Menyesal Bawa Anak Ke Farm In The City Malaysia

PART 1 РFARM IN THE CITY MALAYSIA BERI ANAK-ANAK PELUANG BERMAIN & BELAJAR TENTANG HAIWAN & ALAM SEMULAJADI 

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Cuti Hari Malaysia baru-baru ni kak Ti dan Tn SOSAB bawak anak-anak ke Farm In The City Malaysia yang terletak kat Sri Kembangan. Ialah, masa tu cuti agak panjanglah jugak dan kebetulan kami memang tak plan nak bercuti ke mana-mana pun. Kesian pulak kat anak-anak kalau terpaksa memerap kat rumah je hari cuti tu.

Si SAZSO No 3 pulak memang dari awal-awal lagi dah selalu tanya, “kita tak pergi ke mana-mana ke mama cuti ni?”. Hmmm.. Daripada diorang duduk sesaje mengadap TV dan gadget kat rumah, baiklah kami bawak diorang ke satu tempat yang diorang boleh berseronok tapi dalam masa yang sama dapat belajar sesuatu.

Tempat paling tepat yang dapat memenuhi kedu-dua ‘purpose’ tak lain dan tak bukan kat Farm In The City lah. Lagi best sebab masa hari Malaysia tu, KBBA9 memang dah merancang nak buat family day kat Farm In The City ni. Memang meriahlah jawabnya dengan macam-macam telatah mak pak dan kerenah anak-anak kan.

Farm In The City, Malaysia (FITC)

“Farm In The City tu tempat apa? Tempat yang macam mana?” Mesti ini antara soalan-soalan yang akan berlegar-legar dalam kepala korang kan. Oklah.. Meh kak Ti nak bagitau.. Farm In The City adalah satu tempat unik yang menggabungkan unsur-unsur hidupan liar dan persekitaran semulajadi di dalam satu persekitaran yang bercorak taman pemuliharaan.

Kelebihan kat Farm In The City ni, pengunjung bukan setakat dapat tengok haiwan-haiwan yang ada kat situ, tapi berpeluang juga bermesra dengan lebih dekat dengan haiwan-haiwan yang ada kat situ. Haaa.. Kan bagus untuk pembelajaran anak-anak tu. Belajar melalui penglihatan dan sentuhan.

Farm In The City Diserang Ahli KBBA9

Meriah.. Itulah gambaran yang Kak Ti dapat berikan bila ramai ahli-ahli KBBA9 yang turut serta dalam family day kali ni. Disebabkan kami ramai, dan bagi memudahkan dan melancarkan pergerakan, kami terpaksa dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B dimana setiap kumpulan akan ada seorang guide.

Bila ada guide tu, takdelah kami ni teraba-raba dan tercari-cari arah nak kamana. Selain dari menunjukkan arah, dengan adanya guide juga, kami dapatlah informasi tentang tempat-tempat yang kami pergi dan juga haiwan-haiwan yang ada kat situ. Bukan setakat anak-anak je yang teruja, mak pak pun sama teruja jugak tau.

Bermesra Dengan Haiwan-Haiwan di Farm In The City

Kat Farm In The City ada pelbagai jenis haiwan yang kita dapat tengok. Haiwan-haiwan yang ada kat sini ada yang memang biasa kita jumpa kat luar atau kat zoo dan ada juga haiwan-haiwan yang kita hanya akan jumpa kalau kita ke luar negara. Yang paling best, kalau berani, ada diantara haiwan-haiwan tersebut yang kita boleh pegang dan belai macam yang kak Ti bagitau awal-awal tadi.

Tempat pertama yang kami pergi sebaik saja kami masuk adalah kawasan yang menempatkan kambing, lembu, burung unta dan burung merpati. Lembu yang ada kat Farm In The City ni specia tau sebab ada lembu Albino. Kat sini, korang bolehlah hulurkan makanan pada haiwan-haiwan ni. Itupun kalau korang berani lah. Oh Ya! Makanan untuk haiwan-haiwan ni korang kena beli kat sini tau. Kang kalau bawak dari luar, alamatnya adalah nanti binatang-binatang yang pendek umur sebab salah makan.

Lepas dah bermesra dan bergurau senda dengan binatang-binatang tu, aktiviti seterusnya yang kami lakukan adalah sesi ponny ride untuk anak-anak. Tapi ada had berat badan tau. Untuk Ponny ride ni, hanya kanak-kanak yang beratnya di bawah 40kg sahaja yang dibenarkan untuk menunggang kuda ponny yang ada kat situ. Apa lagi memang lajulah anak-anak beratur nak naik kuda ni.

Senyum lebar si SAZSo No 3 dan SAZSO no 4 bila tau ada sesi menunggang kuda. Tambah-tambah pulak bila si SAZSO no4 tu masih teringat lagi pengalaman dia meunggang kuda masa kami kat Bandung baru-baru ni. Walaupun nampak ‘nervous’ tapi memang dia ‘enjoy’.. Siap bila dah selesai giliran dia, dia sanggup tunggu kat situ sebab nak tengok dan bagi semangat kononya kat abang dia. Alahai! Comel je adik ni tau.

Seterusnya, kami dibawak pulak berkenalan dengan Raccoon yang ada bersebelahan dengan tempat menunggang kuda ponny tu. Comel-comel dan jinak-jinak Raccoon yang ada kat Farm In The City ni. Agaknya sebab dan terbiasa dengan kedatangan pengunjung, dia pun dah tak heran dan tak takut pun dengan pengunjung yang ada.

Memang seronok sangat bila dapat tengok semua yang ada terutamanya anak-anak teruja bila dapat¬† pegang dan dekat dengan haiwan-haiwan yang ada dalam Farm In The City ni. Tapi yang jenuhnya bila terpaksa menjawab dia punya “WHY” yang banyak sangat. Tapi baguslah kan.. Ini menunjukkan tahap ingin tau mereka yang tinggi. Yang mana tak boleh jawab tu, boleh je tanyakan pada penjaga-penjaga haiwan yang ada kat situ.

Penerokaan Kak Ti dan keluarga kat Farm In The City ni masih panjang lagi.. Tapi kalau nak ceritakan dalam satu entry macam panjang sangat la pulak.. Hmmm.. Cerita selanjutnya kak Ti sharekan kat next entry la ek. Kalau korang dah tak sabar nak ke Farm In the City sendiri, korang tengok info-info yang kak Ti share kat bawah ni ya.. Jumpa next entry….

Harga Tiket Farm In The City

Oklah, kak Ti tak payahlah cerita panjang sangat kan. Lagi best kalau korang datang sendiri dengan family, anak-anak atau kawan-kawan dan tengok sendiri apa yang ada kat Farm In The City ni. Kat bawah ni kak Ti sharekan Informasi berkenaan dengan harga tiket untuk masuk ke Farm In The City ni.

Harga Pemegang MyKad:

  • Dewasa – RM37
  • Kanak-kanak & Warga Emas – RM30

Harga Biasa:

  • Dewasa – RM55
  • Kanak-kanak & Warga Emas – RM45

Pakej Keluarga (2 Dewasa & 2 Kanak-kanak) – RM125

**Percuma untuk kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 90cm dan ke bawah

Waktu Operasi Farm In The City

Isnin : 10.00 am hingga 6.00 pm

Rabu – Jumaat : 10.00 am hingga 6.00 pm

Sabtu & Ahad : 9.30 am hingga 6.00 pm

*TUTUP setiap hari Selasa kecuali cuti sekolah / cuti am

Maklumat Lanjut

Laman Web: www.farminthecity.my

Facebook: www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia

Instagram: www.instagram.com/farm_in_the_city

Facebook Comments

One thought on “Menyesal Bawa Anak Ke Farm In The City Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *