happy.. Kawan-kawan kak Ti pun tanya kak Ti beli kat mana sun glasses kak Ti sebab diorang berkenan dengan bingkai yang kak Ti guna. Bila kak Ti kata kak Ti buat kat kedai cermin mata dan bingkai yang kak Ti guna untuk sun glasses kak Ti sebenarnya bingkai untuk cermin mata biasa.. Diorang macam tak percaya je..

Kerana Happy, Kembali Lagi Ke Eye Pro Vision

Punyalah kak Ti berkenan dengan bingkai sun glasses kak Ti, Masa datang nak buat cermin mata untuk kali kedua tu, kak Ti pilih bingkai yang sama bentuk dengan sun glasses kak Ti untuk cermin mata baru kak Ti.

Antara bingkai yang kak Ti berkenan
Pilihan bingkai untuk cermin mata kedua kak Ti
Dengan Huda Halid yang nak tempah cermin mata kat Eye Pro Vision jugak

Alang-alang dah sampai kat Eye Pro Vision Sungei Wang tu, kak Ti pun tempahlah jugak sun glasses lagi satu. Sama jugak macam sebelum ni, kak Ti pilih jugak dari beribu pilihan bingkai yang ada kat sana untuk jadikan sun glasses kak Ti. Sama jugak dengan yang pertama tu, memang sangat puas hati dengan hasilnya. Siap ada yang PM kak Ti tanya kat mana kak Ti buat sun glasses tu.

Sun glasses ke dua

Murah, Berkualiti, Siap Segera

Selalu bila sebut barang murah, mesti akan ada satu tanggapan yang barang murah tu mestilah tak berkualiti. Tapi tanggapan tu langsung tak kena bila ke kedai cermin mata Eye Pro Vision Sungei Wang.Bukan setakat murah je, pilihan bingkai pun ada lebih 2000 bingkai.

Macam-macam bentuk ada yang korang boleh pilih kat sana. Semua pilihan bingkai-bingkai cermin mata yang ada kat sana sentiapa updated dan mengikut trend semasa. Yang paling penting, harga yang korang perlu bayar pulak sangat murah dan berbaloi (Bab harga kak Ti ada share dalam entry lepas. Link ada kat atas ya)..

Kanta yang digunakan kat Eye Pro Vision pulak, yang pastinya bukan kanta cikai-cikai. Kanta yang digunakan kat sana Alpha Blue 420. Apa kelebihan Alpha Blue 420 ni, korang boleh baca jugak dalam entry kak Ti yang lepas.

Informasi Lanjut

Ok lah.. Untuk korang yang nak buat/tempah cermin mata atau sun glasses, korang boleh tengok info yang kak Ti share kat bawah ni:

EYE PRO VISION SUNGEI WANG

Ground Floor G111, Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur,

Waktu Operasi 11:00 am – 9:00 pm

Facebook: https://www.facebook.com/EyeProVisionViral/

Instagram: https://www.instagram.com/eyeprovision_g111/

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.