Bangi Wonderland Lokasi Pilihan Sempena Cuti Sekolah

BANGI WONDERLAND – PILIHAN BERBALOI PENUH KERIANGAN DAN KESERONOKAN

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji hanya bagi Allah swt serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Tinggal kurang dari sebulan je lagi kita akan sambut tahun baru kan. Semoga tahun baru nanti akan bawak lebih banyak kebaikan untuk kita semua berbanding tahun-tahun sebelumnya. Personaly, tahun 2022 ni bagi banyak sangat kenangan untuk kak Ti, Kenangan manis dan kenangan paling menyedihkan dalam hidup kak Ti dan keluarga iaitu kehilangan lelaki terpenting dalam hidup kami iaitu bapak kak Ti. Al Fatihah untuk bapak kak Ti, Mansur bin Yusuf.

Ke Bangi Wonderland Sempena Cuti Sekolah

Ok.. Untuk posting kali ni kak Ti nak cerita pasal yang happy happy je. Alhamdulillah awal cuti sekolah hari tu kak Ti and dearest Tn Syed berkesempatan bawak all of the four other Syeds (anak-anak bujang kami) ke Bangi Wonderland. Untuk kak Ti, ini kali ke dua kak Ti datang ke Bangi Wonderland ni. Tapi untuk bujang-bujang kak Ti ini kali ke tiga diorang bergembira kat sini. Kak Ti ada share pengalaman kali pertama ke Bangi Wonderland dalam posting kak Ti A Day With Bangi Wonderland – Promosi Gempak Giler Sempena Cuti Sekolah

Hari tersebut, awal pagi lagi kami dah bertolak dari rumah. Mula-mula ingatkan kami akan sampai lambat. Tapi Alhamdulillah traffic lancar dan kami dapat sampai sebelum Bangi Wonderland bukak lagi. Tapi iyalah kan, dah nama pun cuti sekolah, mestilah ramai parents yang akan bawak anak-anak ke Bangi Wonderland ni kan. Masa kami sampai tu pun dah ramai yang menunggu.

Oh ya! Kali ni kak Ti datang dengan keluarga KBBA juga tau. Meriah bak ang bila masing-masing berjumpa. Al maklumlah, kami ni jarang-jarang dapat berjumpa secara offline. Makanya bila dapat peluang berjumpa ni memang seronoklah kan. Tambah pulak masing-masing bawak family juga. Makin bertambah meriahlah jadinya.

Sebelum masuk ke dalam Bangi Wonderland, kita perlu pasang band atau lengan kat lengan tau. Gelang ni kena jaga tau. Sebab kat dalam tu bila kita nak sewa pelampung, staff akan scan gelang kita tu. Jadi kalau tak ada gelang tak dapatlah kita nak sewa pelampung sedangkan ada rides, gelongsor air atau water slides dalam tu kena guna pelampung.

Satu-satunya gambar yang ada ke lima-lima hero kak Ti

Rides di Bangi Wonderland

Ok, meh kak Ti sharekan apa yang ada kat dalam Bangi Wonderland untuk korang bergumbira. Untuk pengetahuan korang, kat Bangi Wonderland ni ada 14 rides yang korang boleh. 9 daripada 14 rides tu gelongsor air. Memang puas main gelongsor kat Bangi Wonderland ni tau. Kat bawah ni kak Ti dah bagi senarai rides yang korang boleh cuba. Kalau korang yang berjantung kuat bolehlah cuba semua rides yang ada ni.

  1. Anaconda Trail
  2. Body Slide
  3. Boomeriang
  4. Green Pearl
  5. Insane Racer
  6. Kids Adventure
  7. Magic Funnel
  8. Meander River
  9. Pirates Bay
  10. Pirates Spa
  11. Spiralax
  12. The fall
  13. Water Cannon
  14. Wonder Loop

Datang kali ni kan. Memang seronok la anak-anak kak Ti terutamanya si Adik tu. Sebelum ni masa dia datang banyak rides dia tak boleh nak main. Tapi datang kali ni macam-macam dia boleh main. Yang paling best, kak Ti dah payah nak pantau sangat sebab dah boleh harapkan abang-abang dia layan dia. Syoklah kak Ti boleh duduk duduk sambil bersembang dengan geng-geng KBBA Kak Ti.

Bangi Wonderland Best Ke?

Best ke Bangi Wonderland ni? Mesti akan ada yang tanya soalan ni kan? Mestilah best. Kalau tak, takkanlah lepas berjam-jam kat sini pun anak-anak masih tak puas lagi. Walaupun kami masuk sebaik gate buka, tapi bila sampai masa nak balik tu mesti ada suara-suara tak puas hati sebab belum puas main air lagi.

Tempat favourite kanak-kanak sebab kat sini tak dalam dan tak perlu pelampung

Tak Boleh Bawa Makanan Luar Ya

Kat Bangi Wonderland ni tak dibenarkan bawa makanan dari luar ya. Tapi jangan risau, kat sini ada disediakan cafe untuk beli makanan. Jadi tak perlu risau akan kelaparan kalau kat sini. Harga pun masih lagi harga yang reasonable. Menu yang boleh dipilih pun ada pelbagai. Pendek kata memang tak perlu risau pasal makan.

Break sekejap sebelum sambung lagi berendam

Banyak Fasiliti Disediakan Untuk Kemudahan Pengunjung

Selain dari tempat makan, kat Bangi Wonderland ni juga ada disedikan fasiliti lain untuk kemudahan pengunjung yang datang. Antara fasiliti yang turut disediakan kat sini adalah changing room dan tandas. Untuk korang yang risau untuk tinggalkan barang-barang berharga tanpa ada yang jaga, korang boleh sewa locker yang disediakan kat Bangi Woderland ni. Ada dua jenis locker yang boleh disewa iaitu yang bersaiz kecil dan juga besar.

Paling penting, kat Bangi Wonderland ada disediakan surau yang cukup selesa untuk kita menunaikan kewajipan padaNya. Jadi, walau macam mana seronok pun kita main air, tak ada alasan untuk kita meninggalkan kewajipan sebagai hambaNya. Bawa kelengkapan solat sendiri ya. Al maklumlah, bila tempat ramai-ramai mi eloklah kita guna kita punya sendiri kan.

Harga Tiket Bangi Wonderland

Untuk korang yang nak pegi ke Bangi Wonderland, meh kak Ti share harga tiket.

Harga untuk pengunjung Warganegara atau pemegang MyKad:
Dewasa : RM55
Kanak-kanak (Tinggi 90cm – 130cm): RM45
Kanak-kanak(Tinggi bawah 90cm): Free
Warga emas (60thn ke atas): RM28
OKU Dewasa: RM28
OKU kanak-kanak: RM22

Harga untuk pengunjung Warga asing:
Dewasa : RM66
Kanak-kanak (Tinggi 90cm – 130cm): RM56
Kanak-kanak(Tinggi bawah 90cm): Free
Warga emas (60thn ke atas): RM33
OKU Dewasa: RM33
OKU kanak-kanak: RM28

Harga Pakej (Warganegar & warga asing):
RM160 untuk 4 orang – Isnin hingga Jumaat
RM180 untuk 4 orang – Sabtu & Ahad

Korang tau tak sebenarnya korang boleh dapatkan harga tiket yang lebih murah. Caranya adalah dengan membuat pembelian tiket secara online melalui Promo pembelian secara online iaitu Promo Online Crazy! Korang boleh dapatkan harga tiket dewasa mahupun kanak-kanak dengan harga RM35 sahaja*(T&C Apply).

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok info yang Kak Ti bagi kat bawah ni ya.

Bangi Wonderland
No. 2, Persiaran Bangi Avenue, 
Bangi Avenue,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. 
Telephone: +6019 682 7174
Email:sales@bangiwonderland.com.my
Coordinate: 2°54’13.7″N 101°47’24.7″E

Website: https://www.bangiwonderland.com.my
Facebook: www.facebook.com/bangiwonderland.com.my
Instagram: www.instagram.com/officialbangiwonderland
Youtube: @BangiWonderlandThemeParkResort




Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.