Restoran Royal Songket Tawarkan 4 in 1 Buffet Dinner

RESTORAN ROYAL SONGKET TAWARKAN 4 IN 1 BUFFET DINNER

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Satu benda yang kak Ti memang payah nak tolak adalah jemputan untuk makan-makan. Aduhh! Kak Ti memang lemah betul bab ni. Sebab tu lah bila dapat jemputan dari Hotel Grand Blue Wave ke 4 in 1 buffet dinner kat Royal Songket, dengan senang hatinya kak Ti terima jemputan tu.

Tambahan pulak sebelum ni pun kak Ti dah pernah ke Royal Songket Grand Blue Wave Shah Alam ni sebelum Ramadhan hari tu untuk promo Buffet Ramadhan mereka. Jadi kiranya kak Ti dah tau dah macam mana kualiti makanan yang dihidangkan kat Royal Songket tu. Kalau tak sedap takkanlah kak Ti terima lagi jemputan kali ni ya dak..

Empat Hidangan Mewah Buffet Dinner Restoran Royal Songket

Macam kak Ti bagitau kat atas tu, kali ni kak Ti ke Royal Songket Hotel Grand Blue Wave untuk menikmati 4 in 1 Buffet Dinner yang ditawarkan kat sini bermula dari 1 Oktober 2019 sampai 31 Oktober 2019 pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja.

“Apa yang 4 in 1 nya kak Ti?”.. Ok.. 4 in 1 Buffet Dinner merupakan tema terbaru bagi buffet makan malam di Restoran Royal Songket dan makan malam mewah ini merupakan kombinasi empat tema utama iaitu BBQ Grill, Masakan Itali, Makanan Jepun dan tentunya tak dilupakan menu Kegemaran Malaysia.

4 n 1 Buffet Dinner di Restoran Royal Songket

Rambang Mata di Restoran Royal Songket

Pheww.. Memang rambang mata bila sampai kat sini. Kena pulak masa datang tu perut tengah lapar, memang terbaiklah kan.. Tapi seriously, memang sedap-sedap makanan yang dihidangkan kat buffet dinner ni. Dari pembuka selera, ke menu utama, makanan ringan sampailah ke hidangan pencuci mulut.. Semuanya sedap-sedap..

4 n 1 Buffet Dinner di Restoran Royal Songket

Antara yang jadi kegemaran kak Ti kat sini adalah Beef Teriyaki dan Udang Maha Celup Tepung. Aduh! Memang berulang makan especially Udang Maha Celup Tepung.. Terasa kesegaran dan kemanisan udang tu.. Kena pulak cicah dengan sos cili ala Thai..Memang terangkat beb..

Antara hidangan pembuka selera dan pelbagai pilihan salad yang dihidangkan di Buffet Dinner ni adalah seperti Mixed Lettuce, Tomato, Cucumber, Carrot, Caesar Station, Gherkin, Oliver, Kalamata, Sunday Tomato, Boil Eggs, Croutons, Kidney Bean, Corn, Gado – Gado, Tossed Mozzarella Cheese, Tomato & Basil Salad with Olive Oil, 7 Herbs Dressing dan Condiments.

Tapi kan, dalam banyak-banyak hidangan yang dihidangkan kat sini, yang jadi tumpuan utama makan malam kat Restoran Royal Songket ni dah tentulah BBQ & Grill di gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station). Kat sini korang boleh menikmati hidangan seperti Grill Lamb Cutlet, Beef Steak Ribs, BBQ Chicken dan Mini Pizza. Jangan lupa cuba jugak gerai Seafood on Ice yang menghidangkan Udang Harimau dan Kupang. 

4 n 1 Buffet Dinner di Restoran Royal Songket
4 n 1 Buffet Dinner di Restoran Royal Songket
4 n 1 Buffet Dinner di Restoran Royal Songket

Untuk korang yang suka sajian local, jangan risau.. Menu kegemaran Malaysia turut dihidangkan kat 4 in 1 Buffet Dinner ni. Antara yang korang boleh nikmati kat sini adalah Satay Ayam, Ayam Masak Lemak, Dhall Sayur, Nasi Goreng Ayam bersama Sayur & Kacang Gajus, dan Ikan Goreng Masam & Manis.

Untuk menu makanan Jepun pulak, selain dari Beef Teriyaki, Gerai Jepun turut menghidangkan makanan lain yang semestinya akan menarik minat pencinta makanan Jepun. Antara yang boleh dinikmati di Gerai Jepun ini adalah Sushi, Sashimi, Tempura, Teppanyaki dan Sup Miso.

4 n 1 Buffet Dinner di Restoran Royal Songket

Untuk korang yang gemar masakan barat dan masakan Itali, jangan risau.. Korang boleh nikmatinya kat 4 in 1 Buffet Dinner ni. Antara masakan barat yang korang boleh nikmati adalah seperti Black Pepper Steak, Lamb with Rosemary & Garlic, Grilled Seasonal Squid and Mussel yang boleh didapati di Gerai Grill Section Meat & Seafood.

4 n 1 Buffet Dinner di Restoran Royal Songket

Untuk masakan Itali pula, korang boleh dapatkannya di Gerai Sri Tanjung BBQ dengan pilihan menu seperti Spaghetti Bolognaise bersama Cream Sauce dan Mexican Nachos.

Di gerai ini juga, terdapat pelbagai pilihan masakan lain seperti Arizona Baked Beans, Roasted Potatoes with Capsicum & Cajun Spices, French Fries, Corn on Cobs, Cheezy Meatball, Arabic Shawarma dan Burger Mini.

4 n 1 Buffet Dinner di Restoran Royal Songket

Antara menu lain yang ditawarkan ialah Mee Mongolian BBQ, Udang Maha Celup Tepung dan Ketam Celup Tepung. Pelbagai jenis keropok goreng turut dihidangkan kat sini.

Secara peribadi.. Bagi kak Ti lah kan.. Salah satu keistimewaan kat Restoran Royal Songket Grand Blue Wave Shah Alam adalah pilihan pelbagai jenis pencuci mulutnya. Contohnya macam yang boleh korang nikmati kat Buffet Dinner ni seperti Coconut Pudding, Chocolate Panna Cotta, Baked Pineapple & Caramel Tart, Mixed Berry Financiers, Longan & Honeydew Melon Terrine, Chilled Red Bean & Sago Soup, Mango – Mandarian Pudding dan banyak lagi!

4 n 1 Buffet Dinner di Restoran Royal Songket

Macam yang kak Ti selalu sebut dalam entry-entry makan-makan kak Ti sebelum ni, kak Ti ni memang big fan of hidangan pencuci mulut. Jadi, deretan hidangan pencuci mulut tu memang akan buat kak Ti teruja. Apatah lagi bila rasanya pulak sedap-sedap semua. Memang boleh lupa diri sekejap.. Hahaha

4 n 1 Buffet Dinner di Restoran Royal Songket
4 n 1 Buffet Dinner di Restoran Royal Songket

Info Lanjut

Untuk korang yang berhajat nak menikmati 4 in 1 Buffet Dinner kat Restoran Royal Songket Hotel Grand Blue Wave Shah Alam ni, kena ingat tau.. Ianya hanya ada pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja (2 kali seminggu) sepanjang bulan Oktober 2019.. Nak mudah dan lebih jelas tengok kat bawah ni:

Harga: RM95+ (dewasa), RM47+ (kanak-kanak 4thn – 11thn)
Hari: Jumaat dan Sabtu
Masa: 6.30 pm hingga 10.30 pm
Tempat: Restoran Royal Songket Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Level G

Maklumat lanjut & Tempahan hubung Telepemasaran di talian 03-55111833 sambungan. 2723, 2724, 2606 atau hantarkan email ke telemarketing@bluewavehotels.com. Layari laman web Hotel Grand Blue Wave di www.bluewavehotels.com.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.