Inspirasi Resepi, Tips Masakan dan Menyumbang Melalui Aplikasi F&N Life

RESEPI BREAD BUTTER PUDING SEDAP TAPI MUDAH – BELI SUSU F&N EVAPORATED CREAMER GUNA APPS F&N LIFE

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Kesinambungan dari posting kak Ti sebelum ni tentang mudahnya beli produk F&N dengan menggunakan aplikasi F&N Life. Kak Ti ada benda lagi nak share berkenaan denga aplikasi F&N life ni sebenarnya. Tapi kalau kak Ti boh semua dalam satu entry kang jadi panjang berjela la pulak.

Kisahnya macam ni.. Lepas kak Ti beli masak masak raya bundle hari tu, kak Ti sesajelah godek godek tengok apa yang ada dalam aplikasi F&N life tu. Wow! Mcam-macam ada rupanya.

Masa mula-mula explore aplikasi tu, kak Ti cuma nampak apa yang ada kat sebelah kiri mcam kat gambar tu je. Kak Ti tak perasan pun yang rupa-rupanya kat bahagian bawah tu tengah-tengah antara HOME dan ACCOUNT ada INSPIRATION. Tak perasan sebab terlindung.

Bila kak Ti dah nampak tu, kak Ti saja-saja lah klik. Rupa rupanya dalam page inspiration tu ada macam-macam resipi dalam F&N Life tu korang. Yang bestnya kan, Korang boleh pilih untuk cari resipi dengan based on bahan, cusisine, skill level, prep time dan lain lain.

Apa lagi, pucuk dicita ulam mendatanglah jadinya. Bukan setakat resipi je, tips tips masakan pun ada. Memang wallah sungguh aplikasi F&N life ni. Agak agak dah buntu tak tau nak masak apa kan.. Masuk je kat aplikasi ni pastu korang pilih je lah nak masak apa.

Hari tu kan kak ti beli pakej masak masak raya bundle untuk persediaan raya. Masa kak Ti beli tu, memang dah ada idea dalam kepala ni apa yang kak Ti nak masak dengan produk-produk yang kak Ti beli tu. masalahnya bila dah terjebak tengok resipi resipi yang ada dalam aplikasi F&N Life tu, terus timbul idea lain pulak.

Tengok apam balik rasa macam nak buat apam balik, tengok martabak rasa macam nak buat martabak, tengok masak lemak rasa macam nak buat masak lemak. Ahhh sudah! Tak sempat raya kang habis jugak barang-barang yang kak Ti dah beli tu.

Tapi bila mengenangkan kak Ti dah janji dengan anak bujang kak Ti nak buatkan Bread Butter pudding dan kebetulan dalam masak-masak bundle raya yang kak Ti beli tu ada F&N Evaporated Creamer. Bolehla kak Ti guna untuk buat bread butter pudding dan juga custard sauce dia. Kalau nak try, kak Ti sharekan resepi kat bawah ni ya.

RESEPI BREAD BUTTER PUDDING
Bahan-bahan puding
Roti gardenia pek bonanza
3 @ 4 cawan F&N Evaporated Creamer
Telur A 3@4biji
Gula 3-4 sudu besar (gula ejas tahap manis yang nak)
Esen vanila
Butter 3-4 sudu besar (kak Ti cairkan)
Topping boleh letak mix fruits/kacang/coklat chip

Cara-Cara
Campurkan susu, telur, gula, esen vanilla. Pukul guna whisk jer.

Dah sebati tapiskan, kemudian masukkan butter yang telah di cairkan tadi kacau-kacau sikit.

Roti 3 keping setiap bekas, potong 4, susun dalam bekas, tuangkan bahan puding tadi setiap bekas bagi rata, tekan-tekan sikit guna spatula bagi meresap.

Tabur topping di atas, kemudian bakar 30-40minit suhu 150-180 (ikut oven masing-masing ye)

Bahan-bahan sos kastard:
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan air
3-4 sudu besar gula (yang ni ikut tahap manis yang nak)
Sedikit esen vanila (creamy vanilla best sikit)

Cara-cara:
Campur tepung kastard dengan air, kemudian campur semua bahan masak atas api sehingga pekat.

Untuk korang yang dah kekeringan idea nak masak apa.. Jangan risau.. Dengan aplikasi F&N Life ni korang pasti tak akan lagi ada masalah kekeringan idea. Korang boleh cuba pelbagai menu dan yang paling best, bahan, tempoh penyediaan dan juga tahap skill yang diperlukan untuk menyediakan satu satu menu ada disertakan.

Satu lagi yang buatkan aplikasi F&N Life ni menarik adalah selain dari membeli dan mencari inspirasi menu serta tips-tips masakan, melalui program kebrekatan plus plus, korang juga boleh berkongsi kebahagiaan melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan ni dengan memberikan sumbangan kepada 3 kategori ini iaitu golongan yang memerlukan, rumah rumah anak yatim ataupun rumah rumah orang tua yang terpilih.

Caranya mudah je, korang hanya perlu pilih salah satu kategori yang kak Ti dah sebutkan kat atas tu. Korang hanya perlu bayar RM25 sahaja untuk Pek Penyayang F&N yang bernilai RM44. Nak tau apa yang terdapat dalam setiap pek tu? Korang tengok je dalam aplikasi F&N life.

Ok lah korang. Itu saja yang kak Ti nak kongsikan berkenaan aplikasi F&N Life ni. Selebihnya korang boleh dapatkan info melalui:

Website: https://fnlife.com.my/campaign/gandakanganjaranbersamafnlife
Facebook: https://www.facebook.com/FNlife.my/

Facebook Comments Box

2 thoughts on “Inspirasi Resepi, Tips Masakan dan Menyumbang Melalui Aplikasi F&N Life

Leave a Reply

Your email address will not be published.