Bila Zakyr Accident Dia Belajar Tentang Hikmah Kejadian

ADIK ACCIDENT LANGGAR POKOK BERDURI

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah.. Akhirnya berjaya jugak mengggagahkan diri untuk buat posting pertama tahun 2021 ni.. Dah masuk bulan pertengahan Februari weh baru sampai seru nak buat entry baru.

Punyalah lama bersarang dan bersawang blog ni. Kesian dia.. Last entry kak Ti kat blog ni bulan September 2020.

Status FB Jadi Entry Blog

Anyway, sejujurnya sebenarnya kak Ti tak ada pun plan nak update blog. Idea tu datang tiba tiba je.. Asalnya kak Ti nak update status kat FB. Kesinambungan dari kisah accident si kecik kak Ti Adik (bujang no 4 kami) 2 hari lepas.

Tulis punya tulis.. Ehhh panjangnya. Dalam hati kak Ti, kalau dah panjang macam ni, baiklah upload terus kat blog.. Berupdatelah jugak blog yang dah lama sangat manyepi tu. So here goes…

Terima Kasih Atas Doa dan Kasih Sayang

Update kejadian semalam..

Alhamdulillah Alaa Kuli Haal.. First and foremost terima kasih banyak-banyak pada semua yang mendoakan adik (panggilan untuk Zakyr) dan terima kasih banyak-banyak pada yang whatsapp kak Ti dan suami bertanyakan tentang adik. 

Alhamdulillah, semalam Doktor pakar tangan berjaya keluarkan semua duri tanpa perlu admit.  Lega bila semuanya dah selesai.

Macam Mana Boleh Accident?

Kejadiannya macam ni.. Al kisahnya pagi semalam masa kak Ti tengah jalan jalan kat tepi sungai, adik datang join dengan basikalnya. Basikal adik ni masih lagi basikal tayar 4. Alaa basikal yang ada 2 tayar kecik kat bahagian belakang tu. 

Kegembiraan sebelum kejadian accident

Dah lama cakap kat dia belajarlah naik basikal tanpa extra tayar tu. Selama ni dia memang tak nak langsung.

Tapi semalam dia nak cuba kayuh sambil imbangkan badan dia supaya dapat kayuh properly tanpa mengharap tayar extra tu. 

Sambil ajar dia sambil puji dia bagitau “you did very good adik..” Look at you.. You did it”.. Makin semangat dia nak buat bila dapat dorongan macam tu..

Alhamdulillah dia berjaya kayuh sambil imbangkan badan.. Bangga sungguh dia bagitau kak Ti, “I can balance properly mama”.. 

Saat membanggakan dapat balance atas 2 tayar

Dah kayuh dua tiga kali.. Dia bagitau kak Ti yang dia nak balik kejap ke rumah untuk minum. Haus katanya. Sementara tunggu dia datang balik, kak Ti sambung jalan sampai ke hujung macam biasa ..  

I Forgot to Break Mama

Elok kak Ti sampai hujung dan pusing untuk patah balik, nampak dia dah menangis sambil tengok tangan dia.. Dalam hati.. “ehh bila masa pulak adik ni datang balik”.

Mula mula Kak Ti ingatkan dia tergolek atas jalan je. Rupanya bila sampai kat dia, tengok tengok basikal dah tergolek kat tepi pokok tu dan dia tunjuk tangan dia yang dah berdarah-darah..

Pokok yang adik langgar
Upclose duri duri yang terpaksa mencucuk tangan Adik

Allah.. Luluh jugaklah jantung tengok tangan dia yang berdarah dengan duri duri kat tangan dia tu.. Mak kan.. Mana sanggup tengok anak menangis, apatah lagi bila tengok dia luka apatah lagi sampai berdarah darah kan..

Cek bahagian lain, Alhamdulillah nampak semua ok.. Tanya dia what happened? Dia kata “I forgot to break”. Nak tergelak pun ada jugak bila denagar jawapan dia tu.. 

Lebih Serius Dari Yang Disangka

Peluk dia sekejap, tenangkan dia pastu kak Ti hantar kat Mak Yah dia untuk bersihkan tangan dia dan cabut sisa sisa duri yang ada lagi.. Mana yangg panjang dan boleh cabut, kak Ti dah cabut sebelum tu. 

Ingatkan oklah kot.. Boleh bersihkan sendiri je sebab tengok dengan mata kasar nampak macam tak banyak sangat. Rupa rupanya tak boleh nak cabut mcm tu je.. Makanya terpaksalah bawak ke klinik.

Dari Klinik Biasa ke Pakar Tangan

Mulanya tu kami bawaklah dia ke klinik biasa yang dekat dengan rumah.. Bila dah jumpa Dr kat klinik, Dr kata kena refer hospital sebab kat klinik tak boleh nak buat.. Sampai hospital terus pegi ke bahagian emergency.

Bila dah dapat jumpa Dr dan bila Dr tengok, Dr kata ini kena refer pada pakar. Ada kemungkinan kena masuk wad dan kemungkinan kena buat pembedahan kecil kalau duri tak boleh keluarkan dengan cara biasa..

Dr dah siap pesan lepas ni tak boleh bagi dia makan atau minum apa-apa sampai dah jumpa pakar. Allah.. hati manalah tak risau bila dengar macam tu kan.

Pertama risau sebab bila nak masuk wad, prosedur dia sekarang bukan boleh main hantar ke wad je.. Kena buat swab test, pastu kena tunggu lagi sampai result keluar, baru boleh masuk wad..

Yang kedua, ya Allah kesiannya adik.. Mesti tak selesa masa buat swab test dan mesti sakit sangat tangan dia nanti.. Aduh! Kesiannya anak mama..

Mohon Doakan

Asalnya kak Ti memang takde niat pun nak post kat fb.. Kalau yang kenal Kak Ti, mesti perasan yang kak Ti jarang sangat-sangat share kat fb benda benda personal ni.

Tapi bila teringat ada satu posting yang tulisanya lebih kurang macam ni..

“Kita share kat fb bukan untuk minta simpati atau cari perhatian. Tapi siapa tau bila post kat fb ada doa dari sahabat sahabat untuk kita yang Allah angkat dan kabulkan”. 

That’s  why untuk kali ni kak Ti post jugak kat FB dan kak Ti memang berharap sangat semoga bila kak Ti post akan ada doa dari sahabat sahabat FB kak Ti untuk adik yang Allah swt angkat dan kabulkan. Alhamdulillah.. Ramai yang mendoakan adik.. Terima kasih semua.. 

Banyaknya Duri Yang Cucuk Tangan Adik

Macam yang kak Ti inform awal tadi.. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Duri duri kat tangan adik berjaya Dr keluarkan semuanya. Terkejut bila abah dia bagitau yang Dr keluarkan lebih kurang 23 duri dari tangan adik. 

Masa proses keluarkan duri tu, abahnya yang meneman.. Kak Ti tunggu kat luar.. Kang kalau kak Ti yang tunggu.. Anak tak nangis kak Ti yang bercucuran air mata kang.. Duk luar pun gelisah je tunggu sambil sambil berdoa moga semuanya selesai dengan selamat. 

My Strong Boy

Bila dah keluar tu, husband inform jumlah duri yang Dr keluarkan.. Entah macam mana 23 jadi 35.. sindrom mak mak sangat kan.. risau samapi salah dengar..

Padahal dalam tu anak rileks je main phone masa Dr cungkil duri.. Ada pun bunyi sikit sikit auch auch masa Dr cungkil. Abah dia kata ada sekali je dia nangis masa Dr cungkil satu duri yang panjang. 

Alhamdulillah syukur sangat-sangat.. Cuma Dr pesan kalau boleh jangan kena air dulu takut pedih bekas cungkil tu dan beberapa hari ni jangan main basikal dulu..

Hmm.. balik tu, rileks je dia mandi dan petang tu gagah jugak main basikal sekejap. 

Pagi ni, bila tanya macam mana tangan dia.. Sakit lagi tak.. Dia kata dah tak sakit.. “It’s healing” katanya.. Entahlah.. Dia cakap tak sakit sebab takut kami tak bagi main ataupun memang dah tak sakit sebab bila tengok tangan dia mcm ada merah n bengkak jugak..

Accident Dan Terluka Tapi Ada HikmahNYa

Apa-apa pun Alhamdulillah semuanya selamat. Walaupun tangan adik luka terkena duri masa accident tu, tapi in a way, kami berterima kasih pada pokok tu.. Kalau tak ada pokok tu, ada kemungkinan accident yang lebih teruk berlaku.

Imagine kalau tak ada pokok tu, ada kemungkinan adik terlanggar besi penghadang sungai tu atau lebih parah lagi tercampak ke bawah yang mana boleh menyebabkan kecederaan lebih teruk.. 

Petang tu lepas balik dari hospital, masa jalan kat tepi sungai, itulah yang kak Ti bagitau kat adik.. Yang kita sepatutnya bersyukur dan berterima kasih sebab pokok tu ada kat situ.

Kami tak nak dia melihat satu kejadian tu tanpa memikirkan hikmah dari kejadian tu.. Alhamdulillah.. Dia boleh terima penjelasan kami. Dia siap bagitau kat abang-abang dia yang kita patut berterima kasih kat pokok tu..

Macam mana pun.. Untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini (petang petang ramai budak budak main kat situ), maka pokok tu terpaksa ditebang..

Bukan sebab kami benci, tapi untuk mencegah dari accident sama terjadi kat anak orang lain pulak.

Facebook Comments Box

2 thoughts on “Bila Zakyr Accident Dia Belajar Tentang Hikmah Kejadian

  1. ya allah, semoga dipermudahkan dan di beri kesembuhan. sama mcm anakfarah accident main basikal 2 hari lepas tercucuk duri pokok cactus juga. nasib baik durinya pendek2 je..farah cabut sendiri. tp luka kesan calar banyak dekat tangan kiri dia. aduhhh sedih la..

    1. Aamiinn.. Allah kesiannya anak Farah. Farah tengok tengok tangan anak tu ya.. Takut ada sisa duri dalam tu.. Takut bengkak dan kena infection..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *