Mudahnya Beli Produk F&N Dengan Menggunakan Aplikasi F&N Life

BELI GUNA APLIKASI F&N LIFE – MUDAH, MURAH & MUDAH

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Sedar tak sedar tinggal beberapa hari je lagi Ramadan akan berlalu meninggalkan kita kan. Ya Allah! Memang tak terasa sungguh dah nak raya dah kita rupanya. Ini juga bermakna tahun ni sekali lagi kita akan merayakan Aidilfitri dalam susana PKP. Bertabahlah semua. Dua tahun berturut-turut kita beraya dalam suasana dan norma baru.

Walau macam manapun juga keadaanya, semangat untuk meraikan Aidilfitri tu perlu ada. Persediaan tetap perlu dilakukan walau dalam suasana yang sederhana. Raya setahun sekali untuk meraikan kemenangan kita setelah sebulan berpuasa kan.

Ialah, macam kak Ti yang ada anak-anak ni kan.. Kak Ti tetap nak bagi diorang rasa semangat meraikan Aidilfitri tu walau dalam suasana yang berbeza. Aidilfitri kan hari kemenangan untuk kita semua. Jadi sebagai umat Islam kita wajib meraikan 1 Syawal.

Guna Aplikasi F&N Life Jeee..

Untuk itu, kak Ti tetap juga buat persediaan raya. Bezanya kali ni sebahagian persediaan raya kak Ti, kak Ti buat pembelian secara online je. Lebih mudah lagi, sekarang ada yang boleh dibeli melalui aplikasi je. Tekan-tekan, klik klik sampailah barang depan rumah.

Salah satu aplikasi yang kak Ti gunakan dan nak syorkan kat korang adalah aplikasi F&N life. Siapa yang tak kenal F&N ya dak. Macam-macam produk dan brand ada. Sekarang ni nak beli produk F&N dah tak payah keluar rumah.. Tak payah nak kena check in My Sejahtera dan bersesak bagai. Kita order je melalui aplikasi nanti sampailah kat rumah kita.

Bukan setakat untuk diri sendiri je, korang nak beli untuk mak pak, adik beradik atau orang orang tersayang yang berjauhan tu pun boleh. Walaupun dengan kiriman tu tak dapat menggantikan kehadiran korang disisi mereka, tapi sekurang-kurangnya dapatlah sedikit memberikan kegembiraan buat mereka dalam meraikan Aidilfitri nanti.

Applikasi F&N life ni korang boleh download samaada melalui App Store atau Google Play Store. Dengan aplikasi F&N Life ni korang boleh shopping macam-macam produk F&N yang ada kat pasaran melalui aplikasi tu.

Gandakan Ganjaran Bersama F&N Life

istimewanya lagi bila guna aplikasi ni korang bukan saja boleh beli macam-macam produk F&N secara individu tapi korang juga boleh beli promosi pakej-pakej bundle dan juga pakej-pakej lain yang dah disediakan dalam aplikasi tu. Bila beli pakej ni dah tentulah lebih menjimatkan dan lebih berbaloi.

Contoh promosi yang disediakan dalam tu adalah promosi Gandakan Ganjaran Bersama F&N Life yang ada pakej “F&N Life Ramadan Bundle, F&N Life Raya Bundle, Gift For Your Family dan juga Keberkatan Plus Plus. Menarik, mudah dan pastinya berbaloi.

Download Aplikasi F&N Life

Kalau setakat kak Ti cerita, mesti tak berapa ‘feel’ kan. Apa kata korang download je aplikasi F&N life macam kak Ti. Bukan susah dan kena bayar pun. Free je. Download pastu korang ‘explore’lah satu satu. Oklah..Meh kak Ti sharekan satu persatu caranya.

1. Mula-mula kak Ti download dulu aplikasi F&N life kat handphone. Pengguna Iphone gunalah App Store dan yang guna selain Iphone pulak korang gunalah Google Playstore untuk download

2.Dah download, kak Ti buka aplikasi tu dan pergi ke bahagian “Account” klik ‘customer sign up’, masukkan email dan cipta password untuk sign in. Satu lagi cara adalah klik je “continue with Facebook” untuk sign in.

Bila dah ‘sign in’ kita kena isikan pula alamat dan no ‘contact’ bagi memudahkan proses penghantaran. Pastikan korang isi segala maklumat yang diperlukan tu dengan betul ya. Karang barang tak sampai korang juga yang kecewa kannn..

3. Bila dah selesai isi segala maklumat, bolehlah kita mula bershopping. Yesszaa! Pilih produk yang kita nak, buat pembayaran pastu tunggu jelah barang sampai kat rumah.

Yang paling best kan.. Pengahantaran untuk Semenanjung Malaysia adalah PERCUMA korang (mengikut terma & syarat yang telah ditetapkan). Tapi jangan risau, korang yang tinggal kat luar Semenanjung Malaysia pun hanya perlu bayar kos courier yang murah berbanding bila korang beli tanpa guna aplikasi.

Masak masak Raya Bundle

“Elehhh Kak Ti dok share pasal aplikasi F&N life ni dah beli ke belum?” Halloo.. See the leg lah.. Mestilah kak Ti dah membeli korang. Sebab Kak Ti seronok membeli guna aplikasi ni lah kak Ti share pulak dengan korang . Naklah jugak korang rasa sendiri betapa mudahnya membeli dengan menggunakan aplikasi F&N life ni.

Nak tau apa pilihan kak Ti? jeng jeng jeng.. Kak Ti pilih salah satu pakej dalam F&N Life Raya Bundle iaitu pakej Masak Masak Raya Bundle. Ialah, dah tak dapat balik kampung ni kan… Kita masaklah sendiri kat rumah. Lemang segera ada, ketupat segera pun ada. Jadilah kan. Yang penting pembelian kak Ti memang berbaloi.

Masak masak raya bundle beli melalui aplikasi F&N Life

Oklah.. Korang jangan lupa download aplikasi F&N Life tu ya. Kalau korang nak maklumat lebih lanjut, korang boleh dapatkan kat:

Website: https://fnlife.com.my/campaign/gandakanganjaranbersamafnlife
Facebook: https://www.facebook.com/FNlife.my/

Unboxing Masak Masak Raya Bundle – Hasil belian guna aplikasi F&N Life

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *