Pengalaman Kedua Misi Gunung Kinabalu

MISI GUNUNG KINABALU PART 1GUNUNG KINABALU KAMI DATANG LAGI

Bismillahirrahmanirrahim. 
Segala puji hanya bagi Allah swt serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Lima tahun lalu kak Ti dan rakan-rakan kak Ti buat pertama kalinya mencuba untuk mencapai puncak Gunung Kinabalu. Tapi apakan daya, hajat dan hasrat kami semua hanya sampai setakat Laban rata sahaja. Faktor cuaca membantutkan impian kami semua untuk berada di puncak Gunung Kinabalu.

3 Disember 2018

Sejak dari itu impian dan hasrat kami semua terutamanya kak Ti terus membara untuk mencapai puncak Gunung Kinabalu. Kalau korang nak tahu, lima tahun lepas, sampai je Kota Kinabalu lepas kami turun dari Laban Rata, kak Ti terus cari group lain untuk meneruskan misi Gunung Kinabalu kak Ti. Dari lima tahun lepas rasanya berkali kali kak Ti masuk group, tapi semuanya cuma separuh jalan. Tak sempat pun nak daftar kat Sabah Parks.

Misi Gunung Kinabalu Bermula

Bila dah berkali kali cuba join group lain tapi belum juga berjaya, kak Ti berazam untuk meneruskan misi Gunung Kinabalu tapi kali ni kak Ti nak buat semuanya sendiri A to Z. Maka bermulalah perancangan misi Kinabalu kak Ti. Tahun demi tahun, beberapa kali bertukar peserta dalam group whatsapp sampailah ke tahun 2022. Asalnya hanya Elma sorang je peserta lama yang nak bersama sama kak Ti meneruskan misi Kinabalu. Rakan-rakan lain semuanya berhalangan.

Ingat tak bila kak Ti kata kak Ti dah mula mencari group Kinabalu sejak ekspedisi Kinabalu yang pertama? Kak Ti dapat join satu group yang merancang untuk naik Kinabalu tahun depan (2019) setelah dipelawa oleh sahabat kak Ti Zila. Malangnya group tersebut dibubarkan sebab masalah teknikal. Long story short, bila kak Ti kata kak Ti nak arrange sendiri trip Misi Kinabalu, Zila yang pertama bagitau nak follow.

Lepas tu dia ajak pulak dua orang rakan dia dan kak Ti juga pelawa rakan rakan lain dan ajakan kak Ti disambut oleh Elma. Jadila kami berlima dalam group tersebut. Tapi dek kerana kesibukan kak Ti untuk menetapkan tarikh dan juga untuk mendapatkan slot mendaki based on kesesuaian masa semua peserta, akhirnya plan tersebut pun tak berjaya juga.

Barjaya Dapatkan Slot Mendaki

Bila yang tu pun tak berjaya juga, kak Ti cakap dalam hati “tak boleh jadi ni. kena juga setkan satu masa dan daftar”. Akhirnya lepas call Sabah Park dan dapat kepastian bila slot untuk tahun 2023 buka, kak Ti mula melobi sekali lagi rakan-rakan lain. 2 Dec kak Ti mula wasap geng-geng kak Ti satu persatu. Mula-mula hanya Echah yang bagi kepastian. Lepas tu Echah bagitau Cikda (Shida) nak ikut juga. Alhamdulillah dah ada 4 orang peserta yang bagi kepastian untuk join.

6 Dec 2022, 10.00 am adalah hari dan masa di mana Sabah Parks buka pendaftaran untuk slot tahun 2023. Seawal pagi pagi kak Ti dah bersedia depan laptop sebab kali ni semua yang nak mendaftar perlu create akaun baru di website baru Sabah Parks. Allah je yang tau macam mana berdebarnya perasaan masa tu. Oh ya! Tarikh untuk mendaki tu kami dah bersetuju nak cuba tarikh 17hb Julai 2023 dan tukar tarikh lain sekiranya tarikh tu penuh.

Debaran menunggu pendaftaran dibuka sejak pukul 9 lebih Allah je yang tau. Kak Ti tau mesti berderu orang lain yang akan mendaftar juga pada hari tersebut. Berkat kesabaran dan dengan izinNya Akhirnya kak Ti berjaya juga untuk mendapatkan slot tarikh 17 Julai untuk kami berempat. Bila dah berjaya untuk dapatkan slot untuk kami berempat kak Ti tengok masih ada 9 slot lagi untuk tarikh tersebut.

Being me, rasa macam tak best pulak kalau pergi kali ni tanpa geng-geng lain. Kak Ti pun terus wasap Nini dan Elma tanya diorang nak follow tak. Elma pulak masa tu ajak sekali encik tunangnya Joe. Maka sekali lagi berperanglah kak Ti untuk register 3 orang lagi. Alhamdulillah dapat juga register tapi dengan sedikit error yang Alhamdulillah dapat diselesaikan lepas call dan email pihak Sabah parks. Tak lama kemudian dapat pulak mesej dari Nini inform bagitau Mia nak join jugak.

System Booking Sabah Parks Down

Alamak.. Kak Ti pun bagitau Nini, InsyaAllah kak Ti cuba tapi tak janji boleh dapat. Sekali lagi kak Ti cuba untuk daftarkan Mia pula. Tapi sekali server downlah pulak. Crashed la tu bila beratus orang yang nak register masuk serentak. Bukan sekejap ok ambik masa 2 hari baru boleh bukak balik website booking Sabah Parks. Mia hampir-hampir tak dapat pegi sebenarnya sebab reminder kak Ti untuk registerkan Mia pukul 9.30am 8hb Dec tu tak berbunyi la pulak. Bila kak Ti bukak balik website pukul 10.00am dah tinggal 2 slot je lagi available dan lepas je kak Ti registerkan Mia, slot habis. Memang rezeki Mia sungguh.

Alhamdulillah akhirnya dari 3 orang jadi 6 orang dan akhirnya jadi 7 orang yang akan bersama-sama kak Ti untuk Misi Gunung Kinabalu kali ni. Jadilah total yang akan meneruskan Misi Kinabalu ini 8 orang termasuk kak Ti. Maka bermulalah sesi persediaan kami untuk Misi Gunung Kinabalu kami semua. Tapi disebabkan tuntutan kerja yang back to back memerlukan kak Ti travel, tak dapat jugaklah nak buat persediaan sangat. Dari bulan Dec 2022 hinggalah masuk bulan Julai 2023 kak Ti masih juga sibuk dengan kerja.

Kak Ti rasa kan, kak Ti hanya betul betul dapat fokus training ni pada minggu akhir sebelum bertolak ke Kota Kinabalu je. Lebih tepatnya kak Ti hanya dapat fokus training 5 hari sebelum bertolak je. Perasaan kak Ti ni jangan cakaplah. Memang berdebar sungguh. Bayangkan lah.. Dengan berat badan yang ekstra hampir 10kg dari 5 tahun lepas ditambah pulak dengan training yang tak cukup.. Maunya tak cuak korang. Bukan gunung biasa-biasa kot yang nak kami daki ni. Dengan tingginya ditambah pulak dengan sejuknya.. Aduh!! Memang tawakkaltu Alalllah sungguh.

Ok.. Cukuplah dulu untuk part 1 ni. Nanti kak Ti sambung kat Part 2 pulak

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.