Kawan Jenis Macam Manakah Kita?

KAWAN DEMI MEMENUHI KEPERLUAN DAN KEHENDAK ATAU KAWAN KERANA ALLAH SWT..

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Penulisan kak Ti kali ni terinspirasi dari kisah seorang kawan yang dikhianati kawan baiknya sendiri sampai dia dihalau dari rumah oleh tuan rumah kepada rumah yang mereka sewa bersama.

Apa agaknya yang dicuba dicapai oleh situkang cocok ni ya? Gembirakah dia bila tengok kesedihan dan kesusahan kawan yang dikhianati tu. Bahagiakah dia bila melihat usahanya memutuskan silaturrahim tu berjaya?

Wallahuaklam. Tapi apa yang pasti, kak Ti yakin bahawa mereka yang berkelakuan macam ni boleh dikategorikan sebagai orang yang sakit. Ya.. Sakit. Sakit mental. Bahagiakah dia? Mungkin.. Tapi tak mungkin kebahagiannya akan bertahan lama. Lambat laun.. Dia juga pasti akan merasakan buah dari perbuatannya itu.

Dizaman yang penuh mencabar dan penuh kepura puraan ini, masih ada kah peluang untuk mencari kawan sejati? Kawan yang boleh kita harapkan ketika susah mahupun senang dan yang paling penting kawan yang bersama dengan kita atas dasar Lillahitaala.

Well.. Tepuk dada tanya Iman. Segalanya bermula dari kita. Muhasabah diri sendiri. Kawan jenis macam manakah kita ni. Adakah kita berkawan dengan seseorang kerana Allah? Atau adakah kita jenis yang mencari kawan untuk memenuhi keperluan dan kehendak kita?

Alhamdulillah.. kawan dari zaman sekolah

“Kak Ti.. Saya ikhlas berkawan dengan si A tu. Saya sayangkan dia Lillahitaala. Saya nak kami sama sama memperbaiki diri mengikut jalanNya. Tapi dia tetap tikam saya dari belakang. Punyalah saya jaga segala aib dia tapi dia senang senang je cerita macam macam perkara buruk tentang saya kat orang lain. Macam mana?”..

Macam ni.. Satu perkara yang perlu kita sama sama ingat adalah setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita tak ada satu pun yang berlaku secara kebetulan. Begitu juga dengan orang orang yang Allah hadirkan untuk kita. Semua kejadian, semua orang yang hadir dalam hidup kita samaada sekejap ataupun lama adalah di bawah aturan dan pengetahuan Allah swt.

kita kawan kan?

Setiap dari kita telah Allah aturkan tugas kita di dunia ini. Ketika Allah temukan kita dengan seseorang itu bermakna ada tugas kita keatasnya dan ada tugas dia ke atas diri kita yang telah Allah aturkan sebenarnya. Dan ketika tugas tugas itu telah kita dan dia selesaikan, maka dia akan pergi dari hidup kita dan kita akan pergi dari hidup dia.

Sepanjang kebersamaan tu sebenarnya Allah sedang mendidik kita tentang kasih sayang, pengorbanan, kesetiaan, pengkhianatan dan macam macam lagi. Sebab tu juga ada bermacam macam cara Allah akan ambil dia dari kehidupan kita dan kita dari kehidupan dia.

Berpisah dengan kerana dia atau kita kembali pada sang Pencipta atau berpisah di dunia atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan. Barangkali juga kesan dari perpisahan itu akan ada pihak yang terluka, tersakiti ataupun terkhianati.

Apa pun ianya.. Tugas kita adalah menerimanya dengan redha sebab setiap kejadian yang Allah aturkan dalam hidup kita tak akan ada satupun yang berlaku tanpa sebab dan ianya tentulah atas sebab sebab yang baik. Walaupun mungkin pada ketika kejadian itu sakitnya tuh di sini dan kita tak dapat melihat hikmah atas kejadian tersebut.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Barangkali kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Sebagai manusia biasa yang Allah anugerahkan dengan pelbagai perasaan, wajarlah kalau kita rasa sedih, sakit hati atau kecewa. Tapi satu je kak Ti nak pesan.. Jangan terlalu lama dan larut dalam perasaan tu. Sebab pada akhirnya bukan orang lain yang akan merasa sakitya melainkan diri kita sendiri.

Kata kuncinya kat sini adalah Sabar, Syukur dan Redha. Walau mungkin pada ketika itu kita tak nampak pun apa kebaikan atau hikmah pada kejadian tu. Yang perlu kita ingat kat sini adalah Allah tak akan pernah membebani hambaNya dengan sesuatu yang tak mampu ditanggung oleh hamba itu. So yakinlah bahawa segala sesuatu yang berlaku itu adalah atas kapasiti dan kemampuan kita menanggungnya.

Dendam dan amarah tu semua adalah permainan syaitan laknatullah. Maafkan setiap kejadian dan berdmailah dengan diri kita sendiri. Bukan untuk ketenangan orang lain melainkan untuk ketenangan jiwa kita sendiri. Semoga kita tak tergolong dalam golongan orang orang yang sakit jiwanya.

Oklah.. Itu je celoteh kak Ti untuk kali ni.. Coretan ni bukan semata semata untuk yang membaca tapi yang paling penting sebagai ingatan untuk diri kak Ti sendiri yang adakalanya terlupa dan terlalai. Dah nama pun kita ni manusia biasa kan.. Pastilah ada ketikanya kita juga akan melalui fasa fasa “down” bila sesuatu kejadian yang tak kita sukai berlaku. Betul kan?

“Hold your head high, cheer up and let’s move on with our lives”.

Kenangan di salah satu kesan peninggalan Tsunami Aceh semasa trip Aceh Sabang Februari 2020
Menawan Puncak Gunung Nuang bersama kawan kawan

Facebook Comments Box

1 thought on “Kawan Jenis Macam Manakah Kita?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *