Optom Eyecare Bangi Bukan Kedai Cermin Mata Biasa Biasa

BUAT PEMERIKASAAN SECARA DETAIL DI OPTOM EYECARE BANGI

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Berpuluh Tahun Pakai Cermin Mata & Kanta Lekap

Sejak dari sekolah rendah lagi kak Ti memang dah ada masalah rabun. Tiap tahun semakin bertambah power cermin mata kak Ti. Rabun pulak dengan power yang berbeza antara mata kiri dengan mata kanan. Pakej dengan silau yang agak tinggi jugak. Tak pakai cermin mata atau ‘contact lense’ sekejap pun boleh buat kak Ti sakit kepala.

Sebelum ni, tiap kali kak Ti rasa tak selesa dengan cermin mata yang kak Ti pakai, Kak Ti terus pergi ke kedai optometri untuk buat cermin mata baru. Sejak dari awal pakai cermin mata, kak Ti tak pernah buat pemeriksaan mata secara menyeluruh.

Tapi bila dah masuk ke dalam golongan remaja empat puluhan, mula timbul keinginan untuk buat pemeriksaan mata secara menyeluruh. Apatah lagi kak Ti dah 20 puluh tahun lebih pakai contact lense hampir setiap hari.

Tapi biasanya, kebanyakan kedai cermin mata tak ada yang menyediakan khidmat pemeriksaan mata atau khidmat servis klinikal. Kalau nak buat, kenalah pegi klinik mata atau eye specialist. Aduh! Leceh kan.

Servis Klinikal di Optom Eyecare Bangi

Alhamdulillah. Seakan menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran kak Ti, kak Ti ada terbaca beberapa perkingsian rakan rakan kak Ti dalam blog mereka berkenaan dengan Optom Eyecare Bangi yang ada menawarkan servis klinikal ni. Bila buka website Optom Eyecare, barulah kak Ti tau yang Optom Eyecare ni juga adalah ‘Special care clinic for health screening & vision therapy’.

http://www.dramafmr.com/2021/04/pemeriksaan-mata-di-optom-eyecare-bangi.html?m=1
Optom Eyecare Bangi

Ok, korang tau ke ape kebendanya servis klinikal tu? Servis klinikal tu maksudnya bila datang ke Optom Eyecare Bangi, pemeriksaan yang dijalankan bukan sekadar cek power dan silau. Tapi ada juga pemeriksaan saraf mata bahagian depan dan juga bahagian belakang mata untuk menentukan tahap kesihatan mata kita.

Empat Step Pemeriksaan Mata di Optom Eyecare Bangi

Menurut kata rakan rakan kak Ti, Optom Eyecare pakai peralatan yang canggih canggih untuk periksa mata pelanggan yang datang tau. Bila datang ke Optom Eyecare ni akan ada 4 step pemeriksaan yang perlu dijalani bagi menguji tahap kesehatan mata kita.

Step 1: Mesin Autorefractor – Mesin ni digunakan untuk memeriksa power dan silau mata kita.

Step 1: Pemeriksaan mata menggunakan mesin Autorefractor

Step 2: Mesin Phoropter – Ini adalah mesin yang digunakan untuk periksa samaada kita ada masalah rabun dekat atau rabun jauh.

Step 2: Pemeriksaan menggunakan Mesin Phoropter

Step 3: Mesin Diagnostik – Ini pulak mesin yang digunakan untuk periksa saraf mata bahagian hadapan. Melalui pemeriksaan ini kita akan tau samaada mata kita ada selaput, mata merah, penyakit kencing manis atau glaucoma yang boleh mengakibatkan mata kita jadi buta. Nauzubillah Min Zalik.

Step 3: Pemeriksaan menggunakan mesin Diagnostik

Step 4: Mesin Slit Lamp – Ini adalah last step untuk sesi pemeriksaan mata kita. Mesin ini digunakan untuk memeriksa saraf mata kita bahagian belakang pula. Alat ini dapat melihat struktur mata kita seperti kornea, iris dan lensa mata. Ia juga boleh memeriksa samaada mata kita ada masalah katarak.

Step 4: Pemeriksaan menggunakan mesin Slit Lamp

Satu lagi yang buat kak Ti sangat tertarik dengan servis yang pihak Optom tawarkan adalah selepas buat sesi pemerikasaan, sekiranya hasil pemeriksaan menunjukkan sesuatu yang serius, pihak Optom Ayecare Bangi akan mengeluarkan ‘refer letter’ yang boleh pesakit bawa ke hospital untuk tujuan pemeriksaan lanjut.

Customised Your Own Spectacles

Korang pernah dengar tak ada alat/apps khas yang boleh digunakan untuk membuat cermin mata yang sesuai mengikut benyuk wajah kita? Haaa.. Tak tau kan? Samalah kita. Kak Ti pun baru tau bila baca pengalaman rakan rakan kak Ti buat pemeriksaan kat Optom Eyecare Bangi ni. Alat ni ada kat sini je tau.

Untuk buat cermin mata khas ni staff akan gunakan alat /apps tersebut untuk mengukur bentuk kepala, telinga, hidung dan wajah korang bagi mendapatkan cermin mata khas mengikut spec yang betul dan tepat untuk korang.

Buat cermin mata khas dengan menggunakan Apps di Optom Eyecare Bangi
Apps yang digunakan untuk menentukan kesesuain cermin mata berdasarkan bentuk muka

Dengan cermin mata yang di ‘custom made’ tak akan lagi masalah cermin mata terlebih besar ke, terlebih kecik ke atau tudung kembang bila pakai cermin mata.

Bukan setakat buat cermin mata mengikut kesesuaian bentuk wajah, frame, warna dan lain lain pun korang boleh pilih sendiri. Senang cerita memang ada pelbagai pilihan yang boleh dipilih untuk ‘customised spectacles’ korang tu.

Terapi Khas Untuk Kanak-Kanak Juling

Satu lagi rawatan yang ditawarkan oleh Optom Eyecare ni adalah rawatan untuk kanak kanak yang ada masalah juling. Kat Optom Eyecare ada menyediakan khidmat terapi khas untuk masukkan balik mata yang juling tersebut. Part ni korang kena datang kedai untuk maklumat lanjut ok.

Yang penting kat Optom Eyecare Bangi ni ada macam-macam pilihan yang didatangkan dengan warna-warna ceria untuk cermin mata kanak-kanak. Bingkai pula jenis yang tahan lasak. Paham-paham je lah bila budak-budak yang pakai cermin mata kan. Kalau tak guna bingkai yang tahan lasak, alamatnya sekejap je dah bengkok atau patah.

Sesuaikan Pilihan Dengan Budget Sendiri di Optom Eyecare Bangi

Ok.. Cerita panjang panjang ni kan, last sekali yang semua orang mesti nak tau adalah budget kan? Kat Optom Eyecare ni korang boleh maklumkan berapa budget korang dan bolehlah pilih jenis kanta yang sesuai dengan budget korang.

Optom Eyecare Bangi menyediakan kanta pelbagai pilihan samaada nak yang standard atau nak yang premium. Ada 3 jenis lens coating yang ditawarkan kat Optom Eyecare iaitu standard (clear sahaja), intermediate/pertengahan (ada dua jenis iaitu blue light protection dan changeble color) dan yang terakhir adalah jenis premium yang mana semua yang kak Ti sebutkan kat atas tu ada pada kanta premium.

Jenis-jenis lensa

Setelah selesai buat pemeriksaan mata dan korang decide nak buat cermin mata kat situ, staff Optom Eyecare Bangi akan berikan cadangan pemilihan kanta berdasarkan hasil pemeriksaan mata yang dah buat dan juga mengikut budget korang sendiri.

Bagi korang yang nak buat Transition Lense pulak, ada 7 warna yang korang boleh pilih seperti grey, graphite green, brown, amethys, sapphire, emerald green dan amber.

Peluang Menang Cermin Mata Komputer di Optom Eyecare Bangi

Oh ya! Ni kak Ti nak bagitau, sempena pembukaan Optom Eyecare Bangi iaitu cawangan kedua selepas pembukaan cawangan pertama di Mergong Kedah pada 1 April lepas, Optom Ayecare menawarkan peluang untuk memenangi cermin mata komputer bernilai RM300 hanya dengan jawab survey sahaja. Tapi, korang kena cepat tau. Sebabnya tawaran ni untuk 200 orang pertama yang jawab survey tu je. Korang klik je link survey tu kat sini .

Buat Pemeriksaan Detail Sebelum Terlambat

Kak Ti yakin kita semua sayang dengan anugerah penglihatan yang Allah pinjamkan melalui mata kita ni kan? Jadi, menjadi tanggungjawab kita pula untuk menjaga dengan baik apa yang Allah dah pinjamkan pada kita ni.

Salah satu cara yang boleh kita lakukan adalah dengan membuat pemeriksaan mata secara detail untuk menentukan tahap kesihatan mata kita. kak Ti faham, ramai yang rasa leceh nak buat pemeriksaan klinikal mata ni sebab biasanya terpaksa buat temujanji awal dan adakalnya terpaksa menunggu dengan lama.

Tapi jangan risau, sekarang korang boleh buat pemeriksaan mata secara detail kat Optom Eyecare Bangi. Detail kak Ti share kat bawah ni ya.

Optom Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)
🕰️BUKA SETIAP HARI
🕰️9AM-8PM
GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, korang boleh juga hubungi mereka melalui
Website: https://optom.com.my/
IG: www.instagram.com/optombangi
Fb: www.facebook.com/optombangi

Selain kat Bangi, korang yang duduk kat Kedah boleh juga berkunjung ke cawangan Optom Eyecare Kedah.
No 17-GF,
Taman Bandar Baru Mergong,
05150 Alor Setar, Kedah
Tel: 011-10641167

Facebook Comments Box

1 thought on “Optom Eyecare Bangi Bukan Kedai Cermin Mata Biasa Biasa

  1. Wahhh ingatkan kedai buat cermin mata biasa-biasa rupanya ada servis yang lebih baik. Kiranya ini bukan sekadar datang nak buat spek tapi boleh periksa mata pelanggan dengan lebih baik. Bagus sangat. nanti boleh datang test .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *