Bengkel Videography Oleh Yang Pakar – Kunang-Kunang Pictures

BENGKEL VIDEOGRAPHY HASIL KERJASAMA KBBA9 DAN KUNANG-KUNANG PICTURES

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah.. kak Ti bersyukur yang amat sangat “dijodohkan” dengan KBBA9. Macam-macam peluang yang kak Ti dah dapat nikmati sejak kak Ti bersama-sama dengan keluarga KBBA9 ni. Walaupun baru nak masuk 2 tahun kak Ti bersama KBBA9 tapi apa yang Allah beri melalui KBBA9 memang dah tak terkira banyaknya. Terima kasih kepada founder KBBa9 Abang Ben Ashaari (Aben) dan juga rakan-rakan dalam keluarga besar KBBA9.

Antara peluang yang kak Ti dapat sejak bersama dengan KBBA9 ni adalah peluang untuk belajar perkara-perkara berkaitan fotografi iaitu seperti bengkel fotofon yang diadakan dengan kerjasama SONY Malaysia  dan juga belajar teknik videofon bersama Puan Kamalia Kamal dari The Photolicious. 

Videography Bukan Sekadar Shooting

Dan yang terbaru, kak Ti berpeluang belajar tentang seni videography dan editing dari team produksi Kunang-Kunang Pictures di dalam bengkel videography yang diadakan di MATIC Jalan Ampang. Untuk kami yang bergelar bloggers, adakalanya memang kami diperlukan untuk menghasilkan video. Video tu memanglah terhasil, tapi kualitinya macm tu jelah kan. Al maklumlah, nak menghasilkan video yang menarik bukan mudah ya. Banyak teknik yang perlu kita tau terutamanya bab shooting dan juga bab editing.

Bertempat sekali lagi di MATIC Jalan Ampang, bengkel videography bersama Shah yang dibantu oleh seorang lagi dari Kunang-Kunang Pictures, kami semua diajar asas bagaimana untuk menghasilkan video yang menarik dan bagaimana menggunakan Adobe Premier dalam editing video yang nak dihasilkan. Memang rezeki kami bila dapat peluang belajar dari yang pro dalam bidang ni. Terima kasih kepada Huda sebab dah mengusahakan kerjasama bengkel videography  KBBA9 dan Kunang-Kunang Pictures ni.

Audio Dalam Video

Bengkel pada hari tersebut bukan terbatas kepada teori sahaja, kami juga berpeluang untuk mempraktikkan apa yang dipelajari. Ok, sebelum kak Ti cerita berkenaan dengan projek yang berjaya kami hasilkan dalam bengkel videography pada hari tersebut, Meh kak ti sharekan serba sedikit apa yang kami belajar dari Shah, Manager Kunang-Kunang Pictures.

Selain dari peralatan utama iaitu kamera, satu lagi peralatan penting dalam penghasilan video adalah audio setting. untuk menghasilkan video yang menarik, audio juga perlulah menarik betul kan. So Audio setting memang penting. Antara yang penting  dalam menghasilkan audio yang baik adalah alatan yang kita gunakan dan juga macam mana kita setting audio level kita.

Untuk mendapatkan audio yang cantik, penting untuk kita gunakan mic masa shoot video terutamanya bila video tersebut adalah sesi interview atau pun video review. Shah mencadangan kami untuk membeli satu jenama mic yang boleh kami gunakan dalam penghasilan video kami iaitu Boya clipmic. Ia antara jenama yang economy tapi cukup berkualiti untuk digunakan. Hmmm.. Kena beli lah jawabnya ni..

Kepentingan komposisi Dalam Video

Menurut Shah, sama juga seperti teknik photography, komposisi juga amat penting dalam videography. Antara teknik-teknik berkenaan komposisi yang diajarkan dalam bengkel videography pada hari  tersebut adalah seperti Headroom, Rule of thirds, Repeatition, Framing, Ketinggian kamera, Leading lines dan juga Depth.

Cara shooting pula terbahagi kepada beberapa cara iaitu long shot, medium long shot, medium shot, medium close up, close dan juga extreme close up. Setiap teknik shooting ini digunakan daam situasi yang berbeza dan bersesuain dengan tujuan video itu di shoot.

Leading lines
Rule of thirds

Satu lagi yang ditekankan oleh Shah adalah Headroom yang digunakan apabila shoot orang. Menurut shah perlu untuk kita mengadakan headroom namun headroom juga tak boleh terlalu tinggi dari kepala orang tersebut sebab bila terlaalu tinggi ia akan jadi ruang mati pulak dan hasil video kita akan jadi tak menarik bahkan mungkin membosankan.

Belajar & Praktik Dalam Bengkel Videography – Shooting & Editing

Untuk membuat kami lebih faham dengan apa yang kami pelajari, Shah meminta kami untuk membentuk kumpulan dan setiap kumpulan perlu menghasilkan satu video parodi yang menggunakan segala teknik yang telah kami pelajari tadi. Phewww! Tiba-tiba terus jadi blur tak tau nak buat apa.

Mujurlah kami diberikan masa untuk berbincang dan sepanjang praktikal tersebut kami dapat bimbingan secara langsung berkenaan dengan penggunaan kamera, angle dan juga komposisi. Memang menarik bila dapat praktikkan terus apa yang dipelajari.

Sesi shooting untuk satu lagi kumpulan

Selesai bab shooting, tiba masa untuk editing pulak. Masa ni kami diajar bagaimana untuk menggunakan software Adobe premier untuk melakukan editing video yang kami dah shoot tadi. Tapi sayang, sebab tak semua ada software ni, jadi kebanyakan dari kami hanya belajar secara teori sahaja. Hmm.. Nampaknya lepas ni kena usahakan juga untuk dapatkan software Adobe Premier ni sebab bila tengok cara editingnya memang best sangat dan macam-mcam yan boleh kami buat dengan gunakan software ni.

Untuk group kak Ti, kami beruntung sebab adik Huda yang turut serta dalam bengkel videografi tersebut ada software Adobe Premier ni dan dialah yang bertungkus lumus melakukan editing untuk projek kami tersebut. Alhamdulillah dengan kegigihan beliau, maka akhirnya terhasilah projek video parodi kami yang kami namakan “Instafamous Wannabe”. Rasa mcam tak sanggup nak tengok balik video tu.. Hahahaha..

Apa yang kak Ti pelajari dari bengkel  videografi pada hari tersebut adalah.. Untuk mendapatkan hasil yang cantik kita perlukan kerjasama dari beberapa orang. Perlu pandai untuk kenal pasti angle yang sesuai dan jika berkemampuan adalah lebih baik jika kita dapat menggunakan lebih dari satu kamera supaya boleh shoot dari angle yang berbeza. Tapi jika kita terpaksa bekerja bersendirian, penggunaan tripod adalah sangat penting.

Kesimpulannya, untuk menghasilka satu video yang cantik bukanlah satu proses yang mudah namun tak mustahil jika kita sanggup berusaha dengan menggunakan teknik yang betul dan juga bersabar dalam proses editing yang semamangnya amat memerlukan kesabaran yang tinggi.

Khidmat Photoshoot Video & Photo Pengantin Oleh Kunang-Kunang Pictures

Satu lagi bonus untuk kami pada hari tersebut adalah, pihak Kunang-Kunang Pictures bukan setakat menawarkan khidmat videography kepada pelanggan mereka, mereka juga turut menawarkan khidmat photography. Jadi, secara tak langsung, semasa sesi praktikal tersebut, kami turut diajarkan bagaimana cara untuk mengambil gambar yang cantik hasilnya.

Selain dari terlibat dengan produksi TV pihak Kunang-Kuangn Pictures turut menawarkan khidmat photography dan videography perkahwinan. Perghh! Memang kagum tengok hasil mereka ni. Terus rasa macam nak ajak Tn SOSAB ku sayang buat wedding photoshoot lagi sekali. Hahaha.. Ehhh.. Kami memang tak buat photoshoot pun masa wedding kami dulu, so acilah kalau nak tuntut sekarang kan… Ajak 4 SAZSO hero kami tu jadi penglima-panglima.

Untuk korang yang bakal menjadi raja sehari, kak Ti amat merekomenkan korang untuk ambil khidmat dari team Kunang-Kunang Pictures ni. Pastikan memori hari bahagia korang diabadikan oleh mereka yang pakar sebab hari tersebut tak mungkin akan terulang lagi. Jangan kerana nak jimat sedikit, memori hari bahagia korang jadi memori pedih sebab hasih gambar dan video yang ntah hapa hapa. Cer tengok video yang team diorang hasilkan ni.. Mesti korang akan happy kalau dapat hasil yang macam tu.

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, korang boleh tengok info yang kak Ti share kat bawah ni;

Telefon: 014 921 0402 (Shah, Manager Kunang-Kunang Pictures)

Facebook: .facebook.com/kunang2pictures/

Instagram: instagram.com/kunang2pictures/

Chanel Youtube: kunangkunangpictures

Penaja Makanan Kami

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada penaja-penaja makanan kami di bengkel videography tersebut seperti Cafe Cerita Kambing yang menaja makan tengah hari dengan lunch box nasi arab ayam smokey, Kuih Kapit Mak Inang yang menaja kudap-kudap kami dan juga rakan-rakan KBBA9 yang menaja roti dan air mineral.

Cafe Cerita kambing: https://www.facebook.com/Cafe-Cerita-Kambing

Kuih Kapit Mak Inang: Kuih Kapit Mak Inang

Facebook Comments

2 thoughts on “Bengkel Videography Oleh Yang Pakar – Kunang-Kunang Pictures

  • January 17, 2019 at 4:54 pm
    Permalink

    Bestkan bengkel video KBBA9 minggu lepas. rasa macam tak puas jer belajar hari tu sebab makin belajar, makin banyak benda tak tahu…

    Reply
  • January 19, 2019 at 2:53 pm
    Permalink

    bestnya rugi tak dapat join..kemain korang semua berlakon yer.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *