Kelengkapan Sekolah Murah dan Berkualiti di Pusat Pakaian Hari Hari

KELENGKAPAN SEKOLAH MURAH DAN BERKUALITI DI PUSAT PAKAIAN HARI HARI

Haaaa.. Sesi baru persekolahan dah bermula? Ya Allah, rasa macam baru sangat kelam kabut beli kelengkapan sekolah si Adik. Tup tup dah nak masuk darjah dua dah si bongsu kak Ti ni.

Agaknya sebab tahun lepas sekejap sangat Adik masuk sekolah dan kebanyakan masa PDPR je, itu yang tak terasa tu. Kelengkapan sekolah yang beli tahun lepas pun boleh dikira berapa kali je dia pakai ke sekolah. 

Tapi nak buat macam mana, masuk sahaja sesi persekolahan baru, mesti kena belikan kelengkapan sekolah yang baru juga. 

Selain dari faktor saiz yang memang ketara sangat perubahannya, kak Ti nak juga dia rasa keterujaan dalam membeli kelengkapan sekolah.

Cerita pasal kelangkapan sekolah ni kan, kak Ti yakin pasti ada dikalangan ibu bapa yang akan rasa susah hati bila sampai masa untuk sesi persekolahan baru. Terutamanya ibu bapa yang ada anak ramai yang masih bersekolah.

alat tulis

Nak beli kelengkapan sekolah yang berkualiti pastinya akan memerlukan kos yang banyak. Ialah kan biarlah ‘alah membeli menang memakai’. Sekali beli tu biarlah yang boleh dipakai untuk satu tempoh yang lama.

Sama juga dengan ibu bapa yang lain, macam tu jugalah keadaan kami dulu. Tambahan pula, abang-abang si Adik yang bertiga tu jaraknya agak rapat juga. Jadi ada satu masa tu, kami kena membeli kelengkapan sekolah untuk 3 orang hero serentak.

Bayangkanlah keadaan kami masa tu. Keluar satu kedai masuk pulak kedai lain. Ialah, dulu mana ada pusat pakaian macam Pusat Pakaian Hari Hari yang kelengkapan sekolahnya memang lengkap. Yang paling best kan, walaupun kelengkapan sekolah kat Puasat pakaian Hari Hari ni murah tapi semuanya berkualiti tau.

Kelengkapan Sekolah Murah dan Berkualiti di Pusat Pakaian Hari Hari

Macam mana kak Ti tau? Aishh mestilah tau sebab kak Ti dah ada pengalaman membeli kat Pusat Pakaian Hari Hari sebelum ni. Bukan setakat kelengkapan sekolah, baju raya pun beli kat sini

baju sekolah hari hari

Kak Ti tau, bila sebut je Pusat Pakaian Hari Hari, mesti ramai yang kerut kening dan tak percaya barang barang yang dijual kat situ berkualiti. Dulu Kak Ti pun ada persepsi macam tu. Tapi betullah kata pepatah “don’t judge a book by its cover”. Beli dulu barulah tau macam mana.

Kempen Back to School (BTS) Secara Online Menjimatkan

Kak Ti nak bagitau ni, Pusat Pakaian Hari Hari ada kempen BTS tau. Ehh bukan BTS Kpop tu. Yang ni kempen back to school. Sehingga 31 Mac ni, setiap pembelian bernilai RM10 dan ke atas akan dapat diskaun sebanyak 10% kalau kita beli secara online.

Lebih Penjimatan Beli Kelengkapan Sekolah Secara Online 

Kelengkapan sekolah ni boleh beli secara online juga kat dua platform tau. Kita boleh beli kat website Pusata Pakaian Hari Hari atau boleh juga buat pembelian secara online kat Shopee Pusat Pakaian Hari Hari 

Nak lagi tawaran best? Follow Shopee Hari Hari. Bolehlah dapat tambahan diskaun sebanyak 5%. Tapi yang ni untuk follower baru Shopee Hari Hari je tau. Lagi satu, untuk belian RM15 dan ke atas, jangan lupa claim voucher FREE SHIPPING untuk dapatkan penghantaran percuma sampai ke rumah. 

Kelebihan Membeli di Pusat Pakaian Hari Hari

Pernah tak korang beli kelengkapan sekolah yang bersaiz macam baju, seluar, kasut dan lain lain tapi tersilap saiz? Jangan risau, boleh je buat penukaran saiz kalau membeli kat Hari Hari. Tapi kena tukar dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembelian dan jangan buang tanda harga kat baju tu ya. 

Tapi seelok eloknya, masa membeli tu, pastikanlah saiz betul betul. Tak adalah membuang masa nak kena patah balik ke kedai atau return semata mata untuk tukar saiz. Kan dah membazir masa namanya tu.

Lagi satu yang kak Ti suka dengan Pusat Pakaian Hari Hari ni sebab dia ada banyak cawangan. Merata rata kak Ti tengok hari Hari ni. Pergi sini nampak, pergi sana pun nampak. Manakan tidak, cawangan dia ada lebih dari 90 cawangan. Memang senang carilah orang kata. Nak tau kat mana cawangan terdekat dengan korang? Cari je dekat www.hari.com.my/locator

Oklah korang. Kalau nak dapatkan maklumat lanjut berkenaan Pusat Pakaian Hari Hari dan promosi promosi yang sedang atau akan dijalankan, korang boleh layari: 

Facebook: https://www.facebook.com/harihari/

Instagram: https://instagram.com/harihariofficial

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.