Be Fresh Multipurpose Spray – Organik dan Tanpa Alkohol

OAssalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

“Ya Allah.. busuknya bau dalam bilik ni..” “Aduh! masamnya bau kat sofa ni…” Laaaa.. Baju basah ni kenapa tak keluarkan dari kereta.. Tak pasal-pasal kereta masam…”

Korang pernah tak berhadapan dengan situasi macam tu.. Kalau kak Ti.. Bukan setakat pernah.. Memang selalu berhadapan dengan keadaan yang tak menyenangkan tu. Memang tak senang duduk dibuatnya tau. Tapi sekarang kak Ti dah tak risau dah dengan bau-bauan yang tak menyenangkan dan amat menganggu ni.. Kenapa tau.. Sebab sejak beberapa bulan yang lepas kak Ti dah berjumpa dengan satu produk yang boleh menyahkan semua bauan-bauan yang menganggu jiwa dan menggantinya dengan bau segar yang menenangkan…

Bila sebut pasal produk yang boleh menghilangkan bau, automatik kita mesti akan terbayang  produk F****** yang sangat terkenal tu kan. Tapi kak Ti bukan nak share pasal produk tu.. Yang kak Ti nak share ni adalah produk yang berasaskan organik, mesra alam dan mesra baby. Mesra baby tu maksudnya kalau kat rumah ada baby pun boleh je pakai produk sebab dia tak merbahaya.

Amboii kak Ti.. Dah dua perenggan intro tapi tak sebut lagi nama produk tu. Over la tuuu.. Alaaa.. Korang ni.. Sabarlah sayang bak kata satu iklan kat TV tu. Produk yang kak Ti nak share korang ni adalah “BE FRESH” Multipurpose Spray… Daripada namanya pun kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud “MENJADI SEGAR”.. Bila guna Be Fresh Multipurpose Spray memang sangat menyegarkan tau bau dia. Kak Ti dah guna dan kak Ti dah buktikan sendiri.

Be Fresh

KANDUNGAN & KEGUNAAN BE FRESH MULTIPURPOSE SPRAY

Untuk pengetahuan korang, Be Fresh mutltipurpose spray ni diperbuat daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan dan tak mengandungi alkohol langsung. Jadi korang boleh guna Be Fresh ni kat mana sahaja yang korang nak tanpa rasa was-was. Lagi satu, kalau kat rumah korang ada baby, korang boleh je guna be fresh ni sebab kandungannya juga selamat digunakan walaupun ada baby.

Dari segi kegunaan pulak, dah nama pun multipurpose kan.. Jadi mestilah sesuai digunakan kat pelbagai tempat.. Kak Ti dah gunakan Be Fresh ni kat rumah dan juga kat pejabat dan antara tempat-tempat yng kak Ti dah cuba gunakan Be Fresh ni adalah:

Bilik Anak Bujang Kesayangan Hamba

Dah nama pun bilik bujang kan, jadi paham-paham jelah. Bila masuk dalam bilik anak-anak bertuah tu, macam-macam bau ada. Bau-bau tu kalau bau yang sedap tak apalah jugak.. Ini bau yang tak sedap langsung. Kadang tu walaupun dah kemas dan dah bersihkan bilik tu, bau tak menyenangkan tu tetap ada jugak. Tapi sejak ada Be Fresh ni kak Ti lega sangat. Mula-mula macam ‘skeptical’ la jugak dengan Be Fresh ni.. Tapi bila kak Ti dah cuba, Alhamdulillah hilang segala bau-bauan tak menyenangkan tu. Bilik pun jadi wangi dan segar bau dia.

Sofa Bermlas-malasan

Kat ruang TV kak Ti ada satu sofa yang memang kegunaanya bukan sahaja untuk duduk tapi lebih kepada melepek kat situ. Dah kalau namanya pun melepek kat situ korang bayangkanlah. Macam-macam bau ada. Belum lagi bila sikecik tu tumpahkan makanan atau air kat situ. Kena pulak sarung sofa tu bukan jenis yang boleh bukak pasang. Memang kalau nak basuh tu susah yang amat. Dah hasilnya… terkeluarlah bermacam-macam bau kat sofa tu. Be Fresh sekali lagi menjadi penyelamat.. Kak Ti sembur je Be Fresh kat sofa dan segala bau-bau tak sedap tu hilang. Bukan setakat sofa je yang bau wangi, satu ruangan tu bau wangi juga..

Dalam Kereta

Kak Ti suka beraktiviti outdoor macam panjat gunung, mandi sungai dan lain-lain. Kadang-kadang tu masa buat aktiviti tu hujan jadi bila nak balik tu mestilah kena salin baju kan. Takpun lepas mandi manda tu mestilah kena salin baju. Bila dah balik tu, masing-masing dah penat sampai lupa nak keluarkan baju-baju basah sampai karpet kereta pun basah sekali. Paham-paham jelah bila dah basah tu dia aka berbau masamlah sementara naj tunggu dia kering balik. Satu lagi masalah yang selalu jadi penyebab bau masam dalam kereka kak Ti sisa-sisa makanan atau minuman si kecik tu yang tumpah atas seat atau karpet. Sebelum ada Be Fresh ni serabut jugaklah nak hilangkan bau tak sedap dalam kereta ni. Pernah guna jenama famous tu tapi bau wangi dia sekejap je dah hilang. Tapi bila sembur dalam kereta guna Be Fresh ni, habis ternyah segala bau-bau tak sedap dalam kereta kak Ti.

Bantal Busuk

 Kak Ti ada satu bantal busuk yang dan berzaman kak Ti bawak ke opis. Bantal ni fungsi dia macam-macam. Kalau time duduk dia jadi peyandar kak Ti, bila nak nap time tengah hari tu dia jugaklah jadi bantal kepala kak Ti. Jadi lama-kelamaan tu bau dia agak tak best la jugak, masam.. Hehehehe.. Bila dah ada Be Fresh, kak Ti bawak satu botol ke ofis.. Apa lagi kak Ti sembur la bantal busuk kesayangan kak Ti.. Terus hilang bau masam.. Jadi wangi je bau dia.. Kalau letak kepala tu best je rasa.

Bilik Solat Merangkap BIlik Stor

Kat ofis kak Ti ada satu bilik yang kami gunakan untuk solat dan jugak untuk simpan barang-barang yang tak pakai. Bersusun kotak dalam bilik tu. Paham-paham je lah bila bilik yang ada banyak barang yang lama tak digunakan bau dia macam mana. Memandangkan kak Ti memang bawak sebotol Be Fresh untuk guna kat ofis, apa lagi kak Ti sembur la satu bilik tu. Terus jadi wangi dan segar bau bilik solat tu. Barulah tenang nak beribadah kan..

KENAPA BE FRESH

Salah satu faktor utama yang membuat kak Ti tertarik nak guna Be Fresh ni adalah sebab bau dia yang wangi dan menyegarkan. Bagi kak Ti, bau Be Fresh ni just nice je. Tak terlalu kuat tapi cukup untuk memberikan kesegaran pada tempat atau ruangan kat mana ia digunakan. Kak Ti sebenarnya orang yang sangat cerewet dengan jenis pewangi ruangan atau pewangi kereta yang nak digunakan. Silap beli.. Bukan wangi dan segar yang dapat tapi pening kepala. Yang paling penting adalah Be Fresh merupakan produk yang mengandungi alkohol makan ia boleh digunakan tanpa was-was. Dan sebagai Muslim itu sangat penting untuk kita titik beratkan.

Kalau korang berminat nak tau lebih lanjut atau nak dapatkan Be Fresh ni, Korang boleh :

Whatsapp “Be Fresh” ke 019 320 2122

Dapat Free gift tau bila beli Be Fresh ni.. (Free Gift tertakluk kepaa availibility)
Facebook Comments Box

6 thoughts on “Be Fresh Multipurpose Spray – Organik dan Tanpa Alkohol

Leave a Reply

Your email address will not be published.