Tambah Caruman Zakat – Online Je!

TAMBAH CARUMAN ZAKAT – TUNAIKAN KEWAJIPAN, LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Menunaikan zakat adalah salah satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh umat Islam. Bukan HARUS atau SUNAT ya tapi wajib bila cukup syarat dan haulnya. Tapi jangan pulak sebab kak Ti kata WAJIB korang kata Islam tu kejam sebab mewajibkan zakat pada semua penganutnya. WAJIB hanya apabila syarat yang mewajibkan zakat tu terpenuhi. Zakat ni bukan perkara main-main tau. Ianya WAJIB dilaksanakan sebab ia adalah salah satu Rukun Islam iaitu Rukun Islam ke 4.

Zakat merupakan perintah Allah swt ke atas setiap umatnya yang wajib dilaksanakan dengan cara mengeluarkan sebahagian harta yang telah cukup syaratnya. Kak Ti yakin, korang mesti dah tau yang zakat ni terbahagi kepada beberapa jenis tapi tau tak korang kenapa kita sebagai umat Islam diwajibkan membayar zakat? Untuk yang dah tau tu Alhamdulillah.. Untuk yang belum tau, meh kak Ti sharekan sikit..

Zakat diwajibkan ke atas umat Islam bagi mendidik umat Islam menjadi masyarakat penyayang. Zakat yang kita keluarkan akan digunakan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan berhak menerima zakat. Dengan adanya bantuan zakat, semoga dapat mengurangkan bebanan mereka serta dapat membantu mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin.

Zakat Pendapatan

Ok satu lagi kak Ti nak tanya.. Korang tau tak yang pendapatan korang pun perlu dikeluarkan sebahagiannya untuk membayar zakat? “Alaaaa kak Ti, gaji kitorang sikit je.. Takkan nak kena bayar zakat jugak”. Haaaa.. Itu yang kak Ti kata awal-awal tadi.. Zakat wajib jika syarat yang mewajibkan zakat ke atas pendapatan korang tu terpenuhi. Kalau gaji yang korang terima tu tak memenuhi syarat untuk dizakat, tak payahlah bayar..

“Masa mula-mula kerja dulu, HR dah siap-siap potong untuk zakat pendapatan kak Ti”. Alhamdulillah.. Beruntunglah korang yang bekerja dengan syarikat yang peka dengan kewajiban ke atas umat Islam ni. Tapi, bila gaji korang naik tiap tahun, HR ada buat tambahan caruman zakat tak? Ialah, gaji tiap tahun naik, takkanlah caruman zakat korang sama je jumlahnya dengan zaman korang mula-mula kerja dulu. Cuba tengok balik jumlah potongan zakat korang dalam penyata gaji Ok.

“Kak Ti, saya buat caruman direct dengan pusat zakat bukan melalui HR, macam mana nak tau berapa jumlah sebenar yang perlu dicarum?” Alhamdulillah kalau korang sendiri ada kesedaran ni. Untuk korang yang buat caruman sendiri, jangan risau, korang boleh layari Website Pusat Zakat Seangor., Kat situ ada disediakan bermcam-macam maklumat untuk bantu korang tunaikan zakat. Semuanya hanya dihujung jari je sekarang ni.

Macam-macam pihak LZS sediakan demi memudahkan para pembayar zakat dan juga untuk medidik masayarakat tentang zakat seterusnya menggalakkan mereka untuk tunaikan zakat. Sedih bila tengok masyarakat asyik kecam je pihak zakat sedangkan mcam-mcam mereka dah buat. Kalau tak kerana pengalaman sendiri berurusan dengan mereka mungkin kak Ti pun akan terus curiga. Kak Ti pernah kongsikan pengalaman Percubaan memohon bantuan zakat di pusat LZS dan juga lawatan Ziarah Korporat & Media Bersama Asnaf (ZIKRA) 2018.

Tambah Caruman Zakat

Oh ya! Ni kak Ti nak share dengan korang berkenaan dengan kempen yang sedang dijalankan oleh lembaga Zakat Selangor iaitu “KEMPEN DAFTAR & TAMBAH CARUMAN ZAKAT UNTUK 8 ASNAF”. Kempen ni bermula dari 1 September – 31 Disember 2018. Untuk korang yang tak sure berapa korang kena bayar untuk caruman zakat korang, korang boleh check secara online. Kalau korang tak buat secara online, korang boleh je terus jumpa HR korang dan mintak mereka uruskan.

Tapi, kalau korang buat secara online, korang berpeluang menang hadiah menarik tau. Haaaa… Korang tengoklah sendiri betapa Lembaga Zakat Selangor ni nak menggalakkan korang tunaikan tanggungjawab. Apa lagi cargas la pegi check it out kat website Pusat Zakat Selangor. Tak pun isi je info korang kat https://espg.zakatselangor.com.my/. Kan kak Ti dah kata tadi semuanya dihujung jari je sekarang ni.

** Sumber gambar: https://saidila.com/ini-cara-tambah-caruman-zakat-anda/

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, korang boleh refer informasi yang kak Ti share kat bawah ni.

Website: LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Pengurus: EN. WIRA B. MUSTAFA
019 3880591
wira@e-zakat.com.my

Ekssekutif – Majikan: EN. MOHD HATTA B. ZAINAL ABIDIN
019 3880 573
hatta@zakatselangor.com.my

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.