Best Western i-City Lokasi Menarik Untuk Staycation Bersama Keluarga

BEST WESTERN i-CITY JADI PILIHAN PERCUTIAN SINGKAT BERSAMA KELUARGA

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah… Hajat nak bawak anak-anak bercuti tercapai juga pada hari Sabtu yang lepas. Iyalah kan.. Sejak kak Ti terlibat sebagai Tour Leader ni, terpaksa lah berkorban tak dapat ‘spend’ banyak masa bersama dengan keluarga terutamanya dengan anak-anak.

Memandangkan lepas Trip ke Turki hujung bulan Jun sampai awal bulan Julai hari tu kak Ti tak ada trip ke mana-mana, kak Ti dan Tn SOSAB pun planlah nak bawak anak-anak yang ada kat rumah ni untuk ber ‘short vacation’. Lepas bincang punya bincang, kami akhirnya pilih nak bawak anak-anak ke Best Western i-City yang terletak kat Shah alam.

Kenapa kami pilih ke sini? Sebabnya lokasi Best Western i-City ni betul-betul dalam Taman Tema i-City. Dah kata nak raikan anak-anak kan. So memang bersesuaian sangatlah kalau bawak diorang ke sini. Mesti anak-anak akan seronok bila dapat berjalan dan mencuba pelbagai tarikan yang ada dalam Taman Tema ni.. Tapi kann.. Hahahaha.. Nantilah kak Ti cerita kat bawah..

Simple pleasure yang mendatangan kebahagiaan pada si kecik ni

Yang best bila decide nak ‘staycation’ kat lokasi yang tak jauh dari rumah, kami tak perlu nak kalut keluar awal pagi untuk ke lokasi. Macam pagi tu, kami gerak dari rumah pun dah tengah hari dan sampai sana just nice je timingnya untuk ‘check in’. Oh, ya.. Untuk kali ni kami ambil bilik connecting untuk keselesaan. Al maklumlah.. Anak-anak pun dah besar kan.

Yeayy! Dah dapat kunci.. Jomm!

ORDER ROOM SERVICE DENGAN QR CODE UNTUK LUNCH

Selesai urusan check in, kami pun terus naik ke bilik yang terletak kat tingkat 15. Bila masuk je ke bilik, anak-anak dengan senang hatinya terus melompat atas katil. Terus semua rasa malas nak tinggalkan bilik. Apatah lagi bila dalam bilik kita boleh order movie dengan harga serendah RM9.90 untuk satu movie yang kita boleh tengok dalam tempoh 24 jam. Lagilah bertambah rasa malas nak keluar bilik.

Amboii.. Bukan main lagi 2 beradik ni..
Antara kelengkapan dalam bilik

Sementara anak-anak layan tv, kak Ti pun jenguk-jenguklah menu yang ada untuk room service. Ehh.. harga dia ok lah. Terus kami decide untuk order room service je. Menariknya kat Best Western i-City ni, room service kena order dengan menggunakan QR code. Canggih bebeno… Senang nak buat pesanan dengan QR Code ni. Bila dah submit order nanti  pihak cafe akan buat panggilan ke bilik untuk pengesahan. Lepas tu tunggu je makanan sampai ke bilik.

Yang nak makannya 4 beranak je.. Tapi korang tengoklah apa yang kak Ti order. Bila makanan dah sampai ke bilik kan.. Rasa macam tak percaya pulak kak Ti order sebanyak tu. Hahaha.. Ada Grilled Chicken Chop, Char Grilled Lamb Rack, Seared Rib Eye Steak, Tiger Prawn Oglio Olio, Beef Burger, Thick Cut Fries, Water Melon Juice dengan Cold Latte. Pendek kata, memang berpesta makan sungguh kami dalam bilik.

Gendang gendut tapi kecapi, kenyang perut senang hati. Hasrat nak bawak anak-anak ke taman tema petang tu terpaksa di simpan sahaja. Manakan tidak, lepas makan ingatkan diorang sambung tengok movie. Rupanya bila kak Ti jenguk ke bilik diorang, dua-dua dah tertidur. Mentang-mentanglah dah dapat makan sedap.. Terus lena noo.. Oklah, kita cuba malam karang lepas dinner pulak.

MENCUBA MENU BARU DAN SIGNATURE DISH

Sementara tunggu anak-anak dan bapak anak, kak Ti ambiklah kesempatan siapkan kerja sikit sambil-sambil layan movie. Sedar tak sedar dah petang rupanya. Punya ghalik buat kerja sampai tak perasan pun yang Tn SOSAB dah bangun dan dah ke bilik anak-anak untuk kejut si abang untuk solat Asar.

Selesai solat Asar, kami sambung lagi lepak kat bilik sementara nak tunggu untuk turun ke The View Cafe yang terletak kat level 5 untuk dinner. Kami decide untuk dinner awal malam ni so that lepas dinner tu bolehla bawak anak-anak jalan-jalan kat Taman Tema i-City.

Kalau nak diikutkan, ini bukanlah kali pertama kak Ti datang ke Best Western i-City ni. Ramadhan yang lepas kak Ti dah pernah datang untuk berbuka puasa kat The View Cafe ni dan kak ti memang puas hati dengan makanan yang disediakan. Bonusnya bila makan kat The view cafe ni adalah pemandangan yang dapat kita tengok dari Cafe memang cantik. Apatah lagi pemandangan waktu senjanya.

Kebetulan masa staycation kami kat Best Western i-City ni, mereka tengah memperkenalkan menu-menu baru. Apa lagi, alang-alang dah sampai ni kan, marilah kita cuba. Kak Ti cuba Coffee Lamb manakala Tn SOSAB pulak cuba Cincalok Beef. Haaa.. Menarik kan.

Kalau nak diikutkan, ada beberapa lagi menu-menu baru yang diperkenalkan selain dari yang kami order tu. Antaranya adalah Salmon Noodles, Sambal Roulade, Malaysian Spaghetti Classic, Satay Burger, Tuna Miso, dan Stuffed Tempoyak Eggplant. Untuk anak-anak pulak kami order signature dish kat The View Cafe iaitu Fettucine Alfredo dan Spaghetti Bolognese.

 

Selain dari makanan, minumam pun ada yang baru tau. Antaranya adalah Pineapple Cooler, Masam Manis Fizz, BW Refresher, Lime Ginger Nojito dan Slushy Mania. Untuk kak Ti sendiri kak Ti cuba Slushy Mania dan Tn SOSAB pulak cuba Masam Manis Fizz.

TAMAN TEMA DALAM MIMPI

Menikmati dinner sambil melayan anak-anak memang seronok. Apatah lagi bila makanan yang dihidangkan tu menepati selera. Walaupun masa tengah hari tu kami dah makan sakan, tak sangka masa dinner pun kami makan sakan lagi. Nampak gaya macam staycation kami kali ni berkisar pasal makan, makan dan makan je. Anak-anak pulak bukan main seronok lagi berlari-lari kat kawasan open kat luar cafe tu.

Sakan makan dan main, anak-anak akhirnya kepenatan dan tak larat nak berjalan-jalan kat Taman Tema. Bila diberi pilihan, masing-masing lebih memilih untuk balik ke bilik dan berehat kat bilik sambil layan movie dalam bilik. Hmmm.. Nampaknya lain kali kena plan another staycation kat sini lagi untuk tarikan-tarikan yang terdapat kat Taman Tema i-City ni.

 

 

HI – TEA BUFFET SEBELUM BALIK

Memang betulla percutian singkat kami sekeluarga kali ni berkisar tentang makan je. Sebelum check out keesokan harinya, kami sempat lagi ber Hi-Tea buffet di The View Cafe. Menu-menu dia memang boleh buat kaki makan macam kak Ti dipenuhi dengan kebahagiaan. Korang tengok sendirilah apa yang ada kat Hi-Tea Buffet tu..

Alhamdulillah.. Menang tempat kedua main game
Bersama ‘The Iron ladies’ of Best Western i-City

STAY, WORK, PLAY DI BEST WESTERN i-CITY SHAH ALAM

Selain sesuai untuk percutian keluarga, Best Western i-City Hotel ni seringkali jadi pilihan organisasi-organisasi dan juga badan-badan korporat melaksanakan urusan-urusan seperti mensyuarat ataupun latihan. Hotel Best Western i-City merupakan hotel 18 tingkat yang memiliki sebanyak 214 bilik-bilik modern yang yang setiap satunya dilengkapi dengan wifi percuma dan juga kemudahan-kemudahan bilik yang lain. Hotel ini juga turut dilengkapi dengan ‘fitness centre’, resoran dan juga pelbagai bilik-bilik mesyuarat.

Suite Room
Deluxe Room
Superior Room
Meeting room

Untuk tetamu yang menginap di Best Western i-City dan ingin berkunjung ke Taman Tema i-City yang memiliki tarikan utama seperti WaterWorld, SnoWalk, City of Digital Light dan banyak lagi, mereka hanya perlu berjalan santai selama lebih kurang 5 minit je dari hotel.

I-City Theme Park

Bagi teteamu yang ingin berkunjung ke Central i-City pula, mereka hanya perlu berjalan selama lebih kurang 10 minit atau 5 minit jika menaiki kenderaan. Terdapat lebih 350 kedai yang mana antara penyewa utamanya adalah Sogo Deparment Store, TGV Cinemas dan Village Grocer. Bagi kemudahan tetamunya, pihak hotel juga turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan percuma pergi dan balik 5 kali sehari.

INFORMASI LANJUT

Untuk mengetahui tawaran-tawaran terkini dan juga sebarang info lanjut, korang boleh check kat bawah ni:

Laman Web: 

http://www.bestwestern-icity.my/

Facebook:

 https://www.facebook.com/bwicity/

Instagram: 

https://www.instagram.com/bwicity

Alamat: 

A-GF-01, No. 6 Persiaran Multimedia, Section 7, Shah Alam, 40000, Malaysia
Phone:+603 5521 9000 | Fax:+603 5521 2028

Facebook Comments

One thought on “Best Western i-City Lokasi Menarik Untuk Staycation Bersama Keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *