Bufet Ramadhan 2018 Zende Restaurant – Tema Santapan Buka Puasa Jadi Pilihan

SANTAPAN BUKA PUASA – BUFET RAMADHAN 2018 DI ZENDE RESTAURANT SERI PACIFIC HOTEL

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Bila bercerita tentang makanan ni memang tak akan ada habisnya. Terutamanya di negara kita Malaysia yang berbilang kaum dan budaya ni. Tapi bila bercerita pasal makanan ni kan, orang pasti akan teringat bulan Ramadhan. Masa nilah pelbagai juadah yang adakalanya setahun sekali je keluar iaitu pada bulan Ramadhan boleh dijumpai.

Untuk korang warga Bandaraya Kuala Lumpur, ada satu tempat yang kak Ti nak cadangkan untuk korang cuba pada bulan puasa nanti iaitu Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel yang mana pada tahun tema mereka adalah Santapan Buka Puasa. Best ke Kak Ti buka puasa kak Seri Pacific Hotel tu? Mestilah best. Menu-menu yang dihidangkan boleh dikata adalah menu-menu yang dekat di hati kita bila tibanya bulan Ramadhan.

Santapan buka puasa di Zende Restaurant 2018 menawarkan pelbagai hidangan tradisional dan menu tradisional yang dihidangkan tersebut adalah berbeza setiap hari. Chef Hj Saad berkata, beliau dan team akan memastikan bahawa setiap hidangan tradisional yang dihidangkan untuk para pengunjung akan dijaga kualiti dan rasanya agar pengunjung tetap dapat menikmati hidangan tradisional sebenar walaupun berbuffet Ramadhan di hotel.

SANTAPAN BUKA PUASA 2018 ZENDE RESTAURANT SERI PACIFIC HOTEL KL

Bila kita berpuasa ni biasanya nafsu bila nak berbuka tu membuak-buak dan kalau boleh segala bende kita nak makan sekali hadap. Jangan.. Tak elok buat macam tu.. Nanti perut terkejut pulak. Kat Zende restaurant ni korang jangan risau, ada macam-macam menu light-light yang korang boleh jamah dulu sebelum beralih ke menu yang lebih berat. Korang nak bershell out pun ada tau.. Macam-macam seafood ada dalam tu.

Masa kak Ti tengah dok survey-survey nak makan apa, kak Ti ternampak satu menu yang bagi kak Ti sangat lain dari yang lain dan tak pernah kak Ti jumpa kat tempat lain iaitu sup ekor bakar. Haaaa.. Rare kan menu ni. Kalau ada yang siap bertambah sampai dua kali tu, korang rasa sedap ke tak sedap sup ekor bakar.

Antra menu lain yang kak Ti yakin akan dapat memikat selera korang sudah tentulah hidangan yang sentiasa di cari-cari setiap kali menghadiri buffet Ramadhan iaitu Kambing Bakar. Selain dari tu ada juga Kacang Pool, Nasi Kandar, Briyani Gam, dan Sup Gear Box yang wajib korang cuba masa berbuka puasa kat Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel ni.

TAK LENGKAP SANTAPAN BUKA PUASA TANPA PEMANIS MULUT

Biasalah kita yang tekak Melayu ni mesti rasa tak lengkap kalau dalam santapan buka puasa kita tu tak ada pemanis mulut. Tak kiralah air manis ke atau pun kuih muih. Kalau korang pun macam tu juga, jangan risau.. kat sini ada pelbagai dessert yang korang boleh nikmati samaada kuih muih tradisional ataupun kuih muih moden.

macam tu juga dengan air yang biasanya akan jadi yang pertama orang serbu. Al maklumlah bila seharian berpuasa kadang lapar tu tidaklah sangat, tapi haus tu yang lebih. Segarkan tekak dengan pilihan minuman yang menyegarkan seperti Air Kelapa, Lai Chee Kang, Sirap Selasih, Soya dan lain-lain lagi. Untuk penggemar kopi pulak, korang mesti akan rasa happy sangat. Kopi kat Zende Restaurant ni sedap weii.. Kao -kao dia punya rasa.

KEMUDAHAN UNTUK SOLAT – SURAU YANG SELESA

Macam yang kak Ti bagitau sebelum-sebelum ni, antara perkara yang akan kami titik beratkan dalam memilih venue berbuka puasa adalah surau dan parking. Tapi yang paling jadi keutamaan adalah surau sebab kalau parking tu kami tak risau sangat sebab biasanya kak Ti dan Tn SOSAB merempit je.

Alhamdulillah, untuk korang yang bakal menikmati Santapan Buka Puasa kat Zende Restaurant ni tak perlu risau tentang kemudahan untuk solat sebab sepanjang bulan Ramadhan nanti, pihak hotel akan menyediakan tempat solat yang selesa di tingkat enam dan kalau korang nak terus laksanakan solat terawih kat situ pun boleh.

HARGA BUFFET RAMADHAN ZENDE RESTAURANT

Tarikh:

17 May – 14 Jun 2018

Harga:

RM120.00 nett (Dewasa)

RM60.00 nett (Kanak-kanak)

Harga Early Bird (Bermula Awal March):

RM90.00 nett

Ni kak Ti nak bagi tau, harga early bird tu terjual macam goreng pinas panas tau. Jangan tunggu lama-lama, terus buat tempahan awal korang untuk dapatkan harga menarik ni tau. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Telefon: 03-4049 4351 / 4352

Email: fbresv@seripacific.com

Website: www.seripacifichotel.com

Alamat: Seri Pacfic Hotel Kuala Lumpur

               Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *