The AnT Cafe & Bar KL – Tempat Menarik Dengan Pelbagai Pilihan Menu

Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Bertempat di Petalz Residence, Jalan Klang Lama The AnT Cafe & Bar sebuah cafe yang bagi kak Ti boleh dikategorikan sebagai cafe hipster telah secara rasminya memulakan operasinya pada hari Sabtu, 23/12/17. Terima kasih kepada Min yang telah menjemput kak Ti untuk bersama dengan beberapa food blogger lainya memeriahkan perasmian cafe tersebut. Oh ya! Sempena pembukaan rasminya, The AnT Cafr & Bar memberikan tawaran menarik kepada pengunjung sehingga 29/12/17.
The AnT Cafe & Bar
Sesuai dengan konsep yang ingin diketengahkan iaitu cafe santai, The AnT Cafe & Bar meyajikan suasana santai yang sememangnya sesuai untuk dijadikan sebagai tempat untuk ‘chill’ bersama dengan rakan-rakan mahupun keluarga. Nak jadikan tempat untuk ‘entertain client’ pun sesuai. Ditambah pulak dengan pilihan menu yang pelbagai membolehkan pengunjung untuk memilih samaada nak menikmati makanan dan minuman tempatan atau pun ‘western’.
Menu minuman
East meets West
Pada hari pembukaan tu, kak Ti dan rakan-rakan blogger lainnya berpeluang mencuba beberapa menu makanan dan minuman dan boleh dikatakan kami semua amat berpuas hati dengan apa yang dihidangkan untuk kami. Antara yang sempat kami nikmati adalah nasi lemak sotong, mee udang, mee hoon kari laksa, spaghetti aglio e olio, ‘pan seared salmon’ dan juga pizza.
Untuk dessert pulak, kami telah dihidangkan dengan dua jenis egg let iaitu Melaka sweet tooth yang dihidangkan dengan aiskrim gula Melaka dan Dreams Come True yang dihidangkang bersama potongan mangga dan aiskrim mangga. Turut dihidangkan untuk kami adalah dua jenis kek serta dua jenis tat iaitu Chocolate Banana Cake, Manggo Mouse Cake, Fruit Tart dan Manggo Tart.
Nasi lemak sambal sotong
Mee udang
Mee hoon kari laksa
Thin crust pizza
Personally bagi kak Ti semua yang dihidangkan dan sempat kak Ti nikmati sedap-sedap belaka namun yang paling berjaya mencuri perhatian kak Ti adalah spaghetti aglio e olio, pan seared salmon dan juga egg-let gula Melaka. Spaghetti aglio e olio yang dihidangkan di cafe ini bagi kak Ti memang sedap sangat dan ‘berasa’. Baru tengok ‘platting’ nya yang mengetahkan seafood sebagai tarikan utama tu pun dah cukup untuk membuka selera dan ternyata ‘platting’ dan rasa seiring dan sejalan.
Pan seared salmonnya pulak memang cukup menawan hati dan tekak kak Ti. Dihidangkan dengan sos mangga dan sayur sayuran sememangnya satu kombinasi yang baik. Pujian harus diberikan kepada cheff yang menyediakan salmon ni sebab salmonnya dimasak dengan cukup sempurna, tak terlalu masak macam salmon yang kak Ti pernah rasa di satu restoran yang agak terkenal sebelum ini.
Aglio olio spaghetti
Pan seared salmon
Sebagai penutup, kami dihidangkan dengan dessert-desser macam yang kak Ti sebutkan kat atas tu.. Tapi dalam banyak-banyak dessert tu, bila rasa je yang egg let gula Melaka tu, aduhhh mak!! nikmatnya. Sedap gila korang. Kak Ti dimaklumkan, gula Melaka yang digunakan dalam aiskrin yang dihidangkan bersama egg let tu di bawa khas dari Negeri Melaka tau. Sebab tu lah rasa dia memang superb. Tak terasa sesudu demi sesudu ngap masuk mulut. Hmmm.. Tak sabar dah nak repeat lagi ke AnT Cafe & Bar ni. Kali ni kak Ti plan nak ajak geng-geng “Mak Jemah” kak Ti lepak kat sini.
Manggo mouse cake & chocolate banana cake
Fruit tart
Dreams come true
The must have egg let gula Melaka
Untuk yang nak datang ke AnT Cafe & Bar korang jangan susah hati. Korang waze je nama cafe ni InsyAllah mesti korang akan sampai. Ataupun kalau korang dari arah Midvalley, korang masuk ke arah Jalan Klang Lama, korang go straight don’t belok-belok, sampai korang lepas Balai Polis Petaling yang akan berada kat sebelah kiri korang. Cafe ni terletak depan sikit je dari Balai Polis ni.
A selection of beverages to accompany your food
Alaaa.. korang waze je lah ek.. Ehhh Jap! Kak Ti lupa nak mention, kalau korang rasa agak sangsi bila tengok nama cafe ni, korang jangan risau.. Semua makanan yang dihidangkan kat cafe ni HALAL dan dalam cafe ni pun ada beberapa orang pekerja Muslim termasuklah kat bahagian dapur.
Look at that happy face..
Alamat:
The AnT Cafe & Bar
G-01, The Petalz Residence
Residency Rimbun No. 2
Jalan 1/132A, Off Jalan Klang Lama
58000 Kuala Lumpur
Facebook:
https://www.facebook.com/ANTcafeandbar/
Facebook Comments

4 thoughts on “The AnT Cafe & Bar KL – Tempat Menarik Dengan Pelbagai Pilihan Menu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *