Nasi Dagang Grannies – Nasi Dagang Asli Terengganu Terlaris di KLCC

NASI DAGANG GRANNIES – NASI DAGANG PREMIUM ASLI TERENGGANU

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Kalau kak Ti sebut nasi dagang mesti ramai yang dah tau dari mana asal usulnya kan? Haaa.. Untuk yang belum tau, nasi dagang ni asalnya dari Pantai Timur tapi yang paling sinonimm dengan nasi dagang ni tak lain dan tak bukan, nananana Ganu kita! Iya. Nasi dagang ni memang sinonim dengan negeri Terengganu.

Memang tak dinafikan setiap negeri kat Pantai Timur ada versi nasi dagangnya yang tersendiri yang mungkin nampak serupa tapi sebenarnya agak berbeza. Walaumacam manapun, bagi kita kat Malaysia ni tak kiralah kita kat negeri mana, bila sebut nasi dagang je automatik kita akan ‘relate’kan dengan Terengganu.

Tak Asing Dengan Makanan Pantai Timur

Kak Ti dengan nasi dagang ni tidaklah asing sebenarnya. Salah satu destinasi favourite kak Ti untuk berjalan jalan adalah Pantai Timur. Sementelahah pula suami kak Ti dulu memang kerap kena outstation ke Terengganu dan kebetulan pulak sejak tahun 2016 anak anak kak Ti pulak belajar kat Kelantan.

Jadi kisahnya memang keraplah kami ke pantai Timur dan memang macam-macam lah makan Pantai Timur yang kami makan. Tapi walaupun boleh dikata kerap makan nasi dagang, nak kata kak Ti gemar sangat tu tidaklah juga. Kalau Ada, kak Ti makan tapi kalau tak ada pun tak apa dan kalau ada pilihan lain biasanya kak Ti akan pilih yang lain.

Mencari Nasi Dagang Asli Terengganu

Bila pendemik melanda, kita kan tak boleh ke mana mana. Demi untuk keselamtan bersama lebih baik kita kurangkan pergerakan ke luar rumah apatah lagi pergerakan ke luar daerah kan. Tambahan bila dah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagilah tak boleh ke mana mana.

Masa masa mcam nilah tiba -tiba rindu nak makan nasi dagang yang tetap rasa keasliannya walaupun luar Terengganu. Mana nak dapat Ter! Kebanyakan yang ada kat sini walaupun sedap tapi tetap rasa macam ada sesuatu yang ‘missing’. Huh! Mengada ngada betul tekak ni kan.

Nasi Dagang Grannies – Nasi Dagang Premium

Kak Ti teringat, sahabat kak Ti Saidila pernah bercerita tentang satu nasi dagang premium iaitu Nasi Dagang Grannies yang katanya kalau kat KLCC tu memang dialah paling laris. Kisahnya Dila ni pertama kali merasa nasi dagang premium ni bulan Mac lepas masa dia menghadiri satu majlis kat KL. Memang sedap sangat katanya. Bila tanya ada delivery tak? Dila kata ada.

Sebelum kak Ti ‘decide’ untuk ‘order’ kak Ti cek dulu Facebook Grannies. Uisshh dahsyat noo. Punya ramai artis artis tempatan kita yang dah rasa dan kata sedap. Sampai Dato’ Sri Siti Norhaliza kata sedap jugak. Tengok video ni ..Hmmm.. Tapi iya ke sedap? Review review artis ni boleh percaya ke? Kak Ti memang skeptikal sikit bab order makanan online ni.

Set Kenyir dari Grannies Jumbo Fiesta

Teringin punya pasal, kak Ti order jugaklah akhirnya. Memandangkan konon kononya baru pertama kali nak cuba kak Ti pun orderlah Set Kenyir, dari Grannies Jumbo Fiesta, pek untuk 5 orang makan. Takut takut karang order yang pek 10 orang makan, tak terhabis pulak. Kan ke dah membazir namanya. Order hari ni untuk penghantaran keesokan harinya.

Grannies jumbo pack

Dalam set Kenyir ni akan dapat lima bungkus nasi dagang, dengan pilihan lauk ayam atau ikan (semestinya kak Ti pilih ikan aye barulah real nasi dagang kan), percuma gulai telur dan gulai udang. Boleh juga add on gulai ayam untuk 5 orang makan dengan tambahan harga RM25.

Nasi Dagang Grannies Terlaris di KLCC

Terlupa Dah Order Nasi Dagang Grannies

Hari yang sepatutnya nasi dagang Grannies ni sampai, kak Ti sebenarnya lupa yang untuk lunch hari tu patutnya makan nasi dagang tu je. Jadinya, sebelum nasi dagang sampai kami semua dah lunch. Tup tup tak lama lepas lunch tu, tengok tengok nasi dagang Grannies sampai. Allah,mcam mana ni, perut semua dah kenyang.

Nasi Dagang Grannies Terlaris di KLCC

Tapi kan bila kak Ti keluarkan je nasi dagang Grannies tu dari plastik, ya ampun! terus semerbak tercium wanginya nasi dagang Grannies tu yang bercampur dengan wanginya daun pisang yang digunakakan untuk membungkus nasi. Terus tak sabar nak rasa walaupun masa tu perut masih kenyang lagi.

Nak Rasa Je!

Ka Ti ambiklah sebungkus nasi bersama lauk pauk yang didatangkan dengan Set Kenyir tu, bawak naik ke bilik untuk kak Ti makan berkongsi dengan Tn Syedku sayang . Manakala empat bungkus lagi kak Ti tinggalkan untuk yang lain lain makan. Sangakaan kak Ti, memandangkan semua dah lunch, petang karang lah kot baru diorang makan nasi dagang tu.

Nasi Dagang Grannies Terlaris di KLCC

Silap Percaturan

Dalam hati takpelah, kak Ti nak rasalah jugak sikit sebab dah terliur sangat dengan bau nasi dan lauk pauk dia tu. Konon kononya kalau Tn Syed tak nak, bolehlah simpan untuk dinner. Mula-mula satu suap. lepastu jadi dua suap. Ehh! Sedar tak sedar habis sebungkus nasi dagang tu kami makan masa tu jugak. Itupun rasa macam tak cukup.

Nasi Dagang Grannies Terlaris di KLCC

Kak Ti pun turun ke dapur nak ambik lagi sikit nasi dagang yang ka Ti tinggalkan untuk anak-anak tadi tu. Ialah, anak-anak kan kenyang lagi. Lagipun selama ni bila beli nasi dagang diorang nampak macam tak gemar sangat. Jadi mestilah diorang belum makan lagi nasi dagang Grannies yang kak Ti tinggalkan untuk diorang tu.

Nasi Dagang Grannies – Nasi Dagang Paling Sedap Pernah Rasa

Halah halah! Rupanya bila kak Ti turun, diorang semua tengah menikmati nasi dagang Grannies dengan penuh berseleranya. Dah nak habis makan dah pun. Si Zaryf siap cakap “Sedap sangatlah mama nasi dagang ni. lauk lauk dia pun semua sedap. Lagi lagi kuah kari dia tu, sedap sangat”. Aduhai anak gulai dikatanya kari.

Tapi memang ituah hakikatnya pun. Nasi dagang Grannies memang sedap. Baik nasinya yang lembut dan cukup rasa, lauk pauknya sampailah ke acarnya. Semua sedap sedap belaka dan memuaskan hati. Bukan kak Ti sorang je cakap ni tapi semua cakap sedap sangat.

Nasi Dagang Grannies Terlaris di KLCC

Secara jujurnya kak Ti tak pernah enjoy makan nasi dagang macam kak Ti enjoy makan nasi dagang Grannies ni. Tapi adakah ini sebab nasi dagang Grannies ni memang sedap atau sebab kak Ti dah lama tak makan nasi dagang? Haa bab ni korang kena cuba nasi dagang Grannies ni dan decide sendiri lah ya.

Beras Premium dan Rempah Ratus Asli Terengganu

Tadi kak Ti ada sebut yang nasi dagang Grannies ni lembut kan. Lauk pauknya pulak semua cukup rasa rempah ratusnya. Rupanya lepas lepas tu baru kak Ti tau yang nasi dagang Grannies ni guna beras Basmathi Pusa Cream untuk nasi dia dan rempah ratus untuk lauk pauk dia pulak menggunakan rempah ratus asli Terengganu. Al kisahnya. Patutlah sedap sangat.

Bila kak Ti share kat IG dan Fb kak Ti, ramai yang terliur tengok nasi dagang Grannies. Siap ada yang terus order jugak sebab katanya tergoda tengok gambar-gambar yang kak Ti share. Bila kak Ti tanya sedap tak? Diorang semua kata sedap. Kalau korang nak order jugak, korang boleh order online. Info kak Ti sharekan kat bawh ni ya:

value pack & family pack

Call/ WhatsApp: 013 907 5199
Fb: Grannies
IG: @grannies.my

Baca artikel terbaru:  Ajaran Qadiani Sesat Dan Meyimpang Dari Ajaran Islam
Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *