Gunung Rajah Via Chamang Waterfall

GUNUNG RAJAH VIA AIR TERJUN CHAMANG – SATU PERKONGSIAN PENGALAMAN

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Kalau tengok tajuk mesti korang dah tau kak Ti nak cerita pasal apa kan.. Ok.. Ni sajalah nak bagitau kat korang… Sempena tahun 2019 ni kak Ti berazam untuk membanyakkan entry perkongsian pengalaman kak Ti dengan aktiviti outdoor especially aktiviti hiking kak Ti. Kira ni macam kak Ti punya azam tahun baru lah.. Chett.. Apa daa kak Ti ni.. Orang buat azam baru awal tahun.. ni dah masuk bulan kedua baru ada azam baru.. Hahahaha.. Tapi kalau nak difikir fikirkan.. Biar lambat yang penting tetap ada azam baru.. Kannn…

Hmmm yo lahh kak Ti oooii.. Apo apo yo lah.. Intro je pun dah masuk 2 perenggan.. Belum lagi start citer pasal pengalaman kat Gunung Rajah.. So anak-anak.. Bertabahlah ya.. Kalau bukan entry panjang berjela bukan kak Ti lah namanya kannn.. Soo dah ready ke nak baca sharing kak Ti? Ready or not.. Here it comes!! Pssstt.. Kak Ti pernah kongsikan pengalaman kak Ti hiking kat Gunung Nuang dalam entry  Menawan Puncak Gunung Nuang – Satu Pendakian Penuh Pengajaran.. Jemput baca jugak tau..

Gunug Rajah, Bentong Pahang

Ok, Sebelum kak Ti citer pengalaman, Meh kita belajar Geografi sikit.. Kita berkenalan dulu dengan Gunung Rajah. Untuk pengetahuan korang, Gunung Rajah yang mempunyai  ketinggian 5, 526 kaki atau 1,685 meter dari aras laut,  merupakan salah satu gunung di jajaran Banjaran Titiwanngsa yang terletak di Daerah Bentong Pahang atau lebih tepatnya di Pusat Rekreasi Air Terjun Chamang, salah satu pusat rekreasi yang sememangnya cukup dikenali oleh penduduk tempatan sebagai tempat bermandi manda bersama keluarga dan rakan-rakan dihujung minggu.

Untuk korang yang berhajat nak mendaki Gunung Rajah ni, korang kena mohon permit ya. Tak boleh main redah sesuka hati korang je. Alang-alang jadi hikers, biarlah jadi responsible hikers ya dak. Kalau korang nak tau lebih lanjut korang boleh layari website Jabatan perhutanan Negeri Pahang kat http://forestry.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/permohonan/pendakian-gunung-dalam-hsk.

Hiking Bersama Set kasi Jadi Hikers

Trip pendakian yang kak Ti join kali ni adalah anjuran Kelab Set Kasi Jadi Hikers atau SKJ. dan kak Ti terjoin (terjoin katanya) trip ni hasil dari ajakan kawan baik kak Ti, Echah. Kebetulan masa Echah ajak tu kak Ti memang tengah tak ada apa-apa plan. Jadi bolehla join. Lagipun dah lama sangat rasanya tak mendaki gunung. Dah la asik makan sedap je kejenya. Pastu workout memang kelaut dalam. Memang mendapatlah jawabnya. Bila tengok angka kat penimbang mulalah rasa nak pitam pastu barulah kelam kabut nak aktif balik. Hahahaha..

9hb Februari 2019 (Sabtu), seawal pukul 5.30 pagi kak Ti dah keluar dari rumah menuju ke meeting point iaitu Pusat Rekreasi Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang. Kalau nak ikutkan plan asalnya, kak Ti akan bercarpool dengan Akma, salah seorang peserta trip ni (sorry akma.. hehehehe), tapi last minute, Tn SOSAB sudi antar kak Ti. Agaknya kesian kat kak Ti terpaksa keluar rumah awal sangat kalau bercarpool.. Ke dia memang plan nak bersantai santai dengan geng-geng motor dia ni..Huhuhu..Apa-apa pun Terima kasih Tn SOSAB ku sayang sentiasa sanggup berkorban demi hobi dan kegemaran isterimu ini (Dia jarang baca blog kak Ti, so bolehla puji dia sikit… hehehe)..

Memandangkan kak Ti naik motor dari KL, walaupun kami bergerak dari rumah agak lewat, kami sampai agak awal jugak ke Bentong. Lepas solat subuh di Masjid Bentong, kami bergerak menuju ke Air Terjun Chamang. Tapi sebelum tu sempatlah kami bersarapan dulu. Asalnya kami nak bersarapan kat Lemang To’ki yang famous tu, tapi masa on the way ternampak pulak satu kedai makan tepi jalan yang nampak macam menarik (kak Ti & Tn SOSAB memang suka kedai-kedai makan macam tu). Nama kedai tu Warong Roti Canai Man Kedah (Dapat tau nama kedai dari incik Google.. Hehehe…).

Untuk korang yang nak ke Air Terjun Chamang, kak Ti memang suggestkan sangat korang untuk singgah bersarapan kat warong ni. Selain roti canai dan nasi lemak, korang kena cuba murtabak dia. Serius sedap weiii.. tak kedekut daging. Terasa daging dia dalam setiap suapan dan kunyahan. Makan macam tu saja tanpa kuah pun dah sedap. Lokasi warong ni dekat je dengan simpang ke Air Terjun Chamang. Kalau korang dari arah KL, warong ni akan berada di sebelah kanan korang. Ehhhh.. Ni nak cerita pasal makan ke pasal hiking ni.. Adoiiii… Kalau dah dasar suka makan.. Nak pegi hiking pun sempat JJCM kan.. Hahahaha..

Ok.. Berbalik pada kisah hiking.. Trip yang kak Ti follow ni dah include ration (baca: makan kat camp site) tapi setiap peserta wajib tolong bawak ration sorang sikit sama rata sama adil. Ini memang amalan biasa dalam mana-mana trip ya.. Jangan ingat sebab trip yang korang bayar dah include ration, korang pegi berlenggang kangkung. Korang kena tolong bawak jugak samaada ration atau peralatan perkemahan. So sila prepare beg mendaki yang sesuai ya.. Jangan pulak datang bawak beg macam nak daypack je..

Adik-adik manis yang bertungkus lumus jaga makan minum kami semua.. Tqqq

Gunung Rajah Kami Datang

Masa kak Ti sampai, boleh di kata hampir semua dah ada kecuali beberapa orang yang masih dalam perjalanan. Sempatlah kak Ti berkenalan dengan beberapa orang termasuklah Gogo kami untuk trip ni iaitu Paan dan juga Yana yang selama ni kak Ti contact kat Whatsapp. Sebaik semua peserta sampai dan pembahagian ration selesai, lebih kurang pukul 8.15 am, maka bermulalah sesi pendakian kami semua.

Untuk ke starting point Gunung Rajah, kami semua akan naik powil (baca: Four wheel) tapi sebelum tu kami kena hadap dulu pendakian yang pendek namun agak mencanak dan membuat nafas seperti kuda berlari dari parking lot ke tempat powil akan ambil kami. Phewww! Somput jugaklah walaupun pendakian tu sekejap je sebenarnya.. Tambah pulak dengan beg kami yang berat mata memandang berat lagi bahu memikul tu.

Mujurlah untuk ke starting point Gunung Rajah kami akan naik powil. Kalau kena menapak, aduh mak! silap-silap sampai ke starting point je dah start pewai. Terima kasih pada gogo kami Paan dan crewnya yang amat memahami peserta.Hahaha… Lebih kurang 15 minit mendaki kami pun sampai. Apa lagi,  masing-masing ambil peluang untuk turunkan beg dan berehat seketika sementara menunggu powil datang. Sempatlah kami berposing kat signboard yang menunjukkan jarak ke Gunung Rajah.

Muka yang masih agak berseri kononnya.. hahaha

Tak lama menunggu, 2 buah powil sampai untuk mengantar kami ke starting point Gunung Rajah. Memandangkan kami ramai (25 orang) powil terpaksa buat 2 trip untuk bawak kami semua ke starting point. Kak Ti dengan Echah ikut yang first trip, dan kami menunggu sambil berposing lagi kat entrance ke Gunung Rajah. Bila lagi ya dak.. Sementara ada peluang, kita posing la..

Macam-macam gaya sementara tunggu powil sampai

Bawak beg besar-besar nak ke mana semua ni.. hihihi..

Dari Entrance Ke Camp Site

Bila semua peserta dah sampai dan masing-masing dan berposing, Gogo atau Group Leader memberikan sedikit taklimat dan sebelum memulakan perjalanan doa dibacakan memohon kepadaNya semoga perjalanan kami semua dilindungi dan semuanya selamat pergi dan balik dengan selamat. Lebih kurang pukul 9.50 am maka bermulalah perjalanan kami menuju ke camp site.

Starting point ke Gunung Rajah
Bergambar dengan geng-geng basikal yang kebanyakannya dah otai uolls
Setia menunggu Si Paan nak bagi taklimat..

Perjalanan menuju ke camp site mengambil masa lebih kurang 4 jam (kalau yang set set padu, boleh sampai kurang dari 4jam) dan laluan sepanjang ke camp site boleh dikatakan mudah dan tak ada laluan yang terlalu mencanak. Cuma cabarannya adalah perjalanan yang lama dengan beg yang berat. Nasihat kak Ti untuk korang yang bercadang nak aktif dalam aktiviti mendaki ni, penting untuk korang invest kat beg dan kasut yang sesuai dan selesa untuk elakkan kecederaan pada bahu dan juga kaki.

Sungai Terling, Resam & Kuala Sungai Terling

Lebih kurang 20 ke 25 minit perjalanan, kami sampai ke check point pertama iaitu Sungai Terling. Dari Sungai Terling kami teruskan perjalanan hingga kami sampai ke Check Point seterusnya iaitu Check point Resam. Dari Sungai Terling ke Resam perjalanan mengambil masa lebih kurang 1/2 jam dan setelah melepaskan lelah seketika kami teruskan lagi perjalanan hinggalah kami sampai ke check point seterusnya iaitu Kuala Sungai Terling atau juga dikenali dengan Sungai “Y”.

 

On the way turun baru teringat nak ambik gambar.. Pun bolehhhh..

Kat check point Kuala Sungai Terling ni, kita perlu menyeberang sungai dan demi keselesaan dan kesihatan kaki, sila buka kasut masa nak menyeberang ya. Kalau tak korang akan berjalan dengan keadaan kaki yang basah dan yakinlah, korang mesti akan rasa tak selesa. Masa kat check point Kuala Sungai Terling ni kami spend masa yang agak lama menikmati lunch pack kami yang disponsor oleh salah seorang peserta trip kali ni iaitu Shira (Ehh betul ke ni nama dia ek).. Jazakallahu khayr.. Moga murah rezeki yang sponsor lunch kami ni. Nikmatinya makan sambil ditemani bunyi air sungai yang mengalir. Tambah pulak bila siap ada pencuci mulut. Thank you along bagi limau mandarin.

Berehat seketika sambil menikmati lunch pack bertemankan kedamaian alam dan  bunyi air mengalir..
Seronoknya makan sambil celup-celup kaki kat air

Selesai menikmati lunch pack dan berehat seketika, kami teruskan lagi perjalanan kami menuju ke camp site. Perjalanan mula jadi agak mencabar bermula dari Kuala Sungai Terling ni. Ialah, mau tak jadi mencabar.. Berjalan dalam tempoh yang agak lama dan jalan yang ada naik turun ditambah  dengan beban yang digalas kat bahu, mestilah badan mula rasa penat kan. Tapi bila kak Ti kata mencabar tu, takdelah bermaksud trek tu jenis trek yang memacak naik. Kalau nak ikutkan masih dalam kategori yang santai jugaklah sebenarnya.

Camp Site Lata Naning

Lebih kurang sejam berjalan, Alhamdulillah.. akhirnya kami selamat sampai ke check point Lata Naning lebih kurang pukul 1.30 pm.. Lata Naning merupakan camp site kami dan untuk ke camp site di Lata Naning ni, kami perlu menyeberang sungai sekali lagi. Tapi yang pasti, sebaik sampai ke Lata Naning ni, mata terus terpaku pada kejernihan airnya. MasyaAllah Tabarakallah indahnya alam ciptaanNya. Bila dengar bunyi air mengalir, terus hilang rasa segala kepenatan menempuh perjalanan untuk sampai ke situ. Terbayang nikmatinya bila dapat terjun ke dalam sungai yang jernih dan sejuk tu.

Demi mengelakkan kasut basah, sekali lagi kami terpaksa bukak kasut untuk menyeberang sungai ke tapak perkemahan kami. Sampai di tapak perkemahan, misi pertama adalah mencari ruang untuk membuka kemah yang kak Ti bawa kali ni. Bila bawak kemah dan peralatan sendiri, memang kita terpaksa menampung beban yang lebih. Tapi kelebihannya adalah InsyaAllah keselesaan kita akan lebih terjamin terutamanya kita kaum wanita ni yang tak boleh main asal boleh je bila nak salin baju dan sebagainya. Kena ingat ya sayang-sayang kak Ti semua especially kaum sejenis kak Ti, walaupun kita dalam hutan, aurat tetap kena jaga ya.

Ration yang kami bawa sorang sikit dari bawah..

Jangan sampai hobi kita ni jadi asbab murka Allah pada kita. Apa yang ada disekeliling kita kan semua milikNya. Hutan yang kita masuk dan berkongsi ketenangannya tu pun adalah anugerah dari DIA. Jadi sepatutnya bila kita dalam hutan yang tenang dan mendamaikan ni, kit ambilla kesempatan ni untuk merasa lebih dekat padaNya. Betul ke betul?? Ok done tazkirah untuk kali ni.. Hehehehe.. Jangan lah rasa kak Ti ni macam poyo pulak ya. Saling ingat mengingatkan tu kan tanggungjawab kita bersama sebagai saudara seagama. Kannn…

Kewajipan walau dimana juga tetap perlu dilaksanakan..

Macam dah panjang sangat je entry kak Ti ni.. Kang sakit pulak mata korang baca entry panjang kak Ti ni. Oklah.. Kak Ti stop kat sini dulu ya. Kak Ti sambung lagi cerita pengalaman kat Gunung Rajah ni kat entry seterusnya. Secara kesimpulannya, perjalanan dari starting point ke camp site di Lata Naning boleh dikatakan agak mudah dengan trek yang pelbagai. Ada trek landai, naik dan ada juga trek menurun. Bak istilah hikers-hikers, trek sepak-sepak daun. Yang manjadikan ianya mencabar adalah beban yang terpaksa kita pikul. Bagi kak Ti personally, satu kelebihan hiking Gunung Rajah ni adalah mudah nak dapatkan punca air di sepanjang laluan. InsyaAllah tak ada masalah terputus bekalan air.

Korang..  Tunggu tau sambungan entry Gunung Rajah ni.. Tips persediaan, barang yang nak bawak, keseronokan di campsite dan pengalaman dari Lata Naning ke puncak semua InsyaAllah akan kak Ti share dalam sambungan entry ni nanti.. Tunggu tau..

 

Facebook Comments Box

4 thoughts on “Gunung Rajah Via Chamang Waterfall

  1. assalamualaikum kak ti…salam kenal. seronok baca entri kak ti ni. tak sabar nak bace entri yang seterusnya pula. sy tgh dlm dilema dan berfikir2 ni nak naik Rajah ke tidak 14-15 sept ni..hehehe..

    1. Waalaikumussalam.. Hi Siti.. salam kenal dari kak Ti juga.. Naik jangan tak naik.. Seronok naik Rajah ni.. Salah satu gunung yang kalau ada kawan-kawan ajak repeat kak Ti sanggup.. hehehe..

    1. h.. Thanks for dropping by.. Yes of course you can.. It’s just that I rarely got the chance to go hiking these days..

Leave a Reply

Your email address will not be published.