Pelencongan Sosial Di Manakah Kesudahannya?

PELENCONGAN SOSIAL – MAIS SEDIAKAN BANTUAN DI BAWAH KATEGORI ASNAF AL RIQAB

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji hanya bagi Allah swt serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhamm

Pelencongan Sosial. Pernah dengar perkataan ni? Kak Ti rasa ramai diantara kita yang tak berapa ‘familiar’ dengan perkataan ni berbanding perkataan gejala sosial.  Baiklah, mari sama-sama kita tengok definisi kedua dua perkataan ni:

Gejala Sosial ialah tanda-tanda, alamat atau petanda tentang segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan serta aktiviti masa lapang di mana pada kebiasaannya ia merujuk kepada sesuatu perkara yang negatif.

Pelancongan Sosial pula ialah aktiviti yang melencong atau salah atau bertentangqn dari amalan biasa masyarakat yang juga kebiasaanya merujuk kepada perbuatan yang negatif.

Baru baru ini kak Ti ada mengikuti webinar bertajuk “Pelencongan Sosial Dimanakah Kesudahannya” yang dianjurkan oleh Malis Agama Islam Selangor (MAIS) kat Facebook rasmi MAIS. Melalui webinar tersebut,  banyak info-info menarik yang telah dikongsikan oleh tiga orang  panel jemputan yang terdiri dari Ustaz Rif’at Basya Bin Halik Bassah – (Pegawai Hal Ehwal Islam Undang-Undang Keluarga, Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Negeri Selangor), Saudara Ahmad Faizal Bin Awang – (Pegawai Pencegahan & Kesedaran Awam AADK Negeri Selangor) dan Saudara Fadzirul Akmal Bin Mohd Sharif – (Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK)

Korang tau tak yang pelencongan sosial ni boleh dibahagikan kepada beberapa kategori yang antaranya adalah Jenayah Syariah, permasalahan yang berkait dengan penyalah gunaan dadah dan permasalahan yang berkait dengan masalah sosial asnaf Riqab. Ok, jom kak Ti kongsikan apa sahaja contoh-contoh kes yang pernah dikendalikan oleh pihak MAIS bagi kategori kategori Pelencongan Sosial yang kak Ti sharekan kat atas ni.

Pelencongan Sosial Berkaitan Dengan Jenayah Syariah

Seksyen 25 & Seksyen 29 – Kecurangan pihak-pihak

  • Seksyen 25 – Persetubuhan Luar Nikah
  • Seksyen 29 – Khalwat

Enakmen Jenayah Syariah Seksyen 27, 28, 30, & 31 – LGBT

  • Seksyen 27, Hubungan jenis antara orang yang sama jantina
  • Seksyen 28, Persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii
  • Seksyen 30, Lelaki berlagak seperti perempuan
  • Seksyen 31, Perbuatan tidak sopan di tempat awam

Enakmen Jenayah Syariah Seksyen 32, 33, & 34 – Gangguan Terhadap Rumahtangga

  • Seksyen 32, Memujuk lari perempuan bersuami
  • Seksyen 33, Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri
  • Seksyen 34, Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan

Pelencongan Sosial Berkaitan Dengan Dadah

  • Jenayah ragut / mencuri
  • Melepak / vandalisme
  • Ponteng sekolah
  • Keciciran sekolah
  • Pergaulan bebas / seks bebas
  • Ketagihan gajet
  • Penyalahgunaan bahan

Masalah penyalahgunaan dadah bukanlah perkara yang baru dan masalah ini bukan hanya dihadapi di negara kita bahkan menjadi masalah sejagat. Apa yang mendukacitakan adalah banyak kes-kes pelencongan sosial yang berakibat dari penyalahgunaan dadah adalah dari kalangan remaja.

Bukanlah tak ada kes-kes yang direkodkan dari kalangan usia yang lain, tapi ianya menjadi sesuatu yang mendukacitakan dan membimbangkan kerana para remaja adalah tonggak harapan masa depan negara. Jika ianya tidak dibendung pasti akan lebih banyak lagi masalah-masalah pelencongan sosial lainnya yang akan wujud.

Asnaf Al Riqab dan Masalah Pelencongan Sosial

Untuk yang belum tau berkenaan salah satu kategori asnaf iaitu asnaf Al Riqab, boleh baca kat posting kak Ti iaitu PEMULIHAN AR RIQAB-BANTUAN ZAKAT BUAT GOLONGAN LGBT,PELACUR, MAKNYAH, PENAGIH DADAH . Dalam posting tu kak Ti dah jelaskan dengan panjang lebar berkenaan asnaf Al Riqab. Namun, untuk secara ringkasnya, Al-Riqab adalah salah satu golongan yang terbelenggu dalam pelencongan sosial yang berhak menerima zakat bagi membantu mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan jika memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak MAIS.

Jika diposting sebelumnya kak Ti bercerita dengan panjang lebar berkenaan asnaf Al Riqab, untuk posting kali ni kak Ti nak kongsikan pula berkenaan usaha berterusan pihak MAIS dengan kerjasama NGOi dalam membantu mereka yang terbelenggu dengan masalah-masalah pelencongan sosial ini untuk berubah dan bertaubat.

Dalam usaha untuk membantu usaha pemulihan, perlidungan dan pemberian rawatan kepada asnaf Al Riqab ini, pihak MAIS di bawah Bahagian Pemulihan Al Riqab dengan kerjasama bersama NGOi telah menyediakan 27 buah rumah-rumah pemulihan dalam perlbagai kategori yang bertujuan untuk membantu asnaf Al Riqab yang terlibat dengan masalah penyalah gunaan dadah, masalah sosial, masalah mental, LGBT dan OKU.

Selain daripada itu, terdapat 3 buah Rumah Pemulihan Majlis (RPM) yang beroperasi dan diuruskan oleh MAIS iaitu:

  1. Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan – khusus untuk wanita yang terlibat dalam masalah pelencongan sosial.
  2. Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman – khusus untuk lelaki yang terlibat dalam masalah pelencongan sosial.
  3. Pusat Pemulihan Baitul Islah – kolobrasi pusat pemulihan antara MAIS dan AADK khusus pesakit-pesakit HIV dan Dadah.

Terdapat 3 kategori Kemasukan ke Pusat Pemulihan Majlis (RPM) iaitu Perintah Mahkamah, Sukarela dan Perlindungan.

Fungsi-Fungsi Bahagian Pemulihan Ar-Riqab

  • Mengurus perkhidmatan perlindungan, bimbingan, pemulihan, Rawatan Spiritual Islam (Modul Istitabah) dan kaunseling kepada individu dan kumpulan umat Islam yang memerlukan pemulihan akidah dan akhlak serta menguruskan kewangan peruntukan sumber zakat (riqab), merancang, melaksana dan memantau aktiviti pentadbiran am
  • Melaksanakan proses Istitabah dan proses penasihatan akidah atas perintah Mahkamah Tinggi Syariah dan Istitabah secara sukarela serta melaksanakan program-program pemulihan asnaf Riqab
  • Menyelaras, mengurus pendaftaran asnaf Riqab dan mengurus geran sukuan Rumah- Rumah Pemulihan Al-Riqab serta merancang dan melaksana bengkel-bengkel dasar-dasar pemulihan Riqab
  • Mengurus dan menyelia pemulihan asnaf Riqab melalui khidmat nasihat, guru pembimbing Riqab serta sukarelawan Riqab
  • Mengenalpasti, menyiasat dan mendaftar permohonan bantuan kepada asnaf Riqab dan mengurus tuntutan pembekalan makanan kelas bimbingan asnaf Riqab
  • Mengurus, merancang dan melaksana Peruntukan Kewangan Asnaf Riqab dan Mesyuarat Jawatankuasa Riqab

Pelencongan sosial bukanlah isu yang baru dan bagi memastikan ianya tidak berterusan dan menjadi semakin parah, setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan dan bekerjasama dalam membendung masalah pelencongan sosial ini. Kita perlu hentikan budaya menuding jari kepada pihak-pihak tertentu tapi dalam masa yang sama kita hanya umpa menjadi penontn ditepi padang dan tidak berpartisipasi dalam usaha untuk membendung masalah pelencongan sosial ini.

Perlu sama-sama kita ingat, segalanya bermula di rumah. Didikan agama yang baik dan asas yang kukuh yang kita tanamkan ke dalam diri anak-anak kita sangat penting bagi memastikan agar mereka tidak mudah tersalah dalam membuat pilihan dalam kehidupan mereka terutamanya dengan siapa mereka bergaul.

Orang kata, jangan ‘busy body’. Jaga keluarga dan urusan masing-masing. Namun bagi kak Ti, tidak ada salahnya kita mengamalkan sikap ‘busy body yang positif’ kerana ini akan membuatkan kita lebih peka dengan keadaan dan orang-orang sekeliling kita terutamanya ahli keluarga dan jiran-jiran kita.

Busy body lah dengan berkongsi kepada mereka tentang bantuan-bantuan untuk pemulihan seperti bantuan dari piha MAIS dan juga NGOi yang diiktiraf oleh MAIS. Sikap busy body kita ini mungkin dapat menyelamatkan satu jiwa yang perlu dibantu.

Sekiranya ada diantara pembaca-pembaca kak Ti yang mengenali mana-mana individu atau ahli keluarga atau mungkin korang sendiri yang memerlukan bantuan, boleh hubungi nombor-nombor yang kak Ti kongsikan kat bawah ni ya:

Bahagian Pemulihan Ar-Riqab  03-33614080
Website :MAIS Bahagian Pemulihan Ar-Riqab

Info lanjut Rumah Pemulihan Al-Riqab:
Baitul Ehsan (Sabak Bernam) : 03-32161286 / 016-2647694
Baitul Iman (Hulu Yam) : 03-60751558 / 018-3117223
Baiul Islah (Serendah) : 019-3729627 /019-3727449 / 017-8898982

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.