Main Game Sambil Tingkatkan Kemahiran Mengira di Mortgage Calculator

MORTGAGE CALCULATOR BUKAN SEKADAR MAIN GAME SEMATA-MATA

Bismillahirrahmanirrahim. 
Segala puji hanya bagi Allah swt serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Kak Ti memang peminat main game online ke? Asik post pasal game online je.

Aishh.. Tak adalah. Macam yang kak Ti bagitau sebelum ni, kak Ti bukan la peminat tegar permainan game online. Kak Ti main sesekali je. Itupun kak Ti akan main game online tertentu sahaja. Salah satu sebab kenapa kak Ti nak share tentang game online dalam Mortgage Calculator adalah keranan game online dalam Mortgage Calculator ni bukan main game semata-mata tau.

Apa yang kak Ti tengok, game-game yang terdapat dalam ni ada yang sangat sesuai untuk membantu merangsang minat anak-anak terhadap transaksi yang melibatkan nombor. Kita semua pun tau kan, zaman sekarang ni kanak-kanak dan game memang sukar untuk dipisahkan. Lagi kita larang lagilah diorang nak main.Jadi kenapa tidak kita bagi mereka main game tapi dalam masa yang sama mereka dapat belajar sesuatu.

Permainan Online Free dan Bebas Iklan

Ok, nama website yang offer permainan interaktif ni adalah Money Game Mortgage Calculator. dalam website ni ada berdozen game online yang boleh dipilih dan yang paling bestnya permainan dalam Mortgage Calculator semuanya free dan masa main tu tak akan terganggu dengan iklan-iklan yang tiba-tiba muncul yang biasanya akan mengganggu momentum permainan sebab permainan-permainan online yang ada dalam website ni semuanya bebas dari iklan.

Macam yang kak Ti dah sebut tadi, permainan yang ada dalam ni bukan permainan game online yang biasanya bila anak-anak main hanya menghabiskan masa semata-mata. Tapi permainan yang ada dalam website Mortgage Calculator ni adalah sejenis permainan interaktif dimana anak-anak bukan sahaja akan seronok bermain permainan online tapi dalam. masa yang sama ianya akan dapat membantu anak-anak untuk belajar tentang konsep jual beli, menyimpan dan mencabar minda mereka untuk membuat keputusan.

Dua Permainan Yang Paling Bagus Di Mortgage Calculator

Antara kategori permainan online yang ada dalam website Mortgage Calculator adalah:

  • Money Games – Mengajar tentang transaksi jual beli dan mengira baki
  • Real Estate Games
  • Food Business Simulation Games
  • Business Simulation Games
  • Software Development Games
  • Office Politics Games
  • Dan game-game lain selain dari yang kat senarai tu.

Dalam banyak banyak game yang ada dalam website tu, kak Ti nak fokus 2 game yang bagi kak Ti memang bagus untuk anak-anak.

  1. Grocery Cashier
    Game ni anak-anak memang akan seronok main. Manakan tak seronok dalam game ni anak-anak akan dapat merasai pengalaman jadi cashier macam yang diorang selalu nampak kat pasaraya tu. Mereka akan berpeluang merasai sendiri pengalamn secara maya melakukan transaksi jual dan beli.
  1. Supermarket Numbers
    Game ni akan menguji kecekapan anak-anak dalam pengiraan tambah, tolak, darab dan bahagi. Kepantasan mengira sangat diperlukan dalam permainan ni. Dalam tak sedar, bila anak-anak main game numbers ni mereka sebenarnya sedang melatih otak mereka untuk berfikir dan mencari jawapan yang betul dengan pantas. Tengolah tu, kak Ti pun tercebak main..hahahaha..

Memandangkan InsyaAllah ini akan jadi penulisan kak Ti yang terakhir berkenaan permainan online, kak Tii dapat simpulkan kat sini yang tak semua permainan online adalah permainan yang merugikan dan membuang masa. Apa yang penting adalah bagaimana kita mengawal diri kita dan keluarga kita terutamanya anak-anak dalam melakukan sesuatu.

Menjadi tugas kita sebagai ibu bapa untuk sentiasa mengingatkan anak-anak tentang pentingnya pengawalan diri. Biarlah kita yang bermain game tu dan bukan kita yang kena game dengan game. Ialah, bila dah main sampai lupa diri, tak ke kena game dengan game dah namanya tu.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.