Boat Noodle Raikan Anniversary ke 5 Sebagai Salah Satu Restoran Makanan Jalanan Thai Kegemaran Rakyat Malaysia

BOAT NOODLE RAIKAN ULANG TAHUN KE 5 DENGAN BUKA OULET KE 48 DI THE GARDENS MALL, MIDVALLEY 

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Bila sebut je Restoran Boat Noodle, mesti ramai yang dah tau kan.. Mananya tidak Restoran Boat Noodle yang menghidangkan Mee dalam mangkuk-mangkuk kecik memang sangat terkenal dikalangan rakyat Malaysia.

Bila datang ke Restoran Boat Noodle tu memang tak sahlah kalau setakat makan semangkuk kan.. Mesti korang akan makan bermangkuk-mangkuk pastu susun mangkuk tu tinggi-tinggi. Lawan dengan kawan sebelah mangkuk sape paling tinggi.. Haaa.. Korang buat macam tu kan..

Bila kawan sebelah tak percaya tengok pencapaian rakan sebelahnya.. Hahahaha

Untuk pengetahuan korang, tarikh 17 March 2019 yang lepas genaplah 5 tahun usia  Boat Noodle. Bermula dengan hanya satu kedai pada tarikh yang sama 5 tahun lepas, kini mereka dah pun memiliki 48 cawangan di seluruh Malaysia. Wow!! 48 cawangan dalam masa 5 tahun…

Bertempat di The Gardens Mall, Restoran Boat Noodle yang terkenal dengan “signature bowl stacking” meraikan pencapaian mereka dengan sambutan ulang tahun yang diraikan dengan penuh meriah pada 20 March bersama dengan peminat-peminat setia mereka dan juga pengamal media serta ‘influecer’ media sosial termasuklah kami dari geng-geng KBBA9.

Bersempena dengan sambutan yang penuh bermakna tersebut juga, Boat Noodle meraikan pembukaan cawangan ke 48 mereka di The Gardens Mall (LG221). Selain dari itu, mereka juga meraikan kembalinya salah satu mee kegemaran ramai iaitu “Ayutthaya 2.0”. Ia merupakan hasil dari permintaan peminat-peminat setia Restoran tersebut yang telah menyuarakan permintaan mereka secara beramai ramai di media sosial.

Tony Lim, CEO & Pengasas Restoran Boat Noodle berkata;

Kami teruja dengan sambutan ulang tahun kami yang ke 5. Kami bangga menjadi sebuah jenama tempatan dan kami amat bersyukur kerana rakyat Malyasia telah bersama-sama menyokong kami dalam perjalanan kami ini. Banyak yang telah kami lalui sejak kami membuka outlet pertama kami pada tahun 2014 dan kini kami telah pun memiliki 48 outlet di seluruh negara.

The CEO of Boat Noodle putting his own bowl on the stack

Yang best masa sambutan anniversary Restoran Boat Noodle kan.. Kak Ti dan Dila berpeluang menyediakan semangkuk mee ayutthaya 2.0 kami sendiri. Korang tau tak kenapa Biat Noodle guna mangkuk kecik dan mee dalam tu pun sikit je..

Making my own Ayutthaya Noodle

Ok.. Meh kak Ti bagitau.. Restoran Boat Noodle ni adalah hasil inspirasi dari “Thai Street Food”. Kat Thailand kebanyakan penjual makanan jalanan ni meniaga guna bot. Mereka guna mangkuk kecik untuk mudahkan mereka hulur mee pada pelanggan. Kalau guna mangkuk besar dan isi banyak.. Susahlah nak hulur.. Pastu nanti mesti tumpah-tumpah..

Mee Ayutthaya 2.0 hasil air tangan sendiri..

Lagi satu, ia juga adalah salah satu cara pihak Restoran  untuk bagi pelanggan mereka peluang untuk merasa pelbagai mee dengan kuah yang berlainan. Barulah boleh “eat, stack, repeat”.. Yang paling penting.. Restoran Boat Noodle ada sijil HALAL.. InsyaAllah boleh makan tanpa was-was..

Wow.. Betul-betul Eat, Stack & Repeat ni…

Korang jangan tak tau.. Selain dari mee, mereka juga ada menyediakan makanan lain. antaranya adalah chicken grill yang garing di luar juicy di dalam. Sedap sangat cicah dengan sos yang diorang sediakan. Satu lagi yang ada kat Boat Noodle adalah meat ball.

Mesti korang akan cakap.. Alaa meatball je pun.. Kat mana-mana boleh dapat. Tapi… Korang jangan tak tau… Meatball dia mmglah biasa biasa je.. Tapi bila dah pekena dengan sos diorang.. Terangkat beb.

Yang paling kak Ti suka bila datang kat sini ni adalah roti kukus dengan sangkaya.. Ya ampun!! Kalau dibiarkan.. Memang satu bekas tu kak Ti sorang je makan. Sedap sangat. Cuba korang bayangkan.. Dengan roti yang lembut dan panas cicah dengan sangakaya yang cukup lemak dan manisnya.Memang makan tak toleh kiri kanan lah jawabnya.

Dah makan kenalah ada air kan.. Kalau tak ada yang kepedasab atau tercekik pulak kang.. Dah nama pun makan makanan Thailand haruslah dioadankan dengan teh ais thai pulak. Korang boleh pilih samaada nak teh hijau atau teh biasa.. Dua dua pun sedap. Kak Ti “hantu” teh ais.. Lagi-lagi “Thai tea”.. Masa kat sini, sampai 2 cawan kak Ti belasah..

Korang nak makan free tak? Cara dia senang je.. Sempena dengan sambutan ulang tahun ke lima mereka ni, CEO Boat Noodle Mr Tony Lim turut melancarkan kupon “Makan,Stack, Repeat” dimana setiap 20 mangkuk mee yang korang makan, korang akan dapat 1 stamp. Bila lengkap je stamp yang korang kumpulkan.. Dapatlah redeem free mee..

Haaa.. Tunggu apa lagi.. Cepat-cepatlah ajak kawan-kawan dan saudara mara makan sama-sama beramai ramai. Datang ramai-ramai ceptlah dapat redeem. Lagi satu kenapa korang kena pegi cepat-cepat.. Sebabnya offer ni sampai 30 April 2019 ni je.. Jangan lepaskan offer ni tau..

Bersama peserta dan pemenang pertandingan makan Boat Noodle

Tak tau nak cari kat mana? Jangan risau.. Korang klik je kat link kat mana nak makan Boat Noodle ni.. Kak Ti dah carikan siap-siap untun korang.. Kalau korang nak cari info lebih lanjut lagi berkenaan Restoran Boat Noodle ni.. Korang tengok yang kak Ti share kat bawah ni:

Website : MyBoatNoodle

Instagram : @myboatnoodle

Facebook : MyBoatNoodle

 

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *