Produk APotec – Buah Tangan Terbaik Balik Kampung

BAWA PULANG KEBAIKAN PRODUK APOTEC KE KAMPUNG

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Macam mana sambutan Aidiladha korang.. Syukur sangat kan, walaupun raya Aidilfitri yang lepas tak dapat balik kampung tapi untuk sambutan Aidiladha ni dapat juga kita sambut dengan keluarga kat kampung. Macam mana pun kan, bila raya mesti nak sambut dengan keluarga kat kampung baru seronok kan. Kampung girl sangat kak Ti ni kan..

Kalau nak diikutkan, sebelum Covid19 diisytiharkan sebagai pendemic lagi kak Ti sebenarnya dah lama tak balik kampung. Al Maklumlah, kerjaya kak Ti memerlukan kak Ti sentiasa bergerak dari satu negara ke satu negara. Tapi kak Ti bukan pilot tau.. Pramugari jauhlah sekali.. Kak Ti teribat dengan industri pelancongan. Itu yang berjalan merata.

Bila dah macam tu, automatik peluang untuk balik kampung untuk jenguk dua orang keramat hidup kak Ti (baca: mak bapak) kat kampung memang amat terhad. Kak Ti rasa sebelum PKP tu, terakhir kak Ti balik kampung pada bulan Disember. Perghh lama kan..

Mujurlah sekarang teknologi canggih dapat jadi penghubung. Tapi, manakan sama dengan dapat berjumpa depan mata kan. Jadinya, sebaik sahaja kerajaan umumkan dah boleh rentas negeri bulan Jun hari tu, apa lagi.. Berdesup kak Ti sekeluarga balik kampung. Rindu ooiiii..

Bila dapat peluang jumpa depan mata, barulah hati rasa puas. Masa tu lah dapat dengar mereka mengadau pasal kesihatan mereka. Aduhaii.. Bayangkanlah perasaan kak Ti. Rasa bersalah sangat. Nak tinggalkan diorang pun kak Ti rasa risau.

Bukanlah nak kata mak bapak kak Ti sakit teruk.. Tapi kak Ti memang sejenis kalau dah dengar kata mak atau bapak kurang sehat je.. Risau dia tu kan.. Allah je lah yang tau. Al maklumlah, keluarga kami ni kecik. Kak Ti pun dua beradik je dan kak Ti pulak anak sulung. Tapi demi tanggungjawab yang menanti, terpaksalah juga tinggalkan mereka lagi walaupun dengan berat hati.

Lagi satu yang buat kak Ti risau bila dengar mak bapak kak Ti mengadu kurang sehat sebab bapak kak Ti merupakan pesakit kencing manis dan mak kak Ti pula ada masalah kolestrol yang agak tinggi. Jadi, macam manalah kak Ti tak risau kan.

Satu hari, kak Ti terbaca rakan blogger kak Ti, Dila post pasal produk Apotec. Dila share 3 produk Apotec yang dia baru beli. Dua diantara produk tu, Apotec Omega-3 Fish Oil dan Apotec Curmac Tumerix Dila beli untuk mak.

Dengan pantasnya kak Ti hubungi Dila untuk dapatkan info lanjut. Nak tau kenapa kak Ti tertarik nak beli 2 produk apotec tu untuk mak bapak kak Ti? Sebabnya bila kak Ti baca kebaikan kedua -dua produk tu, nampak macam related sangat dengan masalah kesihatan mak bapak kak Ti.

So, apa kelebihan 2 produk tu sampai kak Ti tertarik nak beli?

APOTEC OMEGA-3 FISH OIL

Fish Oil ni memang kak Ti yakin ramai dah tahu tentang kebaikannya kan. Dari kanak-kanak sampailah orang dewasa memang sangat disarankan untuk mengamalkan fish oil sebagai makanan tambahan. Bagi Apotec Omega Fish Oil pula, antara kebaikan yang akan kita kita perolehi bila kita mengamalkan pengambilan 1-2 softgels sehari selepas makan:

  • Menurunkan tekanan darah dan denyutan jantung yang berehat
  • Meningkatkan tahap lipid darah dengan nenurunkan tahap LDL dan Trigliserida
  • Meningkatkan kesihatan kardiovaskular
  • Meningkatkan kesihatan kognitif
  • Menyokong kesihatan sendi
  • Membantu meningkatkan penglihatan
  • Sumber Omega-3 yang optimum

Pernah tak korang makan ‘supplement’ pastu bila sedawa boleh rasa ‘supplement’ yang kita makan tu. Perkara tu tak akan terjadi bila kita makan Apotec Omega-3 ni. Haa, kalau korang nak tau.. Apotec Omega-3 Fish oil menggunak ‘enteric coated softgels’ yang bertindak mengurangkan rasa ‘ikan’ bila kita sedawa.

APOTEC CURMAX TUMERIC

Haaa.. Korang tau tak Tumeric tu apa? Kunyit la.. Dalam dunia perubatan tradisioanal. kunyit merupakan antara bahan yang sering digunakan. Nak tau kenapa kunyit banyak digunakan dalam perubatan tradisional, korang google je lah. Melambak info pak cik Google bagi.

Kebiasaanya, kunyit akan diolah jadi jamu yang perlu diminum. Hmmmm.. Kalau kak Ti lah, memang tak tertelanlah jawabnya. Jangan kata nak minum, baru letak kat mulut kak Ti dah rasa nak muntah. Bau dan rasa dia tu memang tak boleh bawak bincang uolls.

Jadi apa bezanya produk Apotec Curmax Tumeric dengan jamu-jamu yang ada kat pasaran? Beza yang paling utama, kita tak perlu nak susah payah minum dan menahan bau kunyit sebab Curmax Tumeric didatangkan dalam bentuk kapsul. Ambik dan telan je.. selesai.. Dari segi kebaikan pula, antaranya adalah:

  • Untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan sel & meningkatkan ketahanan (imunisasi) badan
  • Mereka yang menderita sakit sendi (osteoartritis dan rheumatoid arthritis)
  • Mereka yang menderita sakit otot dan neuropatik.
  • Mereka yang ingin mencegah dari penyakit kardiovaskular
  • Mengatasi masalah sakit gigi.

Ok.. Bila dah dapat info yang cukup dan memuaskan, kak Ti pun ajaklah Dila temankan dan tunjukkan kak Ti kat mana nak beli produk Apotec ni. Rupanya nak dapatkan produk Apotec ni kita kena beli samaada melalui online ataupun beli kat Constant Pharmacy.

Kak Ti pilih untuk beli kat Constant Pharmacy sebab boleh dapat dengan segera. Bila sampai kat sana, kak Ti dapat tau yang produk Apotec tengah ada Bundle Promo. Pucuk dicita ulam mendatang. Apa lagi kak Ti pun sambarlah 3 produk terus. Apotec Omega-3 Fish Oil dan Apotec Curmac Tumerix untuk mak bapak kesayangan manakala Apotec Apple Cider Vinegar with Honey pulak untuk kak Ti.

Sebenarnya kan, sebelum ni kak Ti memang pernah amalkan Apotec Apple Cider Vinegar with Honey. Selain dari jadikan sebagai minuman kesehatan, kak Ti juga suka gunakannya dalam masakan sebab rasanya yang sedap. Antara kebaikan mengamalkan Cuka apel adalah ia dapat:

  • Meningkatkan pencernaan dan penyerapan
  • Mengelakkan rasa sebu dan membantu dalam usaha menurunkan berat badan
  • Melegakan masalah sembelit dan membantu dalam proses detoksifikasi
  • Bertindak sebagai anti oksiden

Alhamdulillah, masa balik kampung sempena sambutan Aidiladha baru-baru ni, kak Ti dah pun hadiahkan produk Apotec tu pada mak dengan bapak kak Ti. Yang paling bestkan, lepas 3 hari amalkan Apotec Omega-3 Fish Oil bapak kak Ti bagitau yang dia rasa lebih sehat dari biasa.

Kata bapak, dia rasa sakit-sakit badan yang dia rasa sebelum ni dah tak rasa. Ya Allah, berbunga-bunga hati kak Ti dengar tau. Memang balik kampung kali ni kak Ti bawak balik kebaikan untuk mak bapak kak Ti. Bila dah dengar macam tu, barulah hati tak risau nak tinggalkan diorang kat kampung.

Oklah korang, panjang sangat dah kak Ti menyembang ni kan. Sebelum tu, kak Ti nak pesan kat korang ni.. Kesehatan kita dan orang-orang yang kita sayang tu tak ternilai. Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kesehatan kita dan mereka.

Bundle Promo

Sementara harga diskaun istimewa untuk pembelian bundle kombo 3 produk APOTEC diatas tu masih berlangsung, apa kata korang terus dapatkan produk Apotec ni dengan harga yang sangat-sangat berbaloi. Abaikan je kalau korang tak sayang diri sendiri dan keluarga korang. Tapi kak Ti yakin korang mesti akan klik link yang kak Ti bagi kat bawah ni sebab korang memang nakkan yang terbaik..

Shoplink : https://bit.ly/32WvaR7

Wasap : www.wasap.my/60122484018/apotecbundlepromo

Facebook : Apotec Malaysia

Instagram : @apotecnushine

Selamat Mencuba dan Selamat Hari Raya !

#apotec #yourhealthwecare #recomendedbypharmacist

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *