Tunaikan Umrah Dengan Tenang Dan Yakin Bersama Juara Travel & Tours

JUARA TRAVEL TAWARKAN PAKEJ UMRAH 2018 DENGAN HARGA MANARIK DAN SERVIS TERBAIK

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Menjejakkan kaki ke tanah suci Mekkah dan Madinah pastilah menjadi impian setiap insan yang beragama Islam dan itu juga merupakan impian kak Ti dan Tn SOSAB. Saban tahun kami merancang namun apakan daya Allah belum mengizinkan kami untuk menjadi tetamuNya lagi waktu tu.

Tahun demi tahun berlalu dan rindu itu semakin kuat kak Ti rasakan. Apatah lagi bila tengok seorang demi seorang saudara, sahabat dan kenalan kak Ti mendapat panggilanNya untuk ke sana. Aduh! sungguh, terasa semakin kuat rindu itu walaupun hakikatnya kak Ti dan Tn SOSAB belum pernah menjejakkan kaki ke sana, namun rindu itu telah pun hadir.

LAMBAIAN KAABAH

Sejak 3 tahun kebelakangan ini, tempat kak Ti bekerja dengan amat bermurah hatinya telah menaja perjalanan Umrah seorang pekerja setiap tahun. Seramai dua orang rakan sekerja kak Ti dahpun mendapat rezeki menunaikan ibadah umrah.

Pada satu hari ketika ‘Boss” membelanja kami makan sempena meraikan kejayaan kak ti menyelesaikan pengajian Master kak Ti dan meraikan rakan sekerja kak Ti yang bakal menunaikan Umrah pada bulan Disember 2017 yang lalu, dengan tak disangka-sangka Boss kak Ti telah mengeluarkan kata-kata yang cukup membuat kak Ti merasa seperti di awang awangan dan membuat jantung kak Ti berdegup kencang.

Nak tau tak apa kata-kata Boss kak Ti tu.. “Lepas ni giliran awak pulak, dah boleh cari travel agent dan bagitau tarikh awak nak pergi”. Allahuakbar! Berkali-kali takbir itu bergema dalam hati kak Ti. Tiada kata yang mampu kak Ti ucapkan selain dari rasa syukur yang amat sangat atas karuniaanNya ini.

Ya Allah, seakan tak percaya, akhirnya impian kak Ti bakal terlaksana. Dan yang lebih mengharukan lagi, kak Ti bukan setakat ‘dibelanja’ sorang, syarikat tempat kak Ti bekerja turut bermurah hati menaja pakej umrah Tn SOSAB. Bergetar suara kak Ti bila bagitau khabar gembira ni pada Tn SOSAB.

REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT

Ya Allah! Benarlah rezeki itu tak pernah salah alamat. Jangan pernah persoalkan bagaimana caranya atau darimana sumbernya selagi ia bukan sumber yang haram. Sesungguhnya Allah maha mengetahui waktu yang terbaik untuk memberikan sesuatu yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Sejak dari itu, maka bermulalah sesi pencarian Pakej Umrah dan juga Agensi yang boleh diprcayai untuk urusan umrah kami. Setelah membuat pertimbangan dari segi pakej yang ditawarkan dan juga hasil dari ‘feedback’ rakan-rakan, akhirnya kak Ti dan Tn SOSAB membuat keputusan untuk memilih sebuah agensi pengendali umrah yang merupakan antara pengendali umrah terbesar di Malaysia ketika ini.

YA ALLAH! KAMI DATANG MEMENUHI PANGGILANMU

Alhamdulillah, impian menjejakkan kaki ke tanah haram akhirnya diizinkan jua olehNya. Pada tarikh 10 Mei 2018, bermulalah perjalanan umrah kak Ti dan Tn SOSAB bersama lebih 40 orang jemaah lainnya. MasyaAllah Tabarakallah.. Tiada kata yang mungkin dapat menggambarkan betapa bersyukurnya kak Ti bila akhirnya impian untuk menunaikan ibadah umrah bersama TN SOSAB menjadi kenyataan. Rindu yang selama ini bagai tak tertanggung terlerai sudah.

Selama 5 hari 4 malam berada di bumi Madinah Al Munawwarah dan 6 hari 5 malam berada di bumi Makkah Al Mukarramah merupakan hari-hari terindah dalam hidup kak Ti (InsyaAllah dilain kesempatan kak Ti akan kongsikan pengalaman umrah kak Ti dengan lebih detail ya)..

RINDU TAK BERTEPI

Dan bila balik je ke bumi Malaysia tercinta, kami mula memahami satu lagi perkara.. Rindu yang tak mungkin akan pernah padam. Kalau sebelum ni kami hanya mendengar cerita orang yag siapa sahaja yang dah pernah ke sana pasti akan rindu untuk ke sana lagi. Dan kini, rasa itu kami rasakan sendiri. Ya Allah! Sungguh jasad kami dah kembali ke tanah air, namun hati kami selamanya tertinggal di sana.

Belum pun lama kami balik, kami dah pun berkira-kira dan merancang untuk ke sana lagi. Dan kali ini kami berharap semoga Allah izinkan kami untuk bawak anak-anak dan kedua ibu bapa kami. Kami ingin mereka merasakan bagaimana perasaan berada dekat dengan Rasulullah s.a.w dan bagaimana rasanya dapat berada dekat dengan Baitullah. Semoga Allah izinkan dan sampaikan hajat kami ini.

JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD

Walaupun pengalaman umrah kami yang lalu ini tiada apa yang tidak memuaskan hati kami, tapi untuk perjalanan umrah kami yang akan datang kak Ti amat berminat bila tengok pakej-pakej umrah yang ditawarkan oleh Juara Travel atau nama lengkapnya Juara Travel & Tours Sdn Bhd.

Kak Ti yakin ramai yang dah pernah dengar pasal Juara Travel ni. Ialah kan.. Juara Travel ni bukan cikai-cikai punya travel agent, dah pun berada di dalam Industri pelancongan ni sejak tahun 1994 ni. Kalau nak dikira dari umur, dah masuk umur dewasa dah Juara Travel & Tours ni dalam arena industri pelancongan.

Kalau dari segi pengurusan umrah pulak, Juara Travel mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dan telahpun mengendalikan seramai lebih 30,000 jemah umarah dan jumlah ini semakin bertambah dari sehari ke sehari. Jadi tak salahlah kalau mereka berjaya buat kak Ti tertarik untuk mengenali pakej-pakej yang mereka tawarkan dengan lebih lanjut kan.

Kelebihan Yang Ditawarkan Dalam Pakej Umrah Juara Travel

Untuk korang yang belum tau apa kelebihan-kelebihan yang ditawarkan dalam Pakej Umrah Juara Travel, Cer korang tengok senarai yang kak Ti sharekan kat bawah ni:-

  • Pakej bermula dari RM6,290.00
  • Pakej termasuk tiket penerbangan
  • penginapan hotel 3/4/5 bintang
  • Jarak hotel yang dekat/sedehana
  • Barang kelengkapan Umrah seperti beg Juara Travel (1 set ada 4 jenis beg)
  • Penyediaan kursus umrah secara berjadual untuk jemaah sebelum keberangkatan ke tanah suci
  • Mempunayai muassasah sendiri dengan mengeluarkan visa umrah
  • Jemaah akan dibimbing oleh Mutawif / Pembimbing Umrah yang berilmu
  • Program kuliah di tanah suci
  • Jadual penerbangan yang ‘CONFIRM’ terbang
  • Penggunaan alat ‘RECEIVER’ semasa pelaksanaan ibdah umrah yang PERTAMA
  • Mempunyai barisan staf di Madinah dan Makkah yang professional

PROMOSI RAYA 2018 UNTUK PAKEJ UMRAH JUARA TRAVEL

Oh ya! Sempena Raya 2018 ni, Juara Travel menawarkan Promosi Raya 2018 di mana kita boleh memilih pakej umrah yang kita kehendaki iaitu samaada Pakej Umrah VIP Ekonomi, Pakej Umrah Awal Shafar serta Pakej Umrah Cuti Sekolah dan pihak Juara Travel akan memberikan diskaun sebanyak RM100 bagi mereka-mereka yang membuat tempahan dan pembayara deposit sebanyak RM500 seorang sebelum 13 Julai 2018.

 

Supaya korang tak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat tentang sebarang promosi Juara Travel yang sedang berlangsung, korang wajib follow Instagram Juara Travel di www.instagram.com/juarahq

DISKAUN, PERTANYAAN & PENDAFTARAN

Untuk mendapatkan diskaun yang ditawarkan atau ada sebarang pertnyaan atau korang nak terus mendaftar, korang boleh hubungi pihak Juara Travel melalui:

Telefon Pejabat: 03 9226 7105

Whatsapp:  www.wasap.my/60193888710  / www.wasap.my/6011156511424

Email: infojuara@gmail.com

Website: www.juaratravel.com.my/

Facebook Comments Box

3 thoughts on “Tunaikan Umrah Dengan Tenang Dan Yakin Bersama Juara Travel & Tours

  1. Seronoknya dapat menjejakkan kaki ke tanah haram Mekah dan Madinah. Mudah-mudahan ada rezeki saya pula untuk ke sana bersama Juara Travel and Tours Sdn Bhd. Aamiin

Leave a Reply

Your email address will not be published.