Minyak Zaitun Berkualiti Al Ard – Organik, Pilihan Terbaik, Kualiti Premium

MINYAK ZAITUN BERKUALITI AL ARD MALAYSIA – KUALITI PREMIUN MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN DARI PALESTIN

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Buah zaitun dan khasiatnya, mesti ramai yang dah tau kan. Di dalam Al Quran perihal berkenaan buah zaitun ni Allah sebut sebanyak 7 kali iaitu 2 kali Allah s.w.t.  sebut berkenaan buah zaitun secara eksklusif dan sebanyak 5 kali Allah s.w.t. sebut buah zaitun bersama dengan buah-buah lain seperti buah tin, kurma, delima dan anggur. Jadi, nampak tak kat situ yang sememangnya buah zaitun adalah buah yang penuh dengan khasiat dan kebaikan. Paling penting ianya memang salah satu makanan sunnah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Sebab tulah selama ni kak Ti sentiasa usaha untuk pastikan yang kat dapur kak Ti sentiasa ada minyak zaitun.  Nak beli buah dia, tak mampu mak nak.. Walaupun kami takdelah hari-hari guna minyak zaitun, tapi kiranya adalah jugak guna. Kira acilah kan.. hehehehe.. Bekalan minyak zaitun pulak biasanya kak Ti beli dari pasaraya je dan tak pernah specific pada satu-satu jenama. Main ambik je apa yang ada kat situ.

Cara Mengenal Minyak Zaitun Berkualiti

Baru-baru ni kak Ti terbaca perkongsian kawan-kawan berkenaan minyak zaitun jenama Al Ard dari Al Masoud Trading. Bila dah baca tu, rupanya banyak perkara yang kak Ti tak tau berkenaan kualiti minyak zaitun dan selama ni rupanya minyak zaitun yang kami ‘consume’ kualitinya meragukan. Alahaii.. Mujurlah ada kawan-kawan yang kongsikan berkenaan minyak zaitun ni. Bolehlah kak Ti jadikan panduan bila nak beli minyak zaitun lepas ni.

Bila dah tau ni.. Rasa macam bersalah pulak bila kak Ti tak kongsikan ilmu ni dengan korang. Ok.. Meh kak Ti sharekan cara-cara untuk memastikan minyak zaitun yang kita ‘consume’ tu adalah minyak zaitun yang berkualiti:

  • Perkara pertama yang korang kena pastikan adalah, botol minyak zaitun yang korang beli tu. Botol yang digunakan MESTILAH BOTOL KACA GELAP supaya tidak terdedah kepada cahay UV dan kandungan serta khasiat minyak zaitun tersebut dapat dipelihara;
  • TIDAK MENGGUNAKAN BOTOL PLASTIK kerana kandungan bahan kimia botol plastik akan bertindak balas dengan minyak zaitun;
  • Pembotolannya mestilah dengan cara pembotolan Nitrogen Injection bagi mengekalkan khasiatnya dan untuk mengelakkan minyak zaitun dari teroksida;
  • Minyak zaitun yang terhasil mestilah diproses secara ‘pressed cold process’ mngikut piawaian International Olive Oil Council;
  • lebih tua pokok zaitun, lebih berkualiti dan lebih berkhasiat minyak yang dihasilkan;
  • TIDAK dibuat dalam bentuk softgel ataupun kapsul kerana Minyak Zaitun akan kehilangan khasiat disebabkan berlakunya oxidation semasa proses memasukkan minyak ke dalam softgel atau kapsul;
  • Membezakan antara minyak zaitun untuk memasak dan minyak zaitun yang diambil secara langsung..

Khasiat & Kebaikan Minyak Zaitun Berkualiti

Pheww! Banyak rupanya yang kak Ti terlepas pandang masa beli minyak zaitun selama ni. Ingatkan bila dah namanaya minyak zaitun, semua sama je, Tak kiralah dari ‘brand’ mana atau botol apa yang digunakan. Rupa-rupanya kalau salah pilih, kita tak akan dapat mafaat dan khasiat minyak zaitun dengan sepenuhnya ya kawan-kawan.

Ehhh.. ‘By the way’ korang dah tau ke apa khasiat dan manfaat minyak zaitun. Kalau yang dah tau tu, Alhamdulillah. teruskan amalan penggunaan minyak zaitun dalam kehidupan seharian. Bagi yang belum tau, takpe.. Jangan risau, kak Ti kongsikan kat bawah ni:

  • Antara kandungan minyak zaitun adalah lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan selain dari lemak tepu dan juga lemak tak tepu (PUFA) termasuklah Omega 3 dan Omega 6;
  • Minyak zaitun juga dapat berfungsi sebagai anti oksidan kerana selain mengandungi hydroxy, oleonchanthal, squelene dan beta karotin, ia juga mengandugi vitamin E tokoferol serta vitamin K;
  • Mnegikut hasil kajian sains, terbukti bahawa penduduk di Mediterranean yang banyak menggunakan minyak zaitun dalam pemakanan mereka mempunyai kadar sakit jantung yang lebih rendah berbanding penduduk di Amerika Utara dan di Eropah;
  • Prof Maria Covas, melalui kajiannya yang dijalankan secara mendalam pada tahun 2007 mendapati bahwa individu yang mengamalkan pengambilan minyak zaitun secara konsisten akan menghadapi risiko mendapat penyakit kardiovaskular (jantung, darah tinggi, strok dan kolestrol tinggi) yang lebih rendah berbanding individu yang tidak mengamalkan pengambilan minyak zaitun;
  • Hasil kajian ahli sains Jepun di dalam Jurnal Perubatan Medical Science Monitor (2004), melaporkan bahawa seramai 28 pesakit yang mempunyai masalah kolestrol tinggi yang mengamalkan pengambilan minyak zaitun selama 6 minggu telah turun paras kolestrol LDL mereka dan paras kolestrol HDL mereka meningkat

Kalau nak disenaraiakan satu persatu memang banyak sangat khasiat minyak zaitun ni sebenarnya. termasuklah khasiatnya untuk kecantikan. Korang gunalah khidmat pakcik Google ya.. InsyaAllah korang mesti akan jumpa banyak sangat info-info pasal kebaikan dan khasiat minyak zaitun ni. Ok.. Tadi kak ti ada cakap pasal cara pemilihan minyak zaitun berkualiti kan?

Al’Ard Palestinian Premium Organic Extra Virgin Olive Oil

Kalau korang perasan, awal-awl tadi kak Ti ada bagitau pasal perkongsian kawan-kawan kak Ti berkenaan satu jenama minyak zaitun yang memang terjamin sebagai minyak zaitun berkualiti. Minyak zaitun Al Ard yang diimport khas oleh  Al Masoud Trading secara ‘direct’ dari Palestin. Nak tau tak kenapa kak Ti nak syorkan kat korang untuk beli minyak masak dari jenama Al Ard ni. Kat bawah ni kak Ti senaraikan sebab-sebabnya:

  1. Minyak zaintun berkualiti terbaik “EARLY HARVEST” (Stock Terhad);
  2. Dari pilihan buah zaitun berkuliti terbaik & diproses pada hari yang sama;
  3. Kandungan acidity rendah <0.5%;
  4. Minyak dari pokok zaitun jenis Nabali, Roomy dan Souri;
  5. Diiktiraf organik & Fairtrade,Extra Virgin (Perahan Pertama) & Cold Pressed;
  6. Hasil dari ladang di Nabalus, Tebing Barat Palestine;
  7. Pokok tua sehingga 500 tahun hasil tanaman petani Palestine;
  8. Diproses mengikut standard & piawaian International Olive Oil Council;
  9. Saiz: botol 500ml & 250ml;
  10. dibawa ‘direct’ dari Palestin dan tidak dibotolkan semula di malaysia.

Cara Penggunaan dan Pengambilan Minyak Zaitun

Macam yang korang semua dah tau, ada macam-macam cara pengambilan dan penggunaan minyak zaitun yang korang boleh amalkan. Antara yang paling selalu kak Ti buat adalah dalam masakan pasta. Kak Ti tak guna untuk masak, tapi kak Ti tuangkan sikit minyak zaitun dalam pasta yang dah masak pastu gaulkan sebati. Satu lagi cara adalah ‘drizzle’ atas roti yang dah bakar. Yang ni kalau korang pergi mana-mana restoran Itali, biasanya untuk ‘starter’ diorang akan bagi roti cicah dengan minyak zaitun.

Antara cara lain yang boleh korang amalkan adalah mengambil secara langsung sebanyak satu sudu makan di waktu pagi dan satu sudu makan sebelum tidur dalam keadaan perut kosong. Pastikan korang tunggu paling kurang 3 minit sebelum  minum air ya. Selain dari itu, korang boleh juga gunakan minyak zaitun berkuliti untuk disapukan kat kulit untuk menjaga kelembapan kulit, menghilangkan kesan parut dan lain lain.

Kak Ti yakin, semua mesti tau yang minyak zaitun terutamanya minyak zaitun berkualiti apatah lagi yang berkualiti premium macam ‘Al’Ard Premium Organic Palestinian Extra Virgin Olive Oil’ agak mahal harganya. Jadi kebiasaanya kita akan guna secara berdikit-dikit. Nak jimatlah katakan. Tapi, meh sini kak Ti nak kabo kat korang..

Tak salah kalau nak guna minyak zaitun korang tu secara berjimat. Tapi pastikan yang korang kena habiskan satu botol yang korang tengah guna tu habis dalam masa 3 bulan ya. Ya betul. Minyak zaitub once dah buka kena habiskan dalam masa 3 bulan. Kalau lebih dari 3 bulan, minyak zaitun bukan lagi jadi ‘supplement’ yang elok untuk badan kita tapi sebaliknya akan jadi merbahaya. Ini kerana, minyak zaitun yang dah dibuka dan dibiarkan melebihi 3 bulan akan membentuk radikal-radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit kanser. Haaaa.. Bukan main-main tau. So sila habiskan dalam masa 3 BULAN SELEPAS DIBUKA.

Al Masoud Trading

AL ARD NATURAL NABULSI SOAP BARS

Oh ya ni kak Ti nak bagitau korang. Kat Al Masoud Trading tu, selain dari minyak zaitun berkualiti, mereka juga ada menjual sabun yang diperbuat daripada minyak zaitun  yang diberi nama Al ‘Ard Nabulsi Soap. Ianya diperbuat daripada 100%  minyak zaitun asli Palestin bersama ramuan asli lain. Yang paling istimewa tentang Nabulsi Soap Bars ini adalah cara pembuatanya yang mengikut tradisi lama pembuatan sabun di Palestin dan berakar umbi dari budaya daerah Nabalus.

Nak tau kenapa sabun Al Ard Nabulsi ni baik untuk digunakan? Ok.. Minyak zaitun kan tinggi kandungan anti oxidant nya termasuklah vitamin A dan vitamin E. Antara kebaikan yang kita akan dapat bila menggunakan sabun ini adalah ia dapat membantu memperbaharui dan melambatkan kesan penuaan secara semulajadi pada kulit kita. Ia juga dapat membantu untuk melindungi dan membaik pulih kedutan yang berpunca dari pendedahan pancaran matahari, pemcemaran asap dan pemakanan yang tidak sehat.

PREMIUM PALESTINIAN ZA’ATAR BLEND (THYME)

Za’atar adalah campuran herba yang terdiri dari thyme, bijan dan garam asli. Ia merupakan amalan pemakanan harian yang diamalkan oleh masyarakat Timur Tengah dan amalan ini telah diamalkan sejak berkurun lamanya. Keistimewaan za’atar Al’ Ard adalah kerana thyme yang digunakan ditanam di atas kawasan bukit Palestine mengikut amalan pertanian yang diwarisi secara turun temurun.

Menurut kepercayaan masyarakt di negara Timur Tengah  za’atar mempunyai khasiat untuk meningkatkan kesihatan minda. Sebab tulah kanak-kanak di Palestin digalakkan untuk menaburkan za’atar pada makanan mereka sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Mnegikut hasil kajian, carvocal (fenol) yang terdapat dalam thyme mempunyai ciri-ciri kognatif yang mampu meningkatkan mood positif seseorang. Selain untuk menguatkan minda, pengambilan campuran za’atar juga dapat manjauhkan kita dari penyakitl nyanyuk.

Antara khasiat Za’atar adalah:

– Menajamkan minda                                           – Melancarkan sistem respirasi

– Mengurangkan keradangan                              – Memberikan tenaga

– Meningkatkan sistem metabolisma                 – Menguatkan tulang

– Melancarkan peredaran darah                         – Menguatkan daya imunisasi

– Anti kulat / fungus                                              – Mencantikkan kulit

Cara pemakanan Za’atar (Tambahkan minyak zaitun sebelum menggunakan za’atar):

  • Boleh dimakan bersama roti dan minyak zaitun. Cicah roti ke dalam minyak zaitun dan kemudian cicah ke dalam za’atar;
  • Sapukan minyak ke atsa roti dan taburkan za’atar;
  • Tambahkan ke dalam telur dadar sebagai penambah perisa;
  • Sebagai penambah perisa di dalam salad
  • Taburkan di atas doh roti sebelum di bakar
  • Di masak bersama bahan mentah lain
  • Gaulkan ke dalam bebola daging atau kebab sebelum dimasak
  • Sebagai bahan perapan daging, ayam dan kambing

Kat Mana Nak Beli

Untuk  pembelian, korang boleh beli secara online atau datang terus ke kedai mereka. Tengok info-info yang kak Ti share kat bawah ni ya:

 Shopee :shopee.com.my/almasoud_trading

Laman Web: https://www.alard.my/

Alamat Kedai : AL MASOUD TRADING

No. G33A, Block 5, Laman Seri Business Park,

Persiaran Sukan. Seksyen 13,

40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Call / Whatsapp : 019-4095570

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.