Rocky BaseCamp Indoor Wall Climbing Di AEON Shah Alam

ROCKY BASECAMP AEON SHAH ALAM – AKTIVTI INDOOR WALL CLIMBING SESUAI UNTUK RIADAH KELUARGA

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Rock climbing dan wall climbing.. Haaaa.. Saper pernah cuba? Apa pendapat korang? Seronok atau serik? Kalau tanya kak Ti, jawapannya mestilah seronok. Korang tau tak walaupun wall climbing dan rock climbing nampak macam sama je, tapi sebenarnya berbeza tau.

Kalau dari segi cabaran, setiap satunya ada cabaran yang tersendiri. Memandangkan minggu ni kak Ti berpeluang buat aktiviti wall climbing, jadi entry kali ni kak Ti na share dengan korang tentang wall climbing atau lebih tepatnya pasal Rocky BaseCamp indoor wall climbing yang ada kat AEON Shah Alam.

“Ehh kak Aeon ada tempat nak buat aktiviti wall climbing?” “Kami orang Shah Alam pun tak tau kat AEON Shah Alam ni ada tempat nak buat aktiviti wall climbing ni”.

Haaaa… Itulah antara komen-komen yang kak Ti terima bila kak Ti share gambar kak Ti dan hero-hero kak Ti si SAZSO No3 dan SAZSO No4 kat Rocky BaseCampt AEON Shah Alam awal minggu ni. Hmmm.. Sayang kan.. Padahal Rocky BaseCamp Indoor Wall Climbing ni dah 2 tahun kat AEON Shah Alam ni.

OFFICIALLY FIRST INDOOR CLIMBING CENTRE IN MALAYSIA

Rocky BaseCamp AEON Shah Alam secara rasminya merupakan pusat Indoor Wall Climbing  pertama kat negara kita ni yang turut menempatkan “Indoor Speed Climbing Wall” yang mempunyai ketinggian 15 meter. Phewww! Tinggi korang.. Sakit jugaklah tengkok bila tengok puncak dia tu.

Yang bestnya kat Rocky BaseCamp Shah Alam ni, bukan orang dewasa aka mak bapak je yang boleh ‘enjoy’ dengan aktiviti wall climbing. Anak-anak pun boleh enjoy jugak. Kat sini ada disediakan wall climbing yang sesuai untuk kanak-kanak yang nak mencuba aktiviti wall climbing. Untuk anak-anak yang belum sampai had umur untuk aktiviti wall climbing pulak, jangan risau, mereka boleh ‘have fun’ kat playground yang turut disedikan dalam pusat ni.

RIADAH CARA SEHAT DI ROCKY BASECAMP AEON SHAH ALAM

Haaaa.. Kan dah kata Rocky BaseCamp AEON Shah Alam ni sesuai untuk aktiviti riadah keluarga. Ialah, daripada biarkan anak-anak ralik dengan aktiviti yang tak berfaedah, baik bawak diorang datang sini. Boleh jugak diorang mencuba aktiviti yang mencabar ketahanan fizikal dan ‘fitness level’ diorang.

Oh ya, lupa nak bagitau.. Sebenarnya masa kak Ti datang tu, kak Ti bukan dengan anak-anak je. Tapi rakan-rakan blogger KBBA9 kak Ti Qaseh, Sue Izza, Yanie Yusuf dan juga Ummi Nani si Inspektor Mama. Kami semua datang bawak anak-anak kecuali Qaseh yang turut bawa kekasih hatinya.

Dua jam dalam Rocky BaseCamp AEON Shah Alam ni, sempatlah kami mencuba beberapa dinding yang ada kat situ. Ada yang mudah dan ada yang sangat memerlukan tenaga untuk dipanjat. Alhamdulillah, satu pengalaman yang memang sangat mengujakan untuk kak Ti, rakan-rakan dan anak-anak kami.

Untuk korang yang berhajat nak datang ke Rocky BaseCamp AEON Shah Alam ni ada beberapa ‘safety rules yang korang kena ikut ya. Untuk keselamatan dan keselesaan bersama, kita kenalah ikut ‘safety rules’ yang dah ditetapkan tu. Jangan sesekali buat ikut suka hati sendiri sebab akibatnya mungkin bukan korang sorang je yang mudarat tapi turut memudaratkan pengunjung lain. Sooo.. ikut ‘safety rules’ yang ditetapkan tau. Untuk ‘safety rules’ korang tengok kat info yang kak Ti share kat bawah ni.

INFORMASI LANJUT

Untuk korang yang tau lebih lanjut berkenan Rocky BaseCamp AEON Shah Alam ni, contohnya peraturan-peraturan yang ditetapkan, peralatan yang diperlukan danjuga harga, korang boleh klik link-link oyang kak Ti ‘share ‘ kat bawah ni:

Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (11.00 am – 10.00 pm)

Sabtu, Ahad dan cuti umum (10.00 am – 10.00 pm)

Websitehttp://www.rockybasecamp.com

Facebookhttps://www.facebook.com/RBCShahAlamOfficial/

Instagramhttps://www.instagram.com/rockybasecamp_malaysia/

Email: rockybasecamp_SA@aeonretail.com.my

Alamat: AEON Mall Shah Alam,

Lot T05, Level 3,

1 Jalan Akuatik 13/64,

Seksyen 13, Shah Alam,

40100 Selangor

Facebook Comments Box

1 thought on “Rocky BaseCamp Indoor Wall Climbing Di AEON Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published.