Tak Nak Dah Pergi Petting Zoo Farm In The City

PART 2 – PETTING ZOO FARM IN THE CITY MALAYSIA – PENGALAMAN BARU UNTUK ANAK-ANAK 

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Dalam entry lepas kak Ti dah ceritakan pengalaman kami sekeluarga ke Farm In The City yang terletak kat Sri Kembangan. Farm In The City a atau FITC ni macam mini zoo tapi istimewanya kat sini ia adalah petting zoo. Bukan setakat tegok je.. Nak sentuh dan bagi makan pun boleh kat petting zoo farm in the city ni.

Bermesra Dengan Kura-Kura Dan Burung-Burung

Turtle & Tortoise Farm adalah destinasi kami yang seterusnya. Kat sini ada kura-kura yang besar yang amat. Sesuailah dengan umur dia yang dah menginjak usia senja tu.  bagi makan dan bergambar dengan kura-kura yang ada. Tapi, pesan kat anak-anak siap-siap tau. Jangan naik belakang kura-kura.

Kat sini jugak kami dapat peluang mengenal yang mana satu kura-kura jantan dan yang mana satu kura-kura betina. Korang tau ke? Kalau nak tau datanglah ke petting zoo Farm In The City Malaysia.

Lepas tu kami teruskan dengan masuk ke dalam sangkar burung yang besar. Kat sini burung-burung dibiarkan bebas bertebangan. Kalau berani bolehlah bagi makan burung-burung yang ada kat dalam ni. Seorang penjaga akan bagi korang makanan buruk kat tapak tangan dan korag hanya perlu hulurkan tapak tangan korang tu kat burung yang korang nak bagi makan.

Hati-hati bila kat sini.. Silap-silap korang boleh dapat hadiah dari atas. Tapi jangan risau, kat luar sangkar ada disediakan paip dan singki untuk korang basuh tangan atau basuh pakaian yang terkena hadiah dari burung-burung kat dalam sangkar tu. Kat dalam ni ada macam-macam spesis burung tau.

Spesis burung Diva yang dah menganiaya burung gagak pun ada. Tapi masa kami kat situ dia tengah mood merendah diri, jadi takdelah dia lebarkan ekor dia yang cantik tu. Huh! Jenuh tunggu… Masa kitorang ada tulah dia nak merendah diri. Merak oh Merak!

Pengalaman Longkang Fishing  & Bermain Dengan Arnab Comel

Dalam petting zoo Farm In The City ni ada satu tempat yang akan buat anak-anak teruja lebih sampai susah nak ajak berganjak dari tempat tu. Longkang Fishing. Terkenang masa zaman-zaman kanak-kanak riang dulu. Tangkap ikan guna tangguk kat longkang pastu balik rumah mak perembat ngan rotan. Hahahaha..

Kat sini, anak-anak akan berpeluang melalui pengalaman zaman-zaman kanak-kanak kita dulu. Dan yang pastinya, bukan anak-anak je yang seronok meyauk ikan.. Bapakya pub sama naik.. Bukan main bangga lagi tunjuk kat mama hasil tangkapan anak-beranak. Tapi yang jadi masalahnya bila nak ajak ke tempat lain.. Hadoii!! Drama sekejap kat situ.

Ehhh! Lupa nak bagitau, kat kawasan tu jugak ada arnab-arnak yang comel-comel dan gebu gebas tau. Geram je tengok arnab-arnab tu. Dah nama pun petting zoo, sempatlah si kecik kak Ti tu melayan arnab-arnab kejap sebelum dia beralih ke aktiviti menangguk ikan kat longkang yang disediakan khas untuk aktiviti tu.

 

Disebabkan agaknya memang dah dijangka akan ‘spend’ masa yang lama kat situ, kat situ ada disedikan tempat duduk berbumbung untuk para ibu bapa menunggu anak masing-masing. Kot lapar atau haus, kat situ juga ada dijual air dan makanan untuk pengunjung. Jadi, taklah bosan menunggu ya dak.

Petting Zoo FITC Ada Pertunjukan Burung Kakak Tua

Antara yang amat menghiburkan bagi kak Ti kat dalam Farm In The City adalah Pertunjukan Burung Kakak Tua. Kak Ti memang tau yang burung kakak tua ni adalah kelebihan yang Allah anugerahkan iaitu kemampuan mengajuk dan ‘memorise’ perkataan.  Memang kagum sangat dengan kemampuan burung kakak tua ni ‘bercakap’. Comel je dengar suara dia.

Kat Farm In The City ni memang ada pertunjukan burung kakak tua pada masa-masa yang dah ditetapkan. Alhamdulillah masa kami kat sana, dapatlah kami tengok pertunjukan burung kakak tua tu. Terhibur sangat tengok keletah Jade, Jordan dan rakan-rakan.

Walaupun kat FITC ni adalah petting zoo, tapi ada juga haiwan-haiwan yang tak boleh disentuh sesuka hati tau.. Antaranya burung kakak tua ni lah. Nak sentuh atau nak dekat dengan burung kakak tua ni boleh, tapi kenalah make sure penjaga dia ada bersama-sama kat situ.

Kalau korang nak tau, bukan mudah sebenarnaya untuk melatih burung-burung kakak tua ni bercakap tau. Ambil masa berbulan lamanya. Burung-burung kakak tua ni perlu buat perkara yang sama setiap hari sepanjang tempoh latihan tu.

Kalau burung kakak tua pun boleh jadi mahir lepas berlatih banyak kali.. Dah tentulah kita sebagai manusia ni pun akan mampu melakukan sesuatu yang kita nak asalkan kita tak putus asa dan terus menerus berlatih sehinggala kita mahir. Haaaa.. Inilah antara pelajaran yang boleh kita ajarkan pada anak-anak bila berada kat petting zoo Farm In the City ni.

Tak Nak Dah Pergi Petting Zoo FITC

Oklah.. Cukuplah kan kak Ti cerita pasal petting zoo ni. Kak Ti memang dah tak nak pergi dah ke FITC ni kalau sekejap je. Mana boleh datang sekejap-sekejap. Tak puas tau nak explore dan bermain dengan haiwan-haiwan yang ada. Jadi, kak Ti nasihatkan kalau korang nak datang ke petting zoo FITC ni make sure datang awal tau.

KAt FITC ni ada disediakan parking tapi spacenya agak terhad. Kalau nak datang ke sini, better datang awal supaya korang tak perlu parking jauh-jauh. Kat dalam petting zoo FITC ni ada disediakan tempat makan dan tempat untuk melepaskan lelah. Jadi korang tak perlulah nak keluar kalau rasa lapar atau nak berehat sekejap.

Harga Tiket Farm In The City

Hmmmm.. Kalau nak diceritakan semua haiwan-haiwan yang ada kat dalam tu, memang panjang berjela la jawabnya entry kak Ti ni. Jadi better kalau korang pergi sendiri bawak anak-anak ke Farm In The City. Kat bawah ni kak Ti sharekan Informasi berkenaan dengan harga tiket untuk masuk ke Farm In The City ni.

Harga Pemegang MyKad:

  • Dewasa – RM37
  • Kanak-kanak & Warga Emas – RM30

Harga Biasa:

  • Dewasa – RM55
  • Kanak-kanak & Warga Emas – RM45

Pakej Keluarga (2 Dewasa & 2 Kanak-kanak) – RM125

**Percuma untuk kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 90cm dan ke bawah

Waktu Operasi Farm In The City

Isnin : 10.00 am hingga 6.00 pm

Rabu – Jumaat : 10.00 am hingga 6.00 pm

Sabtu & Ahad : 9.30 am hingga 6.00 pm

*TUTUP setiap hari Selasa kecuali cuti sekolah / cuti am

Maklumat Lanjut

Laman Web: Farm In The City Malaysia

Facebook: www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia

Instagram: www.instagram.com/farm_in_the_city

Facebook Comments

One thought on “Tak Nak Dah Pergi Petting Zoo Farm In The City

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *