Jadi Founder Produk Makanan Kesihatan – Zy Manufacturing Jawapannya

PRODUK MAKANAN KESIHATAN BERASASKAN HERBA ALTERNATIF KEPADA UBATAN MODEN

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Kalau sebut pasal produk makanan kesihatan mesti korang akan terfikir dan terbayang segala lambakan iklan-iklan produk makanan kesihatan kat media sosial kan. Nak tak nak tu, kadang-kadang kita terpengaruh jugak untuk jadi pembeli. Kalau bukan untuk kegunaan sendiri, mesti kita beli untuk kesayangan-kesayangan kita.

Dengan gaya hidup kita yang sentiasa sibuk dengan macam-macam aktiviti sampaikan kadang masa untuk merehatkan badan pun tergadai, ramai diantara kita yang mula menyedari tentang pentingnya untuk kita mengambil ‘supplement’ atau makanan kesihatan. Di tambah pulak dengan adanya pelbagai promosi produk-produk makanan kesihatan yang bagai cendawan tumbuh lepas hujan kat media sosial, makin mudahlah untuk kita membuat pilihan yang mana sesuai untuk kita.

PRODUK MAKANAN KESIHATAN YANG DIRAGUI KANDUNGANNYA

Kesedaran dikalangan masyarakat tentang kepentingan gaya hidup sehat dengan menjaga pemakanan, bersenam dan juga mengamalkan pengambilan makanan kesehatan merupakan satu perkara yang amat positif. Sebagai alternatif kepada produk-produk kesihatan moden, ramai dikalangan kita yang beralih kepada produk-produk makanan kesihatan berasaskan herba.

Tapi yang tak bestnya tu, bila ada dikalangan penjual-penjual produk makanan kesihatan yang tak bertanggungjawab dengan menjual produk-produk kesihatan yang bukannya membantu meningkatkan kesehatan tapi sebaliknya jadi racun kepada tubuh badan yang mengamlkannya. Alahai! kesian kat pengguna tu.. Ada yang sampai mengalami kerosakan buah pinggang dan lain-lain.

Inilah yang terjadi bila masing-masing ghairah nak jadi ‘founder’ tanpa mengambil kira keaslian kandungan produk yang dijual. Memang kita boleh kata, “kalau macam tu, penggunalah kena jadi pengguna bijak. Semaklah dulu kandungan produk makanan kesihatan yang nak dibeli sebelum membeli”.. Hmmmm… Ko cakap senang Din..

MENJADI FOUNDER PRODUK MAKANAN KESIHATAN

Kalau tengok dengan meriahnya iklan-iklan produk-produk makanan kesihatan kat media sosial dan bila tengok pemiliknya usahawan-usahawan muda yang baru bertatih dalam bidang perniagaan tapi dah keluarkan produk jenama sendiri, kadang kak Ti terfikir, kat mana agaknya mereka ni dapatkan produk-produk kesehatan yang mereka jual ni.

Untuk menjadi seorang founder di zaman ni bukalah satu perkara yang susah. Sediakan sahaja sejumlah wang, makan kita dahpun boleh jadi pemilik produk dengan jenama sendiri terutamanya produk-produk makanan kesihatan dan juga produk-produk kecantikan. Kadang ada ‘founder-founder’ ni yang tak taupun apa yang sebenar-benarnya terkandung dalam produk yang mereka jual tu.

Berlambaknya produk-produk makanan kesihatan di pasaran sekarang ini adalah hasil dari permintaan yang tinggi dikalangan pengguna. Bila berlaku permintaan yang tinggi maka ramailah yang akan mengambil peluang ini  dengan menjual produk-produk dibawah jenama sendiri kerana pulangannya adalah lebih tinggi berbanding menjual produk orang lain.

ZY MANUFACTURING-PEMBUAT PRODUK MAKANAN KESIHATAN YANG DIPERCAYAI

Macam yang kak Ti cakap sebelum ni, untuk jadi pemilik jenama sendiri bukanlah sesuatu yang susah. Asal ada duit je, semuanya boleh jadi. Tapi, untuk jadi seorang ‘founder’ yang berjaya, penting untuk kita mengambil tahu tentang produk-produk yang kita keluarkan terutamannya bila ia melibakan kesihatan bakal-bakal pengguna kita.

Langkah pertama yang perlu dilakukan sebelum menjadi pengeluar produk sendiri adalah mengenal pasti pengilang yang boleh dipercayai dan telah terbukti berjaya membantu ramai usahawan-usahawan lain berjaya dengan produk-produk mereka sendiri sebelum ini. Jangan sampai nanti modal yang dileburkan jadi lebur.

ZY Phyto Holdings Sdn Bhd

ZY Phyto merupakan sebuah syarikat yang 100% dimiliki oleh Bumiputera dan telah pun beroperasi sejak tahun 2007 namun hanya ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 2011. Zy Phyto yang boleh dikatakan sebagai sebuah pusat sehenti bagi mereka yang berhasrat untuk memiliki produk sendiri kerana di sini bukan hanya proses pembuatan sahaja yang disediakan tapi turut disediakan adalah khidmat rekabentuk, perkhidmatan makmal, pembungkusan, pendaftaran produk, pembangunan produk, percetakan, logistik serta latihan dan rundingan.

Pendek kata semua yang diperlukan bagi merealisasikan impian seorang usahawan untuk menjadi jutawan dapat terlaksana di sini. Mereka hany perlu menyediakan idea dan modal sahaja dan datang secara ‘direct’ ke kilang tanpa perlu menggunakan orang tengah yang biasanya menjadi punca-punca kepada berlakunya penipuan dan penyelewengan yang akhirnya akan merugikan usahawan itu.

ZY Manufacturing Sdn Bhd

Untuk korang yang berhasrat untuk jadi ‘founder’ produk makanan kesihatan kak Ti nak rekomenkan sebuah pengilang yang boleh dipercayai iaitu  ZY Manufacturing Sdn Bhd yang merupakan salah satu anak syarikat ZY Phyto Group of Companies. ZY manufacturing yang menjadi pengilang kepada produk-produk makanan kesihatan merupakan anak syarikat ZY Phyto yang terkenal sebagai KING OF OEM.

Kalau korang nak tau apa je produk-produk makanan kesihatan yang dikeluarkan oleh ZY Manufacturing ni, korang tengok kat bawah ni ya..

CHEWABLE TABLET (TABLET BOLEH KUNYAH)

  1. Slimming
  2. Whitening
  3. IQ Booster

TEA/COFFEE BAG

  1. Tea Bag
  • Detox
  • Butterfly Tea

2. Mineral Coffee

POWDER (SERBUK)/CANISTER

  1. Detox
  2. Whitening
  3. Fat Burner

LIQUID (CECAIR)

  1. Slimming
  2. Whitening
  3. Health
  4. Detox

PAKEJ CHOMEY RM3000 – BANTU USAHAWAN KECIL CAPAI IMPIAN

Bila tengok ramai-ramai usahawan-usahawan kecil yang berjaya mengeluarkan produk dengan jenama sendiri pastu berjaya pulak tu dengan produk masing-masing, mesti ada diantara korang pun yang teringin nak jadi ‘founder’ kan. Ok.. meh sini kak Ti nak kongsikan dengan korang satu berita gembira..

Dengan modal hanya serendah RM3,000 Pakej Chomey ZY Phyto akan membantu impian korang untuk bergelar founder terlaksana. Kak Ti tau.. Banyak je kilang-kilang OEm lain kat luar sana selain ZyPhyto.. Tapi kak Ti nak sarankan korang untuk pilih Zy Phyto ni sebab Zy Phyto adalah pilihan produk pengilangan Muslim mampu milik untuk korang yang nak memulakan perniagaan, harga bagus, pilihan banyak dan yang paling penting.. Kebebasan memilih ditangan ANDA.

Kalau korang nak dapatkan sebarang maklumat lanjut atau korang ada pertanyaan, korang boleh hubungi nombor dan alamat yang kak Ti sharekan kat bawah ni:

Laman Web : www.zyphyto.com
Alamat :
ZY PHYTO TECH INDUSTRIES SDN BHD
NO.55A, Jalan TIAJ 2/1, Taman Industri Alam Jaya,
42300 Bandar Puncak Alam, Selangor.
Facebook Comments Box

1 thought on “Jadi Founder Produk Makanan Kesihatan – Zy Manufacturing Jawapannya

Leave a Reply

Your email address will not be published.