Malaysia Halal Expo 2019 di KL Convention Centre-Tak Sangka Ini Yang Terjadi


MALAYSIA HALAL EXPO 2019 – SATU PROEK USAHASAMA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN (MED) DENGAN AGENSINYA SME Corp. MALAYSIA

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Malaysia Halal Expo 2019 dengan tema Malaysia to Japan For 2020 Olympics sedang berlangsung di KL Convention Center bermula dari 24hb Januari 2019 (Khamis) sampailah ke 26hb Januari 2019 (Sabtu). Kalau korang perasan kan, kak Ti sebenarnya ada beberapa kali share pasal Malaysia Halal Expo 2019 ni kat sosial media kak Ti baik kat Facebook mahupun kat Instagram.

Nak dijadikan cerita, punyalah kak Ti teruja nak datang ke pembukaan Malaysia Halal Expo 2019 ni, seawal pukul 10 pagi lagi dah sampai kat KL Convention Centre. Ialah dah kata Expo bermula pukul 10 pagi kan.. Sekali rupanyan korang, masa kak Ti sampai, yang ada kat situ vendor-vendor yang terlibat dengan Malaysia Halal Expo 2019 tu je. Bila kak Ti masuk, masa tu vendor-vendor masih lagi dalam proses nak buat last minute touch up kat booth masing-masing. Hahaha.. Punyalah teruja kannn..

Sebenarnya untuk ke expo ni kak Ti dah berjanji dengan Ann, jadi alang-alang tu kak ti tunggulah Ann untuk sama-sama masuk dan explore apa yang ada kat dalam Malaysia Halal Expo 2019 kat KL Convention Centre ni. Oh ya ni nak bagitau korang. Untuk korang yang bercadang nak datang ke expo ni, korang kena register dulu secara online ya. Tengok gambar yang kak Ti share kat bawah ni untuk cara-cara register. Entrance ke Malaysia Halal Expo 2019 bermula di Hall 4 dan Exit nya pula kat Hall 1. So boleh bayangkan betapa luasnya kawasan yang korang kena terokai.

Sementara menunggu Ann sampai, kat Ti duduk kat cafe yang ada kat luar Hall 4 tu dan kak Ti nampak dalam masa sekejap, jumlah pengunjung yang datang semakin lama semakin ramai. Dalam hati, tak sangka ramai pulak orang yang suka datang ya. Rupanya bila dah masuk ke dalam tu, barulah kak Ti faham kenapa ramai pengunjung yang datang.

Sebaik sahaja Ann sampai, kami terus ke mesin imbas bar kod yang disediakan untuk mendapatkan ‘entrance sticker’ (Ann dah register online masa on the way ke KL Convention Centre) dan sebaik sahaja dapat, kami pun terus masuk ke dalam. Baru je masuk, kami nampak kelibat DJ famous FBI (Faizal bin Ismail). Kak Ti ingatkan dia datang sebagai tetamu jemputan, tapi rupanya dia adalah salah seorang vendor di Malaysia Halal Expo 2019 ni mempromosikan produk beliau sendiri.

Bila masuk je dalam ruang Expo, sedap je mata memandang, tersusun je semua booth-booth yang ada dan mata terus tertuju pada signboard yang diletakkan di setiap entrance booth  untuk memberitahu pengunjung di bahagian mana mereka berada. Samaada di bahagian Celebrity Products, Ingredients, Food and Beverages, Biotech, Personal Care /Pharmaceutical, Financial Institutions dan  Cosmetics. Untuk kak Ti dan Ann, jangan tak tau kami jelajah dari satu booth ke satu booth tau dan kak Ti boleh dengan bangganya mengumumkan pada korang yang kak Ti yakin bahawa kami telah berjaya melawat 99% booth yang ada kat dalam Malaysia Halal Expo 2019 ni.

Hajat di hati nak habiskan masa dalam sejam atau paling lama 2 jam je kat Malaysia Halal Expo 2019 ni. Tapi rupanya lain yang dirancang lain pulak jadinya. Ralik menjenguk dan dari satu booth ke satu booth tak sedar kami habiskan masa berjam-jam dalam expo tu. Bila dah habis masa berjam-jam, korang rasa?? Haruslah duit pun melayang-layang jugak. Rasa ini nak beli, rasa itu nak beli. Last-last beg penuh sendat dengan hasil belian. Korang yang datang ke sini jangan risau, tempat solat disediakan di tingkat 3 KL Convention Centre ni. Masuk waktu, pegi solat pastu sambung merayap dalam expo.

Sejujurnya lah kan.. Malaysia Halal Expo 2019 ni adalah pengalaman pertama kak Ti menghadiri expo berkenaan makanan. Sebelum-sebelum ni biasanya kak Ti menjejak tempat makan je dan kak Ti memang tak sangka yang datang ke Malaysia Halal Expo 2019 adalah satu aktiviti yang best.. Hahaha. Disini adalah tempatnya dimana ramai usahawan-usahawan yang menawarkan produk-produk Halal mereka dan mencari peluang untuk memperkenalkan serta mengembangkan produk Halal mereka ke pasaran global.

Macam yang kak Ti bagitau tadi, kat Malaysia Halal Expo 2019 ni semuanya ada. Dari produk makanan dan minuman, bahan-bahan makanan, produk kesihatan dan kecantikan, produk penjagaan diri dan macam-macam lagi. Sampaikan booth-booth untuk agensi-agensi pembiayaan pun disediakan. Memang satu usaha yang sangat bagus dari MED dan agensinya SME Corp Malaysia untuk membantu para usahawan tempatan.

Oh ya, korang nak tau tak apa yang paling menyeronokkan kak Ti masa kat Malaysia Halal Expo 2019 ni? Well, maksud kak Ti selain dari peluang merasa pelbagai makanan dan minuman yang sedap-sedap (bak kata Ann setiap booth yang kak Ti singgah semua kak Ti rasa. Patutlah tak lunch pun tak pe.. hahaha), kak ti berpeluang berjumpa dengan beberapa selebriti tanah air yang turut mempromosikan produk-produk mereka seperti Faizal Ismail, Fauziah Gouss, Amy Search dan juga Ustaz Munif Hijjaz.

Yang paling memberikan kenangan manis untuk kak Ti dan Ann masa kat Malaysia Halal Expo 2019 ni adalah bila kami dilayan oleh Abang Amy Search sendiri yang sedang mempromosikan produk kopi dan juga ‘coffee vending machine” beliau yang diberikan nama Barista Amy. Rasa teruja sangat tau. Mau tak teruja, dapat bersembang pastu dapat pulak kopi yang abang Amy sendiri buatkan (walaupun hanya tekan-tekan kat vending machine tu). Dapat layanan dari legend kot. Sape tak teruja ya dak..

Oklah, untuk korang yang belum datang ke Malaysia Halal Expo 2019 kat KL Convention Centre ni, masih sempat lagi tau. Expo akan berlangsung sehingga hari Sabtu ni. Kalau korang risaukan nak parking kat mana, jangan risau, korang parking je kat ruang parking bersebelahan dengan bangunan Exxon Mobile ataupun parking kat KLCC. Nak lagi mudah, naik je LRT pastu turun kat stesyen KLCC atau naik MRT, turun kat stesyen Bukit Bintang. Ikut walkway dari Pavillion tu sampai ke KLCC.

Sebelum tu korang jangan lupa register dulu kat http://mhe.1reg.my/. Korang akan dapat bar kod melalui email yang korang guna masa register online tu dan tinggal scan je bila sampai sana. Korang akan dapat satu sticker yang korang boleh lekatkan kat baju atau belakang handphone dan lepastu bolehlah masuk.

Ok.. Ni kak Ti nak pesan sungguh-sungguh kat korang yang nak datang.. Sila bawak duit ekstra sebab korang mesti akan berbelanja kat dalam Malaysia Halal Expo 2019 ni. Kalau nak tau lebih lanjut berkenaan Malaysia Halal Expo 2019, korang baca kat JOM KITA KE MALAYSIA HALAL EXPO 2019 ataupun MALAYSIA HALAL EXPO 2019 PELUANG UNTUK MEMPROMOSIKAN JENAMA HALAL TEMPATAN KE JEPUN SEMPENA OLIMPIK 2020.

 

 

 

Facebook Comments Box

13 thoughts on “Malaysia Halal Expo 2019 di KL Convention Centre-Tak Sangka Ini Yang Terjadi

  1. Dah pergi hari Jumaat. Tapi frust tak dapat shopping sakan sebab tak cukup tangan nak bawak. Semua produk best2.. kalaulah ada troli…sakanlah membeli…huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published.