Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M)- 7 Sebab Kenapa Korang Kena Join

JOM KURUS 1 MALAYSIA PENUHI IMPIAN KURANGKAN BERAT BADAN

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

‘Ya Allah! Susahnya nak turunkan angka kat penimbang ni. Dah macam-macam cara aku buat.. Tapi tak kurus-kurus jugak. Berdiet sudah, bersenam pun sudah.. Argghh! Aku give up.. Gemuk pun gemuklah.. Aku dah tak kuasa..”

Kak Ti yakin dialog dan situasi kat atas ni memang biasa sangat terjadi. Tak payah kata orang lainlah… Kak Ti sendiri pun dulu berhadapan dengan situasi macam ni. ‘Trust me, I know how it feels’. Memang rasa ‘give up’ dan ‘down’ je bila segala usaha dah buat tapi hasilnya yillek. Bukan sekali dua kak Ti mencuba ok.. Banyak kali. Kadang-kadang tu nampak macam ada hasil.. Tapi macam je lah.. Hakikatnya.. huhuhuhu..

Tapikan, segalanya berubah bila kak Ti dapat peluang join Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia musim ke 10. Memang betul-betul satu turning point untuk kak Ti sendiri. Untuk korang yang belum tau, Cabaran Jom Kurus ni adalah program yang diasaskan oleh Kevin Zahri. Boleh di kata hampir setiap negeri kat Malaysia ada cabaran Jom kurus 1 Malaysia yang dikendalikan Team Leader-Team Leader  bertauliah yang dilantik oleh pihak Kevin Zahri.

Pengalaman Kak Ti join Cabaran Jom kurus 1 Malaysia musim 10 dah kakTi ceritakan kat entry kak Ti sebelum ni. Memang satu pengalaman yang amat berharga untuk kak Ti. Alhamdulillah hasilnya sangat-sangat memuaskan hati kak Ti. Perubahan yang sangat ketara dapat kak Ti rasakan dan kawan-kawan kak Ti pun nampak perubahan pada diri Kak Ti samaada dari segi saiz mahupun dari segi fitness level.

Untuk musim ke 11 kak Ti sekali lagi diberikan peluang untuk join Cabaran Jom Kurus dan untuk musim ke 11 ni kak Ti masih lagi memilih untuk bersama-sama dengan team KLCC Kapten Black yang sememangnya sangat ohsem korang. Psst.. Nak bagitau jugak ni.. Team Kapten Black ni dah 3 kali juara keseluruhan tau.

Bila kak Ti sendiri dah rasa hasil dari join program Jom Kurus 1 Malaysia ni, kak Ti rasa bersalah sangat bila kak Ti tak share dengan korang kat luar sana yang berimpian untuk turunkan berat badan dan Fit berkenaan program ni. So korang.. Ini 7 sebab kenapa korang kena join program Cabaran Jom Kurus 1 malaysia musim 12 yang akan datang tak lama lagi ni:

1.Lebih Dari Sekadar Program Kuruskan Badan

Program Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia bukan sekadar program untuk membantu korang turunkan berat badan tapi ianya lebih dari tu. Bila korang join program ni, secara automatiknya korang akan berada dalam ‘surrounding’ dan ‘environment’ positif sebab korang akan bersama-sama dengan sekumpuan rakan-rakan yang mempunyai misi yang sama dengan korang.

Korang akan saling ‘support’ satu sama lain untuk mencapai misi yang sama iaitu kurangkan berat badan. Secara tak langsung korang juga akan dapat menjalin persahabatan dan sama-sama berjuang untuk mencapi misi masing-masing. Lagipun, bila ‘workout’ berkumpulan ni semangat dia lain macam tau. Takdelah lemau je bila nak ‘workout’.

Bersama peserta dari kawasan lain
Peluang bersukan bersama rakan-rakan

2.Cabaran 6 Minggu

Progaram Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia berlangsung selama 6 minggu. Ini bermakna selama 6 minggu korang akan bersama-sama dengan Team Leader yang korang pilih dan juga rakan-rakan seperjuangan berlatih bersama-sama dalam pelbagai aktiviti ‘workout’ yang akan dapat membantu korang untuk capai impian kurangkan berat badan. “Ehh Kak Ti, dalam masa 6 minggu tu kena workout hari-hari ke? Saya tak laratlah.. Pastu takkan saya nak kena cuti selama 6 minggu pulak”..

Haaaa Korang jangan risau, korng tak perlu workout hari-hari. Hari apa dan berapa kali korang kena workout akan ditentukan oleh Team Leadr korang. Biasanya aktiviti workout akan dijalankan pada sebelah petang dan adakalanya pada sebelah malam. Jadi korang tak perlu pun nak ambil cuti kerja sepanjang program ni berlangsung.

Muka bila ko tak berjaya capai target berat minggu tu..

3.Tak Perlu Beli Apa-Apa Produk Kurus

Mesti ramai antara korang yang tertanya-tanya pasal ni kan. Iya sayang-sayang kak semua.. Korang tak perlu beli apa-apa produk kuruskan badan bila join program program Jom Kurus 1 malaysia ni. Program ini adalah berasaskan pendidikan. Korang akan diberikan didikan tentang cara pemakanan yang sehat, aktiviti-aktivit fitness dan juga bagaimana untuk menjalani gaya hidup yang sehat. Bak kata Kevin Zahri, Nak turunkan berat badan bukan bermakna kena lupakan nikmat dunia.. Pisang goreng, teh tarik, mee goreng mamak tu nikmat dunia wooo.. Hahahaha..

4.Bukan Hanya Untuk Mereka Yang Obes Sahaja

Program Cabaran Jom Kurus ni bukan untuk yang obes sahaja tau. Tapi ianya terbuka untuk semua lapisan masyarakat yang punyai berat badan berlebihan dan punya impian untuk kurangkan berat badan mahupun mereka yang tak ada masalah berat badan tapi punya impian untuk jadi fit dengan stamina yang baik. Pendek kata, program Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia ni sesuai untuk mereka yang baru nak mulakan perjalanan kurangkan berat badan menuju ke berat idaman dan juga untuk mereka yang baru nak belajar ber ‘workout’.

5.Pelbagai Aktiviti Berkumpulan

Korang mesti pernah hadapi masalah kebosanan masa bersenam kan.. Bila buat aktiviti sorang-sorang memang bosan weii.. Pastu lama-lama terus tak buat langsung. Antara kelebihan yang korang akan dapat bila join program ni adalah korang tak perlu lagi bersenam sorang-sorang. Setiap kawasan akan menjalankan aktiviti senaman yang tersendiri bergantung kepada Team Leader kawasan tersebut tapi yang pasti korang tak akan buat sorang sorang dan akan ada yang pantau prestasi korang. Aktiviti pulak adalah pelbagai contohnya group training yang berbeza setiap sesi, aktiviti outdoor macam hiking, water rafting, zumba, bengkel pemakanan dan macam-macam lagi.

Saat yang penuh mendebarkan

 

6.Lebih 200 Kawasan Seluruh Malaysia – Tiada Alasan

Program Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia berlangsung secara serentak di lebih 200 kawasan seluruh Malaysia. Jadi tak ada alasan kenapa korang tak boleh mulakan perjalanan korang untuk kehidupan dan kesehatan yang lebih baik. Bukan setakat Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak je yang ada tau… Korang yang duduk kat Singapura dan Brunei pun boleh bersama-sama join Cabaran Jom Kurus ni.

Haaaa… Cer citer ngan kak Ti.. Apa lagi alasan korang untuk bermula. Lagipun, sampai bila korang nak tipu diri sendiri yang “Gemuk itu Ohsem”.. Sudah=sudahlah menipu diri sendiri. Tak ada ohsemnya bila satu hari korang terpaksa menyusahkan sanak saudara dan keluarga bila terpaksa jaga korang yang ada masalah kesihatan disebabkan masalah berat badan berlebihan.  Sayangi diri, ubah persepsi.

7.Ohlimpik Untuk Uji Tahap Pencapaian

Haaaa.. Korang ingat ahli sukan je yang boleh berolimpik? Dengan join program Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia ni korang pun akan dapat peluang merasakan diri seumpama ahli suka professional tau. Ohlimpik adalah acara pertandingan sukan antara kawasan-kawasan Jom Kurus yang akan berlangsung selama sebulan dan disertai oleh peserta-peserta Cabaran Jom Kurus musim tersebut .

Ada pelbagai acara sukan yang boleh korang sertai. Jangan risau, korang akan bertanding dengan mereka-mereka yang sama level sebab kategori akan dibahagikan mengikut BMI. Jadi tak ada istilah pertandingan berat sebelah. Setiap medal yang diterima akan menyumbang kepada kedudukan pasukan korang. So, lagi banyak penyertaan dari ahli-ahli pasukan, lagi besar peluang untuk jadi juara keseluruhan Cabaran Jom Kurus.

Sooo Korang! KAk Ti dah share macam-macam sebab kenapa korang kena sertai Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia musim 12 yang akan datang ni. Kak Ti dah merasai dan melihat sendiri hasilnya dan kak Ti memang bersyukur sangat dah menyertai Cabaran Jom Kurus 10 dan 11.

InsyaAllah kak Ti akan terus dengan gaya hidup yang telah diajarkan sepanjang program. Tak lupa ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Team Leader kesayangan kak Ti iaitu Kapten Black yang telah berjaya membantu kak Ti mencapai impian kak Ti untuk turunkan berat badan.

Closing ceremony JK1M11 team KLCC

Pesanan kasih sayang dari kak Ti.. Sudah sudahlah menipu diri sendiri yang korang tak kisah GEMUK! Tak ada orang yang suka dengan berat badan yang berlebihan. Kalau ada yang kata dia ok, dia tengah sedapkan hati sendiri dan terus menipu diri sendiri. Sudah sudahlah tu. Ini peluang korang untuk merubah masa depan sendiri. BERTINDAK JANGAN HANYA BERHARAP!!

Info Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia

Untuk info-info berkenaan Program Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia musim 12, korang boleh tengok kat lin-link yang kak Ti bagi tu ya. Ambil peluang untuk daftar bila pendaftaran dah buka tau.. Bantu diri korang untuk berubah…

Website: https://cabaranjomkurus.com/

Facebook: https://www.facebook.com/zahri.kevin

Instagram: https://www.instagram.com/kevinzahri/

Antara cerita kejayaan bekas peserta JK1M : https://cabaranjomkurus.com/nurul-fitriya-kurang-25kg-dalam-6-bulan/

 

Facebook Comments Box

7 thoughts on “Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M)- 7 Sebab Kenapa Korang Kena Join

  1. Setuju setuju..!! Nina pun pernah join Jom Kurus musim ke 10.
    Memang bagus! Bukan bukan obes tapi nak FIT. Nak sihat. Bila kita fit dan sihat, Kurus itu bonus!
    Oh ya.. Kapten Black ohsem! Korang kena join team KLCC baru tau camner depa boleh menang berturut-turut.

  2. Memang best program Jom Kurus ni. Semua org boleh join, tak semestinya org yg gemuk jer.. banyak ilmu penjagaan berat badan dan kesihatan dapat dari program ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.