Jadi Bintang Rancangan Game Show Di MyBestBox KL?

MYBESTBOX KL – TARIKAN TERBARU DI BERJAYA TIMES SQUARE KL

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Korang.. Pernah dengat pasal MYBESTBOX KL? Mesti korang tak pernah dengar kan. Masa kak Ti mula-mula dapat jemputan ke ‘Grand Opening’ dan majlis pelancaran MYBESTBOX KL lepas balik dari Marina Island Pangkor Resort, kak Ti memang ‘ totally clueless’ pasal MYBESTBOX ni. Pastu bila kak Ti dah ‘search’ kat Internet, barulah kak Ti tau yang sebenarnya MYBESTBOX ni adalah sebuah ‘show game hub’ dan ia merupakan yang terbesar kat Malaysia.

Bertempat di Berjaya Times Square, MYBESTBOX KL yang turut mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan Malaysia telah dilancarkan secara rasminya dan penuh meriahnya pada 19 November yang lepas. Setelah 4 tahun pengalaman dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di Hong Kong, MYBESTBOX akhirnya sampai ke Kuala Lumpur.

Pengasas & CEO Mybestbox Kl, Ms Sheehan Tee
YBhg Dato’ Ammar Abd Ghapar, Pengarah Kanan Bahagian Domestik Dan Acara Tourism Malaysia

Kalau sebelum ni orang-orang kat Hong Kong je dapat menikmati MYBESTBOX, kini peluang diberikan kepada rakyat Malaysia pula untuk merasai sendiri pengalaman bermainan permainan ala-ala ‘variety game show’ popular macam ‘Running Man’ dan ‘Super Trio Game master’ yang selama ni dapat tengok kat TV je. Terima kasih Kak Ti ucapkan kepada pihak MYBESTBOX KL dan juga Tourism Malaysia sebab sudi jemput kak Ti untuk bersama-sama dalam memeriahkan majlis ‘Grand Opening’ yang memang sangat ‘happening’ ni.

Ms Sheehan Tee bersama dengan Senior Management dan juga Izzue Islam, Adeline Tsen serta Thomas Kok yang telah dilantik sebagai duta MyBestBox KL

 

Dengan keluasan 12,000 kaki meter persegi dan terdapat lebih 40 permainan dan tarikan-tarikan lain, bolehlah korang datang dan main puas-puas. Bolelah fefeeling macam korang tengah berlakon dalam ‘reality show’ korang sendiri. Selama ni dapat tengok peserta-peserta ‘game show Running Man’ main macam-macam permainan kat TV je kan.. Haaa.. Kali ni korang boleh cuba sendiri sebahagian dari permainan tu. Tak adalah nak kata kat MYBESTBOX ni sebijik macam dalam TV tu.. Tapi sekurang-kurangnya dapatlah jugak pengalaman tu sikit-sikit.

Untuk pengetahuan korang, MYBESTBOX KL ni boleh ‘memuatkan sehingga 500 pelanggan dalam satu-satu masa. Antara yang ada dalam MYBESTBOX KL adalah VS Hall yang merupakan tarikan utama kat MYBESTBOX ni. Korang boleh cabar rakan-rakan korang untuk bermain dalam pelbagai permainan. Ataupun korang cabar diri sendiri dan buktikan siapa yang mampu muncul sebagai juara terunggul ‘variety show game’.

Ada juga Dry Pool yang akan buat korang rasa kagum dengan cahaya aurora yang dipancarkan dari beratus ribu bola kristal, Crazy Karts yang akan memberikan korang satu pengalaman baru dalam bermain ‘Gokart’, Kiddy Zone yang disediakan khas untuk kanak-kanak, Rage Room untuk korang yang nak melepaskan segala kemarahan dan ‘stress’ yang terpendam didada, Party Room yang disediakan dalam 3 jenis bilik yang berbeza untuk memenuhi keperluan korang, The Box yang dibina khas untuk memenuhi permintaan ‘group-group’ besar dan macam-macam lagi.

Ok.. untuk memberikan korang gambaran yang lebih jelas tentang beberapa permainan yang ada kat dalam MYBESTBOX KL ni kan..Kak Ti nak tanya, korang pernah pergi Arcade. Alaa tempat main game yang selalu ada kat mall tu. Ada game lumba kereta, game ketuk-ketuk kepala tikus, mesin yang boleh kaut anak patung tu dan macam-macam lagi. Haaaaa,, permainan tu semua ada dalam MYBESTBOX KL. Tapi bezanya, kat MYBESTBOX ni permainan tu semua dibuat dalam saiz manusia sebenar. Korang tengok gambar kak Ti share kat bawah ni. Baru korang akan paham apa yang kak Ti cakap.

Satu lagi kelebihan bila datang ke MYBESTBOX KL ni adalah, korang bukan saje bermain ‘game, tapi dalam masa yang sama korang juga akan bersenam. Kak Ti yang tengok je peserta-peserta lain mencuba permainan-permainan tu pun dah rasa penatnya. Apatah lagi diorang yang bermain. Tapi lepas tu bolehla pegi makan sedap-sedap kann.. Al maklumlah dah banyak kalori ‘burn’.. Hahahaha.. Tak caya tengok video kat bawah ni.

Oklah.. Kak Ti tak mo cerita panjang-panjang sangat. Nanti hilanglah ‘suspennya’ kalau cerita semua kat korang. Korang pegi dan rasai sendiri dulu. Lain orang lain persepsinya kan.Kalau korang nak info lanjut berkenaan MYBESTBOX KL,korang boleh tengok kat bawah ni ek..

Website: 

mybestbox.com.my

 FB: 

 facebook.com/bestboxmy

Alamat:

Berjaya Times Square, Kuala Lumpur,

Lot 06-99, Level 6, East Wing,

Entertainment Podium

No. 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00 am – 11.00 pm

Telefon:

 03-2775 5117

Email:

info@mybestbox.com.my

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.