Fit Superb Raya 3.0 Kapten Black – Bolehkah Bersenam Ketika Berpuasa?

FIT SUPERB RAYA 3.0 – BERSENAM DI BULAN RAMADHAN LEBIH MUDAH TURUN BERAT BADAN

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Gemuk is aewsome? Who are you trying to convince???

Memiliki berat badan ideal pastilah jadi impian semua orang kan. Kalaupun ada yang cakap dia tak kisah dengan berat badan dia, tapi kak Ti yakin, jauh disudut hati dia yang paling dalam mesti ada satu harapan untuk memiliki berat badan yang ideal.

Selalunya kan.. Orang yang dok kata dia tak kisah walaupun dia gemuk, sebenarnya dia tengan berusaha meyakinkan diri dia sendiri yang dia OK dengan keadaan tu. Terutamanya yang dah pernah cuba macam-macam cara tapi tetap tak berjaya untuk dapatkan berat badan idaman. Itulah salah satu cara mereka untuk memujuk diri sendiri sebenarnya.

TERIMA KASIH KAPTEN BLACK DAN TEAM

Kak Ti pernah berada dalam fasa tu (kak Ti ada share gambar masa mula-mula join team Kapten Black dalam salah satu entry kak Ti). Sebab tu kak Ti berani cakap. Memang fed up rasanya bila dah cuba macam-macam cara tapi tetap tak berjaya. Kadang tu, bukan setakat tak berjaya turunkan berat badan, makin naik adalah.

Haa.. Itulah jadinya bila buat sesuatu tanpa bimbingan dan pemantauan dari yang pakar. Tapi Alhamdulillah, segalanya berubah sejak kak Ti join program-program dibawah bimbingan dan pemantauan Kapten Black dan team.

(Jemput baca pengalaman-pengalaman kak Ti bersama Kapten Black: Cabaran Jom Kurus Satu Malaysia Musim ke-10 – Team Charlie KLCC Bersama Kapten BlackJoin Program FitSuperb Kapten Black Boleh Kurus ke?Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M)- 7 Sebab Kenapa Korang Kena JoinTertipu Dengan Program FitSuperb 5.0 Kapten Black)

Kalau korang pernah baca entry-entry kak Ti sebelum ni (kalau belum pernah, silalah baca.. Link kak Ti dah share kat atas tu.. hehehe), mesti korang perasan yang kak Ti ada beberapa entry berkenaan pengalaman kak Ti mengikuti program-program senaman bersama team Kapten Black. Bermula dengan program Jom Kurus 1 Malaysia sampailah ke program Fit Superb yang juga ada edisi Fit Superb Raya.

FIT SUPERB RAYA – BODY UNDER CONSTRUCTION

Kalau korang nak tau, Fit Superb Raya atau Fit Raya ni adalah program senaman yang dijalankan semasa bulan Puasa. “Ehhhh! Dah takde keje ke bulan puasa pun nak workout?”. “Dah hilang akal ke bulan puasa pun nak workout?”..

Itu mungkin antara suara-suara sumbang yang akan datang dari dalam diri korang sendiri ataupun datang dari orang-orang sekeliling korang bila dapat tau program workout ni berjalan dibulan puasa.

Ok.. Meh nak bagitau kat korang ni… Walaupun kita berpuasa, itu bukan alasan untuk kita jadi malas ya. Bukan juga  alasan untuk kita menghentikan aktiviti senaman.

Apatah lagi program senaman yang selamat sebab berada di bawah  bimbigan dan pemantauan coach yang berpengalaman. Contohnya macam program Fit Superb Kapten Black, yang turut dibantu oleh coach-coach lain yang berpengalaman dan terlatih.

Untuk sesi Fit Superb Raya kali ni, program dimulakan lebih kurang 2 minggu sebelum bulan Ramadhan dan untuk musim ni Kapten Black dan team telah meluaskan kawasan “territory’ mereka. Lebih banyak kawasan telah dibuka berbanding Fit Superb sebelum ini. Tapi untuk kak Ti sendiri, kak Ti masih lagi memilih untuk mengikuti program Fit Superb ni kat tempat biasa iaitu KLCC.

Sama juga seperti program-program Fit Superb yang lain, aktiviti senaman Fit Superb Raya juga juga tetap dijalankan dengan melakukan pelbagai aktiviti senaman dan aktiviti-aktiviti tersebut akan berbeza disetiap sesi. Macam biasa juga sesi akan dimulakan dengan sesi timbangan untuk dapatkan berat awal sebelum program bermula diikuti dengan Fitness Test.

Plank jangan tak plank..
Sebahagian aktiviti workout kami dalam Fit superb Raya
Salah satu kelebihan bila workout dalam satu team

Kalau korang pernah baca entry kak ti sebelum ni, mesti korang tau yang sesi timbang ni akan dilakukan setiap minggu dimana progress kita akan dipantau dan direkodkan. Haaa.. Setiap kali sesi timbang ni, ramai yang akan jadi tak keruan terutamanya yang macam kak Ti ni yang hampir tiap minggu ada jemputan buffet ramadhan.

 

Gegadis Fit Superb Raya KLCC
Muka ada senyum.. Walhal sebeblum tu.. Macam nak mintak nyawa.. Hahaha
Tetap ceria walaupun baru lepas kena seksa dengan rela…

Untuk yang berjaya menurunkan berat badan dengan konsisten setiap minggu, pastinya akan tersenyum lebar namun untuk yang tak berjaya, hmmm.. harap bersedia untuk menyumbang RM10 ke dalam tabung. “Aisshhh.. Dahlah nak join program Fit Superb ni kena bayar, kalau tak berjaya capai target pun kena bayar lagi ke?”

Denda ni sebenarnya bertujuan supaya kita tak ambil mudah dan buat sambil lewa je program yang kita join ni. Ini juga adalah salah satu cara untuk memotivasikan kita untuk sentiasa berusaha capai target yang telah ditetapkan setiap minggu.

Macam-macam reaksi.. Yang tersenyum lebar tu belum tentu seyum selebar tu sebab berjaya.. Mungkin jyga senyum pasarah bila kena masuk duit dalam tabung..

Kalau tak buat macam tu, kak Ti yakin ramai yang akan buat asal boleh je. Duit denda tu pulak, bukannya masuk poket Kapten Black atau team beliau, tapi akan digunakan nanti masa acara penutup Fit Superb dan sebahagiannya pulak akan dimasukkan dalam tabung2 derma. Haaa.. Tak ke bagus tu.. Secara tak langsung kita semua dapat pahala..

Closing Fit Superb Raya dan juga acara penyampaian hadiah kepada pemenang keseluruhan lelaki dan waita yang berjaya turunkan berat badan dengan jumlah paling banyak..

Sepanjang program ni berjalan, bukan sahaja kita akan dibimbing dan dipantau dari segi senaman, kita juga akan diajar tentang pemakanan yang sehat. Senaman pulak ada mcam-macam aktiviti yang akan kita jalankan. Setiap sesi, kita akan melakukan aktiviti senaman yang berbeza.

Jadi, untuk mengukur sejauh mana kesungguhan kita dalam melakukan apa yang telah diajarkan oleh Kapten Black dan juga coach-coach lain dalam minggu tersebut, sesi timbangan lah yang akan jadi penentu. Alhamdulillah, walaupun kak Ti ada juga minggu-minggu yang tak berjaya capai target, tapi kak Ti cukup gembira dengan pencapaian kak Ti.

LEPAS FIT SUPERB RAYA, FIT SUPERB 8 PULA

Buat sesuatu dengan ilmu semestinya berbeza dengan buat tanpa ilmu. Kalau dulu, angka dipenimbang akan jadi kayu ukur kak Ti yang paling utama. Tapi sejak kak Ti join program-program Kapten Black ni, walapun adakalanya angka di penimbang tak berubah atau berubah sikit je, tapi kak Ti tak risau pun sebab kak Ti tau apa yang berlaku pada badan kak Ti.

Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut berkenaan program-program Kapten Black dan team beliau, korang tengok kat bawah ni ya. Oh ya.. Tak silap kak Ti lepas program Fit Superb Raya, program Fit Superb 8.0 pulak akan bermula. Sooo.. Apa lagi.. Jangan nanti-nanti, buat bagi jadi…. Kak Ti dah register.. Korang bila lagi?

Facebook: www.facebook.com/Kapten.Black.The.Coach/

Instagram:Instagram.com/kaptblack/

Website: kaptenblack.com/

Whatsapp: +6013 3310702

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.